Design a site like this with WordPress.com
Mulakan

DS Mukriz Mahathir tidak letak jawatan MB, Kerajaan Kedah kekal dibawah PH.*

1 MUKHRIZ

 

*Update: DS Mukriz Mahathir tidak letak jawatan MB, Kerajaan Kedah kekal dibawah PH.*

Rabu | 13 Mei 2020

“Saya masih lagi Menteri Besar dan kerajaan negeri masih beroperasi seperti biasa”.

Pihak pembangkang tidak boleh mengumumkan pertukaran kerajaan negeri dengan hanya membuat sidang media dan tindakan menukar Menteri Besar perlu melalui proses tertentu.

Katanya, pembangkang sepatutnya mengusulkan undi tidak percaya ke atas beliau melalui Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah dan bukannya dengan mengumpul Akuan Bersumpah dalam kalangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

Takut melalui Dewan Yg Mulia (Parlimen & DUN) ni mmg betul2 dayus ler. Ingat, negara kita bersistem Demokrasi Bparlimen & Raja Bperlembagaan. Apa2 hal/isu bsr mesti diselesaikan melalui dewan 1st & diikuti merujuk kpd Raja/Sultan/YDPA. X mau gunakan dewan yg mulia, berjadah apa ada sistem Demokrasi Berparlimen?

Pas jangan derhaka kepada Sultan Kedah

1 HADI NIKMAT TUNGGANG AGAMA1 MCA KHADAM1 UMNOPAS JAHIL

Pas dinasihatkan supaya tidak derhaka kepada Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tuanku Sultan Kedah.

Demikian dinasihatkan oleh Jawatankuasa Pimpinan AMANAH Nasional, Ustaz Ridhwan Abu Bakar.

Jelasnya, kuasa untuk melantik amil zakat bagi negeri Kedah hanyalah Lembaga Zakat Negeri Kedah yang diperkenankan Ke Bawah DYMM Tuanku Sultan Kedah.

“Namun begitu, di negeri Kedah saban tahun Pas melantik amil sendiri untuk menjalankan kutipan Zakat Fitrah yang dijenamakan sebagai Infaq Ramadan.

“Persoalannya apakah Infaq Ramadan yang mereka laksanakan itu sama dengan Zakat Fitrah dan kenapa perlu dinyatakan bahawa Pas adalah asnaf Fi Sabilillah?

“Kenapa ada kadar yang bersamaan dengan kadar yang diputuskan oleh Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) dan kenapa juga perlu dikirakan mengikut ‘kepala’ sehingga perlu dipertegaskan 1/3 daripada keluarga serta ada pula pembahagian peratus di kalangan tiga pihak termasuk pemungut (amil yang dilantik),” soal beliau lagi.

Tambahnya, dalam konteks ini yang menjadi persoalan ialah siapakah pihak yang bertanggungjawab mengeluarkan ‘fatwa’ atau pandangan agama sehinggakan dalam surat tersebut dikatakan bahawa Majlis Syura Pas telah memutuskan bahawa Pas termasuk Fi Sabilillah.

Beliau juga mempersoalkan dari mana punca kuasa dan punca hak yang ada kepada Pas termasuk Pas Baling dalam urusan zakat dengan jenama infak sehingga boleh mengeluarkan watikah pelantikan sedangkan watikah itu sendiri memberi pengertian pengiktirafan, kuasa, hak dan sebagainya.