Design a site like this with WordPress.com
Mulakan

Pesakit Covid-19 Sanggup Berbohong Sehingga Membawa Padah Kepada rang Lain.

“Saya tengok hasil Xray dada encik teruk. Betul ke encik tak ada kontak rapat dengan jemaah tabligh atau pesakit positif covid-19?”

Entah dah kali ke berapa agaknya dia ditanya soalan yang sama.

“Betul doktor, berapa kali saya nak jawab. Ta ya alif dal alif. Tiada. Susah sangat ke doktor nak faham jawapan saya?”

Aik? Kita pula yang dipersoal.

“Beginilah encik, saya perlu bincang dengan pakar saya”

Kali ini pakar pula yang tanya,
”Saya mahu encik jujur, betul encik tak ada kontak rapat?”

Rasanya dah lebih 3 kali pakar kecemasan tanya soalan sama. Jawapannya tetap sama.

TIADA.

Akhirnya pakar akur. Beliau dimasukkan di wad biasa untuk jangkitan pneumonia (jangkitan paru-paru).

“Ini Doktor S ke?”

“Ya saya.”

“Doktor kena buat covid test dengan segera. Pesakit yang doktor admit 2 hari lepas, positif covid 19.”

Terduduk. Tercengang. Kelu.

Akhirnya barulah beliau mengaku pernah ada kontak rapat dengan jemaah tabligh di satu majlis perkahwinan.

Yang lagi menyedihkan, ketika dalam wad biasa beliau telah menyebabkan pesakit disebelah dijangkiti. Lebih teruk bila pesakit yang dijangkiti itu perlu diintubasi dan masuk ke ICU.

Lebih 10 orang doktor, misi dan staff kesihatan lain turut terdedah dan perlu menjalani test.

Dah terlambat.

Ini kisah yang diceritakan oleh salah seorang sahabat yang dikuarantin beberapa hari lepas.

Adakah kebohongan itu dapat menjanjikan nyaman pada perasaan? Kejujuran pesakit sangat berharga bagi kami. Andai dijual, kami sanggup membeli.

Kami barisan frontliner berjanji sepenuh hati yang kami akan terus bekerja dan merawat pesakit lain. Tidak ada agama yang menggalakkan berbohong dan masalah lebih cepat diselesaikan jika kita jujur dalam tindakan.

Dr Ahmad Samhan
-berterus terang itu satu kejujuran-

Padah Menyalahggunakan Kebebasan Berhimpun Semasa Kerajaan PH Sehingga Mangsa Covid-19 Mencecah 1000 Orang.

1 TABLIGH1 RM NAZAK

Hebatnnya Menteri Kesihatan PH :

Covid19 gelombang pertama :

Ternyata dan terbukti serta diakui oleh Badan Perubatan Malaysia diEra PH kes Covid19 cuma ada 25 kes dan 22 kes telah sembuh. Tinggal 2 sahaja diwad hospital. Waktu itu ‘WHO’ iaitu badan tertinggi kawalan berjangkit dunia belum memutuskan untuk menyekat kemasukan total rakyat china cuma disekat dari wilayah Wuhan sahaja.

Adakah Pasumno ingin melanggar undang undang PBB? Umnopas ni njak tegur India, China, Usa, Myanmar atau Yahudi pun ghuyub.. ..cuma Tun sahaha yang berani.
Covid19 gelombang ke 2:

Nyata selepas Kerajaan diambil oleh Pihak PN dan PM ke8, TSMY secara Solo memerintah negara selama seminggu bersendirian diwaktu inilah wabak merebak dengan pantas. Punca utama iaitu Ceo Uda yang menjadi penyebabnya. Dia pulang daripada negara China tanpa dia sendiri kurantinkan dirinya selama 14 hari dirumah. Dia juga ke rumah TSMY semasa pembentukan kerajaan PN. (Tersebar rakaman video dan gambar beliau ) Dia juga selepas itu mempengerusikan mesyuarat diHotel Ancasa KL yang dihadiri oleh beberapa ahli politik dan ketua jabatan lain lain agensi.
Draf menunjukkan peningkatan menaik. Kesemua majoriti kes selepas Itu menunjukkan dia konteks penyebab.

Covid19 gelombang ke 3 :

Permit untuk berhimpun lebih daripada 5 orang adalah dibawah bidang kuasa KDN. Diketuai sendiri oleh PM samada semasa Muhyiddin didalam kabinet PH atau semasa menjadi kerajaan solo tanpa Kabinet.

Itjimak Tabligh sememangnya diadakan tiap tiap tahun diMalaysia yang pernah dihadiri oleh Zaid Hamidi yang diadakan diSepang sebelum kerajaan BN tumbang.

Berbelas ribu Jemaah Tabligh menghadirinya. Persoalan disini adalah setelah berita wabak Covid19 tersebar oleh Tabligh ini pulang ke Negara Brunei.

Bagaimanakah prosedure kerajaan PN diairport dan lain lain pada waktu itu sehingga perkara Ini diabaikan.?

Gelombang ke3 inilah yang menaikkan peratusan draf sehingga mencecah angka 190 dalam 1 hari.

Jika kerajaan PN serta Najib menuduh punca gelombang ke-3 akibat warga negara China yang ada diMalaysia kenapa semua Tabligh yang kena wabak Pandemik adalah muka muka melayu johor, Kelantan, Sarawak dan lain lain negeri. Tiada pun tabligh Cina?

Tak perlulah kerajaan PN dan Najib penyamun menuduh orang lain.

Sedangkan mesyuarat MKN kalau mengikut perlembagaan negara dan SOP perlu dihadiri oleh kesemua Menteri Besar dan Ketua Menteri. Disini sudah nampak kerajaan PN bermain politik serta menganak tirikan negeri pembangkang. Alih alih menyuruh KSN untuk meminta maaf.

Itu belum lagi arahan PM yang bercelaru dan para Menteri PN yang panik serta hilang fungsinya.

Rakyat sedang menilai dan akan menghukum kerajaan PNumnoPas ini.

Fatris Bakaram (bekas Mufti Singapura) Memperbetulkan Aqidah Jemaah Tabligh

1 TABLIGH

Jemaah Penyebar Virus  Corona – Covid-19 Di Bumi Malaysia #BMF

 

Ini jawapan Fatris Bakaram (bekas Mufti Singapura) apabila ada orang keluarkan pertanyaan;

‘Takut Allah atau takut virus?’

Dia menjawab;

Manusia perlu takut kepada Allah, dan di antara bukti takut kepada Allah adalah mematuhi segala perintahNya.

Di antara perintahNya adalah;

1. Mensyukuri nikmat nyawa, tubuh badan dan kesihatan.
2. Memelihara kesihatan, nyawa dan hal mudarat.
3. Taat kepada perintahNya dan ajaran rasul, yakni menyuruh kita untuk mengelak dari wabak.

Maka, jika benar takut Allah – semua langkah untuk mengelakkan diri dari terkena jangkitan perlu diambil.

Dia turut memberi nasihat;

Takut kepada Allah memerlukan kewarasan akal, bukan dengan membutakan mata hati atau membekukan otak yang dikurniakan tuhan

Positif Covid-19 kini cecah 1,000 kes – Menteri

1 TABLIGH1 RM NAZAK1 SEMBURIT PEROGOL BERSATUKERAJAAN PINTU BELAKANG.1 JAHANAM1 GENG TAMAK KUASA

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini mengisytiharkan kes positif pandemik Covid-19 kini mencecah 1,000 kes.

Menurut menterinya, Datuk Seri Dr. Adham Baba, jumlah terkini positif Covid-19 sudah melepasi paras 900 kes.

“Terdapat 110 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 900 kes.

“Berdasarkan siasatan awal, daripada 110 kes baharu yang dilaporkan hari ini, sebanyak 63 kes adalah berkaitan dengan kluster perhimpunan tabligh di Masjid Jamek Seri Petaling,” katanya dalam sidang media di pejabatnya hari ini.

Dalam pada itu, Adham berkata, seramai 20 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan memerlukan bantuan pernafasan.

Seramai 74 orang pesakit sudah disahkan pulih daripada serangan Covid-19.

Daripada segi statistik pula, Selangor masih mencatatkan jumlah positif Covid-19 tertinggi dengan 223 kes diikuti Kuala Lumpur dengan 123 kes.

Sabah (112 kes), Johor (10) Negeri Sembilan (55 kes) Sarawak (51 kes), Kelantan (44 kes) Kedah (40 kes, Perak (35 kes), Pulau Pinang (32 kes) diikuti Pahang (32 kes).

Empat negeri mempunyai kes di bawah paras 20 kes iaitu Terengganu (11 kes, Perlis (9 kes), Putrajaya (6 kes) dan Labuan (5 kes). – MalaysiaGazette

Read more: https://cin-ca.blogspot.com/2020/03/positif-covid-19-kini-cecah-1000-kes.html#ixzz6HBWm4YrG

Positif Covid-19 kini cecah 1,000 kes – Menteri

Read more: https://cin-ca.blogspot.com/2020/03/positif-covid-19-kini-cecah-1000-kes.html#ixzz6HBWaMBq8