Design a site like this with WordPress.com
Mulakan

ADIK NAJIB (NAZIR NAJIB) TERMASUK DALAM SENARAI 80 ORANG AKAN DPAKSA MENGADAP SPRM.

Image may contain: 1 person, text

TIDAK PERNAH PUAS DENGAN APA YANG ADA – NAFSU!!
# jutawan di Malaysia kini bersepah2

PUTRAJAYA: Bekas Pengerusi CIMB Group, Datuk Seri Mohamed Nazir Razak, dipercayai menerima wang berjumlah RM25.7 juta daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang disalah guna.

Perkara itu didedahkan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Latheefa Koya, ketika mengumumkan senarai 80 individu dan entiti yang akan menerima notis kompaun kerana dipercayai menerima dana daripada 1MDB.

Beliau berkata, Mohamed Nazir yang juga adik kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, adalah antara individu menerima jumlah wang tertinggi daripada senarai 80 penerima terbabit.

Katanya, bagi syarikat pula, penerima wang tertinggi ialah Solar Shine Sdn Bhd yang menerima RM134 juta.

“Penerima kompaun perlu menjelaskannya dalam tempoh dua minggu selepas notis dikeluarkan,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat SPRM.

Notis kompaun terhadap semua pihak terbabit dikeluarkan mengikut Seksyen 92 (1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA 2001).

Turut menerima notis ialah bekas Setiausaha Politik kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Mohamad Fatmi Che Salleh; Ahli Parlimen Pontian, Datuk Ahmad Maslan dan bekas menteri, Tan Sri Shahrir Samad.

Turut berada dalam senarai ialah Puteri UMNO Malaysia, Badan Perhubungan UMNO Perak dan Pulau Pinang, 15 UMNO bahagian, MIC, Jawatankuasa Perhubungan MCA Selangor, Parti Rakyat Sarawak, GERAKAN Kedah dan Parti Progresif Penduduk Malaysia (PPP) Kedah.

Organisasi yang turut menerima wang berkenaan ialah Koperasi Belia 1Malaysia Wilayah Persekutuan Berhad, MASCOM Communications, IPF Building Fund serta Badan Rekreasi dan Komuniti Pengerang, selain 23 syarikat.

Keseluruhan wang yang disyaki diterima semua 80 individu dan entiti terbabit dianggarkan RM420 juta, dengan masing-masing menerima antara RM100,000 hingga RM134 juta.

AHMAD MASLAN TERSENARAI ANTARA 80 PENERIMA WANG 1MDB – TERBUKTI 1MDB SENJATA BERBISA YANG MAMPU MEMBUNUH UMNOBN DAN PAS.

No photo description available.

AHMAD MASLAN TERSENARAI ANTARA 80 PENERIMA WANG 1MDB

Seramai 80 individu dan entiti akan menerima notis kompaun daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan kes 1MDB dengan jumlah notis kompaun berkaitan kes 1MDB bernilai RM430 juta.

Antara individu dan pertubuhan yang disenaraikan termasuklah:

1) Adik bekas Presiden Umno, Nazir Razak
2) Ahli Parlimen Pontian, Ahmad Maslan
3) Bekas Setiausaha Politik bekas perdana menteri, Fatmi Che Salleh
4) Pergerakan Puteri Umno Malaysia
5) Wanita Umno Bahagian Pekan dan ramai lagi

Keseluruhan wang yang disyaki diterima semua individu dan entiti dalam kes 1MDB itu dianggarkan RM430 juta itu masing-masing menerima antara RM100,000 hingga lebih RM100 juta.

Notis kompaun itu dikeluarkan mengikut Seksyen 92(1) Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA 2001).