Kewujudan “daulah terpendam” dalam perkhidmatan awam disebut oleh beberapa menteri namun dakwaan tersebut masih tidak jelas sama ada ia adalah sebuah organisasi tersusun, rahsia atau ia didalangi pegawai kerajaan yang pro-Barisan Nasional atau pegawai yang tidak dapat menyesuaikan diri bekerja di bawah kerajaan baharu. – Gambar EPA, 16 Disember, 2019.
LIMA kementerian akan menyaksikan pemindahan beberapa pegawai kanan minggu ini yang dilihat sebagai sebahagian perubahan dalam lapan kementerian menjelang akhir tahun selepas diminta oleh menteri.
Sumber kerajaan berkata pemindahan pegawai-pegawai itu akan melibatkan ketua setiausaha Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Sumber Manusia dan Pembangunan Usahawan.
PETALING JAYA: Selepas tular dan dikecam netizen, Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti), Lokman Hakim Ali tampil menepis dakwaan salah laku membabitkan tender RM49.5 juta untuk persidangan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) 2020.
Lokman berkata proses keseluruhan tender dilakukan secara bersih dan melalui tender terbuka.
PETALING JAYA: Selepas tular dan dikecam netizen, Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti), Lokman Hakim Ali tampil menepis dakwaan salah laku membabitkan tender RM49.5 juta untuk persidangan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) 2020.
Lokman berkata proses keseluruhan tender dilakukan secara bersih dan melalui tender terbuka.
Apakah Lokman Hakim Ali Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) terlibat? Tender harga hampir RM50 juta dipilih sedangkan ada lebih murah? Bagaimana dengan Menteri?
Malaysia dilaporkan akan menganjurkan sidang Apec 2020 yang dijangka dihadiri pemimpin dari 21 negara anggota. Kali terakhir Malaysia menjadi tuan rumah pada 1998.
Sebelum ini terdapat dakwaan pengguna media sosial seperti @ShazGhaf bahawa untuk Persidangan Apec 2020 diberikan kepada syarikat Usaha Jana Sdn Bhd yang kononnya dikawal bekas Setiausaha Akhbar Datuk Seri Rahman Dahlan yang sebelum ini juga telah mendapat tender beberapa kali di Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan ketika Datuk Rahman Dahlan adalah Menteri KPKT.
Semua tender media, penerbitan KPKT disapu oleh Syarikat Usaha Jana Sdn Bhd sejak sekian lama. Dibantu oleh Fadzmel SUA dan juga SUSK Datuk Seri Rahman Dahlan
Kini Fadzmel Fadzil adalah Exco Pemuda UMNO Malaysia dan Barisan Nasional. Nampak tak dia bijak. Siapapun kerajaan bekas pegawai Menteri tetap akan dapat projek bukan setakat RM1 juta ke bawah tetapi RM49.5 juta!
Selepas Kerajaan Barisan Nasional tumbang, sebagai terima kasih CEO Usaha Jana selama ini yang membantu mendapatkan projek di KPKT maka Fadzmel Fadzil diambil bertugas di syarikat itu dengan gaji lebih RM10,000 sebulan. Semua media projek persidangan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) 2020 diuruskan oleh Fadzmel Fadzil.
Oleh itu serangan pemimpin parti kerajaan seperti Bersatu, PKR, DAP, Amanah, pihak tertentu dan lain-lain lagi tentunya berasas.
Apa yang Lokman Hakim Ali KSU MITI itu tidak tahu ialah hubungan Mohd Norashedy Ab Rashid CEO Usaha Jana itu dengan Timbalan Ketua Setiausaha (Perdagangan) MITI Dato’ Sri Norazman Ayob yang juga dikatakan alumni UPM.
Untuk rekod Dato’ Norazman Ayob TKSU (Perdagangan) dahulu adalah Setiausaha Sulit Kanan KSN dan Ahli Lembaga Pengarah 1MDB ketika diambil alih MoF Inc
Begitu juga hubungannya dengan Ketua Komunikasi Korporat MITI yang mana semua spesifikasi tender itu dibuat oleh Syarikat Usaha Jana Sdn Bhd. Jadi tidak hairanlah semua projek pengurusan acara disapu oleh mereka di MITI. Syarikat-syarikat kroni Menteri Darell Leiking termasuk syarikat media besar seperti Media Prima yang menyertai tender itu semua kena ‘tapau’ walaupun harga rendah.
Mohd Norashedy Ab Rashid adalah Timbalan Presiden Persatuan Alumni UPM sekarang yang terlibat baru-baru ini menentang pemendekan kontrak Datuk Seri Syed Razlan Syed Putra Jamalullail sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah UPM (LPUPM). Menteri Pendidikan Dr Maszlee pun terang-terang mereka lawan. Tapi Kerajaan PH tetap baik hati kepada orang UMNO/BN.
Tiada masalah: Lawan Menteri PH pun boleh dapat RM49.5 juta
Mohd Norashedy Ab Rashid CEO Usaha Jana juga sebelum ini dikaitkan dengan proksi Setiausaha Politik Menteri Kewangan Datuk Paduka Ghazali Haji Ibrahim. Di Kementerian Kewangan banyak projek pengurusan acara disapu syarikat ini.
Banyak projek pilihanraya disalurkan oleh Datuk Paduka Ghazali Haji Ibrahim kepada Usaha Jana ini sebelum pilihanraya. Dari Setiausaha Politik hingga pegawai khas semua hidup mewah. Tentu ramai masih ingat sebelum PRU14 bagaimana lincahnya tarian Tan Sri Dr. Mohd. Irwan Serigar Abdullah bekas Ketua Setiausaha Perbendaharan (KSP) yang tular dikecam rakyat. GREAT 2018 yang memalukan. Projek itu dianugerahkan oleh MOF.
Begitu juga kes kereta mewah pada tahun 2014 yang kontroversi di Parlimen melibatkan Datuk Paduka Ghazali Haji Ibrahim. Berhempas pulas menjawab isu itu satu ketika. Pembelian kenderaan mewah tidak pernah terhenti disitu.
Sebuah Yayasan Bela Negara Malaysia (YB1M) ditubuhkan oleh Datuk Paduka Ghazali ini yang mana banyak dana disalurkan daripada Dato’ Sri Mohd Najib Razak PM dan Menteri Kewangan ketika itu. Bendaharinya ialah Mohd Norashedy Ab Rashid CEO Usaha Jana ini. Semua dana politik Datuk Paduka Ghazali diproses oleh dan disalur ke Usaha Jana.
Yayasan ini pernah disiasat SPRM kerana cuba dikaitkan dengan 1MDB, akaunnya dibeku namun dikatakan selamat selepas rundingan dengan pegawai SPRM dibayar ratusan ribu. Sehingga kini tidak diketahui status siasatan SPRM Yayasan ini
Projek APEC 2020!
Sesuai dengan tema APEC 2020 kemakmuran bersama tentulah orang-orang BN berterima kasih kerana perkongsian kemakmuran itu. Kontraktor dari Warisan, PKR, Amanah, Bersatu atau Pakatan Harapan tiada seorang pun yang layak.
Penganugerahan projek PELANTIKAN PENGURUSAN KOMUNIKASI DAN PENJENAMAAN BAGI PENGANJURAN APEC 2020 Tender MITI Bil. 3/2019 / QT190000000069127 dengan nilai RM49,561,144.82 adalah tender terbesar dalam bulan November.
Usaha Jana tidak akan mendapat projek ini jika tidak di’kawtim’ dengan Dato’ Sri Norazman Ayob Timbalan Ketua Setiausaha (Perdagangan) dan Ketua Unit Komunikasi Korporat MITI.
Semakan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) selepas kerajaan Barisan Nasional tumbang syarikat ini terus kukuh dan tidak berhadapan masalah projek. Pendapatan tahunannya sahaja sekitar RM21 juta setahun. Beberapa kementerian CEO Usaha Jana itu telah mengikat ketua jabatan itu dengan wang rasuah. Lantaran itu syarikat ini sentiasa mendapat projek berulang di KPKT, MITI, KPDNHEP, MOA, MED dan lain-lain lagi.
Saranan KSU agar membuat aduan kepada SPRM itu adalah wajar kepada pihak diluar sana yang tidak berpuas hati. Portal Free Malaysia Baru (FMB) telah mendedahkan butirannya.
Sekalipun pemiliknya dan pekerjanya adalah UMNO Syarikat Usaha Jana Sdn Bhd tetap mendapat projek yang banyak selepas PRU ke14. Rahsianya adalah pada pegawai. Mereka mengikat pegawai dan juga mengawal spesifikasi tender. Menteri-menteri PH hanya mampu tengok budak UMNO BN yang sapu projek ‘event’ di semua kementerian.
Paling bodoh ialah Menteri PH seperti Datuk Darell Leiking yang tidak pandai memanfaarkan kuasanya. Tak mungkin tiada seorang pun kontraktor Warisan yang tidak layak di MITI? Padan muka geng-geng Warisan PH yang siang malam menyokong tak dapat apa.
Hari Peladang. Usaha Jana kontrol TKSU Pembangunan Salim Parlan, SUB dan UKK.Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani di ThailandKementerian Pembangunan Usahawan..
Bagi projek APEC 2020 bernilai RM49.5 juta ini, Syarikat Usaha Jana sekarang dikatakan sedang mencari pembiaya atau rakan niaga untuk membayar Bon sekurangnya RM2.5 juta selain modal kerja yang besar khususnya membayar rangkaian media TV dan akhbar yang sudah tentu selepas pendedahan ini akan menaikkan harga perkhidmatan mereka.
Ekspo berkenaan yang berlangsung selama tiga hari dan disertai peserta dari 35 negara tidak pernah mendapat kelulusan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya.
KEMENTERIAN PELANCONGAN, SENI DAN BUDAYA MALAYSIA
KENYATAAN MEDIA
MOTAC TIDAK ANJUR ACARA TIDAK SOPAN
PUTRAJAYA, 2 Disember 2019 – Kementerian Pelancongan Seni Dan Budaya akan mengambil tindakan sewajarnya ke atas penganjur Tattoo Malaysia Expo 2019, susulan peragaan separuh bogel diadakan pada acara tersebut.
Menterinya Datuk Mohamaddin Ketapi berkata beliau telah mengarahkan agensi di bawah MOTAC iaitu Malaysia Convention and Exhibition Bureau (MyCeB) untuk menyiasat perkara tesebut.
“Expo ini bukanlah kali pertama diadakan di Malaysia dan semenjak ia mula diadakan pada 2015 seperti di Kota Kinabalu, Sabah, tiada kejadian seumpama berlaku dan dipamer ke khalayak ramai”.
“Saya difahamkan ia diadakan secara tertutup tetapi ia telah melanggar ketatasusilaan”. “Saya telah mengarahkan agensi MOTAC, MyCeB untuk menyiasat perkara ini”.
“Penganjuran acara bertaraf antarabangsa adalah baik untuk industri pelancongan negara tetapi bukan dengan cara penganjuran sebegini”.
“Ia tidak mempamerkan wajah sebenar Malaysia yang penuh kesopanan dan kesusilaan”, katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.
Jelas Mohamaddin, sebarang kelulusan untuk peragaan separuh bogel tidak pernah dikeluarkan pihaknya.
“Adalah satu yang mustahil bagi kementerian untuk meluluskan sebarang permohonan penganjuran yang ada elemen-elemen lucah seperti itu sebab itu bukan budaya Malaysia, lebih-lebih lagi apabila majoriti rakyat Malaysia adalah beragama Islam”.
“Kita akan menanti laporan penuh siasatan dari MyCeB dan kita tidak akan teragak- agak untuk mengambil tindakan undang-undang sekiranya mereka didapati melanggar syarat yang telah ditetapkan,” katanya.
Dikeluarkan oleh:
YB Datuk Mohamaddin Ketapi
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia
Mohamaddin Ketapi
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia
Ekspo berkenaan yang berlangsung selama tiga hari dan disertai peserta dari 35 negara tidak pernah mendapat kelulusan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya.
KEMENTERIAN PELANCONGAN, SENI DAN BUDAYA MALAYSIA
KENYATAAN MEDIA
MOTAC TIDAK ANJUR ACARA TIDAK SOPAN
PUTRAJAYA, 2 Disember 2019 – Kementerian Pelancongan Seni Dan Budaya akan mengambil tindakan sewajarnya ke atas penganjur Tattoo Malaysia Expo 2019, susulan peragaan separuh bogel diadakan pada acara tersebut.
Menterinya Datuk Mohamaddin Ketapi berkata beliau telah mengarahkan agensi di bawah MOTAC iaitu Malaysia Convention and Exhibition Bureau (MyCeB) untuk menyiasat perkara tesebut.
“Expo ini bukanlah kali pertama diadakan di Malaysia dan semenjak ia mula diadakan pada 2015 seperti di Kota Kinabalu, Sabah, tiada kejadian seumpama berlaku dan dipamer ke khalayak ramai”.
“Saya difahamkan ia diadakan secara tertutup tetapi ia telah melanggar ketatasusilaan”. “Saya telah mengarahkan agensi MOTAC, MyCeB untuk menyiasat perkara ini”.
“Penganjuran acara bertaraf antarabangsa adalah baik untuk industri pelancongan negara tetapi bukan dengan cara penganjuran sebegini”.
“Ia tidak mempamerkan wajah sebenar Malaysia yang penuh kesopanan dan kesusilaan”, katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.
Jelas Mohamaddin, sebarang kelulusan untuk peragaan separuh bogel tidak pernah dikeluarkan pihaknya.
“Adalah satu yang mustahil bagi kementerian untuk meluluskan sebarang permohonan penganjuran yang ada elemen-elemen lucah seperti itu sebab itu bukan budaya Malaysia, lebih-lebih lagi apabila majoriti rakyat Malaysia adalah beragama Islam”.
“Kita akan menanti laporan penuh siasatan dari MyCeB dan kita tidak akan teragak- agak untuk mengambil tindakan undang-undang sekiranya mereka didapati melanggar syarat yang telah ditetapkan,” katanya.
Dikeluarkan oleh:
YB Datuk Mohamaddin Ketapi
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia
Mohamaddin Ketapi
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia
PEMINDAHAN besar-besaran beberapa orang ketua setiausaha kementerian (KSU) akan berlaku, dalam usaha pentadbiran Pakatan Harapan menangani masalah didakwa berpunca daripada daulah terpendam perkhidmatan awam, kata sumber.
Beberapa sumber berkata terdapat sekurang-kurangnya lapan pemindahan akan dibuat menjelang Disember apabila kerajaan bertindak ke atas dakwaan wujud sabotaj dalam pelbagai kementerian.
KSU Kementerian Pendidikan bakal bertukar dihantar ke Jabatan Penempatan Khas. Isu KSU salepas Kementerian Pelancongan dan Kementerian Pertanian.
1. Maklumat dalaman Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memberitahu bahawa terdapat tender bernilai RM2.5 bilion merangkumi lebih 1,300 tender (pembersihan, pembekalan makanan dan kawalan keselamatan) seluruh negara yang akan dibatalkan (3 Dis, Selasa) atas arahan berbentuk ugutan kepada Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Pendidikan Malaysia, Dato’ Dr. Mohd Ghazali Abas.
2. Untuk rekod, pembatalan keputusan tender ini telah berlaku sebanyak 2 kali, iaitu pada Jan 2019 dan Jun 2019. Persoalannya, mengapa berulangkali berlaku pembatalan keputusan tender ini?
3. Sumber dalaman memberitahu bahawa terdapat syarikat-syarikat kroni Maszlee tidak disenarai pendek kerana gagal dalam proses penilaian, penyaringan dan pemarkahan tender yang telah dibuat berulang kali.
5. Kos urus pentadbiran untuk proses penilaian tender ni jer dah belanja lebih RM5 juta merangkumi kos penginapan, tambang, claim dan sebagainya.
6. Bila hal pembatalan keputusan tender ini diketahui oleh KSU, maka beliau dan Timbalan KSU telah berjumpa dengan Maszlee. Mereka nasihatkan secara profesional supaya rancangan pembatalan ini tidak diteruskan kerana jika ianya berlaku untuk kali ketiga, KPM akan melanggar klausa Arahan Pembendaharaan, PK 4.1 Pentadbiran Kontrak Dalam Perolehan Kerajaan Secara Am, Kementerian Kewangan.
4. Tidak terhenti di situ saja, dalam diam Ahli Parlimen Simpang Renggam ini mengarahkan Pegawai Khasnya, Dr. Ezree Abdullah berjumpa dan mendesak KSU untuk bersetuju dengan cadangan asal iaitu membatalkan keputusan tender tersebut. Namun hal ini dibantah oleh KSU yang tidak mahu reputasi Kementerian tercalar dek tindakan mengundang pelbagai persepsi dan kesalahan.
5. Dr. Ezree memberi amaran berbentuk ugutan sekiranya KSU masih berkeras dengan tindakan tindak menyokong kehendak Maszlee, maka KSU akan di’pool’ atau di sejuk bekukan tanpa tugas di Kementerian lain sehingga beliau bersara pada pertengahan tahun 2020.
6. Hari Selasa ini, (3 Disember 2019) bakal menjadi detik penentu sama ada KSU berjaya memperkukuhkan maruah peribadinya atau akur dengan ugutan yang bakal memperlihatkan kepada rakyat di luar mengenai campurtangan politik mengatasi had yang telah ditetapkan hanya kerana ingin memberi projek kepada syarikat-syarikat kroni yang gagal disenarai pendek.
7. Pembatalan yang akan berlaku ini juga telah memberi impak negatif kepada lebih 10,000 sekolah seluruh Malaysia.
8. Dalam masa yang sama dikhuatiri kualiti pembekalan perkhidmatan, barangan dan sebagainya untuk pelbagai Kementerian dijangka akan merosot sama sekali hanya kerana Pegawai Khas Pejabat Menteri nak makan komisen.
Sumber: Dari kumpulan whatsap.
Sila share untuk memberi tekanan kepada Menteri Mazlee Malik menjawab isu ini kerana kepentingan awam benar atau tidak. Kemungkinan berita tidak benar. C&P.
Saya terbaca poster kononnya bekas KSU MOA ini adalah mangsa skandal RM1.4 billion, menyebabkan dia ditukarkan dari MOA ke JPA.
Padahal kenyataan dari tuan punya badan sendiri cukup profesional… Dia tidak menyalahkan sesiapa sebaliknya menyatakan itu takdir dan ujian Allah terhadapnya. Dan, dia menyeru semua kakitangan MOA supaya bekerja dengan baik dan patuh kepada menteri dan KSU yang baru.