Design a site like this with WordPress.com
Mulakan

Sejarah Kelahiran Generasi Munafik (Musailamatul Kazzab) Di Bumi Malaysia

Kianat Dalam Berpolitik

Ramai sahabat berkata, Tun khianat sebab tak bertindak terhadap pengkhianat seperti Azmin. Malah takda apa apa komen tentang Azmin apalagi melibatkan pengkhianat dalam parti Bersatu ketika jadi PM.

Dalam politik macam tu lah. Bukan mudah buat keputusan dalam politik. Samalah betapa lama pemimpin PH, Wan Azizah tahu sikap khianat Azmin dalam PKR sebelum PRU 2018. Tetapi begitu susah untuk depa buat keputusan. Sebab apa? Sebab ada kepentingan yang lebih besar dalam menghadapi regim Najib pada masa itu.

Hatta ketika pemilihan PKR, beberapa kali Azmin menghina DS Anwar, PKR tetap bersabar dan sukar mengambil keputusan untuk memecat Azmin.

Samalah situasi di Selangor hari ini. Dengan pengumuman Ketua Wanita PKR Selangor semalam, apakah DSAI dan PKR tidak tahu kecenderungan Daroyah tu? Dah lama PKR tahu tapi susah untuk buat keputusan.

Kalau pandangan aku, ini waktu dan ketikanya DS Anwar perlu segera merombak Kerajaan Selangor. Juga menggantikan MB yang ada hari ini biarpun dia melafazkan ikrar taat setia dengan DD Anwar.

Bukan Daroyah seorang, ada lebih 8 nama lagi. Ramai lagi nama yg dikaitkan dengan kartel Azmin malah nama Amiruddin MB Selangor pun pernah disebut sebut orang kuat Kartel Azmin.

Apakah DS Anwar tidak tahu? Tahu…tapi itulah politik, ada kepentingan yg lebih besar untuk dicapai.

Begitu juga aku masa dalam PAS. Bukan kita tidak tahu Haji Hadi, Nasaruddin Mat Isa, Hassan Ali khianat berunding dengan UMNO. Semua AJK PAS pusat tahu tapi nak buat keputusan melawan pengkhianatan ini bukan mudah. Ada kepentingan yang lebih besar menjaga kekuatan parti dan jamaah.

Dalam sejarah politik, apa yang aku lihat cuma Almarhum Tok Guru Nik Aziz yang punya aura luar biasa. Putih kata dia maka putih lah. Hitam kata dia maka hitam lah. Ijtihad Almarhum Tok Guru Nik Aziz jarang salah sepertinya Almarhum Tok Guru Nik Aziz ada sixth sense. Seperti Saidina Umar yang Wahyu Allah benarkan ijtihadnya.

Sebelum ni aku sendiri tak faham, Almarhum Tok Guru cukup marah dengan Nasaruddin Mat Isa. Walhal tak pernah dikata apa pada Tok Guru Nik Aziz. Hari ini baru kita faham peranan depa. Beberapa kali Almarhum Tok Guru berjaya menyelamatkan Pakatan Rakyat dari dikhianati.

Itulah hebatnya Tok Guru Nik Aziz dalam Politik. Apa yg pernah dia kata, dia ucapkan termasuk hal rampasan kuasa, boneka UMNO, ia berlaku di hadapan kita hari ini. Begitu juga ketika Tok Guru memuji Tun Mahathir biarpun Tun ketika itu berlaku zalim pada DS Anwar dan Tun cukup tidak suka malah sering menghina Tok Guru Nik Aziz. Tapi bagi Tok Guru semua itu tak penting melainkan mencapai matlamat politik dan dakwah.

Walhal kalau kita tengok Tok Guru Nik Aziz ni perwatakan dia lekeh jer. Takda lah bijak sangat berpidato. Hanya beserban dan berkain pelikat, jarang dia pakai jubah kemegahan, gaya Ulama Kabir macam Presiden PAS hari ini.

Jadi dalam politik memang mudah kita nak cakap buang orang ni, buang orang tu, orang ni pengkhianat. Kadang2 ada yang kita rasa salah walhal dia betul, ada yg kita rasa betul, dialah pengkhianat. Contohnya PM tebuk Atap.

Cuma ahli I’rfan mcm Tok Guru Nik Aziz dan Almarhum Sheikh Said Ramadhan Al Bhuti saja bukan orang politik tapi mereka faqih dalam urusan masyarakat dan politik. Ulama yang boleh nampak fitnah dan apa bencana yang akan berlaku di masa depan.

Jarang ada Mujtahid dan Mujaddid seperti ini..:)

Ipohmali

Pembantu Duta Timur Tengah bertaraf Menteri menolak dakwaan yang beliau menaiki kenderaan lebih daripada dua orang.

BERMANAtv
Pembantu Duta Timur Tengah bertaraf Menteri menolak dakwaan yang beliau menaiki kenderaan lebih daripada dua orang. “Selepas kejayaan petrol RON355, PAS sudah berjaya cipta kenderaan yang boleh……

Umno tarik diri dari PN, Pas mahukan penjelasan

Umno tarik diri dari PN, Pas mahukan penjelasan

PAS melalui Muafakat Nasional (MN) akan mendapatkan penjelasan Umno berhubung langkah parti itu mempertimbangkan untuk menarik diri daripada menyokong Perikatan Nasional (PN).

Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man bagaimanapun yakin apa jua perkara boleh diselesaikan.

“Ini melalui perbincangan dalaman antara semua parti terlibat,” katanya ringkas kepada FMT hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Setiausaha Agung Umno, Ahmad Maslan semalam yang mengumumkan parti itu akan mempertimbangkan menarik diri daripada menyokong PN dan menetapkan syarat baru kepada kerajaan untuk meneruskan kerjasama politik.

Ahmad dilaporkan berkata, syarat baru Umno akan dikemukakan dalam pertemuan dengan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin yang dijadualkan berlangsung hari ini. Namun, beliau tidak memperincikan pertemuan itu.

Semalam, Presiden PKR, Anwar Ibrahim menghadap Yang di-Pertuan Agong selama sejam untuk mempersembahkan sokongan ahli Parlimen kepadanya bagi menubuhkan kerajaan baru.

Ketua pembangkang itu pada sidang media petang semalam berkata, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah akan menemui beberapa pemimpin parti politik dalam beberapa hari ini selepas beliau menyerahkan dokumen membuktikan sokongan ahli Parlimen kepadanya.

Katanya, beliau mendapat sokongan lebih 120 ahli Parlimen dan dokumen sahih yang diserahkannya kepada Agong terdiri daripada akuan bersumpah dan pengesahan ketua parti.

Bagaimanapun, Istana Negara memaklumkan Anwar hanya mengemukakan jumlah, bukannya senarai nama ahli Parlimen untuk mengukuhkan dakwaannya mempunyai sokongan mencukupi.

Berita penuh

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2020/10/14/pas-mahu-penjelasan-umno-pertimbang-tarik-diri-daripada-pn/

IKTIBAR DARIPADA SEJARAH YANG SEBENAR

Minda Presiden PAS

IKTIBAR DARIPADA SEJARAH YANG SEBENAR

Khalifah Umar bin al-Khattab RA menegaskan kepada sahabatnya iaitu Abu Musa al-Asy’ari RA:

الرُّجوعُ إِلَى الْحَقِّ خَيْرٌ مِن التَّمَادِي فِي الْبَاطِلِ.

“Kembali kepada kebenaran itu lebih baik daripada berterusan berada dalam kebatilan.” (Ibn Hajar al-‘Asqalani, al-Talkhis al-Habir, jld. 4, ms.1574)

Kembalilah kepada kebenaran dengan beristiqamah bersama Islam yang berdaulat, kerana kemuliaan manusia dan bangsa hanyalah bersama Islam.

Berwaspadalah mereka yang mahu kemenangan segera tanpa beristiqamah bersama Islam sehingga bergantung dengan apa-apa sahaja, termasuk di dahan yang rapuh sehingga jatuh binasa.

Bahtera yang sesat tujuan daripada Islam yang mengamalkan matlamat menghalalkan cara dan memberikan wala’ (kesetiaan) kepada musuh Islam, laksana menebuk kapal bagi mendapatkan air paling cepat yang kelak akan mati tenggelam atau laksana katak yang tersalah melompat ke dalam api.

Baca lagi:
https://www.facebook.com/146911248727335/posts/3333515523400209/?sfnsn=mo

Bukti MuNafik (MN) Umnopas Tidak Pernah Membela Islam Dan Melayu.

Lihat nasib ‘pengganas’ Islam. Pengganas LTTE mudah2 jer ditarik balik pendakwaan. Ni negara kafirkah? Bks anggota alMaunah antaranya Mukhtar Senik, anggota Mjlis Syura Ulamak PAS/AJK PAS Pusat. Bliau kena bbrapa bln ISA sblum dibebaskan bersyarat.

Apa jadi nasib muslimat pljr U dlm pjara skrg yg dikaitkan dgn menyokong ‘pengganas’ Islam yg hanya sekadar simpan bbrapa buah buku gerkan ‘pengganas tersebut? Patut pun Pengarah Jnyh Berat & Keganasan diturunkan pangkat dari Bt Aman ke IPD Johor wpun dilantik Pjaya PDRM Johor.

Adakah bnr kata Lokman Adam, Tun M slmtkan Azmin dari kes semburit? Nmpk semacam bnr bila Tun M akui campurtgn kerja polis dlm kes LTTE. Jika gitu, mmg tepat n wajar Kerjaan PH mapuih dlm tempuh 22 bln. Jgn bagi peluang lagi utk PH bangkit kembali dlm PRU 15. Seriklah dgn kerosakan yg dilakukan PH slama ini. Lancaulah lu PH & PEJUANG. Apa hal pun aku kekal sokong Warisan. Patut pun hari tu TSMY slaku MDN kata, bkn bliau arahkan AG tarik balik kes LTTE.

Telefon pintar, TV ‘kurus’ pengalaman baru bekas banduan Al-Maunah
Terkurung di sebalik jerisi besi selama 20 tahun, Ahmad – yang khatam al-Quran sebanyak 165 kali semasa di penjara- mengakui kekok dengan dunia luar.

https://www.malaysiakini.com/news/541154