Design a site like this with WordPress.com
Mulakan

KENYATAAN MEDIA DSAI

KENYATAAN MEDIAOktober 13, 2020Assalammualaikum waramatullahiwabarakatuh dan Salam sejahtera kepada semua yang hadir.Alhamdulillah, menjunjung setinggi kasih kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah, di atas perkenan Baginda menerima saya mengadap hari ini. Saya berdoa agar Baginda sentiasa sihat walafiat.Sebagaimana yang saya janjikan pada sidang akhbar 23 September lalu telah saya tunaikan hari ini dengan mempersembahkan dokumen sahih mengenai majoriti kukuh Ahli Parlimen yang menyokong saya kepada Yang di-Pertuan Agong.Sebagai hamba Allah yang insaf dengan segala ujian yang saya lalui, saya dengan rendah diri memanjatkan setinggi kesyukuran kepada Allah swt kerana di atas Rahmat dan Hidayahnya memberi kekuatan, kesabaran dan iltizam untuk saya meneruskan perjuangan membela agama, bangsa dan negara tercinta ini.Saya pohon rakyat dan semua ahil politik tanpa mengira parti dan fahaman supaya bersabar. Kita serahkan kepada kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong membuat keputusan yang terbaik untuk masa depan negara.Saya juga berterima kasih dan menyanjung tinggi kesabaran, pengorbanan dan doa seluruh rakyat kepada saya.Kini bukanlah masa untuk merayakan kemenangan sesiapa atau menangisi kekalahan sesiapa. Tidak ada kemenangan atau kekalahan kepada sesiapa pun hari ini. Kemenangan sebenarnya ialah apabila kita berjaya menjadikan Malaysia sebuah negara yang maju, makmur, adil dan harmoni untuk seluruh rakyatnya.Sekarang juga bukan masanya untuk menyebar maklumat dan berita palsu. Oleh itu, saya pohon agar kita semua mainkan peranan untuk hanya menyebar maklumat dan berita yang sahih. Marilah kita semua bekerja dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh membina semula negara tercinta ini.Akhir sekali, saya mendoakan agar pandemik Covid-19 ini akan dapat kita tewaskan, agar rakyat Malaysia terselamat dari wabak ini, dan agar ekonomi kita pulih. Saya pohon semua untuk terus bertenang dan sentiasa patuhi semua arahan dan SOP pihak berkuasa untuk melandaikan lekuk Covid-19.InshaAllah, berkat usaha dan doa, kita akan berjaya. Sekian Terima Kasih, Wassalam.ANWAR IBRAHIM

https://web.facebook.com/anwaribrahim.keadilan/photos/a.10151324968561840/10161028866871840/

Anwar Ibrahim PM Baru

September 23, 2020

Bismillah Ar-Rahman Al-Rahim

As-salamu alaikum wa rahmatullahi wabarakaatuhu

Dan salam sejahtera

Terima Kasih saya ucapkan kepada semua rakan media tempatan dan antarabangsa yang hadir walaupun jemputan dikeluarkan dalam tempoh yang singkat.Rakyat Malaysia berhak mendapatkan sebuah kerajaan yang kukuh dengan kepemimpinan yang cekap dan yakin, untuk mengurus krisis ekonomi dengan bijaksana dan tuntas. Adalah menjadi tanggungjawab kita semua untuk menyelamatkan negara ini daripada menghadapi kemelesetan ekonomi yang dibimbangi boleh menimbulkan ketegangan hubungan kaum.Alhamdulillah kini saya telah mendapat sokongan yang kukuh dan menyakinkan daripada Ahli Ahli Parlimen untuk saya persembahkan kepada Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Agong. Ingin saya nyatakan di sini majoriti yang menyokong saya ialah Ahli Parlimen Melayu dan Islam.Untuk maklumat semua, sebenarnya saya telah diperkenankan untuk mengadap Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong kelmarin, Selasa 22 September jam 11 pagi, tetapi terpaksa ditangguhkan kerana Baginda kini menerima rawatan di Institut Jantung Negara.Kendati begitu, melalui perbualan telefon malam Selasa lalu saya telah mendoakan aa’fiah buat Kebawah Duli Tuanku.Dengan sokongan dan majoriti kukuh dan meyakinkan bermakna kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin telah jatuh. Maklumat dan langkah selanjutnya akan saya maklumkan selepas mengadap Baginda Yang di-Pertuan Agong dalam masa yang terdekat, Insha’Allah.Pentadbiran ini pastinya mewakili semua rakyat, dengan majoriti Melayu-Bumiputra dan perwakilan saksama semua kaum di negara ini. Kami tetap menjunjung prinsip-prinsip perlembagaan yang mengiktirafkan kedudukan Islam, kedaulatan Raja-raja Melayu, memartabatkan kedudukan Bahasa Melayu sebagai Bahasa rasmi serta kedudukan istimewa Melayu-Bumiputra disamping jaminan tegas mempertahankan hak warga pelbagai kaum lain.Akhir sekali, saya memohon seluruh rakyat supaya bersabar dan mendoakan kesembuhan segera Tuanku Yang di-Pertuan Agong. Saya berjanji akan membentuk sebuah kerajaan dengan tatakelola berintegriti dan komited untuk menangani krisis yang melanda negara; menghentikan amalan rasuah dan membela nasib rakyat. InshaaAllah saya akan tunaikan janji saya untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang makmur, aman dan adil untuk seluruh rakyatnya.Terima Kasih. ANWAR IBRAHIM

17 Perkara Membuktikan Kehebatan Anwar Ibrahim

1 PRU 151 HADI RASUAH

1. Dato Seri Anwar Ibrahim adalah pemimpin Politik Malaysia PERTAMA yang berkelulusan ‘ Pakar Perunding Kewangan dan Pakar Ekonomi & Kewangan.’

2. Anwar Ibrahim diakui sebagai ‘ Pakar Perunding Kewangan ‘ oleh Bank Dunia pada tahun 2008 dan sebagai ‘ Pakar Ekonomi & Kewangan ‘ oleh Bank Kesatuan Eropah ( EU ) pada tahun 2014 kerana pencapaian Anwar yang CEMERLANG semasa menjadi Menteri Kewangan bukan disebabkan latar belakang Akademik.

Anwar pernah menjadi Menteri Kewangan yang terbaik di Dunia pada tahun 1993 dan Asia pada tahun 1996.

Anwar pernah berkhidmat sebagai Konsultant di Bank Dunia selama 6 bulan.

Pencapaian CEMERLANG Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang pernah dipilih sebagai Menteri Kewangan Terbaik Di Dunia dan Asia.

1. Anwar Ibrahim adalah mantan Menteri Kewangan terbaik yang pernah dilahirkan oleh Malaysia.

2. Dato Seri Anwar Ibrahim dilantik menjadi Menteri Kewangan Malaysia pada tahun 1991.

3. Tahun kedua Anwar Ibrahim menjadi Menteri Kewangan Malaysia 1992,Anwar Ibrahim berjaya mengurus kewangan dan ekonomi Malaysia dengan mendapat UNTUNG ia itu ‘ Pendapatan Melebihi Perbelanjaan ‘ atau surplus budget sebagai mana yang telah dibentangkan di parlimen.

4. Anwar Ibrahim adalah Menteri Kewangan PERTAMA Malaysia yang membentangkan belanjawan yang mendapat ‘ UNTUNG ‘ ia itu pendapatan melebihi perbelanjaan atau surplus budget.

5. Setelah Anwar Ibrahim berjaya mengurus kewangan dan ekonomi Malaysia dan Malaysia boleh berdikari sendiri,akhirnya Anwar Ibrahim menulis surat kepada Bank Dunia untuk menghentikan bantuan kewangan kepada Malaysia kerana Malaysia sudah mampu berdikari sendiri.

6. Selepas Anwar Ibrahim berjaya mengurus Kewangan dan Ekonomi Malaysia dan mendapat keuntungan,Anwar Ibrahim mulai membayar hutang luar Malaysia sebanyak RM10 Bilion setiap tahun dan Anwar Ibrahim adalah Menteri Kewangan PERTAMA Malaysia membayar hutang luar.

7. Pada tahun 1993 Anwar Ibrahim mendapat pengiktirafan dari Euro Money Magazine sebagai Menteri Kewangan yang TERBAIK DI DUNIA.

Anwar Ibrahim adalah Menteri Kewangan Malaysia PERTAMA yang terbaik di Dunia.

8. Pada tahun 1996 Anwar Ibrahim mendapat pengiktirafan dari Asia Money Magazine sebagai Menteri Kewangan TERBAIK DI ASIA.

Anwar Ibrahim adalah Menteri Kewangan Malaysia PERTAMA yang terbaik di Asia.

9. Pada tahun 1998 Anwar Ibrahim mendapat pengiktirafan dari Asia Weeks Magazine sebagai ‘ The Asian of the year.’

Anwar Ibrahim adalah Menteri Kewangan Malaysia PERTAMA yang mendapat pengiktirafan sebagai The Asian Of the Year.

Anwar Ibrahim adalah Menteri Kewangan Malaysia PERTAMA yang dilantik sebagai ‘ Pengerusi bahagian pembangunan ‘ di Bank Dunia pada tahun 1995.

10. Semasa Anwar Ibrahim menjadi Menteri Kewangan, Malaysia di kenali sebagai The Asian Tiger dikalangan negara-negara Asian.

11. Semasa Anwar Ibrahim menjadi Menteri Kewangan pertumbuhan ( Growth ) Ekonomi Malaysia berada pada kadar 7- 9 % selama 8 berturut-turut.

1. Pertumbuhan ( Growth ) Ekonomi Malaysia numbur 1 di Asean.

2. Persaingan ( Competitiveness ) Malaysia Numbur 1 di Asean.

3. Pelaburan langsung ( Foreign Direct Investment ) Malaysia numbur 1 di Asean.

4. Capitalisation Malaysia numbur 2 di Asean.

12. Anwar Ibrahim Menteri Kewangan Malaysia PERTAMA yang mengurus kewangan dan ekonomi Malaysia yang mendapat ‘ Untung ‘ atau pendapatan melebihi perbelanjaan ( Surplus Budget ) selama 8 tahun berturut-turut.

Selepas Anwar Ibrahim dan sehingga kini tiada Menteri Kewangan Malaysia yang berjaya membentangkan bajet pendapatan melebihi perbelanjaan seperti yang dicapai oleh Anwar Ibrahim selama 8 tahun berturut-turut.

13. Anwar Ibrahim adalah Menteri Kewangan Malaysia PERTAMA yang berjaya menurunkan hutang luar Malaysia keparas paling rendah.

14. Semasa Anwar Ibrahim menjadi Menteri Kewangan,beliau berjaya menutup kebocoran dan ketirisan.

15. Kejayan Anwar Ibrahim mengurus Kewangan dan Ekonomi Malaysia dengan baik dan cemerlang adalah kerana kepandaian dan kebijaksanaannya dan terbukti apabila Anwar Ibrahim menjadi tokoh politik Malaysia pertama mencapai kelulusan sebagai ‘ PAKAR PERUNDING KEWANGAN ‘ yang diakui oleh Bank Dunia pada tahun 2008.

16. Kejayaan Anwar Ibrahim mengurus Ekonomi dan Kewangan Malaysia ketika menjadi Menteri Kewangan adalah kerana kepandaian dan kebijaksanaannya dan terbukti apabila Anwar Ibrahim menjadi tokoh politik pertama Malaysia mencapai kelulusan sebagai ‘ PAKAR EKONOMI & KEWANGAN ‘ yang diakui oleh Bank Kesatuan Eropah ( EU ) pada tahun 2014.

17. Kesimpulan, berdasarkan fakta-fakta di atas Anwar Ibrahim adalah Menteri Kewangan terbaik yang pernah dilahirkan oleh Malaysia dengan trek rekod yang baik di Malaysia, Asia dan Dunia.

Sila rujuk Kementerian Kewangan dan Hansard Parlimen Malaysia.

Abdul Rauf Hj Jainullah.