
‘ADUH, SEKIRANYA RM 1.4 BILION DALAM AKAUN SAYA…”
JOHOR BAHRU, 5 DIS: “Aduh, sekiranya RM 1.4 billion masuk dalam akaun saya, wah bukan main lagi saya pada hari ini”
Demikian luahan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Salahuddin Ayub ketika ditanya berkenaan isu berkisar Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) yang mengaitkan dirinya.
Kata Salahuddin, matlamat dan perjuangan beliau hanyalah untuk membela para peladang dan petani yang berjumlah 910,000 orang.
Menurut Salahuddin, RM 1.4 billion yang disebut itu adalah peruntukan projek pembangunan untuk para peladang dan petani di seluruh Malaysia.
“Duit masih ada di perbendaharaan untuk saya membantu peladang dan petani miskin. Bukan saya perjuangkan tauke atau mereka yang jauh berkemampuan.
“Apa yang akan dilakukan adalah untuk memulangkan RM 1.4 billion itu kepada peladang dan petani miskin di seluruh Malaysia,” kata Salahuddin kepada Johorkini, menjelaskan perkara tersebut apabila pembangkang membangkitkan perkara itu di DUN Johor baru-baru ini.
Adun Simpang Jeram itu berkata, dana berkenaan masih berada di Kementerian Kewangan dan bukan masuk ke akaun lain seperti yang berlaku dalam beberapa skandal di bawah pentadbiran kerajaan sebelum ini.
Manakala NAFAS bukan persatuan biasa dan ia ditubuhkan di bawah Akta Peladang serta dilindungi kerajaan.
Jelasnya, apa yang dilakukan beliau mengikut peraturan selagi tidak dimuktamadkan Kementerian Kewangan.
“Di zaman Tun Razak, berlakunya pemisahan antara Perdana Menteri dan Menteri Kewangan supaya tidak berlaku pengaruh Perdana Menteri terhadap Menteri Kewangan.
“Dengan tatacara yang betul, ini menunjukkan bagaimana integriti pada zaman tersebut.
“Setelah saya cabar untuk membuktikan tuduhan tersebut ianya tidak berjaya dilakukan oleh pihak yang menuduh,” kata Salahuddin.
Beliau turut menjelaskan pelantikan barisan kepimpinan NAFAS dalam memastikan peranannya sebagai induk Pertubuhan Peladang dapat dilaksanakan dengan lebih efisien.
“Ada yang cakap kita lantik mereka yang bekerja di bawah kita ini sebagai suatu yang baharu.
“Pembangkang usah buat-buat lupa dengan perkara ini – seperti jawatan dari punca kuasa – yang sebelum ini (pun) mereka tahu.
“Ini bergantung kepada doktrin ‘Goverment Of The Day’ – yang memerintah akan memilih mereka yang benar-benar dipercayai,” jelas Salahuddin.
Beliau turut bertanyakan kepada pembangkang, yang suatu ketika dahulu menjadi kerajaan – berkenaan hal berkaitan pelantikan syarikat berkaitan kerajaan .
“Pembangkang dahulu sewaktu menjadi kerajaan – adakah saya boleh mengharapkan dilantik?
“Apa yang penting, yang dilantik hari ini perlu menunjukkan yang mereka mampu, bertanggungjawab serta memikul amanah yang diberikan.
“Kalau tidak rakyat akan maki, tolak dan benci kita,” kata Salahuddin lagi.
JohorKini

Aduh, sekiranya RM 1.4 billion masuk dalam akaun saya, wah bukan main lagi saya pada hari ini”
Demikian luahan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Salahuddin Ayub ketika ditanya berkenaan isu berkisar Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) yang mengaitkan dirinya.
Kata Salahuddin, matlamat dan perjuangan beliau hanyalah untuk membela para peladang dan petani yang berjumlah 920,000 orang.
Apa yang akan dilakukan adalah untuk memulangkan RM 1.4 billion itu kepada peladang dan petani miskin di seluruh Malaysia,” kata Salahuddin