Design a site like this with WordPress.com
Mulakan

Rakyat Kelantan Tinggal Di Kandang Kambing

“Mano Che Loh?”, derita seorang nenek tinggal di ‘kandang kambing’

Tumpat: Tinggal di bangsal menyerupai kandang kambing. Itu nasib warga emas Rabiah Jusoh, 70, yang menghuni kediaman dibina dari kayu terbuang di Kampung Pauh Seratus, Pantai Geting di sini, sejak 12 tahun lalu.

Bangsal yang kelihatan amat uzur dan mempunyai ruang kecil itu dijadikan tempat olehnya untuk tidur, memasak dan solat.

Dinding dan lantai kediaman itu kini kian reput manakala bumbung bangsal sering diterbangkan angin ribut.

Rabiah berkata, dia tidak mahu menyusahkan tiga anaknya yang sudah berumah tangga dan hanya melakukan kerja kampung.

“Saya tidak mahu tinggal dengan mereka walau sering diajak kerana mereka juga susah dan perlu menanggung keluarga. Malah, ada salah seorang anak saya terlantar sakit strok.

“Rumah ini saya bina bersendirian sejak 12 tahun lalu secara sedikit demi sedikit bergantung kepada bahan binaan (kayu terbuang) yang dijumpai,” katanya tadi.

Rabiah berkata, bangsal itu tidak dilengkapi dengan tandas menyebabkan dia terpaksa ke sungai.

Dia yang menyara hidup dengan mengambil upah mengopek ikan bilis hanya memperoleh RM10 untuk satu plastik besar mengandungi 10 kilogram ikan bilis.

“Sebelum ini saya kerja menyiang dan menjemur ikan di tempat proses ikan. Namun saya sudah tidak larat berjalan dan hanya bekerja di rumah.

“Dua hari masa diambil untuk siap mengopek satu plastik besar ikan bilis ini,” katanya sambil memberitahu ada juga penduduk kampung menghulur makanan.

Nasib Rabiah mendapat perhatian kumpulan aktivis masyarakat, Cempaka Merah Asnaf Society yang segera memberi bantuan.

Wakil persatuan, Che Norhayati Mohamed berkata, pihaknya sudah menjalankan hebahan mengenai keadaan warga emas itu dan berhasrat untuk membantu membina rumah baharu untuk keselesaan Rabiah.

“Sudah ada beberapa pihak memberi bantuan dalam bentuk bahan binaan serta kewangan. Kami akan segera bina rumah baharu untuk Mak cik Rabiah,” katanya.

Orang ramai yang ingin membantu menyalurkan dana buat Rabiah, boleh berbuat demikian menerusi akaun Bank Islam di bawah Cempaka Merah Asnaf Society iaitu 03072010137874.

Berita penuh : HMetro

GAJI ELAUN ADUN PAS KELANTAN…BILA USTAZ BERBOHONG..

GAJI ELAUN ADUN PAS KELANTAN…BILA USTAZ BERBOHONG..

Tak pasti tulisan ustaz atau YB mana dari Kelantan yang beredar di Whatsapp.. kononnya nak mempertahankan kenaikan elaun adun dan Exco di Kelantan… pandai dia bersilat fakta cuba mengelirukan atau berbohong..Kononnya Elaun Adun PAS sebelum 2015 hanya RM 4 ribu.. Lebih rendah dari pegawai Kerajaan..

Kenapa dia sebut sebelum tahun 2015 ? Kenapa tak selepas 2015..Memang benar..Sebelum tahun 2015 tu tahun dimana MB nya adalah seorang Ulama yang zuhud iaitu Almarhum Tok guru Nik Aziz.. masa tu Husam masih Exco yg jaga Ekonomi.. masa zaman Tok guru Nik Aziz berpuluh tahun..memang Elaun adun tak lebih pun RM 4000.. Memang cukup rendah.. gaji cikgu hari ni lagi tinggi..

Tapi kita tahu tak..Selepas saja Tok Guru Nik Aziz Meninggal Dunia.. Bila Kelantan ditadbir kelompok Ruwaibidhah dan Ulama jahat.. Tok Guru Nik Aziz meninggal bulan febuari 2015..Bulan November depa dah naikkan elaun Adun dari RM 4600 kepada RM 8000.. Depa naik hampir sekali ganda… itu belum kenaikan Elaun MB dan Exco.. depa naik tu time tu tahun yang sama banjir besar melanda Kelantan.. kenaikan kali ini time wabak Melanda Negara..

Tapi awat Ustaz tu berbohong dan sorokkan fakta kenaikan kepada RM 8000 pada hujung tahun 2015.. kenapa sebut elaun sebelum 2015 ? saja kononnya nak nampak Elaun adun kelantan kononnya rendah ? betul betul membohong lah… Dari RM 8 ribu maknanya nak tambah dari RM 3 hingga RM 5 ribu.. nampak tak ?

Ni nak habaq..TG Nik Aziz tu betul betul Zuhud.. Dia Meninggal Dunia, gaji memang rendah..dah lah rendah.. separuh dia Infaq… Mana ada koleksi kereta.. dia pergi tanpa apa apa harta dan kenderaan kemegahan.. kereta Honda pun takda.. jangan kata Vellfire atau Mercedes.. walhal dia MB 20 tahun.. Hutang Kerajaan pusat tak pernah tak bayar walaupun hasil negeri sikit..tu orang panggil berkat..

Pesan kat MB Kelantan..Toksah lah berlakon zuhud naik basikal Pi Masjid.. Kononnya beli nasi bungkus naik motor.. atau ada Ulama dunia tunjukkan rumah dia dari papan..lantai dimakan anai anai kononnya..Sedangkan kereta mewah.. Nombor Plat kereta pun harga berpuluh ribu… lagi mahal dari rumah lantai anai anai dia.. Dok tibai gaji Duta berstatus Menteri dekat berpuluh ribu sebulan..tapi lantai rumah pun tak boleh nak ganti.. Tu orang tak panggil zuhud..

Nak naik gaji..naik jer.. tak payah Bagi dalil.. berlakon zuhud..apalagi cuba buat perbandingan Bohong dengan bandingkan gaji dan Elaun sebelum 2015… 🙂

Ipohmali
(melayoumembangsatkanmelayu)

‘Dah dapat Mercedes sekarang MB, exco Kelantan nak naik gaji pula’

‘Dah dapat Mercedes sekarang MB, exco Kelantan nak naik gaji pula’

5 Nov 2020, 9:27 pm
Dikemaskini 15 jam l

Presiden parti Putra, Ibrahim Ali hari ini berkata “rakyat wajar bangkit dan menentang” rancangan kerajaan Kelantan menaikkan gaji wakil rakyatnya.
“Ini bermakna gaji menteri besar, timbalan menteri besar dan exco pun naik sama,” katanya pada satu kenyataan kepada Malaysiakini.
Terdahulu hari ini, Timbalan Menteri Besar Kelantan, Mohd Amar Abdullah dilaporkan berkata Adun dan barisan exco kerajaan negeri Kelantan bakal menikmati kenaikan gaji pokok antara RM3,000 hingga RM5,000 seorang.
Jelas beliau, kenaikan itu diperlukan bagi mengurangkan jurang perbezaan gaji antara wakil rakyat Kelantan dan negeri-negeri lain.
Bagaimanapun, Ibrahim mempersoalkan kenaikan gaji berkenaan dalam keadaan belanjawan negeri defisit sebanyak RM66 juta.
Jelasnya, negeri lain mampu berbuat demikian kerana pendapatannya lebih baik berbanding Kelantan.
“Ke mana semangat pengorbanan pemimpin yang jaja Islam? 30 tahun rakyat Kelantan kais pagi makan petang. Cukai tanah, cukai pintu dan berbagai cukai urusan tanah naik beratus peratus.
“Bekalan air sentiasa putus dan kotor manakala pekerjaan untuk rakyat habuk tak ada. Rakyat terus berhijrah keluar Kelantan.
“Sebelum ini menteri besar, timbalan menteri besar dan exco dapat Mercedes dan sekarang nak naik gaji pula,” kata Ibrahim lagi.

Bagaimanapun, timbalan menteri besar Kelantan pada Januari menjelaskan kerajaan negeri menggunakan kereta jenis Mercedes-Benz sebagai kenderaan rasmi atas faktor keselamatan.
Mohd Amar berkata penggunaan kenderaan rasmi untuk menteri besar itu telah dimulakan sejak era pentadbiran Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat.
“Sebenarnya penggunaan Mercedes-Benz ini adalah zaman Tok Guru (Nik Aziz) lagi.
“Saya masa itu exco, memang pakai Mercedes-Benz E230. Jadi kita hanya tukar Mercedes lama ke baru.
“Faktornya, seperti saya katakan, iaitu faktor keselamatan itu paling besar. Tak sepatutnya ia jadi isu. Tapi sudah menjadi isu, kita nak kata macam mana,” jelasnya.

KERAJAAN PAS KELANTAN HISAP DARAH RAKYAT

Utamakan rakyat susah  dari naik gaji Adun dan Exco – PKPIM Kelantan

Utamakan rakyat susah dari naik gaji Adun dan Exco – PKPIM Kelantan

Wabak Covid-19 bukan saja menjejaskan kehidupan orang ramai, malah memberi kesan besar kepada dunia pendidikan, kata Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) Kelantan.

Justeru, kata pertubuhan itu, keutamaan kerajaan negeri sepatutnya diberikan kepada kesukaran keluarga tidak berkemampuan menampung kos pembelajaran.

Selain itu, kata Yang Dipertua PKPIM Kelantan, Muhammad Aqil Iqbal Mohd Zulkiffli, kerajaan negeri perlu mewujudkan peluang pekerjaan lebih banyak bagi menangani pengangguran yang kian meningkat.

Justeru katanya tindakan kerajaan negeri menaikkan gaji wakil rakyat dan exco kerajaan di Kelantan tidak boleh diterima.

“PKPIM Kelantan juga berpendapat keperluan untuk menaikkan gaji wakil rakyat bagi mengurangkan jurang perbezaan gaji dengan wakil rakyat negeri lain adalah tidak munasabah.

“Pihak kerajaan negeri sepatutnya mengutamakan belanjawan bagi menyelesaikan permasalahan rakyat terutama bagi golongan B40 yang terjejas akibat pandemik Covid-19 serta memberi insentif tambahan kepada petugas barisan hadapan yang sentiasa berdedikasi untuk menjaga rakyat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam media melaporkan, Adun dan exco Kelantan bakal menikmati kenaikan gaji pokok antara RM3,000 hingga RM5,000 seorang.

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Mohd Amar Abdullah, berkata kenaikan itu diperlukan bagi mengurangkan jurang perbezaan gaji antara wakil rakyat Kelantan dan negeri-negeri lain.

Malah katanya, wakil rakyat di Kelantan diibaratkan seperti pegawai kebajikan kerana ramai masyarakat di kawasan memerlukan perhatian dan bantuan mereka.

Aqil Iqbal berkata PKPIM Kelantan menggesa agar kerajaan negeri mengutamakan bantuan pendidikan pada semua peringkat dalam perancangan belanjawan tahun depan.

“Pemimpin seharusnya menjadi teladan yang baik kepada rakyat terutama semasa menjalankan amanah membangunkan rakyat.

“Semoga Negeri Kelantan terus diberkati dan dirahmati serta dijauhkan dari pemimpin yang tidak bertanggungjawab,” katanya.

Sumber berita

https://www.malaysiakini.com/news/549648

Rakyat Kelantan Bina Jambatan Sendiri. Dapat 400 jote, tak tau lebai habiskan kut mana.

1 JAMBATAN RAKYAT

1 KELANTAN KOMUNIS 21 ISLAM DALAM BAHAYA1 BALAK PAS1 AGAMA GAGAL1 HADI KHADAM MCA1 BUKAN MELAYU DAN BUKAN ISLAM LEBIH BERAMANAH

 

Dapat 400 jote, tak tau lebai habiskan kut mana. Nak buat jambatan kayu pun tak boleh.

Kesian rakyat Kelantan, kena keluarkan duit sendiri & bina jambatan sendiri seolah2 Kelantan takda kerajaan negeri.

Ni semua menti salah Dap.

Kelantan tak bekukan permohonan lesen baru arak

1 KELANTAN KOMUNIS 21 HADI KHADAM MCA1 AGAMA GAGAL

1 ARAK KELANTAN

 

Kerajaan negeri Kelantan tidak mengambil tindakan untuk membekukan permohonan lesen baru penjualan arak seperti yang diambil oleh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Timbalan Menteri Besar Kelantan Mohd Amar Abdullah berkata, ini kerana kerajaan negeri mempunyai dasar sendiri dalam perkara tersebut.

“Nak mohon lesen orang bukan Islam dibolehkan, boleh mohon tetapi bersyarat iaitu kedai khusus untuk bukan Islam.

“Kedua keperluan masyarakat, adakah kedai itu mencukupi atau lebih dengan jumlah orang yang ada.

‘Setakat ini difahamkan jumlah lesen penjualan arak yang diluluskan untuk bukan Islam mencukupi iaitu 15 lesen di seluruh negeri,” katanya ketika ditemui media selepas mesyuarat exco kerajaan negeri di kediaman rasmi menteri besar Kelantan, JKR 10, di Kota Bharu, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya keperluan untuk Kelantan membekukan kelulusan baru bagi lesen penjualan arak seperti dilakukan oleh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Terdahulu, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengumumkan pembekuan semua permohonan baru untuk lesen minuman keras berkuatkuasa serta merta.

Sementara itu Mohd Amar berharap dasar yang digunapakai oleh Kelantan boleh diteliti oleh kerajaan persekutuan sebagai panduan dalam menguruskan permasalahan yang berkait dengan arak.

“Kita tidak menafikan hak orang bukan Islam untum minum arak, kita hormati cuma di Kelantan ada kawalan antaranya tidak boleh dijual secara terbuka dan tidak boleh dijual di premis awam.

“Hanya di premis tertentu premis awam yang khusus untuk orang bukan Islam. Jadi mungkin (kaedah) ini juga diguna di luar Kelantan (negeri lain),” katanya.

Jadilah pelanggan Malaysiakini untuk menyokong media bebas menyalurkan sumber maklumat dalam negara yang boleh dipercayai. Bersama membina Malaysia yang lebih baik.

https://m.malaysiakini.com/news/528543

KELANTAN PADA ZAHIR DIBAWAH PEMERINTAHAN ULAMAK TETAPI PADA HAKIKAT KAUM CINA MENGUASAI EKONOMI NEGERI KELANTAN

isu-tanah-kelantanFlyers+12+LADANG+RAKYATngehSlogan+Felda+Vs+Ladang+Rakyat

Geng Walaun marah benar dengan ambo kemarin katanya apa yang ambo post x dok isu, lalu diangkat dan dibijakkan dengan berbagai alasan membela Kerajaan Negeri Kelantan katanya Industri Emas ni kita tak dok kepakaran jadi maka itu kena bui ko cina Spura buat, ok laa ambo terima hujah dia, tapi ambo check J Resources syarikat Indonesia Monument Mining Limited Syarikat Australia hok buat Emas di Penjom dan Lombong Selinsing Pahang,berjaya memberikan Royalti Emas kepada Pahang sebanyak RM130 juta pada 2014 manakala Kelantan hanya menerima RM4.7 juta pada tahun yang sama, ya lah mungkin keluasan Lombong di Pahang lebih besar tetapi nisbahnya amat jauh sekali berbeza,

Ramai anak tempatan Pahang sendiri berkerja bersama J Resources dan Monument Mining Limited malah ada yang menjawat jawatan penting dalam Syarikat itu, dibandingkan dengan Kelantan ambo dengar orang2 di Sokor, Tanah Merah kalau ada pun Jadi Jaga saja tu pun nak berebut dengan Nepal.

Ok , Jika Industri Lombong Emas dianggap teknologinya terlalu tinggi untuk digapai oleh Anak Kelantan seperti membuat roket Appolo naik ke bulan susahnya. ambo nak Walaun ni pandang jugak dalam industri lain,

ambo nak senaraikan

1) Pembangunan Tebing Sungai Kelantan – Liziz Standanco. – dimana peranan Anak Melayu Kelantan?
2) Pembanguan Bandar Baru Tunjong, – Creative Spring Sdn Bhd , Noble Residence SB
3) Tanah Ladang Sawit YIK – beri pajak pada MWE Holding jadi milik Surin Upatkoon tauke Judi Magnum.
4) Tanah Ladang Rakyat – beri pajak pada Golden Grower Palm yang buka Skim Sawit pada orang luar kaut untung dan rakyat tak tahu.
5) Tanah2 Balak (Ladang Getah Klon) – Orang lain yang buat.
6) Rumah Seri Kelantan Jalan Stoner- beri pada Kemajuan Kijang Mas yang pemilik sebenar adalah Masteron Berhad (pemaju Koi Kinrara) atas nama JV
7) Kawasan Hutan Simpan Batu Papan, Gua Musang seluas hampir 2000 ekar (kompartment. 20, 22, 23,29,30 dan 44 )telah terlepas ke tangan sebuah syarikat Pengurusan Mayat Nirvana Memorial Center dipajak selama 50 tahun
dan terlalu banyak untuk disenaraikan

dan SOALAN AMBO ADAKAH RAKYAT KELATE INI SERBA SERBI TAK PANDAI DIANGGAP KAYU OLEH KERAJAAN PAS KELANTAN YANG KONONNYA HEBAT MENTADBIR?

Gambar di bawah adalah kawasan EMAS yang diambil oleh Cina Hongkong dalam video tadi melalui pertukaran pengarah secara alibaba juga di MUKIM SOKOR , TANAH MERAH.

PAH GAPO HOK RAKYAT KELATE RETI, KOKOK ETAK?

Image result for SENARAI KEGAGALAN PAS KELANTAN
1 Jom Boikot Umnopas Rasis.GENG LAWYER BURUK KELANTAN1 A TERANCAM