Muhyiddin PM Paling Gagal Dan Semakin dibenci rakyat, khianat mula makan diri

Hari demi hari yang berlalu, Muhyiddin Yassin kini bukannya makin disukai, tetapi nampaknya semakin dibenci dan dihamburkan kata-kata nista terhadapnya.

Jika selepas pembentangan Belanjawan 2021 Jumaat, 6 November lalu, beliau lebih teruk dikecam daripada Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz sendiri, terutama berkaitan isu KWSP dan moratorium pinjaman bank, semalam pula ketika muncul dalam wawancara Astro Awani, keadaannya jauh lebih parah lagi.

Dalam semua platform media sosial yang berkongsi siaran langsung tersebut, boleh dikatakan lebih 90 peratus yang memberi komen telah meluahkan kata-kata kecaman, kebencian dan nistaan terhadapnya.

Malah, dalam Facebook Muhyiddin sendiri yang turut berkongsi wawancara itu, ia penuh dengan komen-komen yang bernada kebencian dan gambaran meluat kepadanya.

Di laman Facebook beberapa penyokong Muhyiddin yang cuba memuji Perdana Menteri berikutan wawancara tersebut, turut dijadikan sasaran kecaman netizen dengan kata-kata makian dan serangan.

Pendek kata, apa saja berkaitan Muhyiddin sekarang ini, lebih banyak atau lebih 90 peratus akan dibalas dengan nada kebencian berbanding suka kepadanya.

Baru lapan bulan jadi Perdana Menteri, kenapa keadaan ini berlaku?

Tidak dinafikan, semua keadaan ini bermula dengan kedudukan Muhyiddin sendiri yang naik jadi Perdana Menteri melalui jalan pengkhianatan atau pintu belakang dan bukan melalui pilihan raya.

Pada mulanya, hanya penyokong Pakatan Harapan (PH) yang banyak mengkritik dan membalunnya, tetapi lama-kelamaan ia merebak kepada rakyat biasa, mereka yang berkecuali dan penyokong Perikatan Nasional (PN) sendiri, khususnya daripada Umno.

Selain beberapa tindakan dan pendekatannya sendiri yang menyumbang ke arah itu, ia kemudian diperkukuhkan lagi apabila beliau sendiri sebagai Perdana Menteri dilihat tidak mesra kepada kehendak rakyat, terutama dalam isu pengeluaran Akaun 1 KWSP berjumlah RM10,000 dan lanjutan tempoh moratorium pinjaman bank ketika PKPB terus dipanjangkan lagi tempohnya.

Satu dua perkara lagi yang dilakukannya sebelum itu seperti melindungi Azmin Ali dan dikatakan hanya mendengar nasihat beberapa menteri serta orang kanan di sekelilingnya.

Kata-kata tidak berpolitik di musim PKP hanya ungkapan tak serupa bikin, menekan serta membuli rakan sendiri iaitu Umno, memberi peruntukan besar untuk unit propaganda Jasa.

Semua itu secara tidak langsung telah menambahkan lagi kebencian rakyat terhadap Muhyiddin yang sejak dalam Umno lagi memang diketahui tidak mesra alam, sejuk dan lebih banyak masam daripada senyum yang dipapar di wajahnya.

Jika Najib Razak sebelum PRU14 begitu dibenci oleh rakyat dan netizen, kebencian mereka terhadap Muhyiddin sekarang ini, jika diteliti, jauh lebih parah daripada itu.

Najib sekurang-kurangnya dibenci ke tahap itu setelah lapan tahun menjadi Perdana Menteri, namun Muhyiddin menerima keadaan yang sama hanya dalam lapan bulan saja tempohnya.

Apa mesti Muhyiddin lakukan sekarang?

Muhyiddin boleh saja mengabaikan semua luahan hati netizen itu, tetapi suatu perkara yang harus disedarinya ialah jika Najib yang lebih kuat kedudukannya pun boleh dijatuhkan oleh suara keramat rakyat, tentu tidak mustahil beliau yang berada di dahan rapuh sekarang ini untuk ditumbangkan sama.

Hanya masa dan ketikanya saja lagi belum tiba, tetapi ibarat durian yang sudah masak – lambat atau cepat, Muhyiddin tetap akan ke tanah akhirnya.

Untuk itu, jika beliau ada masa meneliti komen-komen netizen terhadapnya atau isterinya sendiri menyampaikan perkara itu kepadanya, keinsafan dan penyesalan pasti menerpa ke lubuk jiwanya sekarang.

Apa guna jadi ketua jika hanya 10 peratus saja yang ternampak suka?

Yang terbaik ialah beliau memilih jalan sejahtera seperti Pak Lah dahulu yang cepat-cepat berhenti sebelum kebencian makin melaut terhadapnya.

Apa lagi, jika menjadi Perdana Menteri melalui jalan pengkhianatan, lebih terpuji jika segera kembali ke pangkal jalan dan mengembalikan hak itu kepada yang berhak dan sepatutnya.

Berita penuh : https://malaysiadateline.com/muhyiddin-lebih-teruk-rakyat-balun-berbanding-najib/

Dun Kelantan sebulat suara lulus kenaikan gaji Adun – Takbir

Dun Kelantan sebulat suara lulus kenaikan gaji Adun

Dun Kelantan sebulat suara lulus kenaikan gaji Adun

Dewan undangan negeri (DUN) Kelantan sebulat suara meluluskan rang undang-undang (RUU) saraan anggota pentadbiran dan ahli-ahli dewan negeri pindaan 2020.

RUU itu dicadangkan timbalan menteri besarnya, Mohd Amar Abdullah sebagai suatu enakmen dengan tiga kali bacaan.

Mohd Amar (PAS- Panchor) ketika membentangkan cadangan tersebut berkata, pindaan dikemukakan berikutan keadaan terkini yang mencabar kepada anggota-anggota pentadbiran dan Adun.

Ia, katanya, juga bagi menyelaraskan dengan elaun di negeri-negeri lain.

“Selain daripada itu, tugas anggota pentadbiran dan Adun semakin berat dan membawa harapan tinggi daripada rakyat terutama berhadapan dengan pandemik Covid-19.

“Oleh yang demikian kerajaan mencadangkan pindaan dibuat ke atas RUU berkenaan.

“Adalah diharapkan dengan pindaan ini akan mendorong anggota pentadbiran dan ahli-ahli yang berhormat untuk bekerja lebih gigih dan membantu untuk berkhidmat kepada orang ramai pada tahap yang maksimun,” katanya pada Persidangan DUN Kelantan di Kota Bharu, hari ini.

Selepas pembentangan itu Speaker DUN Kelantan, Abdullah Yaakob, memberi laluan untuk cadangan tersebut dibahaskan, namun tiada seorang pun wakil rakyat berbuat demikian sekali gus diluluskan sebulat suara.

Kenaikan itu akan berkuat kuasa pada 1 Januari depan.

SEMOGA UMNO KELANTAN DAPAT SELAMATKAN NEGERI KELANTAN DENGAN SEGERA , JANGAN BIARKAN LEBAI TERUS MENGHISAP DARAH RAKYAT KELANTAN.

IN SYA ALLAH, KELANTAN MILIK BN PADA PRU KE 15 NANTI.

Berita penuh : https://www.malaysiakini.com/news/550092

Pemimpin Pas Dan Bersatu Sepakat Hancurkan Umno

Gempar !!! Pemimpin Bersatu dan Pas bentuk ‘C5’ untuk hancurkan Umno, dedah blogger terkenal

Pemimpin Bersatu dan Pas bentuk ‘C5’ untuk hancurkan Umno, dedah blogger terkenal

Datuk Zaharin Mohd Yasin mendakwa ketika ini wujud kumpulan dikenali sebagai C5 yang sedang merancang satu ‘grand design’ untuk menghancurkan Umno.

Bekas pemimpin Umno itu berkata, kumpulan C5 terdiri dari pemimpin Bersatu dan Pas biarpun parti itu tidak pernah menyatakan terlibat dalam rancangan tersebut.

“Ada satu kelompok yang dikenali sebagai C5. Ada yang berkata C5 ini melibatkan ahli Pas juga di dalam itu dengan satu grand design untuk membunuh Umno.

“Kalau tengok dari kenyataan-kenyataan Pas, tak ada yang menyebut bahawa dia tidak ada hasrat dan minat untuk terlibat dalam satu grand design menghancurkan umno

“Sebaliknya dapat dilihat (Pas) asyik sibuk mempertahankan dan menyokong PM. Dengan itu, dalam kalangan ahli parti khasnya Umno, rasa tersinggung dengan kelompok C5 ini,” katanya dalam satu wawancara di Youtube MABA Channel baru-baru ini.

Sebelum ini, Malaysia Dateline pernah mendedahkan bahawa wujud kumpulan C5 yang terdiri dari lima pemimpin sebagai perancang strategi paling atas dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Sumber memberitahu, C5 telah wujud sejak lebih sebulan lalu lagi ketika kerajaan PN mula bercelaru atau sebelum kerajaan PN terbentuk lagi.

“C5 ini gabungan lima pemimpin Bersatu, Umno dan Pas yang berperanan untuk wujudkan Muafakat Nasional (MN Plus) dan berketuakan Muhyiddin,” kata satu sumber menerangkan siapakah C5.

Menjawab persoalan bagaimana Umno boleh ‘dimatikan’, Zaharin berkata ia boleh terjadi mengikut undang-undang apabila Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) membatalkan parti itu.

Beliau berkata, sehingga kini Umno masih belum mengadakan sidang di peringkat bahagian yang dengan itu tidak membolehkan perhimpunan Agung Umno dilakukan.

Sekiranya itu berlaku katanya, Ros boleh membatalkan Umno kerana melanggar peraturan.

“Kalau Ros ambil tindakan membatalkan Umno, Umno tak boleh jawab apa.

“Apa yang dilihat sekarang, C5 adalah orang yang menyerang Umno. kalau kita tengok cara-cara dilakukan, nampak dalam media sosial bahawa ianya ke arah itu,” katanya lagi.

Berita penuh : https://malaysiadateline.com/c5-didakwa-buat-grand-design-untuk-hancurkan-umno/

Rakyat Kelantan Tinggal Di Kandang Kambing

“Mano Che Loh?”, derita seorang nenek tinggal di ‘kandang kambing’

Tumpat: Tinggal di bangsal menyerupai kandang kambing. Itu nasib warga emas Rabiah Jusoh, 70, yang menghuni kediaman dibina dari kayu terbuang di Kampung Pauh Seratus, Pantai Geting di sini, sejak 12 tahun lalu.

Bangsal yang kelihatan amat uzur dan mempunyai ruang kecil itu dijadikan tempat olehnya untuk tidur, memasak dan solat.

Dinding dan lantai kediaman itu kini kian reput manakala bumbung bangsal sering diterbangkan angin ribut.

Rabiah berkata, dia tidak mahu menyusahkan tiga anaknya yang sudah berumah tangga dan hanya melakukan kerja kampung.

“Saya tidak mahu tinggal dengan mereka walau sering diajak kerana mereka juga susah dan perlu menanggung keluarga. Malah, ada salah seorang anak saya terlantar sakit strok.

“Rumah ini saya bina bersendirian sejak 12 tahun lalu secara sedikit demi sedikit bergantung kepada bahan binaan (kayu terbuang) yang dijumpai,” katanya tadi.

Rabiah berkata, bangsal itu tidak dilengkapi dengan tandas menyebabkan dia terpaksa ke sungai.

Dia yang menyara hidup dengan mengambil upah mengopek ikan bilis hanya memperoleh RM10 untuk satu plastik besar mengandungi 10 kilogram ikan bilis.

“Sebelum ini saya kerja menyiang dan menjemur ikan di tempat proses ikan. Namun saya sudah tidak larat berjalan dan hanya bekerja di rumah.

“Dua hari masa diambil untuk siap mengopek satu plastik besar ikan bilis ini,” katanya sambil memberitahu ada juga penduduk kampung menghulur makanan.

Nasib Rabiah mendapat perhatian kumpulan aktivis masyarakat, Cempaka Merah Asnaf Society yang segera memberi bantuan.

Wakil persatuan, Che Norhayati Mohamed berkata, pihaknya sudah menjalankan hebahan mengenai keadaan warga emas itu dan berhasrat untuk membantu membina rumah baharu untuk keselesaan Rabiah.

“Sudah ada beberapa pihak memberi bantuan dalam bentuk bahan binaan serta kewangan. Kami akan segera bina rumah baharu untuk Mak cik Rabiah,” katanya.

Orang ramai yang ingin membantu menyalurkan dana buat Rabiah, boleh berbuat demikian menerusi akaun Bank Islam di bawah Cempaka Merah Asnaf Society iaitu 03072010137874.

Berita penuh : HMetro

Belum ada kertas cadangan tubuh balik JASA dibawa ke kabinet tetapi peruntukkan sudah ada ?

JASA diberikan peruntukan RM 85.5 Juta untuk menerangkan apa yang sudah diterangkan oleh Jabatan Penerangan – Menteri Komunikasi dan Multimedia

Menteri Umno dedah belum ada kertas cadangan tubuh balik JASA dibawa ke kabinet

Menteri Umno dedah belum ada kertas cadangan tubuh balik JASA dibawa ke kabinet

Peruntukan kepada Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) yang dihidupkan semula oleh kerajaan Perikatan Nsional (PN) tidak bermaksud agensi itu akan berfungsi sama seperti apa yang ada semasa zaman BN dulu.

Setiausaha Agung BN Annuar Musa berkata perkara itu tidak perlu dijadikan polemik dan semua pihak perlu mendengar penjelasan oleh kerajaan.

Malah, anggota Parlimen Ketereh itu yakin Jasa di bawah PN mungkin diwujudkan semula dengan cara dan ‘wajah’ berbeza.

“Saya yakin kerajaan mempunyai idea-idea yang tertentu… kerajaan akan membawa kertas-kertas jemaah menteri, kerana setakat ini belum ada lagi bentuk yang baru sebab ia (Jasa) dah dimatikan.

“Jadi apabila nak hidupkan balik, tidak semestinya dihidupkan dalam keadaan yang lama.

“Jangan cepat buat andaian, kena tunggu penjelasan kerajaan,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri mesyuarat jawatankuasa empat peringkat Umno Ketereh di Kota Bharu, hari ini.

Annuar berkata demikian sebagai mengulas tindakan kerajaan PN menghidupkan semula unit propaganda kerajaan dengan peruntukan sebesar RM85.5 juta daam Belanjawan 2021.

Operasi Jasa dihentikan selepas Pakatan Harapan (PH) menjadi kerajaan persekutuan sebagai langkah mengurangkan kos.

Ketika pentadbiran BN, seramai 222 anggota Jasa dikerahkan di setiap kawasan parlimen dan pengkritik mendakwa tugas mereka antara lain ialah bagi menyebarkan propaganda.

Annuar berkata, penubuhan Jasa sebelum ini di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia sebagai usaha memberi penerangan dan menyampaikan dasar-dasar kerajaan supaya sampai ke akar umbi dan difahami.

“Kita tahu Jasa telah pun ditutup oleh kerajaan PH, apabila ditutup ertinya tidak ada bajet pada 2020 dan 2019. Maknanya Jasa tidak ada lagi sebarang peruntukan.

“Pelantikan baru boleh dibuat tahun depan, belum pun pasti kekal sebagai satu agensi yang duduk di bawah kementerian komunikasi. Ia boleh diletakkan atau dipindah ke kementerian lain, misalnya,” kata Annuar lagi.

Dia yang juga menjadi menteri Wilayah Persekutuan menambah, usia Jasa sudah lama dan pada masa sama kerajaan berdepan dengan suasana serta cabaran baru.

Justeru katanya keperluan kerajaan untuk menyampaikan mesej dan dasar kepada rakyat sudah berubah.

“Dulu Jasa adalah satu cabang kementerian penerangan. Nama kementerian pun dah berubah. (Jadi sekarang) saya minta jangan terlalu prejudis,” tegasnya.

https://gemilangdaily.com/menteri-umno-dedah-belum-ada-kertas-cadangan-tubuh-balik-jasa-dibawa-ke-kabinet/