Design a site like this with WordPress.com
Mulakan

Tahniah barisan Jawatankuasa Pimpinan Nasional Parti Amanah Negara baru sesi 2019-2022.

Image may contain: 5 people, text

‘Setiausaha politik jangan terlalu sombong’ – Pemuda AMANAH

Hasnul Zulkarnain menyampaikan dalam ucapan penggulungan pada Konvensyen Nasional AMANAH 2019 di Shah Alam, hari ini. – NSTP/Saddam Yusoff

SHAH ALAM: Pemuda Parti Amanah Negara (AMANAH) hari ini menegur sikap sombong beberapa setiausaha politik kepada menteri.

Ketuanya, Hasnul Zulkarnain Abdul Munaim, mendakwa ada setiausaha politik yang baru sekali turun ke kawasan diwakili menteri dalam tempoh 18 bulan ini.

“Jika di kawasan diwakili menteri pun malas turun, apa lagi kawasan lain.

“Tugas setiausaha politik bukan duduk di pejabat. Sepatutnya setiausaha politik perlu kerap turun ke kawasan untuk membawa agenda menteri diwakili.

“Setiausaha politik perlu memberi penerangan berhubung isu semasa dan beritahu rakyat apa yang kerajaan sudah lakukan,” katanya.

Teguran itu dibuat dalam ucapan penggulungan pada Konvensyen Nasional AMANAH 2019 di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) di sini, hari ini.

Hasnul Zulkarnain turut mengingatkan setiausaha politik bahawa jawatan itu dipegang atas restu ahli parti dan rakyat.

“Jangan sesekali kecewakan mereka (ahli dan rakyat). Anda diberikan pemandu untuk ke sana dan ke sini, minyak kereta pula penuh diisi.

“Buatlah kerja, jangan jadi seorang setiausaha politik yang gagal. Sila bersikap rajin untuk berjumpa rakyat,” katanya.

https://www.bharian.com.my/berita/politik/2019/12/636495/setiausaha-politik-jangan-sombong-pemuda-amanah?fbclid=IwAR0C-rxdbKFkmS1Ec-dZkfhIn7QVC8fFAiLvk-8hR7ULf60jvKKNzdXW6vg

Siaran Langsung Konvensyen AMANAH Nasional & Keputusan Jawatankuasa Pimpinan Amanah Nasional 2019-2022.

1 KONVENSYEN AMANAH 2019

Image may contain: 5 people, people smiling, people standing and text

 

1 KEPUTUSAN 2019

No photo description available.

Keputusan jawatankuasa pimpinan Amanah nasional

IKUTI SIARAN LANGSUNG  DI BAWAH :

http://www.astroawani.com/live-tv#konvensyenpartiamanahnegaraamanahnasional2019?utm_source=insider&utm_medium=web_push&utm_campaign=06112019_amanah&webPushId=MzY3OA==

Perwakilan dan pemerhati dijemput untuk sama-sama bersama kami dalam Konvensyen tahunan Parti Amanah Negara yang bakal berlangsung  :

Tempat: Level G, IDCC Shah Alam
Tarikh: Jumaat-Ahad, 6-8Disember 2019
Masa mula: 10.00am Jumaat
Tarikh tutup pendaftaran: Rabu, 4 Dis 19, 12.00PM


Pendaftaran Pemerhati boleh dibuat melalui online di :

http://pemerhati.amanah.org.my/

Sempena Konvensyen AMANAH Nasional, pihak urusetia Konvensyen turut berbesar hati untuk menyediakan perkhidmatan nursery untuk anak-anak perwakilan dan pemerhati.

Sesiapa yang berminat, boleh membuat pendaftaran disini:

http://bit.ly/daycarekonvensyen

Tempat: Level G, IDCC Shah Alam
Tarikh: Jumaat-Ahad, 6-8Disember 2019
Masa mula: 10.00am Jumaat
Tarikh tutup pendaftaran: Rabu, 4 Dis 19, 12.00PM

SELAMAT BERKONVENSYEN

SELAMAT BERKONVENSYEN

Pilihlah siapapun untuk memimpin Parti Amanah Negara ini. Asalkan:

1. Mengutamakan kepentingan ummah berbanding kepentingan peribadi, tembolok dan perut sendiri.

2. Mengamalkan syura dan mengambil keputusan darinya serta berpegang teguh dengannya.

3. Sesi yang akan datang, semua pimpinan perlu serius melaksanakan tarbiyah dan pembentukan kader demi kesinambungan dakwah.

………………………
Saya memohon kemaafan daripada sahabat dan pimpinan kerana tidak dapat hadir dan memberi undi sebagai melunaskan tanggungjawab kepada parti walaupun saya menjadi perwakilan Kawasan Ketereh.