SI BACUL YANG SUKA PECAT ORANG

1 TSMY PAS SESAT1 HADI KHADAM MCA1 ISLAM DALAM BAHAYAMASA AKHIRAT

Hanya si bacul suka ‘Pecat’

1. Tanggal Sabtu 6 Jun 2015, pasti tarikh yg diingati ramai kalangan aktivist party Amanah, khasnya mereka yg pernah memegang jawatan dalam party Pas satu ketika dahulu.

2. Masa itu berlangsungnya muktamar tahunan di Kuala Selangor. Malam sebelum itu (Jumaat 5 Jun 2015), semua perwakilan yg hampir 2,000 itu dikejutkan mesej “Tok Guru tak mahu usul putus dgn DAP itu dibahaskan esok”. Maksudnya, Tok Guru ‘mahu’ usul Dewan Ulamak Pas itu diterima (dipaksa terima) oleh muktamar tanpa dibenarkan sesiapa pun berbahas. Maka usul itu akan jadi “usul diterima tanpa bahas” yg natijahnya adalah muktamar mengambil pendirian putus kerjsama dgn DAP, dan PR akan terbubar.

3. Seluruh perwakilan terkejut. Apa dah jadi dgn Tok Guru Presidan Pas? Tak pernah terjadi dalam sejarah party seorang ketua berani berbuat ‘veto’ sebegitu sekali dalam muktamar. Tak pernah sejak Pas ditubuhkan!

4. Maka pagi Sabtu 6 Jun 2015 itu, terjadilah apa yg dijangka terjadi. Bangkitlah berebut mikrofon 7 org perwakilan melanggar arahan Pengerusi Tetap dan Tok Guru, menegur dan mengkritik tindakan ‘veto’ Presiden party itu.

5. Termasuklah salah seorangnya peguam Pas sendiri, anak al-Marhum Ustaz Fadzil Noor bekas Presiden Pas, bangkit menyatakan tidak ada mana-mana klausa dalam Perlembagaan Pas yg membenarkan Presiden berbuat ‘veto’ menentukan sesuatu usul diterima atau ditolak. Itu hak perwakilan yg tak boleh dirampas, hatta oleh Presiden.

6. Tok Guru tetap dgn wajah ‘donno’ dan selamba langsung tak layan segala teguran itu. Berdiam diri dan tunduk sahaja tak berani bersuara, kerana arahan itu telah diberikan untuk dilaksanakan oleh Pengerusi.

7. Maka bangkitlah seorang lain, pimpinan kanan Marang sendiri Ustaz Mohd Nor Hamzah merebut mikrofon dan memberi amaran jika Tok Guru teruskan ‘veto’ putuskan kerjasama dgn DAP tanpa benarkan ahli bersuara, yakinlah kelak Tok Gruu akan diingati selamanya sebagai seorang ‘pengkhianat party’ kerana sejarah keputusan untuk bersama DAP pada tahun 1998 dan disusuli 2008 dahulu, keduanya dibuat melalui muktamar selepas mendapat pandangan 13 orang ulama dunia. Bahkan sejak 2008 tu, setiap tahun keputusan muktamar adalah jelas, perkukuhkan hubungan dgn PR iaitu PKR/DAP, dan tak pernah berubah keputusan itu.

8. Maka amaran perwakilan Marang itu, mana mungkin keputusan sebesar itu boleh dibatalkan secara ‘veto’ oleh seseorang yg tak punyai kuasa dalam muktamar itu, sekalipun dia adalah Presiden party. Tok Guru hanya terus buat muka tak tahu apa-apa. Akhirnya 7 org yg bangkit membantah itu diarahkan duduk, dan Tok Guru dan Pengerusi muktamar meneruskan keputusan ‘veto’ untk putus dgn DAP itu.

Itulah kisah, kisah sebenarnya kalau kalai nak tahu apa yg terjadi. Saya berada dalam kesemua siatuasi dan peritistiwa di atas sebagai AJK perlaksana Muktamar!

Sahabat khasnya ahli Pas yg dirahmati Allah…,

9. Fakta ini saya naqalkan di sini buat anak-anak muda pentaksub Tok Guru itu, yg majority tak pernah tahu apa kisah sebenar yg berlaku sehingga tertubuhkan Amanah pasca muktamar 2015 itu untuk fahami kisah yg melakar sejarah ini.

10. Saya ungkit kisah muktamar 2015 itu sebagai peristiwa Tok Guru Presiden party berlaku cukup bacul dan takut mendengar hujjah & fakta kebenaran, tetapi hanya mahukan semua ahli patuh dan taat, atau walak pada kehendaknya semata, tanpa dikemukakan hujjah.

11. Ramai pentaksub Pas hari ini menuduh mereka yg keluar dari Pas pada 2015 itu adalah perbuatan khianati party. Tapi mereka tak pernah mahu selak kisah disebalik muktamar yg paling buruk dalam sejarah party itu. Bagi mereka, apa sahaja kehendak Tok Guru itu wajib dipatuhi, diwalak membabi buta, dan haram ditegur atau dilawan. Siapa yg tegur, itulah pengkhianat dalam kamus perjuangan Pas hari ini.

(… baca juga tulisan details saya tentang perkara di atas pada tulisan 10 Jun 2015 yg mengisahkan kronologi peristiwa itu, hingga menjadikan penganut Pas cukup marah atas pendedahan sebegini…).

Usul ‘pecat’ 5 Julai 2015

12. Genap sebulan selepas itu, kami memasuki Ramadhan 1436H. Saya sebagai pimpinan Pas masa itu djemput hadir acara tertutup untuk bertemu dan bertanya soalan pada Presiden dan AJK Pusat yg baru dilantik.

13. Sebaik habis ucapan Tok Guru yg menyebut tajuk walak & perjuangan hudud Pas, bangkit 5 orang bertanya soalan. Saya orang kedua bertanya 3 soalan, dgn penuh tertib dan teratur bersuara di mirofon.

14. Soalan saya, salah satunya – keputusan untuk kerjasama dgn DAP & PKR dibuat melalui penelitian 13 org ulamak dunia yg bersidang di Leicester UK, dibawa ke syura akhirnya diluluskan muktamar 1998 yg mengabsahkan tahaaluf siaysi itu berlaku. Dua kali kita bermuktamar panjang tahun 1998 dan 2008 untuk tujuan itu, hingga akhirnya keputusan adalah jelas, ie. Pas wajib bina dan kukuhkan kerjasama dgn DAP untuk manfaat dakwah bagi menegakkan kebenaran dan keadilan dgn cara menumbangkan Umno/BN.

15. Maka soalan saya – kenapa sejak Umno memerangkap Pas dgn pujukan ‘hudud’ bermula Mac 2014, dan sebaik Tuan Guru Nik Aziz meninggal dunia, Tok Guru Presiden pula berani dan sanggup khianati hak perwakilan dan Perlembagaan party hingga menggunakan ‘veto’ untuk putus dgn DAP dan PR? Sekalipun dibantah oleh hampir keseluruhan perwakilan yg hadir.

Apa yg dijawab?

16. Belum pun sempat dijawab, terus bangkit seorang Ketua Ulamak terus menjerit bagai hysteria di dalam dewan itu, kami minta Tok Guru Presiden dan AJK Pusat Pas yg baru dilantik ini segera ‘pecat’ pimpinan yg bertanya soalan tadi, iaitu Ahmad Sayuti Bashiron kerana beliau tidak walak dan bersikap kurang ajar pada Tok Guru sehingga sanggup mempertikaikan keputusan ‘amir sebuah jamaah Islam’. Ketua Ulamak itu juga menceritakan bahawa saya mesti dipecat kerana telah bertindak mendedahkan kisah muktamar itu di wall FaceBook saya selepas muktamar itu berlangsung.

17. Satu dewan yg hampir 700 orang terdiam di senja itu. Ramai tak sangka, bagaimana seorang yg bertitle Ketua Ulamak begitu takutkan kebenaran terserlah, hingga sanggup meminta seseorang pimpinan lain dipecat tatkala ketuanya ditegur. Sedangkan sessi itu memang dibuat untuk tujuan bertanya soalan!

Itulah kisahnya Ramadhan 5 tahun sudah!

18. Selepas sessi itu, selepas Syawal 1436H itulah kami mula mengorak langkah bersama menubuhkan Gerakan Harapan Baru (GHB) bagi menubuhkan parti Islam baru, selepas mendapat kepastian bahawa Tok Guru itu memang sudah termakan “nasik kangkang” Umno dan sudah begitu seronok dgn janji hudud Umno masa itu. Bahkan Tok Guru jelas berpegang kukuh pada umpan Umno masa itu, jika mahu Umno sokong hudud Pas itu, Pas hendaklah tak bersama lagi dgn DAP!

19. Disusuli berbelas peristiwa & perjumpaan lain dalam Ramadhan & Syawal 1436H itu, maka 2 bulan selepas peristiwa di atas party Amanah pun ditubuhkan. Rupanya Pas tak sempat ‘pecat’ saya, tapi keahlian kami semua tergugur dgn sendirinya bila saya isytiharkan bersama party lain.

20. Untuk rekod juga, sejak 5 tahun peristiwa itu, hanya baru ini saya berpeluang menziarahi semula Tok Guru itu di Rusila (baca tulisan Jan 2020). Rupanya dalam pertemuan selepas 5 tahun itu berkali-kali pula Tok Guru itu meminta saya “pulang ke pangkal jalan” untuk saya isi semula borang Pas dan bersama party beliau kembali. Walau hakikatnya dalam pertemuan sejam itu jugalah saya terus ditengking dan dimarahi tatkala saya memberi pandangan berbeza, dan menegur beberapa fitnah yg Tok Guru itu lakukan sepanjang perjumpaan itu… Ironikan!

TunM pun dipecat!

21. Semalam satu Negara dikecutkan pula, TunM yg tubuhkan Bersatu dahulu akhirnya dipecat pula oleh orang yg TunM baru sahaja terima keahlian dia sebagai ahli Bersatu selepas PRU14 baru ini. Pelik sungguh dunia pengkhianatan hari ini kan!

22. Kami dari Amanah di ‘pecat’ (dibuang Pas) hanya kerana mengajak Pas berpegang pada keputasan syura tertinggi party (muktamar) untuk kekal bersama DAP & Pakatan Rakyat, dan kerana kami lawan salahlaku Tok Guru melanggar Perlembagaan dgn berbuat ‘veto’.

23. Rupanya TunM pun sama, dipecat hanya kerana TunM menegaskan Bersatu wajib kekal bersama Pakatan Harapan, kerana itulah pendirian Bersatu sejak 2016 yg belum pernah dibatalkan. Kata TunM, Bersatu ditubuhkan untuk jatuhkan Najib dan Umno yg melakukan rasuah, kleptokrasi dan maksiat politik yg tak terbayang teruknya. Tapi hari ini Mahyuddin dan pengkhianat lain itu pula sanggup bersama Umno & Pas dalam pengkhianatan nasional untuk mendapatkan kuasa dan harta semata. Segala janji dan manifesto asal yg Mahyuddin sendiri buat itu dimungkirinya!

24. Persamamaan kedua yg mahu saya kongsikan juga adalah, puak yg mengkhianati perjanjian ini sebenarnya sentiasa dibayangi dosa kesalahan yg mereka sendiri akui. Mahyuddin & Hadi awang sama juga, ie. keduanya takut dan tak sesekali berani berhujjah, cuba menutup kebenaran dgn kekerasan termasuklah menghalang Wakil Rakyat bercakap di Parlimen. Dan hari ini membuang mereka yg menegur perkhianatan itu dgn cara ‘pecat’ mereka dari party.

Modus operandi serupa!

25. Sebenarnya ‘pecat’ tanpa hujjah itu adalah sifat seorang bacul dan dayus. Pelbagai hadith menyebutkan betapa Allah bencikan mereka yg bacul & dayus itu. Sampai Nabi berkata orang dayus ‘bukanlah tempatnya dalam syurga’.

26. Nabi juga meletakkan barangsiapa yg melakukan mungkir janji khasnya janji kepimpinan pada rakyat, maka itu merupakan kezaliaman pengkhianatan yg tertinggi dalam agama. Dan akan dipasangkan ‘bendera khianat’ kelak di punggung mereka di akhirat untuk semua kenali itulah sang pelaku khianat ketika di muka bumi dahulu. Begitu sekali marahnya Rasulullah pada pelaku khianat yg bacul tersebut!

27. Fakta lebih menarik – dalam sejarah, setahu saya sudah 3 kali TunM dipecat oleh party beliau, dan sudah 3 kali juga dia bangkit menjatuhkan orang yg memecat beliau sebelum itu. Maka saya yakin sungguh kali ini Mahyuddin ini bakal menjadi orang yg ke empat yg bakal menempuh kejatuhan yg sungguh hina atas perbuatan khianat yg sanggup dilakukannya itu.

Tak percaya, tunggulah angkanya #129 itu terbukti, bukanlah besar mana pun…!

Ahmad Sayuti Bashiron
Shah Alam | 6 Syawal 1441H

p/s –
Jangan cepat ‘like’ pls baca dulu bagi faham betul… 😉