Design a site like this with WordPress.com
Mulakan

Terkini: Usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri sah diterima

1 TUN M VS MUHYIDDIN1 BODOH MELAYU

Terkini: Usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri sah diterima

May 8, 2020 3:08 pm

Dalam menerima usual berkenaan, Mohamad Ariff dikatakan membuat pertimbangan mengikut Perkara 27 Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat. Sumber (gambar): Fail TTF

اصول اوندي تيدق ڤرچاي ترهادڤ ڤردان منتري دتريما

Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Mohamad Ariff Mohd Yusof, hari ini memaklumkan menerima usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Usul berkenaan dikemukakan oleh bekas perdana menteri yang juga Ahli Parlimen Langkawi, Tun Dr Mahathir Mohamad, pada 4 Mei lalu di bawah Peraturan Mesyuarat 26(1) dibaca bersama Peraturan Mesyuarat 27(3).

Beliau berkata usul di bawah Peraturan Mesyuarat 27 (3) itu diterima untuk dibawa ke mesyuarat Dewan Rakyat kelak.

Dewan Rakyat dijangka bersidang sehari pada 18 Mei ini sebelum dijangka disambung semula pada Julai nanti.

 

Terkini: Usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri sah diterima

Speaker sahkan usul tidak percaya kepada PM diterima untuk dibahas

Speaker sahkan usul tidak percaya kepada PM diterima untuk dibahas

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof menerima usul yang dikemukakan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengemukakan resolusi untuk membuat ketetapan bahawa Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin tidak mempunyai sokongan majoriti dalam Dewan Rakyat.

Dalam satu kenyataannya yang didedahkan oleh Bernama Radio melalui twitternya itu, Mohamad Ariff berkata, usul Tun Dr Mahathir di bawah Peraturan Mesyuarat 27(3) diterima untuk dibawa ke mesyuarat Dewan Rakyat yang dijangka bersidang 18 Mei ini.

“Selaku Yang Dipertua Dewan Rakyat, saya perlu meneliti dan memastikan segara usul yang dikemukakan hendaklah menepati serta mematuhi peruntukan peraturan-peraturan majlis mesyuarat yang sedia ada kerana pada hemat saya ia sebahagian dari keluhuran undang-undang,” kata Ariff dalam satu kenyataan yang tarikhnya adalah 9 Mei 2020, iaitu esok itu.

Namun ia kemudiannya diperbetulkan kepada 8 Mei 2020, hari ini.

Dalam kenyataan itu, Ariff menyebut beliau telah menerima usul dari tiga Ahli Parlimen iaitu Datuk Liew Vui Keong (Batu Sapi), Datuk Seri Shafie Apdal (Semporna) dan Tun Dr Mahathir Mohamad (Langkawi).

Dr Mahathir telah mengemukakan dua usul iaitu meminta Yang Dipertua Dewan yang ada dikekalkan hingga dibubarkan dan usul tidak percaya lepada Perdana Menteri.

Usul kekalkan Yang Dipertua Dewan iaitu beliau sendiri telah ditolak oleh Ariff.

Dalam kenyataannya Ariff memaklumkan, mesyuarat pada 18 Mei ini akan dimulakan dengan Istiadat Perasmian Parlimen dan Titah Diraja oleh Yang Dipertuan Agong.

Ia kemudiannya akan disusuli dengan mesyuarat Dewan Rakyat yang hanya akan membincangkan Usul Urusan Kerajaan dan Rang Undang-undang.

Sebelum ini, seorang peguam Perlembagaan, Dr Zulqarnain Luqman yakin, jika Ariff menerima usul ini bermakna ia akan dibahaskan.

“Mengenali Mohamad Ariff, saya yakin jika usul ini diterima oleh beliau, bermakna ia akan dibawa ke dalam mesyuarat 18 Mei ini kerana beliau orang yang mengikut undang-undang bukan mengikut kehendak pihak-pihak tertentu,” kata Zulqarnain.

Namun begitu, Malasiakini melaporkan, jika usul dari kerajaan banyak, boleh jadi usul dari Tun Dr Mahathir ini tidak sempat dibahaskan kerana kebiasaannya Speaker akan mengutamakan urusan kerajaan.

Speaker sahkan usul tidak percaya kepada PM diterima untuk dibahas

LAPORAN POLIS TERHADAP SPRM SERTA PEMBONGKARAN USUL UNDI TIDAK PERCAYA ANWAR-DAP – SIDANG MEDIA

Raggie Jessy Rithaudeen

Gerakan Bangsa Nasional akan membuat dua laporan polis hari ini, bersamaan 25hb Jun 2019, di Ibu Pejabat Polis (IPD) Subang Jaya, Selangor.

Laporan pertama adalah bagi meminta pihak polis menyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi mengenalpasti sekiranya berlaku konspirasi bersama-sama Peguam Negara, Tommy Thomas, untuk melindungi bekas ketua SPRM, Dato’ Seri Mohd Shukri Abdull, dan bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sr Zeti Akhtar Aziz.

Laporan kedua pula adalah bagi meminta pihak polis menyiasat SPRM bagi mengenalpasti sekiranya berlaku konspirasi untuk melindungi bekas pengerusi Bersih, Dato’ Ambiga Sreenevasan.

Kedua-dua laporan ini adalah susulan daripada lima laporan polis dan satu laporan SPRM yang pernah dibuat sebelum ini yang berkait secara langsung dengan Shukri, Ambiga, Zeti dan Thomas.

Laporan-laporan tersebut turut berkait dengan tindakan SPRM terbaru memfailkan permohonan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Aktiviti Haram 2001 (Amla) untuk mendapatkan semula wang berkaitan 1MDB berjumlah RM270 juta daripada 41 individu dan entiti.

Satu sidang media akan diadakan pada pukul 3.30 di perkarangan pintu pagar IPD Subang Jaya petang ini bagi menjelaskan kepada media secara terperinci hubungkait laporan-laporan tersebut dengan tindakan SPRM yang terbaru ini.

Pihak media turut akan diberikan huraian berkenaan komplot melibatkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan DAP untuk mengusulkan undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad, pada 1hb Julai ini.

Nama-nama bakal Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan serta pelan peralihan kuasa yang akan digunakan sekiranya komplot tersebut berjaya akan didedahkan kepada media.

 

SIDANG MEDIA: LAPORAN POLIS TERHADAP SPRM SERTA PEMBONGKARAN USUL UNDI TIDAK PERCAYA ANWAR-DAP

Usul undi percaya: Speaker Dewan Rakyat tersalah tafsir Perlembagaan Persekutuan

Speaker Dewan Rakyat, Mohamad Ariff Md Yusof. Sumber (gambar): Malaysiakini

“Niat saya di sini adalah untuk memperbetulkan pemahaman dan persepsi rakyat terhadap peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan perkara-perkara meilbatkan perkembangan politik semasa, tidak lebih dari itu”

Raggie Jessy Rithaudeen

Speaker Dewan Rakyat Mohamad Ariff Md Yusof jauh tersasar dari segi pemahamannya terhadap peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan perkara-perkara meilbatkan perkembangan politik semasa.

Menurut laporan portal berita Malaysiakini, Ariff menolak usul Ahli Parlimen Semporna Datuk Seri Shafie Apdal untuk memulakan usul undi percaya terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Saya telah rneneliti usul yang dikemukakan oleh YB Datuk Seri Panglima (Shafie Apdal) serta perincian penjelasannya.

“Berdasarkan penjelasan yang dinyatakan dalam usul tersebut, saya rnendapati ia adalah tidak selari dengan Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan kerana ia mempertikai kuasa Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dalam urusan pelantikan jawatan YAB Perdana Menteri.

“Oleh yang demikian, saya tidak membenarkan usul YB Datuk Seri Panglima ini dibawa ke dalam Majlis Mesyuarat,” Ariff dilaporakan sebagai berkata.

Ariff dikatakan telah menyampaikan keputusannya kepada Shafie menerusi sepucuk surat sebagai balasan kepada notis yang dihantar oleh Shafie untuk membawa usul percaya terhadap Mahathir.

Malangnya, kenyataan Ariff tidak berpaksi pada kebenaran.

Justeru, saya mengambil kesempatan ini untuk menjelaskan kepada Ariff beberapa perkara berhubung peruntukan-peruntukan Perlembagaan Persekutuan dalam hal pelantikan Perdana Menteri dan barisan Jemaah menteri.

Untuk makluman, kuasa-kuasa yang ada pada Yang di-Pertuan Agong berhubung pelantikan Perdana Menteri dan Jemaah Menteri adalah seperti berikut:

1. Perkara 32(1) dan Perkara 39

Perkara 32(1): Maka hendaklah ada seorang Ketua Utama Negara bagi Persekutuan, digelar Yang di-Pertuan Agong, yang hendaklah diberi keutamaan daripada segala orang di dalam Persekutuan dan yang tidak boleh dikenakan apa-apa jua pun prosiding di dalam mana- mana mahkamah kecuali di dalam Mahkamah Khas yang ditubuhkan di bawah Bahagian XV.

Usul undi percaya: Speaker Dewan Rakyat tersalah tafsir Perlembagaan Persekutuan