Design a site like this with WordPress.com
Mulakan

KEUTAMAAN UNTUK KESTABILAN KERAJAAN

1 RIBA.1 HADI LIWAT

KEUTAMAAN UNTUK KESTABILAN KERAJAAN

1. Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP) menyeru kepada semua pihak untuk memberhentikan sebarang spekulasi mengenai pembentukan kabinet dalam agihan jawatan antara parti-parti yang terlibat dalam Perikatan Nasional (PN) yang menjadi kerajaan baharu pada hari ini di bawah kepimpinan YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Perdana Menteri Malaysia ke-8. Spekulasi tersebut tidak menambahkan manfaat kerana fokus utama sekarang ialah kestabilan kerajaan bagi pemulihan negara selepas kerosakan yang ditinggalkan oleh kerajaan PH sebelum ini.

2. Rakyat sendiri sudah muak dengan permainan politik yang tidak berkesudahan yang sebelum ini melibatkan percakaran antara parti-parti dalam komponen PH yang akhirnya membawa kepada kemelut negara yang melanda khususnya selepas perletakan jawatan oleh Tun Mahathir. Sehubungan itu, kerajaan baharu yang dibentuk menerusi Perikatan Nasional (PN) perlu mengorak langkah yang lebih baik dengan tidak mengurangi kesilapan kerajaan PH.

3. Ketegasan YAB PM dalam kenyataan media mengenai lantikan individu dalam kabinet dengan mengambil kira rekod bersih, integriti dan layak adalah satu jaminan yang perlu disokong sepenuhnya. PAS juga menerusi kenyataan media Dato Seri Tuan Guru Presiden PAS juga menekankan aspek yang lebih kurang sama. Dasarnya ialah bukan siapa tetapi kriteria kewibawaan lantikan seseorang dalam Kabinet Malaysia bagi merealisasikan agenda utama negara untuk maslahat rakyat umum serta memperkasakan kekuatan ekonomi negara dengan lebih baik.

4. PN dilihat sebagai gabungan kerjasama parti politik yang kuat untuk menyelamatkan negara dari ancaman ideologi komunisme yang mesra dengan pimpinan DAP apabila sebelum ini terzahir cubaan bagi membangkitkan kembali ideologi komunisme menerusi pelbagai medium seperti komik yang tersebar di sekolah-sekolah serta majlis sambutan memperingati perjuangan Parti Komunis Malaysia (PKM) yang menghimpunkan waris dari keluarga tentera PKM. Pastinya ideologi ini perlu disekat dan dihalang dari muncul kembali dan itulah hasrat umum rakyat Malaysia yang meletakkan harapan kepada PN bagi menerajui pentadbiran negara kali ini.

5. DUPP menegaskan polemik dan politik murahan yang masih lagi dimainkan oleh pihak yang tidak berpuas hati seperti himpunan bantahan terhadap keputusan lantikan PM ke-8 oleh YDPA serta naratif negatif bertanda pagar #notmypm dan istilah manipulasi iaitu “kerajaan pintu belakang” hanya mengundang kekeruhan suasana politik negara sahaja. Tindakan seumpama ini hakikatnya hanyalah mencabar ketertinggian Perlembagaan yang sedia ada dan punca kuasa yang diberikan kepada YDPA dalam kemelut isu yang telah berlaku selama seminggu baru-baru ini.

6. Dalam suasana perubahan kerajaan yang berlaku di peringkat Pusat serta memberikan kesan kepada beberapa buah negeri yang lain seperi Johor, Melaka, Perak dan Kedah diharapkan keutamaan sekarang ialah kestabilan kerajaan agar rakyat tidak menjadi mangsa buat kali kedua. Ahli politik perlu bertindak secara matang dan patuh terhadap keputusan yang melibatkan titah pihak Istana bagi memastikan kestabilan kerajaan dalam keadaan terkawal.

7. Selain itu, DUPP melihat pada negeri yang tidak terkesan dengan perubahan politik yang sedia ada ini seperti Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor dan Perlis hendak diteruskan mandat yang diperolehi semasa PRU 14 sehingga berlakunya PRU 15 yang akan datang. Gerak kerja yang sedia ada perlu diteruskan dengan setiap parti yang memerintah negeri-negeri tersebut terus memperkasakan gerak kerja kebajikan dan kurangkan mengheret rakyat dalam kancah perdebatan yang hanyut tanpa sebarang faedah.

8. DUPP konsisten bahawa fokus utama sekarang ialah pemulihan negara khususnya yang melibatkan isu hak umat Islam dan melayu yang telah diusik oleh DAP sebelum ini. Justeru, fokus utama ialah pentadbiran yang stabil bukannya perebutan agihan jawatan yang mana ja diserahkan kepada kebijaksanaan YAB PM untuk melantik.
Sekian.

Firman Allah SWT :

قَالَتۡ إِحۡدَىٰهُمَا یَـٰۤأَبَتِ ٱسۡتَـٔۡجِرۡهُۖ إِنَّ خَیۡرَ مَنِ ٱسۡتَـٔۡجَرۡتَ ٱلۡقَوِیُّ ٱلۡأَمِینُ

Maksudnya :
“Salah seorang di antara perempuan yang berdua itu berkata: “Wahai ayah, ambilah dia memjadi orang upahan (mengembala kambing kita), sesungguhnya sebaik-baik orang yang ayah ambil bekerja ialah orang yang kuat, lagi amanah”. – [Surah Al-Qasas 26]

Sekian.

YB USTAZ MOHD NOR HAMZAH
Ketua Penerangan,
Dewan Ulamak PAS Pusat

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2961064147291747&id=112140085517515

MUAFAKAT NASIONAL BERNILAI TINGGI

1 JAHANAMKERAJAAN PINTU BELAKANG.1 Pencuri1 GENG TAMAK KUASA

MUAFAKAT NASIONAL BERNILAI TINGGI

Sekali Serban Dililit. 134
12 Rejab 1441 | 07 Mac 2020

Muafakat Bukan Suatu Yang Murah Nilainya. Ia Telah Menelan Harga Yang Terlalu Tinggi Untuk Memuktamadkannya. Justeru itu, jangan persiakannya.

Oleh : Nasrudin bin Hassan
https://m.facebook.com/serbandililit

1. Penyatuan ummah dan akhirnya memeteraikan Muafakat Nasional dengan sebuah piagam yang tertulis adalah suatu usaha yang telah menelan harga yang tidak terhingga mahalnya.

2. Manakan tidak, ia berjaya menyatukan dua buah parti terbesar umat Islam di Malaysia yang bertelagah puluhan tahun lamanya.

3. Penyatuan yang menyaksi entah berapa banyak air mata yang tumpah ke bumi apabila adik beradik, sanak saudara, sahabat handai, jiran tetangga kembali erat dan mesra setelah diregangkan oleh anutan politik yang berbeza.

4. Penyatuan yang kembali membawa sinar buat masa depan Islam dan umatnya di bumi bertuah ini, agar kemuliaan dan kehebatan ummah dijulang semula.

5. Pastinya muafakat ini menimbulkan rasa cemburu yang membuak dari kalangan musuh dan agennya. Justeru muafakat umat Islam menyekat kemaraan mereka untuk menguasai umat Islam dan tanahairnya.

6. Tentu sahaja mereka tidak akan tinggal diam menyaksikan Muafakat Nasional terus bertapak kukuh di tanah tumpah yang penuh berkah ini. Melainkan mereka pasti melakukan apa sahaja untuk meretakkan kembali tautan muafakat ini.

7. Pecah dan Perintah sememangnya menjadi senjata utama mereka. Tanpa simpati dan peduli, mereka merencana pelbagai naratif untuk mempalit lumpur kotor kepada Muafakat Nasional.

8. Fitnah yang halus dan helah yang licik dari musuh – musuh Islam ini mampu meretakkan kembali malah memecahbelahkan keakraban pemimpin dan anggota Muafakat Nasional jika tidak ditangani dengan bijak dan berkesan.

9. Melagakan saf kepimpinan intra parti kompenan Muafakat Nasional akan menjadi keutamaan mereka. Media akan digunakan untuk mencetus salah faham, spin kenyataan, provokasi dan menjadi batu api.

10. Memahami realiti ini, kepada semua anggota Muafakat Nasional bermula dari pemimpinnya hinggalah kepada ahli biasa mesti berwaspada. Jangan mudah masuk perangkap musuh atau terpedaya dengan muslihat mereka. UMNO dan PAS sebagai kompenan utama Muafakat Nasional mestilah memastikan :

a) hubungan (ukhuwwah) senantiasa erat dengan sering bertemu, berbincang dan bermesyuarat.

b) kerap menganjurkan program bersama agar mewujudkan keserasian dan persefahaman.

c) menapis maklumat yang diterima terutama maklumat yang boleh mencetus pertelingkahan dan salah faham.

d) jangan sekali-kali mengeluarkan kenyataan bercanggah sebaliknya selaraskan kenyataan berdasarkan keputusan bersama.

e) ikhlaskan muafakat ini demi perjuangan suci untuk agama, negara dan rakyat.

f) selesaikan sebarang persoalan dan perbezaan secara berhikmah dan berhemah. Tenang dan berlapang dada.

g) tutup ruang khilaf serapat yang boleh agar musuh tidak berpeluang untuk menusuk jarum berbisa.

Islam Memimpin Perpaduan

Sekian.

DEMOKRASI TIDAK HANYA SATU PINTU SAHAJA

1 HALAL

Minda Presiden PAS

DEMOKRASI TIDAK HANYA SATU PINTU SAHAJA

PAS melihat Tun Mahathir berusaha menyelamatkan Islam dan bangsa Melayu supaya tetap memimpin masyarakat majmuk dengan pendekatannya menyusun Jemaah Menteri yang dikuasai oleh Melayu Islam, tetapi tidak mendapat kerjasama yang padu. Ada yang mahu menggulingkannya kerana mahu cepat menjadi Perdana Menteri dan tujuan-tujuan yang lain.

Maka PAS bersama UMNO telah mengadakan Gabungan Muafakat Nasional sebagai usaha menyelamatkan keadaan yang bercelaru sehingga boleh menyertai Kongres Maruah Melayu yang dianjurkan oleh Tun Mahathir dan para ilmuwan bagi menyelamatkan agama dan bangsa, tetapi dilabelnya sebagai barua.

PAS mengambil langkah proaktif lebih ke hadapan dengan mencadangkan usul kepercayaan kepada Tun Mahathir supaya terus menjadi Perdana Menteri. Malangnya banyak yang tidak memahami hasrat usul tersebut, sehingga mendedahkan ramai pengulas dan penganalisis politik serta profesor laksana pemilik lesen terbang yang tidak tahu memandu tetapi dianggap berilmu.

Apa yang penting mendedahkan mereka yang ikhlas dan tidak ikhlas bersama Tun Mahathir.

Akhirnya kami membuat keputusan untuk mengumpulkan Ahli Parlimen daripada Muafakat Nasional dan PH yang sememangnya telah dipilih oleh rakyat untuk menyokong Tun Mahathir bagi membentuk suatu kerajaan baru mengikut Perlembagaan atau pilihan raya baru yang akan menyusahkan rakyat. Hakikatnya dinding kerajaan yang ada sudah dipecahkan oleh mereka sendiri, namun kami tetap memilih pintu demokrasi bukan pintu belakang atau dinding yang pecah itu.

Apabila kalangan yang sebenarnya mahu menggulingkan Tun Mahathir mendapati mereka tidak mencukupi jumlah bagi membentuk kerajaan, tiba-tiba mereka membuat pusingan U menyokong Tun Mahathir sebulat suara, bagi meneruskan agenda mereka supaya dapat melangsungkan Kerajaan PH yang sudah lemah dan rosak dengan lakonan, laksana saudara-saudara Nabi Yusuf AS yang berpura-pura menangis di hadapan ayahnya Nabi Ya’kub AS.

Akhirnya terbentuk Perikatan Nasional yang menggabungkan Muafakat Nasional dan rakan-rakan yang terpaksa keluar atau dipecat daripada PH serta pihak lain yang tidak bergabung dengan Perikatan Nasional sehingga mencukupkan jumlah membentuk kerajaan yang lebih banyak kaum dan jumlah parti yang menyertainya bersama calon yang baharu, YAB Tan Sri Muhyiddin Yasin.

Akhirnya kami dapati ternyata bahawa sokongan pusingan beberapa kali oleh mereka yang kononnya menyokong Tun Mahathir sebenarnya untuk membawa rebah dalam pusingan kedua, bukan mengangkatnya.

Bersyukur kepada Allah SWT kerana agama, rakyat dan negara dapat diselamatkan dengan cara aman melalui salah satu pintu-pintu demokrasi bukan melalui dinding yang dipecahkan.

Baca selanjutnya:

MASYARAKAT MAJMUK TETAP TERPELIHARA DALAM NEGARA SEJAHTERA – PEMBOHONG VVIP PAS.

1 AZAB PEMBOHONG

MASYARAKAT MAJMUK TETAP TERPELIHARA DALAM NEGARA SEJAHTERA

1. Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP) menegaskan pembinaan negara sejahtera yang dibawa oleh PAS dalam kerajaan baharu hari ini tetap menjamin dan memelihara hak serta kewujudan masyarakat majmuk yang sedia ada berpandukan prinsip keadilan mutlak dan kemanusiaan sejagat menerusi lunas perundangan dan peruntukan dari Perlembagaan.

2. Sejarah Islam terdahulu jelas menunjukkan masyarakat majmuk telah pun wujud di bawah pemerintahan Islam dan tidak abaikan kebajikan mereka malahan tetap diberikan keadilan yang sama sebagaimana warganegara yang menganut Islam yang lain. Asas keadilan yang dibawa oleh Islam adalah mendekatkan diri penganut Islam kepada ketaqwaan. Sebab itu, hak masyarakat majmuk pasti terpelihara dan terjamin di bawah pemerintahan berasaskan agama Islam dalam penerapan negara sejahtera.

Firman Allah SWT :

یَـٰۤأَیُّهَا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ كُونُوا۟ قَوَّ ٰ⁠مِینَ لِلَّهِ شُهَدَاۤءَ بِٱلۡقِسۡطِۖ وَلَا یَجۡرِمَنَّكُمۡ شَنَـَٔانُ قَوۡمٍ عَلَىٰۤ أَلَّا تَعۡدِلُوا۟ۚ ٱعۡدِلُوا۟ هُوَ أَقۡرَبُ لِلتَّقۡوَىٰۖ وَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَۚ إِنَّ ٱللَّهَ خَبِیرُۢ بِمَا تَعۡمَلُونَ

Maksudnya :
“Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.” – [Surah Al-Ma’idah 8]
3. Ia boleh dibuktikan antaranya menerusi kisah penghakiman Qadhi Syuraih ke atas tuntutan Sayiduna Ali bin Abu Talib terhadap seorang lelaki Yahudi dalam pertikaian baju besi. Keputusan tetap memihak kepada lelaki Yahudi tersebut disebabkan bukti mendakwa tidak menepati kehendak proses kehakiman yang ditetapkan oleh Qadhi. Inilah keadilan Islam tanpa diperngaruhi apa bangsa dan anutan mereka yang berada dalam proses kehakiman. Prinsip keadilan mutlak adalah menjaga hak mereka yang perlu diberikan hak serta amanah kepada ahlinya.

Firman Allah SWT :

۞ إِنَّ ٱللَّهَ یَأۡمُرُكُمۡ أَن تُؤَدُّوا۟ ٱلۡأَمَـٰنَـٰتِ إِلَىٰۤ أَهۡلِهَا وَإِذَا حَكَمۡتُم بَیۡنَ ٱلنَّاسِ أَن تَحۡكُمُوا۟ بِٱلۡعَدۡلِۚ إِنَّ ٱللَّهَ نِعِمَّا یَعِظُكُم بِهِۦۤۗ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ سَمِیعَۢا بَصِیرࣰا

Maksudnya :
“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat.” – [Surah An-Nisa’ 58]

4. Malahan rekod sejarah pentadbiran PAS khususnya di negeri Kelantan sepanjang 30 tahun menjadi model sebuah negeri yang ditadbir dengan panduan agama Islam tanpa melakukan sebarang kezaliman atau penindasan ke atas penganut selain Islam serta menjamin kebajikan semua rakyat negeri tersebut yang pelbagai kaum. Ini kerana perintah agama menyuruh umatnya menjadi suasana yang baik dan hati orang lain umumnya. Inilah amalan dan pegangan yang dibawa dalam dasar pentadbiran PAS sebagai bukti komitmen memelihara kewujudan masyarakat majmuk dalam pentadbiran.

Firman Allah SWT :

وَلَا تَسُبُّوا۟ ٱلَّذِینَ یَدۡعُونَ مِن دُونِ ٱللَّهِ فَیَسُبُّوا۟ ٱللَّهَ عَدۡوَۢا بِغَیۡرِ عِلۡمࣲۗ
Maksudnya :
“Dan janganlah kamu cerca benda-benda yang mereka sembah yang lain dari Allah, kerana mereka kelak, akan mencerca Allah secara melampaui batas dengan ketiadaan pengetahuan.” – [Surah Al-An’am 108]

5. DUPP juga mendokong penegasan kenyataan Dato Seri Tuan Guru Presiden yang berulang kali menyebutkan perihal masyarakat majmuk yang mesti diambil kira dalam perlantikan kabinet bagi memastikan kestabilan politik serta mengharmonikan kewujudan masyarakat majmuk yang sedia ada di dalam negara Malaysia ini sejak awal kemerdekaannya terdahulu. Ini jelas menunjukkan komitmen PAS dalam Perikatan Nasional (PN) sebagai sebahagian kerajaan Pusat pada hari ini dalam mengharmonikan kewujudan masyarakat majmuk dengan menjamin hak dan kewujudan mereka.

Sekian.

YB DR NIK MUHAMMAD ZAWAWI SALLEH
Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat
Ahli Parlimen Malaysia (Pasir Puteh)

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2964407166957445&id=112140085517515

Lima Menteri dari Kelantan

1 SEMBURIT1 TIKAM BELAKANG1 JAHANAMKERAJAAN PINTU BELAKANG.1 HALAL

1 VIRUS AZMIN

Lima Menteri dari Kelantan :

i) Menteri Kanan – Menteri Pendidikan, YB Dr Mohd Radzi Md Jidin.
ii) Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), YB Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed.
iii) Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undangundang), YB Dato’ Takiyuddin Bin Hassan.
iv) Menteri Alam Sekitar, YB Dato’ Tuan Ibrahim Bin Tuan Man
v) Menteri Wilayah Persekutuan, YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar Bin Musa

Lima Timbalan Menteri dari Kelantan

i) Timbalan Menteri Pertahanan, YB Dato’ Sri Ikhmal Hisham Bin Abdul Aziz
ii) Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Ahmad Marzuk Bin Shaary
iii) Timbalan Menteri Alam Sekitar, Dato’ Dr Ahmad Masrizal Muhammad (akan dilantik sebagai senator)
iv) Timbalan Menteri Wanita dan Keluarga, YB Dato’ Hajah Siti Zailah Binti Mohd Yusoff
v) Timbalan Menteri (II) Pertanian dan Industri Makanan, YB Dato’ Haji Che Abdullah Bin Mat Nawi

 

PAS Dapat Kerajaan Pusat Melalui Pintu Belakang Dan Hilang Jatidiri Islam..

KERAJAAN PINTU BELAKANG.1 HALAL

1 munafik

PAS ; Dapat kerajaan pusat, tapi hilang jatidiri Islam..

Sering dimomokkan kpd seluruh ahli dan penyokong, dasar Pas yg menjadi pegangan adalah Al Quran, Sunnah, Ijmak dan Qiyyas.

Mutakhir ini, negara dihidangkan dgn kecelaruan politik yg melampau. Terhidang depan mata, bagaimana segelintir politikus tanpa segan silu, mengkhianati bukan shj parti dan rakan sendiri malahan juga prinsip dan mandat rakyat. Demi nafsu politik dan tembolok kuasa, mereka ini sanggup mengkhianati permuafakatan yg telah dibuat.

Bagi sesetgh pihak yg mengamalkan politik sekular, pengkhianatan ini adalah perkara biasa malahan digelar strategi politik kononnya.

Politik bagi org2 beriman, apa jua tindakan yg bakal diambil, sentiasa diikat dgn batas2 hukum halal atau haram.

Pas yg sentiasa mengaku pejuang politik islam, sblm ini amat faqih dlm bab halal haram dlm politik.

Ketika Kerajaan Negeri Perak satu masa dahulu dijatuhkan dgn cara yg lebih kurang serupa, para ulamak pas ketika itu dgn pantas menyatakan haramnya tindakan itu.

Takdir Illahi, kini perkara yg sama berulang. Kini, yg anehnya, pihak Pas pula yg bersekongkol dgn pihak yg khianat, demi merebut takhta kerajaan. Allah Swt kini telah zahirkan, bagi mereka2 yg berakal, bahawa Pas kini tidak lain hanyalah pemuka politik, yg sanggup berbuat yg haram, semata2 kerana nafsu kuasa.

Tidak keterlaluan untuk mengatakan Pas, dapat kerajaan, tapi hilang ISLAM !

Kpd seluruh ahli dan penyokong Pas, bangunlah dari tidur. Tindakan yg selama ini menganggap bhw Pas itu Islam dan Islam itu adalah Pas, ternyata kini terbukti ianya salah !
Pas hanyalah parti politik, yg kini tiada maruah dan jatidiri Islam !!!

PEMBOHONGAN HADI AWANG & PAS DALAM USAHA MENGHALALKAN PEMBENTUKAN KERAJAAN HARAM PINTU BELAKANG!!!

1 SEVENKERAJAAN PINTU BELAKANG.

PEMBOHONGAN HADI AWANG & PAS DALAM USAHA MENGHALALKAN PEMBENTUKAN KERAJAAN HARAM PINTU BELAKANG!!!

1 AZMIN JUBO 2

1. Mengambil ibrah kisah nabi Ya’kub dengan pembentukan KERAJAAN HARAM PINTU BELAKANG adalah hujah goreng yg hangus lg terdesak. Ancaman keselamatan terhadap anak-anak nabi Ya’kub adalah berbeza sama sekali situasinya dengan PERANCANGAN KHIANAT PEMBENTUKAN KERAJAAN PINTU BELAKANG.

2. Sistem kesultanan/raja di zaman nabi ya’kub juga bukanlah merupakan sistem demokrasi yg terpakai seperti hari ini.

3.kemasukan anak-anak Nabi ya’kub ke dalam negara mesir bukanlah bertujuan menjatuhkan kerajaan sedia ada pada masa itu. Sebagaimana puak2 pengkhianat PKR, BERSATU, UMNO & PAS LAKUKAN. KERAJAAN PINTU BELAKANG TELAH DI RANCANG DARIPADA AWAL berlandaskan alasan ciptaan fitnah mereka sendiri.

4. Justeru itu, KERAJAAN PINTU BELAKANG yg cuba DI HALAL kan oleh Hadi Awang dan khairudin ini adalah tindakan terdesak utk di lihat legit dengan bersadarkan kpd DALIL2 yg tidak kene pada tempatnya

5. KERAJAAN PINTU BELAKANG juga bukanlah juga suatu kejadian suci fathul mekah/pembukaan kota mekah. Ini suatu pembohongan sejarah yg amat jauh tersasarnya. Fathul mekah dimulakan dgn perjanjian damai yg di khianti oleh kaum kafir sebelum drp itu yg kemudiannya membawa kepada peperangan/pertumpahan darah. Kemenangan memihak kepada islam dan, pemimpin islam menawarkan jaminan keselamatan ke atas semua pihak termasuk pihak musuh pd ketika itu. Jadi di bahagian mana yg KERAJAAN HARAM PINTU BELAKANG INI SAMA DENGAN FATHUL MEKAH?

6. Yang berlaku adalah ketakutan tidak berasas lg fitnah oleh pemimpin2 politik yg gelojoh dan tamak sehingga menyaksikan pengkhianatan di atas mandat demokrasi rakyat.

7. Sekali lg Tidak wujud peperangan di antara orang muslim & orang kafir di Malaysia ini. Apa yg berlaku adalah ketakutan dan fitnah yg di wujudkan oleh kelompok pengkhianat PKR, BERSATU & UMNO & PAS YG GELOJOH

8. Baca dan fahami tulisan Dusuki ini ttg kejadian di perak.

9. Dengar dan fahami kalam almarhum TGNA: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10219100895847748&id=1066915690

10. PAS gagal mengambil iktibar di atas sejarah lampau sirah2 keagungan islam. PAS mencipta persepsi demi persepsi di atas kesempatan ruang perbezaan pendapat masyarakat sehingga menjadikan mereka terperangkap di dalam senario masyarakat majmuk.

11. PAS juga gagal mengambil iktibar kejadian Malam Saqifah tu.. Suatu peristiwa yg di nukilkan oleh ulama sbg sejarah awal perbezaan pendapat yg berlaku di dalam sejarah islam.

12. Malaysia ini tercipta di atas kemajmukan kaum masyarakat nya, justeru sikap PAS yg sentiasa merasakan pandangan mereka sahaja yg betul dan orang lain salah, sebenarnya menjadi bala buat masyarakat majmuk ini. Seandainya tidak di ubah, akan lahirlah golongan pelampau dalam beragama.

13. AKU MENGKRITIK HADI AWANG DI ATAS PLATFORM BELIAU SEBAGAI SEORANG AHLI POLITIK. BERSEDIA MENERIMA PENAMBAHAN HUJAH,HUJAH BALAS KRITIKAN DAN LABELAN JIRAT.

SEKIAN. C&P.

PAS AKAN LAKSANAKAN HUDUD DALAM MASA TERDEKAT ?

1 ANUAR MUSANG1 PENYAMUN1 BUDAYA UMNOPAS

Semalam saham syarikat arak Carlsberg,Heiniken jatuh teruk.. Hari ini saham itu melonjak naik dengan tinggi… Mungkin sebabnya semalam jatuh, tersebarnya poster PAS akan tutup kilang arak beransur ansur..

Semalam Tuan Ibrahim dalam facebook peribadinya menafikan poster tersebut..Dan mendakwa ianya palsu dan Fitnah, Mafhum Mukhalafah dari penafian Tuan Ibrahim itu bermakna PAS takda hasrat nak tutup kilang Arak.. sebelum ni depa bukan saja demo minta tutup kilang arak..tapi mahu haramkan Arak..

dari kenyataan Tuan Ibrahim itu menyebabkan saham syarikat arak seperti Carlsberg,Heiniken melonjak naik.. Apakah kenaikan ini hasil dari penafian Tuan Ibrahim..? makna kata boleh ditafsirkan kenyataan Tuan Ibrahim menyumbang kepada naiknya saham syarikat Arak hari ini..

Nampak tak Allah nak tunjuk ? Belum pun angkat sumpah.. Belum pun jadi kerajaan.. mereka dah membela Syarikat Arak.. apa yang depa tuduh kepada PH terutama Menteri Agama..Allah perlihatkan sikap mempergunakan agama demi Politik..

Masa mujahid jadi menteri Agama pun dia takda sibuk dengan cerita Kilang Arak..PAS hari pertama dah buat ketetapan pasal Syarikat arak.. walhal isu arak, mabuk, kilang arak takda kaitan dengan Menteri Agama…

Bayangkan kalau Mujahid yang kata kenyataan itu palsu, Apa tuduhan Ustaz PAS..walaun PAS kepada PH..

1- Mujahid Pertahan Kilang Arak..
2- Menteri Agama bela Pemabuk..
3- Kapir dah naik Tocang..bila PH perintah
4- PH tak takut Laknat Allah..
5- Agenda merosakkan Ummat melayu dan Islam..

Tu baru satu dua dalil yg mungkin keluar dalam kuliah Ustaz2 PAS di masjid dan Surau..sambil makcik pakcik mengangguk marah dengan kerajaan PH…

Alhamdulillah..Belum pun depa angkat Sumpah..Allah dah tunjuk satu satu apa yang depa tuduh.. Mungkin kami dulu tak mampu jawab fitnah kelompok pelampau agama ini.. hari ini Allah taqdirkan jawapan dari pemimpin PAS sendiri..

Itu baru bab Arak.. Tunggu Allah perlihatkan satu persatu pulak lepas ni, Isu Liberal, LGBT, Kristian, Dong Zong, Vernakular…. ini mungkin adalah jawapan dari Allah.. 🙂

Ipohmali

Video seks: PAS tolong, seminggu boleh selesai

1 ULAMAK MEROYANKERAJAAN PINTU BELAKANG.1 GENG TAMAK KUASA

 

MUKTAMAR PAS |

PAS hari ini menawarkan diri untuk membantu menyelesaikan kemelut video lucah pasangan sejenis yang dikaitkan dengan salah seorang pemimpin kanan kerajaan.

Presiden PAS Abdul Hadi Awang berkata jika dipersetujui masalah berkenaan boleh diselesaikan segera.

“PAS boleh tolong, dalam masa seminggu kita boleh selesai,” katanya kepada media petang tadi.

Terdahulu Abdul Hadi memberikan pandangannya mengenai isu video lucah yang tular minggu lalu. Ketua Pemuda PKR Santubong, Haziq Abdullah Abdul Aziz mengaku salah seorang lelaki dalam klip tersebut adalah dirinya.

Seorang lagi lelaki yang menjadi pasangannya di atas ranjang didakwa sebagai Timbalan Presiden PKR merangkap Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Azmin Ali.

Azmin menafikan dengan tegas dakwaan tersebut.

Kemunculan video berkenaan juga lebih menghangatkan lagi persaingan di antara dua kem dalam PKR, dengan salah satu disebut-sebut sebagai diketuai Azmin, manakala di sisi lain dikepalai presidennya, Anwar Ibrahim.

Kata Abdul Hadi bagi menyelesaikan siasatan isu tersebut dengan tuntas PAS mencadangkan polis mengesan siapa yang mengedarkan klip video tersebut, bukannya pelakon.

“Yang penting, cari penerbit. (Kalau) pelakon, orang mati (pun) boleh jadi pelakon, tapi penerbit yang penting,” katanya.


N Faizal Ghazali, M Fakhrull Halim, Lu Wei Hoong, Mastura Malak dan Alyaa Alhadjri menyumbang kepada laporan ini.

https://m.malaysiakini.com/news/480769