PENDIRIAN TUN DR MAHATHIR MOHAMAD DAN PARTI WARISAN SEBAGAI BLOK BEBAS TANPA PH MENDAPAT REAKSI AMAT POSITIF DARI MAJORITI AHLI-AHLI PARLIMEN!!
Saya akan terus berjuang dengan tun dr mahathir mohamad, datuk seri panglima shafei apdal serta rakan-rakan lain yang kini telah mengujudkan satu dimensi baru wadah perjuangan blok bebas tanpa terikat dengan PH!!
Sokongan terhadap blok bebas ini naik memuncak di kalangan ahli-ahli parlimen berprinsip termasuk golongan generasi muda!!
Reaksi mereka semua amat positif terhadap pengumuman tun dr mahathir mohamad yang mengisytiharkan mengujudkan satu blok bebas kini!!
Kali ini tun dr mahathir mohamad dan parti Warisan telah buat satu keputusan yang amat tepat untuk menjadi blok bebas tanpa ikatan dengan PH lagi!!
Tanpa anwar ibrahim akan memudahkan gerak kerja bagi mendapatkan nombor yang mencukupi di kalangan ahli-ahli parlimen yang mula tidak selesa dengan konsep gabungan sementara kerajaan PN yang senantiasa ‘dibuli’ oleh parti umno mahupun kalangan kleptokrats!!
Senario lanskap politik tanahair dijangka akan berubah lagi dengan perkembangan terbaru ini!!
Saya sudah mula dihubungi oleh ramai rakan-rakan ahli parlimen yang telah memberi reaksi positif kerana mereka semakin tidak senang dengan gelagat angkuh segelintir daripada pemimpin-pemimpin umno yang juga kelihatan sedang menyusun agenda kepentingan sendiri tanpa semangat penyatuan secara tulen dalam PN!!
Tambahan pula umno dan golongan kleptokrats ini pernah ditentang oleh mereka pada suatu masa dahulu di atas pelbagai salahlaku jenayah!!
Realitinya, mereka dapatlah diibaratkan seperti ‘air dan minyak’ yang mustahil boleh bercampur atau bergabung secara tulen!!
Ramai daripada ahli-ahli parlimen mulai sedar bahawa gabungan di bawah PN merupakan satu platform sementara yang hanya membuka ruang kearah mengembalikan kekuatan kleptokrasi dan umno semata-mata!!
Sebab itu umno kini dilihat semakin angkuh ‘membuli’ parti Bersatu yang sedang menunjangi kerajaan PN atas dasar mereka mempunyai kerusi majoriti serta terbesar!!
Umno sedang mengambil kesempatan untuk membuli parti Bersatu dan gabungan lain di bawah PN serta menggunakan platform PN dan jentera kerajaan secara terbaik mungkin bagi memantapkan persediaan mereka menghadapi pru15 kelak!!
Sampai masa ketika pru15; umno pasti bercerai dengan PN kerana menganggap mereka popular kini dan boleh menang besar di bawah gabungan Muafakat Nasional!!
Malahan, secara terang- terang umno menyatakan mereka akan bersendirian pada pru15 untuk bertanding di kesemua kerusi-kerusi tradisi yang pernah ditandingi mereka!!
Sikap angkuh umno dan beberapa golongan kleptokrats ini amat tidak menyenangi majoriti kalangan ahli-ahli parlimen berprinsip!!
Apa yang baik dengan perkembangan baru pendirian tun dr mahathir mohamad dan Warisan ialah gabungan dalam PH juga bakal berpecah untuk memihak pada barisan bebas ini!!
Rakyat di peringkat akar umbi juga mula tidak senang dengan bidang kehakiman di bawah kerajaan PN yang telah membebaskan beberapa orang tokoh-tokoh kleptokrat sejak kebelakangan ini!!
Ramai daripada ahli-ahli parlimen yang berprinsip sedang mempertimbangkan untuk mengujudkan satu barisan atau gabungan baru yang lebih tulen bagi mentadbir secara effektif kearah membina semula Malaysia Baharu demi kesejahteraan bangsa dan negara!!
Imej PN tidak baik dari kacamata rakyat akar umbi dan golongan pengundi atas pagar selagi kalangan kleptokrats menganggotai kerajaan ini!!
Generasi muda yang bakal menjadi pengundi baru sejumlah hampir 8 juta orang juga tidak selesa dengan gabungan ‘rapuh’ PN yang merupakan hanya satu ikatan ‘marriage of convenient’ secara sementara semata-mata!!
Ikhlas dari;
KHAIRUDDIN ABU HASSAN
11 Julai 2020