Rakyat amat memerlukan PM Interim untuk memulihkan ekonomi negara dan menarik pelabur. Muhyiddin yang amat lemah dan gagal sudah tidak diperlukan lagi oleh rakyat Malaysia.
Kerajaan Perikatan Nasional perlu bertanggungjawab terhadap dakwaan silap langkah yang menyebabkan peningkatan mendadak kes Covid-19 sebelum pengisytiharan darurat, kata NGO hak asasi manusia antarabangsa.
Timbalan Pengarah Human Rights Watch (HRW) Asia, Phil Robertson berkata kegagalan kerajaan Malaysia dalam soal kesihatan pekerja asing adalah antara sebab mengapa negara ini berada dalam keadaan yang begitu teruk sekarang.
“Kerajaan Malaysia melakukan kesalahan awal, anda tahu. Asalnya, kerajaan mendorong pekerja migran (supaya tampil) untuk diuji, menyedari bahawa virus itu tidak peduli jika mereka warganegara asing atau rakyat Malaysia.
“Sebaliknya, kerajaan mengubah (langkah) dan menahan pekerja migran tanpa dokumen. Dengan melakukan itu, pada dasarnya ia seakan menyuruh pekerja migran untuk lari ketika mereka melihat pegawai Malaysia datang.
“Ini pada dasarnya merosakkan kesihatan awam dengan membuat orang takut ditangkap,” katanya pada sidang media maya pelancaran laporan HRW’s World Report 2021 di Bangkok petang ini.
Robertson berkata langkah sedemikan sepatutnya dihindari di tengah-tengah wabak penyakit.
“Apa yang kita mahu adalah mengutamakan kesihatan awam.
“Saya rasa kegagalan kerajaan Malaysia, terutama berkaitan dengan kesihatan pekerja migran, adalah salah satu sebab mengapa negara ini berada dalam keadaan yang begitu teruk sekarang,” katanya.
Robertson juga ditanya adakah kerajaan Malaysia memperlakukan pekerja migran lebih baik berbanding tahun lalu ketika serbuan terhadap mereka dilakukan di tengah wabak Covid-19.
“Kami tidak melihat pembaikan yang ketara dalam hal pekerja asing daripada kerajaan Malaysia,” katanya.
Robertson berkata pengisytiharan darurat yang merangkumi penggantungan parlimen merupakan pelanggaran hak.
“Kegagalan melindungi hak pekerja migran, seakan-akan berkembang dengan pelanggaran hak yang lebih luas. Ini sangat mengecewakan,” katanya.
RAKYAT AMAT MEMERLUKAN PM INTERIM SEMASA DARURAT BAGI MEMULIHKAN KEPERCAYAAN RAKYAT. MUHYIDDIN YANG AMAT LEMAH TIDAK DIPERLUKAN OLEH RAKYAT LAGI.
Pas tidak akan memperduli apa jua tohmahan yang dilemparkan kepada parti itu yang disifatkan ‘makan’ dua kolam sebagai bukti Pas khianat dan tamak.
“Kami nak beritahu kamu, demi penyatuan dan persaudaraan Ummat atas nama Islam, usahkan dua kolam, 100 kolam pun kami akan masuk,” demikian menurut Ulama Pas Mokhtar Senik melalui Facebooknya hari ini.
Bahkan katanya, soal berjaya atau tidak menyatukan Umno dan Bersatu ianya bukan urusan Pas sebaliknya sudah dibayar oleh Allah atas usaha Pas selama ini.
Mokhtar juga berkata Pas tidak menghiraukan jika parti itu ditipiu sebaliknya jangan ada pihak yang menipunya.
“Kamu nak kata PAS ini bodoh kerana mudah ditipu oleh parti lain. Kami nak kamu faham bahawa kami tak kisah ditipu kerana yang penting kepada kami jangan MENIPU.
“Urusan tertipu atau tidak bukan urusan kami. Urusan kami ialah luruskan perjuangan dengan mematuhi agama Allah.
“Orang nak kata apa pun kepada Pas itu dia punya pasal. Kita tak ditanya diakhirat atas apa yang mereka tuturkan.
“Bahkan kadang-kadang kata-kata yang memfitnah dan menyakitkan itu menggugurkan dosa-dosa kita dihadapan Allah kelak atau menaikkan darjat kita disisi Allah,” katanya.
“Kamu nak kata Pas bersendirian bila Umno berpaling arah kepada DAP. Itu telahan dan sangkaan kamu.
“Hakikatnya selagi Pas bersama Islam, Pas tidak akan pernah bersendirian. Allah, Malaikat dan orang mukmin sentiasa bersama Pas ( Ada ahli hadis nak meroyan ke dengan kalimat ini?).
“Kamu nak kata Pas akan kalah teruk, lalu kamu minta kami tinggalkan Pas?. Kami nak beritahu selagi Pas berjuang atas dasar dan prinsip Islam, seribu tahun lagi pun kami tetap bersama Pas. Kalah menang bukan urusan kami. Urusan kami ialah bersama Islam sampai akhir hayat.
“Dengan perjuangan ini kami tak pernah kenal serik dan kalah. Kami tak pernah kenal jemu dan mengalah. Kami tak kenal putus asa. Kerana kami sudah merasai manisnya berjuang untuk Allah,” ujar beliau.
RAKYAT MEMERLUKAN PM INTERIM UNTUK MEMULIHKAN KEPERCAYAAN RAKYAT, MUHYIDDIN AMAT LEMAH DAN TIDAK DIPERLUKAN LAGI.
Ramai pihak termasuk pemimpin Pakatan Harapan (PH) menyelar kenyataan Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bahawa Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) boleh diadakan kerana merentas negeri telah diizinkan mulai 7 Disember lalu.
Kata Zahid, PRU-15 perlu dilangsungkan segera agar rakyat dapat memilih kerajaan yang sah, dan stabil berbanding sekarang.
Mengadakan PRU-15 tidak kena pada masanya kerana negara masih menghadapi ancaman berterusan Covid-19 dengan kes harian tertinggi ialah 3,027 kes pada 7 Januari lalu serta banjir besar yang kelihatan seperti mengulangi tragedi bah kuning 2014!
Alasan Zahid juga, kata mereka, kelihatan hanya untuk kepentingan Umno. Mantan anggota Majlis Pimpinan Tertenggi Bersatu, Datuk A Kadir Jasin mendakwa desakan Umno agar Parlimen dibubarkan segera lebih bersifat peribadi sesetengah pemimpinnya.
Menurut Kadir, ketika ini beberapa pemimpin Umno sedang menghadapi perbicaraan di mahkamah, dan berdepan kemungkinan dipenjarakan jika didapati bersalah.
Jadi, bagi Umno, kata Kadir, gabungan mana yang akan disertainya untuk mencapai kemenangan dalam PRU-15, akan menyelamatkan pemimpin terbabit.
Tegas Kadir, pilihan raya yang dituntut-tuntut itu lebih untuk mereka daripada untuk Umno, dan rakyat jelata. Katanya, tiada siapa yang rela masuk penjara.
Ketika Perikatan Nasional (PN) masih menjadi kerajaan dengan sokongan majoriti yang sangat tipis, Umno berkali-kali menyatakan keinginan mereka agar PRU-15 diadakan segera.
Pada masa sama, ‘akar umbi’ Umno juga dikatakan mendesak hubungan parti itu dengan Bersatu ditamatkan, seperti yang dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno di Kuala Lumpur, 6 Disember lalu.
Usul itu, kata Umno, akan dibahas dan diputuskan dalam Perhimpunan Agung Umno pada 31 Januari nanti.
Bersatu – yang turut bermesyuarat pada 6 Disember, meminta semua pihak yang menjalin hubungan dengan PN menghormati keadaan itu, dan berpendapat PRU-15 belum sesuai diadakan sekarang.
Pun begitu, berdasarkan kenyataan Umno dalam mesyuarat MT itu, sebenarnya masih banyak persoalan yang belum terjawab, selain gerakan dalam kalangan parti, serta individu tertentu dalam parti akan berlanjutan.
Tambah Kadir yang juga mantan penasihat media Tun Dr Dr Mahathir Mohamad, berdasarkan pendirian rasmi Umno yang dinyatakan itu, tiada perubahan kerajaan akan berlaku sehinggalah PRU15 diadakan. Ertinya, Umno kekal dalam Kerajaan PN.
Walau bagaimanapun, kata Kadir, ini bukan juga muktamad kerana ahli-ahli Umno secara perseorangan boleh mengadakan rundingan rahsia dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mahu kekal sebagai Perdana Menteri (PM), dan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu menjadi PM.
Annuar Musa
Saya tertarik mengaitkan isu PM dan Anwar ini dengan perkembangan mutakhir dalam Barisan Nasional (BN).
Menerusi satu mesyuarat di ibu pejabat Umno pada 5 Januari lalu, Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa dipecat daripada jawatan Setiausaha Agung BN. Keputusan itu dibuat oleh Zahid yang juga Pengerusi BN.
Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Ahmad Maslan (Ahli Parlimen Pontian) dilantik menggantikan Annuar yang juga Menteri Wilayah Persekutuan. Ketika ditemuramah, Ahmad mengatakan Annuar digantikan, bukan dipecat.
Walaupun ditempelak oleh mantan PM yang belum menjalani hukuman penjara, Datuk Sri Najib Tun Razak agar tidak membuat fitnah, Annuar tetap mengadakan sidang media.
Paling menarik, dalam sidang media pada 6 Januari lalu, Annuar mendedahkan sepucuk surat perakuan bertulis menyatakan sokongan Zahid, dan Najib kepada Anwar sebagai PM kesembilan, yang didakwanya telah disahkan oleh banyak pihak.
Perakuan itu dipersembah kepada Yang di-Pertuan Agong sekali gus bertujuan menjatuhkan Kerajaan PN. Annuar tidak dapat menerimanya kerana jelas melanggar ketetapan ‘no Anwar, no DAP’. Jadi, beliau enggan terus bersekongkol dengan Zahid.
Perkembangan ini terus memperlihat, dan mengesahkan perangai Umno, yang berasa dirinya semakin kuat, dan mahu berkuasa mutlak sama seperti sebelum kalah dalam PRU-14.
Dari satu segi lain, saya melihat ini sebagai kejayaan Anwar meretakkan – jika pun tidak memecahbelahkan Umno. Pemimpin Umno-BN mula bertelagah dan tidak sekata. Ini boleh menambahkan kegoyangan Kerajaan PN.
Ada pula yang menganggap pengakuan Annuar dengan surat itu mengesahkan bahawa Anwar memang mendapat sokongan yang mencukupi sebagai PM kesembilan.
Cuma, mungkin kerana belum masanya (walaupun ada penyokong dan pemimpin PH tidak bersetuju dengan cara kenaikan Anwar hasil gabungan bersama-sama pemimpin kleptokrat), Anwar masih Ketua Pembangkang atau pemimpin de facto PH.
Kini, bagaimanakah pendirian ahli Umno, terutama akar umbi terhadap Zahid, dan Najib? Baik atau buruk, kedua-duanya pemimpin besar Umno.
Ekoran pendedahan sokongan Zahid itu, Pertubuhan Gerak Ekonomi Melayu Keramat (GEMK) telah membuat laporan polis pada 8 Januari lalu.
Laporan polis tersebut dibuat oleh Ketua Penerangannya, Zulhafiz Hanafiah di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang.
Menurut Zulhafiz, GEMK membuat laporan polis kerana surat yang tular itu benar, dan meminta pihak polis menyiasat kesahihan surat berkenaan dengan segera.
GEMK, tambah Zulhafiz, bimbang keadaan politik yang tidak stabil disebabkan olehnya mengganggu kelancaran perkembangan ekonomi negara. Apabila ekonomi tidak stabil, negara luar juga tidak berminat untuk melabur di negara kita.
Tegas Zulhafiz, rakyat memang berhak mengetahui perkara sebenar kerana ia melibatkan parti politik pemerintah negara, dan demi kelangsungan kestabilan dalam PRU15.
Umno dan Bersatu terus berbalah ketika Covid-19 sedang mengganas dan banjir besar melanda negara.
Sementara itu, Pengerusi Umno Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub menggambarkan Umno melalui jalan mati, dan mendakwa ia seperti terikat dengan permainan pihak tertentu.
Menyorot semula kejatuhan Umno dalam PRU14 oleh PH yang terdiri daripada Bersatu, PKR dan DAP, Jazlan menyarankan Umno menentukan hala tujunya.
Jazlan bertanya mengapa Umno harus mengikat diri yang akan membunuh diri sendiri, atau akan dibunuh. Adakah dengan keadaan sekarang, tanya beliau lagi, Umno menjadi lebih kuat.
Umno, tegas Jazlan, perlu membuat pilihan jalan mana mesti dilalui demi meletakkannya kembali di atas, walaupun terpaksa mengambil sedikit masa kerana jalan yang dilalui sekarang ialah jalan mati.
Pada 4 Januari lalu, Jazlan yang juga Ahli Parlimen Machang menggesa kerajaan PN membubarkan Parlimen pada bulan ini, atau beliau melepaskan jawatan dalam kerajaan.
Esoknya, Jazlan meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia. Ia dilihat sebagai langkah drastik kerana Jazlan pada mulanya memberi tempoh sehingga penghujung Januari kepada PN.
Selain kerana Covid-19 dan banjir buruk, siapalah sangat Jazlan hingga kata duanya wajar didengari Kerajaan PN?
Bersatu dan Umno kembali mengalami pergolakan, antaranya dengan 189 daripada 191 bahagian Umno dilaporkan membuat keputusan untuk menolak kerjasama dengan Bersatu dalam PRU-15.
Namun demikian, Annuar berkata pada 6 Januari lalu, beliau dimaklumkan bahawa 99 bahagian secara rasminya membuat usul sedemikian untuk terus menolak Bersatu.
RAKYAT MALAYSIA MEMERLUKAN PM INTERIM DENGAN SEGERA, MUHYIDDIN TIDAK DIPERLUKAN LAGI.
Bukanlah sesuatu yang mengejutkan membaca kenyataan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang hari ini yang menyokong pengisytiharan darurat, kononnya bagi mengekang Covid-19 yang ‘semakin mengganas’, sambil menyindir individu yang tidak dinamakan untuk ‘menghentikan politiking tidak berkesudahan.’
Kenyataan berbaur kesombongan kuasa ini mengesahkan agenda keji rejim pengkhianat terdesak menyelamatkan kuasa rapuh sambil meremehkan derita rakyat yang kini terhimpit akibat tindakan-tindakan bermotif politik demi menyelamatkan kerajaan tanpa majoriti ini.
Sambil meninggalkan rakyat terkapai-kapai mendepani tekanan hidup tanpa sebarang pelan sosioekonomi tuntas, hari demi hari rejim pengkhianat ini terus merobek rakus sisa-sisa demokrasi yang menjadi asas negara bangsa ini, dan Abdul Hadi akan terpahat dalam helaian sejarah sebagai pemimpin parti Melayu-Islam kebanggaannya yang bersekongkol dengan pengkhianatan keji ini.
Jika Abdul Hadi lupa, rakyat sedia mengingatkan bahawa ‘politiking tidak berkesudahan’ ini telah dicetuskan akibat perbuatan tangan-tangan Abdul Hadi sendiri, bersama sekutu-sekutu politiknya yang mengheret negara ke kancah kemusnahan dan kehancuran institusi semak dan imbang bermula dengan Langkah Sheraton.
Di manakah Hadi dan majoriti mereka yang kini menjadi Menteri, pada akhir Februari 2020 iaitu tatkala kepimpinan negara semasa pentadbiran PH pada waktu itu dan barisan hadapan negara serta rakyat sedang bergelut berdepan gelombang pertama wabak ini?
Rakyat dan kita semua tidak pernah lupa bahawa individu sebenar adalah Hadi Awang, BUKANnya Dato Seri Anwar Ibrahim; yang berada di Sheraton bagi membincangkan agenda pengkhianatan menjatuhkan kerajaan sah dipilih rakyat melalui Pilihan Raya Umum ke-14! Berapa lama negara dalam vakum kepimpinan setelah mandat rakyat dirampas dalam tempoh pandemik? Inilah sebenarnya malapetaka ‘politiking tidak berkesudahan’ yang membelenggu negara, yang kini cuba diletakkan kesalahan oleh Hadi ke atas Dato Seri Anwar dan PH!
Rakyat juga sedia mengimbas kembali jika Abdul Hadi mengalami short term memory loss akan rampasan kuasa melalui politik jual beli sokongan di Sabah oleh rejim PN sehingga runtuhnya kerajaan negeri sekaligus mendesak Pilihan Raya Negeri diadakan, seterusnya mengundang gelombang ketiga wabak Covid-19 di seluruh negara! Nah, siapakah sebenarnya yang berpolitik tidak berkesudahan, PN atau PH?
Ancaman Covid-19 tiba-tiba mendapat perhatian presiden parti Melayu-Islam berstatus Duta Khas Timur Tengah ini, sedangkan menteri-menteri dan rakan-rakan sekutunya sendiri terpalit dengan episod-episod pelanggaran SOP serta kegagalan menjalani kuarantin kendiri termasuk menteri dari partinya yang telah menggagalkan usaha-usaha barisan hadapan negara menangani penularan wabak ini.
Pada saat kuasa politik PN terselamat dengan penggantungan sementara Parlimen dan Dun, usahlah Hadi Awang gusar dengan perbahasan siapa yang layak menjadi Perdana Menteri daripada PH. Fakta yang jelas terang lagi bersuluh adalah bahawa Perdana Menteri rejim PN hari ini telah kehilangan majoriti dengan penarikan sokongan beberapa Ahli Parlimen PN sendiri. PN hakikatnya telah gagal teruk mengemudi negara di dalam krisis kesihatan dan krisis ekonomi, bahkan menjadi asbab utama dan berterusan kepada tercetusnya krisis politik paling parah dalam sejarah negara.
Dakwaan Hadi Awang bahawa pihak lawan berpecah belah dan Dato’ Seri Anwar Ibrahim tidak dapat mengumpulkan jumlah mencukupi amat melucukan, sedangkan kesatuan rejim pengkhianat sendiri terumbang-ambing dibadai defisit sokongan dan keyakinan rakan-rakan sendiri, tetapi terus berselindung di sebalik pengisytiharan darurat ini. Adalah sangat jijik dan jelik apabila menggunakan Pandemik Covid-19 bagi menyelamatkan krisis kehilangan majoriti sokongan Ahli-ahli Parlimen.
Kesepakatan Pakatan Harapan kekal utuh didasari kerjasama yang melangkaui survival politik jangka pendek, serta tidak sesekali akan memperjudikan nasib rakyat. PH yang diterajui Dato’ Seri Anwar Ibrahim terus komited menjunjung Demokrasi Berparlimen dan reformasi institusi, dengan sokongan dan mandat rakyat walau dalam situasi mencabar kini.
Eloklah Hadi waspada dalam bahtera yang sedang dilayarinya sendiri, takut-takut ada yang sedang menebuk lubang, jangan ada pepat di luar runcing di dalam. Tangan di depan bersalam, tangan di belakang memegang belati.
Rakyat yang cintakan demokrasi tidak akan pernah lupa, dan tidak akan mengaku kalah menentang kebobrokan pemimpin-pemimpin yang gila dan kemaruk kuasa termasuk Hadi!
YDP AGONG PERLU MELANTIK PM INTERIM DENGAN SEGERA BAGI MEMULIHKAN KEPERCAYAAN RAKYAT.
ADAKAH LARANGAN BERBAHAS SELARAS DENGAN POLITIK ISLAM SUSULAN PENGGANTUNGAN PARLIMEN?
Kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa proklamasi darurat selaras dengan politik Islam bukanlah sesuatu yang memeranjatkan memandangkan PAS mempunyai banyak dalil untuk menghalalkan apa sahaja kebatilan kerajaan Perikatan Nasional (PN). Menjunjung tinggi kuasa Seri Paduka Yang Di-Pertuan Agong untuk memperkenankan proklamasi darurat yang dipohon Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, namun darurat dibuat antara lain berdasarkan nasihat PM menurut Perkara 40(1) Perlembagaan Persekutuan.
Walaubagaimanapun, nasihat PM untuk darurat diisytiharkan kali ini menimbulkan banyak tanda tanya. Ini adalah kerana jika benar ia bagi mengawal penularan wabak Covid-19, penguatkuasaan PKP atau PKPB sudah memadai bagi meratakan lengkungan jangkitan wabak ini. Ironinya, pentadbiran kerajaan termasuk Eksekutif dan Kehakiman serta industri dan perniagaan dibenarkan beroperasi seperti biasa kecuali Parlimen.
Apabila Parlimen digantung, maka fungsi utama badan Legislatif ini untuk semak imbang segala polisi dan tindakan kerajaan tidak lagi dapat berjalan. Peruntukan dan perbelanjaan wang negara tidak lagi dapat dipersoalkan oleh rakyat melalui Ahli Parlimen. Tindakan ini seolah-olah menghakis kedaulatan undang-undang dan menyekat hak dan kebebasan bersuara rakyat di premis yang sah di sisi Perlembagaan.
Justeru, penggantungan Parlimen telah menyekat Ahli Parlimen untuk berbahas dan berdebat atas sesuatu isu berkepentingan awam dan negara dan ia sebenarnya tidak selaras dengan politik Islam. Islam menganjurkan perdebatan dan perbahasan atas sesuatu perkara dan ini selaras dengan firman Allah dalam surah an-Nahl ayat:125 yang bermaksud “Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan debatlah mereka dengan cara yang baik”. Oleh itu, darurat yang dipertahankan oleh PAS ini tidak selaras dengan konsep dan politik Islam yang sebenar.
Kenyataan Presiden PAS ini yang menempelak pembangkang kononnya berpolitik dalam isu darurat ini boleh diumpamakan meludah ke langit. Ini adalah kerana, darurat ini yang dianggap sebagai perisai terakhir Tan Sri Muhyiddin menyelamatkan legitimasi Perdana Menteri setelah beliau hilang sokongan majoriti Ahli Parlimen. Darurat ini adalah bagi mengekalkan kuasa yang dirampas melalui tebuk atap dengan membelakangkan mandat rakyat. Jika rampasan kuasa di Perak pada tahun 2009 dianggap zalim dan haram, adakah Langkah Sheraton pula dianggap adil dan halal? Sesungguhnya, cenderung kepada kezaliman itu akan disambar api neraka (Surah Hud ayat:113), adakah permohonan darurat bagi mempertahankan kudeta ini selaras dengan Islam?
Presiden PAS seharusnya jujur dalam mengeluarkan fatwa politik kerana kedudukannnya sebagai Duta Khas Timur Tengah mempunyai significant besar di peringkat antarabangsa. Malaysia seharusnya terus mempertahankan keluhuran demokrasi dan bukan digambarkan autokrasi. Jelas, jalur politik Melayu Islam yang dipropagandakan PAS dan kerajaan PN hanyalah candu politik semata-mata, bukan sesuatu yang jujur untuk rakyat.
RAKYAT MALAYSIA MEMERLUKAN PM INTERIM SEMASA DARURAT.
DAP LEBIH BAIK DARIPADA PAS SESAT.
Satu rakaman audio mula tular di media sosial dipercayai suara salah seorang pemimpin Umno di Kelantan. Rakaman itu dikatakan dibuat dalam satu taklimat kepada pemimpin dan ahli Umno Kuala Krai, Kelantan mengenai kedudukan politik terkini.
Pada permulaan rakaman tersebut mendakwa, Umno dianiaya oleh Bersatu dan Pas di Kelantan. Umno juga dikatakan tidak mampu berdiri di atas kaki sendiri jika bersendirian dalam pilihan raya akan datang. Kedudukan MCA dan MIC yang jelas ditolak oleh kaum mereka sendiri menyebabkan kekuatan Barisan Nasional juga tidak menentu.
Penipuan dan penindasan oleh Bersatu dan Pas terhadap Umno menyebabkan kekecewaan yang teramat sangat oleh pemimpin parti itu di peringkat pusat. Ini termasuklah isu moratorium pinjaman dan KWSP yang dibentangkan di dalam Belanjawan 2021 baru-baru ini.
Individu di dalam rakaman tersebut cuba mengajak audien dipercayai penyokong-penyokong Umno untuk bermuhasabah dan memikirkan masa depan Umno jika terus mengadakan kerjasama dengan Bersatu dan Pas. Dakwanya lagi, Umno akan semakin hari semakin kecil dan mungkin pupus.
Di akhir rakaman, individu berkenaan cuba untuk meyakinkan ahli Umno supaya menerima kerjasama dengan PKR dan DAP. Isu pembahagian kerusi yang dikatakan lebih memihak kepada Umno turut dijadikan hujah untuk menguatkan agenda berkenaan.
Ahli Umno juga diminta bersedia dan tidak terkejut sekiranya kerjasama antara Umno dengan DAP dan PKR benar-benar terjalin dalam masa terdekat. Apa yang pasti, menurut beliau lagi, usia kerajaan Perikatan Nasional sememangnya sudah berada di penghujung.
RAKYAT MEMERLUKAN PM INTERIM, MUHYIDDIN TIDAK DIPERLUKAN LAGI.
Kira-kira 30 pelanggan yang sedang beratur di luar bangunan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Cawangan Miri di Jalan Melayu di sini, gempar apabila bangunan terbabit dilempar bom petrol petang ini.
Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, bom petrol berkenaan dipercayai dibaling individu tidak dikenali.
Difahamkan ketika kejadian, beberapa anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) turut berada di luar bangunan bagi memantau orang ramai yang berurusan dengan KWSP.
Seorang saksi yang enggan namanya didedahkan berkata, dia nampak seorang lelaki yang bertatu meletakkan motosikal beberapa meter dari bangunan KWSP sebelum melontar bom petrol ke arah aras satu bangunan.
“Kejadian berlaku dengan pantas dan orang awam cuba untuk mengepung lelaki berkenaan namun gagal kerana dia memecut laju motosikal yang ditunggangnya,” katanya.
Katanya, mujur insiden itu tidak menyebabkan kecederaan atau kemalangan jiwa kepada orang ramai dan kakitangan bangunan itu.
Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Hakemal Hawari ketika dihubungi mengesahkan menerima makluman berhubung kejadian.
“Pihak kita sedang mengumpulkan maklumat serta menjalankan siasatan terperinci berhubung insiden itu.
“Tidak dapat dipastikan sama ada kejadian berkaitan dengan kekecewaan kerana gagal memohon i-Sinar seperti yang tular di media sosial,” katanya.
Katanya, usaha mengesan suspek sedang dilakukan termasuk memeriksa kamera litar tertutup (CCTV) yang ada di bangunan berdekatan.
Kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan.