Berikut senarai 17 kerusi DUN yang bakal menyaksikan bertembungan sesama sendiri antara BN, PN dan PBS: N02 Bengkoka – Umno vs PBS N05 Matunggong – PBRS vs PBS N07 Tandek – PBRS vs PBS N11 Kadamaian – PBRS vs PBS N22 Tanjung Aru – Umno vs PBS N25 Kapayan – MCA vs PBS N26 Moyog – Star vs PBS N34 Lumadan – Umno vs PBS N38 Paginatan – Umno vs Star vs PBS N39 Tambunan – Star vs PBS N40 Bingkor – Star vs PBS N41 Liawan – Star vs PBS N42 Melalap – Umno vs PBS N44 Tulid – Star vs PBRS vs PBS N45 Sook – Star vs PBRS N47 Telupid – Umno vs PBS N54 Karamunting MCA vs PBS
UMNO AKAN BERTANDING SEMUA KERUSI DI KELANTAN DAN TERENGGANU PADA PRU KE 15 AKAN BERPERANG DENGAN PAS.
Saya terbaca dalam salah satu dari WAG yang saya berada. Saya nak kongsi kepada orang melayu. pedih tapi benar..👇🏻
Apa Pilihan Anda?? 1)Yang melompat dari UMNO ke PPBM itu KATAK. 2)Yang melompat dari PKR ke PPBM itu KODOK. 3)Yang duduk dalam UMNO tapi hati di PPBM itu SESUMPAH. 4)Yang cakap depan lain belakang lain itu BIAWAK. 5)Yang mengiyakan belaka cakap orang itu CICAK. 6)Yang balun segala benda asalkan kenyang itu BUAYA. 7)Yang ikut jer cakap orang macam di tarik hidong tu LEMBU. 8)Yang melompat2 bila dapat makan buah itu BERUK. 9)Yang menyodol merata sebab nak makan itu BABI. 10)Yang mengangguk jer bila orang cakap tu BELATUK. 11)Yang nak lepas diri sendiri panjat atas belakang kawan tu KETAM. 12)Yang lupa budi dan jasa orang tu KACANG. 13)Yang rasa dia jer yg betul dan pandai itu PAK PANDIR. 14) Yang makan kenyang harta orang lain untuk diri sendiri dan tak pedulikan orang lain itu ULAR SAWA
Bagaimana pula anda? Terpulang lah nak pilih jadi yg mana?? Tepuk dada tanya selera!
Parti Warisan terus diserang. Tanpa mengira bulan suci ramadhan. Pihak lawan terus menghasut rakyat untuk membenci Warisan dengan pelbagai fitnah dan hasutan.
Mereka tak habis habis membuat provokasi di media sosial menggunakan fake akaun. Bantuan belum sampai. Duit belum masuk dan terbaru, borang manual memohon bantuan Covid 19. Sampai buat vote lagi di internet.
Pembangkang cuba meyakinkan rakyat dengan gigih.Macam tak puasa. Berhabis menfitnah. Anak anak berudu pula begitu yakin. Gabungan mereka bakal menumbangkan Kerajaan Parti Warisan. Ada yang kata Warisan ni sampai bulan 3 tahun 2021 sahaja. Ada cubaan cubaan untuk membeli ADUN ADUN Warisan untuk lompat ke team mereka.
Hakikatnya, Politics is all about numbers. And numbers don’t lie. Sebelum mereka mempersoalkan kekuatan Warisan. Adakah mereka yakin akan kekuatan so called “ Gabungan” mereka? . Adakah Gabungan mereka ini lebih baik dari team Warisan??? Mari kita kupas satu persatu.
Jumlah Kerusi.
Total Team Warisan dan rakan sekutu adalah sebanyak 43 kerusi.Team pimpinan Warisan ini memiliki 2/3 DUN.
Kerjasama Warisan, UPKO, DAP, PKR cukup utuh. Warisan memegang 31 kerusi,DAP 6, UPKO 4, dan PKR 2.Warisan memiliki Lebih daripada separuh daripada kerusi DUN.
Kerjasama.
Kerjasama dikalangan Warisan UPKO PKR dan DAP cukup kuat. Semua Adun2 kerajaan akur dengan kepimpinan YAB DSSA. Kerajaan Negeri Sabah stabil.
Kerjasama pembangkang pula sangat rapuh. PPBM dengan UMNO sahaja tidak sehaluan ibarat gunting dalam lipatan.
Jumlah kerusi yang STAR, PBS dan PBRS ada tidak dapat menggambarkan mereka mewakili KDM.
Gabungan ini tidak mewakili masyarakat cina. Lihat sahaja kabinet negeri yang mereka bentuk yang Cuma bertahan 2 hari. Tiada langsung menteri mereka dari kaum Cina.
PRU 15 mereka akan berlanggar sesama sendiri. Mereka dijangka tidak mampu mencapai kata sepakat berkenaan pembahagian kerusi.
Parti Malaya. Sekiranya gabungan ini memenangi pilihanraya umum ke 15, usaha Rakyat sabah untuk menuntut hak hak Sabah seperti MA63, royalty minyak dan lain lain tidak akan tercapai.
Bung membuat Uturn mengatakan sukar untuk capai MA63. Presiden mereka pula telah bersumpah akan tunai MA63 sekiranya ambil alih Putrajayasemasa kempen di Kimanis.
STAR tidak mungkin akan menjadi parti dominan sekiranya bersama pasukan ini. Sekiranya bentuk kerajaan pun, STAR akan menjadi ekor. Bukan kepala.
Sekiranya gabungan ini menang, ia akan didominasi oleh UMNO atau PPBM. STAR selama lamanya akan jadi parti ekor yang hanya akan mengintai peluang mendapat jawatan.
Berbanding dengan Warisan. Ya betul, dalam team warisan ada parti Malaya. Iaitu PKR dan DAP. Tetapi kekuatan kerajaan ini terletak pada Warisan. Warisan kepala. Bukan ekor.
Gabungan Parti racist.
UMNO dan PPBM hanya akan memperjuangkan hak hak orang Melayu. STAR pula memperjuangkan hak hak KDM/Dayak. Banyak kali mereka melaungkan slogan kesukuan dalam ceramah ceramah dan perhimpunan mereka.
Perhimpunan STAR di Ranau. Laungan yang mereka buat jelas tidak menggambarkan STAR untuk semua kaum.
Datuk Shafie tidak pernah berteriak “ MANA BAJAU SULUK!” dimana mana ceramah dan pidatonya. Malah yang Datuk Seri Shafie perjuangkan hak semua kaum dan agama di Sabah.
Dendam kesumat UMNO- PPBM.
PPBM dan UMNO tidak mungkin akan bersatu kembali. PPBM memiliki 9 kerusi, UMNO Cuma ada 1 kerusi. Dari sudut elit atasan, PPBM Menang. Tapi dari segi akar umbi, UMNO jauh lebih kuat.
Semasa penghijrahan pemimpin pemimpin UMNO ke PPBM, yang melompat masuk hanyalah YB YB, dan golongan yang laparkan projek dan habuan.
Sebaliknya, majoriti ahli ahli UMNO masih kekal dalam UMNO.
PPBM langsung tak beri peluang kepada UMNO untuk dapatkan apa apa jawatan dalam kabinet dan GLC. Setiausaha politik pun habis PPBM sapu.
Di peringkat atasan, PPBM nak kuburkan UMNO. Tapi di peringkat bawahan, dendam kesumat akar umbi UMNO menunggu masa sahaja untuk menikam.
Gabungan di peringkat persekutuan yang rapuh.
Walaupun PH Warisan gagal membentuk kerajaan, tetapi gabungan mereka cukup Solid. 103 ahli parlimen . Satu hati. Tiada goyang.
UMNO tidak ragu ragu untuk menentang PPBM pada PRU15.
Berbanding gabungan perikatan Nasional yang cukup lemah menanti masa untuk lemas. PM tak mampu lantik Timbalan Perdana Menteri. Walaupun UMNO paling banyak kerusi dalam gabungan mereka. PPBM tanpa segan silu membuli UMNO.
UMNO ibarat kucing pondan yang tak mampu menggigit dan hanya pasrah dengan keadaan.
STAR, PBS, PBRS Cuma parti pinggiran dalam gabungan tersebut. Mereka tidak mungkin dapat bersuara. Ibarat jaguh kampung dengan tin kosong. Hari ini mereka diam seribu Bahasa selepas mendapat jawatan kabinet. . tiada lagi launga laungan MA63. Tiada lagi laungan wujudkan 3 negara dalam 1 Malaysia.
Jeffrey Kitingan Diam seribu bahasa selepas dilantik jawatan Kabinet Persekutuan.
Adakah Jeffrey berani membuat tuntutan yang sama selepas ini??
Dari fakta fakta dan nombor nombor yang ada, sangat jelas Warisan masih kekal sebagai Parti yang terbaik untuk mentadbir Sabah dan memperjuangkan hak hak Sabah.
Hanya Warisan yang mampu membawa Negeri Sabah ke arah kegemilangan dan kemajuan.
Rakyat Sabah, beri sokongan penuh pada Warisan. Beri peluang pada Warisan untuk baiki labu yang dirosakkan BN.
Mari kita berganding bahu, beri masa dan peluang kepada YAB Datuk Seri Shafie mentadbir.
Tiada yang sempurna. Sekiranya anda rasa Warisan teruk. Percayalah. STAR UMNO lagi teruk.
Pepatah mengatakan, “Jangan kerana seekor nyamuk. Habis kelambu dibakar”.
Warisan perlu segera mencari jalan. 3 Tahun bukan lama. Warisan tidak boleh duduk selesa. Masalah ekonomi rakyat, pengangguran,dan lain lain perlu diselesaikan. Suara lantang pejuang asal yang kecewa bakal menjadi time bomb kepada Warisan sekiranya tidak dicerna dan dituntaskan dengan baik.
Ibarat game bola sepak . Paling penting, jangan terperangkap dengan game plan pihak lawan. Owner pasukan hebat saja tidak cukup. Coach kena lakukan perkara betul. Nilai pemain anda. Mana yang sesuai jadi keeper. Jangan letak jadi striker. Dan sebaliknya. Mesti pantas dan berani. Pemain yang tak perform. Terus simpan di bangku simpanan. Pemain simpanan yang perform. Kena segera masuk gelanggang.
Baru penyokong, dan penonton dalam stadium akan happy!.
Sejarah tercipta. Warisan tumbangkan BN 2 tahun lepas.
“Jika apa yang dikatakan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas adalah benar bahawa Petronas mendapat pulangan hanya 3.7%, maka adalah lebih baik bagi Petronas untuk menyokong pemulangan dan pemilikan minyak dan gas Sabah kepada Sarawak dan Sabah masing-masing sebagai pemilik yang sah “kata Datuk Dr Jeffrey Kitingan dalam satu kenyataan akhbar yang mengulas kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif bahawa Petronas hanya mendapat pulangan 3.7% daripada operasi minyak mereka di Sabah dan Sarawak dan dengan itu tidak dapat membayar royalti 20%.
Sebagai balasan, Sabah dan Sarawak boleh memberikan royalti 5% kepada Petronas dan kerajaan Persekutuan. 5% ini tanpa mengangkat jari ( gayang kaki saja lah) untuk melakukan apa-apa kerja dan lebih baik daripada mendapat hanya 3.7%.
Tidak ada lagi alasan untuk Petronas terus mengeksploitasi sumber minyak dan gas Sabah dan Sarawak. Ia tidak masuk akal dan lebih baik mereka memulangkan pemilikan minyak dan gas dan duduk menunggu 5% mereka.
Sebelum ini, tidak ada sebarang justifikasi perlembagaan atau undang-undang yang menyokong pengambil alihan secara haram sumber minyak dan gas Sabah oleh Tun Abdul Razak kepada Petronas pada 26 Mac 1975 . Hal ini demikian kerana tanah dan sumber semula jadi adalah perkara Negeri di bawah Senarai Negeri dalam Jadual ke-9 dalam Perlembagaan Persekutuan.
Ada yang menyebutnya sebagai “rompakan siang hari di lautan-lautan dalam ” sama seperti kegiatan rompakan lanun zaman dahulu.
Beberapa pemimpin yang terlibat dalam “rompakan siang hari” ini menyesali penglibatan mereka tetapi tidak dapat melakukan apa-apa untuk memulangkan pemilikan minyak dan gas.
Adalah lebih baik bagi mereka para pemimpin masa lalu dan sekarang, untuk mengembalikan hak ini kepada Sabah daripada menanggung kemurkaan dan laknat yang telah menimpa atau yang akan dilemparkan kepada mereka seperti yang dapat dilihat dalam banyak kejadian sekarang ini. Ingatlah sejarah Langkawi dan sumpahan Mahsuri yang telah mendatangkan bala selama 7 generasi.
Ia juga tidak munasabah secara moral untuk menyalahgunakan sumber minyak dan gas Sabah dan Sarawak dan menggunakannya keseluruhannya untuk membangunkan Tanah Melayu.
Adalah salah untuk menjadikan penduduk Sabah dan Sarawak yang kaya dengan sumber menjadi miskin dan daif dengan kemudahan asas dan infrastruktur yang kurang baik sementara Tanah Melayu menikmati kemudahan bertaraf dunia.
Dalam satu tahun lagi, Kuala Lumpur dan Greater Klang Valley akan mempunyai lebih daripada RM130 bilion transit rel kereta api (LRT) dan sistem transit massa (MRT) di mana pengguna hanya membayar RM100 sebulan tanpa had.
Dalam tempoh 3-4 tahun lagi, Malaya akan mempunyai Rangkaian Keretapi Pantai Timur RM100 bilion (ECRL) dari Port Klang ke Kelantan melalui Selangor, Putrajaya, Negeri Sembilan, Pahang dan Terengganu. Stesen pertama dan utama Rail Speed High Speed (HSR) RM110 bilion sedang dibina sebagai sebahagian daripada HSR yang menghubungkan Kuala Lumpur dan Singapura di mana masa perjalanan mungkin hanya 2 jam atau lebih.
“Siapa berani menafikan bahawa infrastruktur RM340 bilion ini bukan dibina dengan pendapatan minyak dan gas Sabah dan Sarawak” tanya Dr. Jeffrey.
Sebagai rekod, bagi pengeluaran minyak dan gas yang memecah rekodnya pada 2019, Sabah hanya mendapat RM1.703 bilion (jumlah ini sangat menyedihkan) sementara Petronas dan kerajaan Persekutuan meraih RM32.357 bilion.
Apa yang lebih teruk ialah, Sabah yang kaya kaya hanya akan mendapatkan Lebuhraya Pan Borneo dua hala selama 5 tahun lagi, tidak ada LRT atau MRT dan hanya jalan kerikil dengan debu yang menyertainya semasa musim kering dan lumpur semasa musim hujan.
Melihat kepadaa keadaan sekarang bahawa tidak ada usaha Petronas untuk mengendalikan lombong minyak Sabah kerana hanya mendapat 3.7%, kerajaan Sabah harus segera berunding untuk mendapatkan kembali hak pemilikan minyak dan gas Sabah.
Ia adalah satu-satunya perkara yang patut dilakukan oleh pemimpin Sabah untul faedah dan kebajikan jangka panjang di rakyat Sabah dan Sabah.
Sekiranya pemimpin-pemimpin Sabah tidak menuntut kembali kepemilikan minyak dan gas Sabah, mereka tidak sepatutnya dipanggil rakyat/ orang Sabah, mereka tidak berhak menjadi Ketua Menteri, Menteri-Menteri Persekutuan dan Negeri kerana mereka memegang jawatan tetapi telah mengecewakan Sabah dan Rakyat Sabah.