RAJA PETRA PERLU BERTANGGUNGJAWAB ATAS PENULISANNYA.
12 Ogos 2020
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2125564280920826&id=251826234961316
1. Di era siber dan media sosial canggih hari ini, ada berbagai kategori penulis.
2. Ada penulis berani menulis tetapi tidak berani menanggung akibat fitnahnya dan hanya melontar tomahan dari jauh sahaja.
3. Termasuk dalam golongan ini adalah Raja Petra Kamaruddin yang memegang kewargenegaraan British di bawah perlindungan kerajaan Britain. Beliau mempunyai “lesen besar” memfitnah dan menghasut dari jauh kerana di lindungi oleh undang-undang Britain yang liberal.
4. Saya agak hairan tohmahan-tohmahan yang dilontarkan terhadap saya melalui penulisannya bertarikh 11 Ogos 2020 di malaysia-today.net
5. Raja Petra menyerang saya kerana menyoal apakah kelebihan orang luar tanpa tambah nilai, termasuk adiknya Raja Idris yang mengambil perkerjaan tempat anak Terengganu semasa peluang perkerjaan sangat terhad. Raja Petra yang begitu lama bermaustautin di England tidak memahami keadaan sebenarnya di Terengganu. Tiada salah saya membela anak tempatan Terengganu termasuk juga ahli PAS yang SEWAJARNYA DIBERI KEUTAMAAN.
6. Serangan tuduhan Raja Petra tidak berasas kerana dalam penulisan saya, saya tidak menyalahkan 3 projek berjumlah kos RM1 billion yang tersebut tetapi menyoal kenapa ia tidak di siapkan sehingga hari ini dan punca masalah pun tidak diatasi. Itu adalah pembaziran.
7. Saya hanya menyebut projek Stadium, Taman Ilmu dan Kompleks Bebas Cukai Kenyir dan tidak menyebut langsung projek Istana yang Raja Petra timbulkan dan dikaitkan dengan saya.
8. Itu adalah usaha Raja Petra untuk memburukkan hubungan saya dengan Istana dan juga pertalian dalam keluarga saya. Kalau benar anak jantan beliau patut berhujah sendiri dan bukan cuba mengheret pihak Istana dalam arena politik untuk membantu asakan beliau terhadap saya.
9. Kalau beliau berani beliau patut kembalilah ke Malaysia untuk membela rakyat disini dan jangan bersembunyi sebagai warga British di belakang perlindungan Ratu – Queen Elizabeth. Ianya kelihatan tiada komitmen membela rakyat tetapi hanya membaling tohmahan dari jauh dan takut turun ke lapangan gelangang perjuangan sebenar.
10. Tidak wajar juga Raja Petra menyebut ahli keluarga DiRaja Terengganu seorang rakyat Singapura. Ianya tidak relevan dalam isu berkenaan.
11. Apa yang YB Ahmad Said dan saya timbulkan adalah ketidakwajaran mengambil orang luar Terengganu berkerja semasa rakyat negeri sendiri tidak ada perkerjaan melainkan kalau yang diambil mempunyai kepakaran istimewa.
12. Mungkin kerana terlalu lama di England, Raja Petra tidak faham peribahasa Melayu – “kera di hutan disusukan, anak di pangkuan mati kebuluran”. Tetapi ungkapan Inggeris pun ada yang menyatakan “charity begins at home”, atau kebajikan patut bermula di tempat sendiri. Ia bukan hanya semata mata isu kerakyatan atau keturunan tetapi keutamaan kepada yang lebih terdesak memerlukan pembelaan.
13. Pendekatan Raja Petra ada persamaan dengan konsep di gunakan PAS dahulu di mana hubungan kekeluargaan menjadi rosak atas agenda politik parti dimana ahli PAS dan UMNO di dalam satu keluarga menjadi porak peranda dan ada yang memutuskan silaturrahim kerana AGAMA DIPERGUNAKAN UNTUK KEPENTINGAN POLITIK.
14. Raja Petra sanggup menanam racun dikalangan kerabat keluarga saya demi untuk mencapai agenda politiknya demi sokongannya pada PAS. Begitulah cara penyokong sebuah parti yang mendakwa memperjuangkan Islam sanggup membuat apa saja untuk mencapai matlamat mereka.
15. Sebagai seorang “gentleman British” dan anak jantan, Raja Petra tidak patut mengheret Istana kedalam isu politik yang sedang hangat di persoalkan rakyat Terengganu di waktu masalah perkerjaan anak tempatan adalah masalah utama.
16. Berhujahlah atas keupayaan sendiri dangan tidak perlu mengheret pihak lain ke dalam isu peribadi sendiri.
“Fight your own battle !”
17. Raja Petra patut berhujah dengan fakta yang rasional dan memberi justifikasi pelantikan adiknya (Raja Idris) dan bukan cuba membawa Istana dan mengungkit status keluarga beliau sebagai kerabat dari Selangor ke dalam isu yang tidak ada kaitan dengannya.
18. Cubaan untuk melibatkan Istana oleh Raja Petra adalah politik murahan tanpa hujah yang sepatutnya.
19. Jika Raja Petra ingin mempunyai kredibiliti, pulang ke Malaysia seperti pejuang rakyat yang bertanggungjawab. Bukan mencari perlindungan di bawah Kerajaan British dan melontar tuduhan tidak berasas berbelas ribu kilometer jauhnya dari Malaysia.
20. Ini bukan lagi zaman BRITISH Commonwealth dahulu di mana rakyat Malaya mesti akur menerima pandangan serta perintah dari negara Britain. Hadirkan diri di lapangan dan medan rakyat Malaysia yang sebenar di sini dan berhujahlah secara bertanggungjawab.
21. Adakah Raja Petra takut untuk “berumah di tepi pantai kerana takut di lambung ombak” ?
RAJA KAMARUL BAHRIN SHAH
12 Ogos 2020