Radar Teknologi Tinggi Russia Kalah Dengan Teknologi Drone Bayraktar Turki

Kerajaan Russia Telah Menahan Pegawai Tinggi Tentera Russia Yang Membocorkan Rahsia Tentang Kekalahan Teknologi Tentera Russia Berhadapan Dengan Kecanggihan Teknologi Tentera Turki.

مسؤول ارمني يفضح دور روسيا في حرب كارباغ ويكشف فشل الاسلحة الروسية امام الطائرات التركية ما عليك سوى الانتساب إلى هذه القناة للاستفادة من المزايا: https://www.youtube.com/channel/UCebE… لا تنسو اللايك والاشتراك وتفعيل زر الجرس ليصلكم كل جديد وشكرا انضمو لمجموعة تلغرام : https://t.me/News1Today للدعم يمكنكم ذلك من خلال بايي بال باي بال لدعم القناة 💲⬇️ http://bit.ly/3bAVUbF للدعم يمكنكم ذلك في حال قمتم بشراء منتجاتكم من امازون من خلال الرابط : https://amzn.to/2GaALu8 #ارمينيا #اذربيجان #روسيا

Khamis depan (26 Nov 2020) penentu nasib Muhyiddin

Adakah Muhyiddin Yassin akan kekal sebagai Perdana Menteri kelapan Malaysia pada hari Khamis hadapan, 26 November ini, atau adakah beliau akan menjadi perdana menteri dengan penggal terpendek dalam sejarah negara?

Dia tidak akan menjadi perdana menteri pada hari Khamis hadapan jika Belanjawan 2021 ini dikalahkan dalam bacaan kedua di Parlimen, yang dijangkakan akan diundi pada 25 November.

Namun, dia kelihatan seperti tidak melakukan apa-apa untuk memastikan Belanjawan 2021 ini akan diluluskan, walaupun para ahli p arlimen pembangkang sentiasa beringat kepada nasihat Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong dan Raja-raja Melayu yang menggesa supaya semua rakyat Malaysia menunjukkan perpaduan untuk memastikan Belanjawan 2021 ini dapat diluluskan dalam semasa negara kita berhadapan dengan wabak Covid-19 ini.

Adakah Belanjawan 2021 ini boleh diluluskan jika terdapat sebuah referendum kebangsaan terhadapnya?

Saya berasa ragu-ragu, memandangkan Belanjawan 2021 ini adalah belanjawan yang biasa dalam waktu yang luar biasa, sedangkan ia sepatutnya menjadi sebuah belanjawan luar biasa untuk waktu yang luar biasa.

Apa yang lebih teruk, kelihatan seakan-akan Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz sedang mengambil kesempatan ke atas keadaan semasa yang luar biasa dan nasihat daripada Yang di-Pertuan Agong dan Raja-raja Melayu untuk cuba mendapatkan satu cek kosong daripada ahli-ahli Parlimen, sedangkan beliau sepatutnya menggunakan peluang ini untuk mencipta sejarah dengan membentuk sebuah Belanjawan Perpaduan 2021 — sebuah belanjawan yang luar biasa yang mengambil kira pandangan dan cadangan daripada semua pihak untuk satu waktu yang luar biasa.

Di sebaliknya, apa yang kita dapati adalah Belanjawan 2021 yang cuba untuk menyeludup sejumlah besar RM85.5 juta untuk menghidupkan semula Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa).

Seperti yang telah didedahkan oleh Ahli Parlimen Kluang, Wong Shu Qi, Jasa telah beroperasi dengan belanjawan tersorok di bawah pemerintahan Najib dengan hampir RM80 juta setiap tahun, mengelakkan penelitian awam dan semak imbang Parlimen.

Mengapakah mantan ketua pengarah Jasa, Puad Zarkashi terus mendiamkan diri?

Saya tidak fikir yang Tengku Zafrul tahu apa itu Jasa dan operasi-operasi rahsianya, dan melainkan terdapatnya arahan khusus daripada perdana menteri supaya peruntukan rahsia ini dibuang, tidak akan ada sebarang pindaan terhadap Belanjawan 2021.

Belanjawan 2021 ini seharusnya menjadi sebuah belanjawan yang luar biasa untuk menyatukan semua rakyat Malaysia dalam satu waktu yang luar biasa semasa negara dilanda wabak Covid-19, dan bukanlah sebuah belanjawan biasa dengan peruntukan rahsia untuk mengelakkan penelitian awam dan semak imbang Parlimen.

Mungkin Muhyiddin sedang diperas dan dihalang daripada membolehkan beliau untuk menjadikan Belanjawan 2021 ini sebuah belanjawan luar biasa untuk waktu yang luar biasa, dan jika benar, maka tidak ada apa-apa yang bersifat “perpaduan”, “kebangsaan”, ataupun “luar biasa” dengan Belanjawan 2021 ini.

Perkara ini akan menjadi ujian kritikal terhadap perwatakan perdana menteri kelapan Malaysia!

Berita penuh : https://www.malaysiakini.com/news/551279

Muhyiddin bakal jatuh kerana Belanjawan 2021 ditolak Parlimen-Tun M

Tun M beri petanda Muhyiddin bakal jatuh kerana Belanjawan 2021 ditolak Parlimen

Jika Belanjawan 2021 tidak diluluskan, ia akan membawa kepada peletakan jawatan Perdana Menteri, yang akhirnya akan menimbulkan satu lagi krisis politik, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini.

Ahli Parlimen Langkawi itu berkata, beliau secara amnya berpendapat ada keperluan untuk meluluskan belanjawan itu, namun perlu ada pindaan terhadap peruntukan tertentu bagi memastikan ia lebih menyeluruh, terutamanya dalam menangani COVID-19 dan mengukuhkan kembali ekonomi.

“Kita semua ingin luluskan bajet ini. Jika ianya tidak lulus, pada lazimnya Perdana Menteri perlu letak jawatan. Akan jadi pula satu krisis politik. Kerajaan pintu belakang ini akan diganti dengan Kerajaan tebuk atap, yang juga tidak stabil.

“Kita telah ada pilihan raya yang menentukan Kerajaan pilihan rakyat didirikan. Setelah dipilih Kerajaan ini dijatuhkan dan Kerajaan oleh puak yang ditolak oleh rakyat mendirikan Kerajaan. Ini sebenarnya adalah satu penipuan walaupun tidak ada undang-undang yang melarang perbuatan ini. Ia menidakkan demokrasi,” katanya lagi.

Dr Mahathir mendakwa, Kerajaan sedia ada dilihat amat lemah, dan menghabiskan masa untuk mempertahankan kedudukannya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan Rang Undang-undang Pembekalan (Belanjawan) 2021, di Dewan Rakyat hari ini.

Berucap lanjut, Dr Mahathir berkata, tumpuan kepada mempertahan kedudukan yang lemah, hanya menjejaskan tumpuan kepada menangani masalah wabak, dan hasilnya ialah pembaziran masa dan wang untuk merebut kuasa, seperti mana beliau dakwa berlaku di Sabah.

“Jika dahulu kita sudah berjaya kurangkan wabak, sekarang kita dihadapi dengan second dan third wave dengan jangkitan lebih seribu sehari. Ramai yang maut yang sepatutnya berada sekarang.

“Masih ada yang ingin mengadakan PRU (Pilihan Raya Umum) supaya dapat rebut kuasa. Ingatlah berapa ramai pula yang akan mati kerana Kerajaan Perikatan Nasional (PN) ingin jatuh Kerajaan Sabah,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Dr Mahathir meminta agar dasar Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 yang dimulakan Pakatan Harapan, dapat dikembalikan semula dalam usaha mengurangkan jarak kekayaan ekonomi antara bandar dan luar bandar.

Beliau berkata, tidak patut dasar kemakmuran bersama itu ditolak semata-mata kerana ia adalah dari parti lawan.

“Kerajaan yang ditubuh bukanlah untuk orang parti-parti Kerajaan sahaja. Kerajaan kerap berkata ia adalah Kerajaan bagi semua rakyat. Oleh itu janganlah tolak cadangan parti lawan yang baik bagi semua rakyat kerana mengutamakan politik parti.

“Walaupun kita tidak perlu ketepikan Perlembagaan Negara, undang-undang dan aturan peraturan dengan mengisytihar darurat, tetapi dengan kuasa yang ada sekarang, kita masih boleh lakukan banyak tindakan
untuk membendung COVID-19 dan memulih ekonomi negara,” katanya lagi.

Mengakhiri perbahasannya, Dr Mahathir berkata, beliau dan Ahli-ahli Parlimen Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) hanya akan membuat keputusan untuk menyokong atau menolak Belanjawan 2021 berdasarkan langkah Kerajaan seterusnya.
Beliau berharap agar Kerajaan dapat mempertimbangkan cadangan yang telah diberikan, dan sokongan mereka bergantung kepada tahap penerimaan Kerajaan terhadap cadangan itu.

Berita penuh: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/jika-belanjawan-2021-tidak-lulus-negara-akan-hadapi-satu-lagi-krisis-politik-tun-mahathir-268063

Muhyiddin Dalam Keadaan Nazak

Adakah Muhyiddin Yassin akan kekal sebagai Perdana Menteri kelapan Malaysia pada hari Khamis hadapan, 26 November ini, atau adakah beliau akan menjadi perdana menteri dengan penggal terpendek dalam sejarah negara?

Dia tidak akan menjadi perdana menteri pada hari Khamis hadapan jika Belanjawan 2021 ini dikalahkan dalam bacaan kedua di Parlimen, yang dijangkakan akan diundi pada 26 November.

Namun, dia kelihatan seperti tidak melakukan apa-apa untuk memastikan Belanjawan 2021 ini akan diluluskan, walaupun para ahli p arlimen pembangkang sentiasa beringat kepada nasihat Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong dan Raja-raja Melayu yang menggesa supaya semua rakyat Malaysia menunjukkan perpaduan untuk memastikan Belanjawan 2021 ini dapat diluluskan dalam semasa negara kita berhadapan dengan wabak Covid-19 ini.

Adakah Belanjawan 2021 ini boleh diluluskan jika terdapat sebuah referendum kebangsaan terhadapnya?

Saya berasa ragu-ragu, memandangkan Belanjawan 2021 ini adalah belanjawan yang biasa dalam waktu yang luar biasa, sedangkan ia sepatutnya menjadi sebuah belanjawan luar biasa untuk waktu yang luar biasa.

Apa yang lebih teruk, kelihatan seakan-akan Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz sedang mengambil kesempatan ke atas keadaan semasa yang luar biasa dan nasihat daripada Yang di-Pertuan Agong dan Raja-raja Melayu untuk cuba mendapatkan satu cek kosong daripada ahli-ahli Parlimen, sedangkan beliau sepatutnya menggunakan peluang ini untuk mencipta sejarah dengan membentuk sebuah Belanjawan Perpaduan 2021 — sebuah belanjawan yang luar biasa yang mengambil kira pandangan dan cadangan daripada semua pihak untuk satu waktu yang luar biasa.

Di sebaliknya, apa yang kita dapati adalah Belanjawan 2021 yang cuba untuk menyeludup sejumlah besar RM85.5 juta untuk menghidupkan semula Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa).

Seperti yang telah didedahkan oleh Ahli Parlimen Kluang, Wong Shu Qi, Jasa telah beroperasi dengan belanjawan tersorok di bawah pemerintahan Najib dengan hampir RM80 juta setiap tahun, mengelakkan penelitian awam dan semak imbang Parlimen.

Mengapakah mantan ketua pengarah Jasa, Puad Zarkashi terus mendiamkan diri?

Saya tidak fikir yang Tengku Zafrul tahu apa itu Jasa dan operasi-operasi rahsianya, dan melainkan terdapatnya arahan khusus daripada perdana menteri supaya peruntukan rahsia ini dibuang, tidak akan ada sebarang pindaan terhadap Belanjawan 2021.

Belanjawan 2021 ini seharusnya menjadi sebuah belanjawan yang luar biasa untuk menyatukan semua rakyat Malaysia dalam satu waktu yang luar biasa semasa negara dilanda wabak Covid-19, dan bukanlah sebuah belanjawan biasa dengan peruntukan rahsia untuk mengelakkan penelitian awam dan semak imbang Parlimen.

Mungkin Muhyiddin sedang diperas dan dihalang daripada membolehkan beliau untuk menjadikan Belanjawan 2021 ini sebuah belanjawan luar biasa untuk waktu yang luar biasa, dan jika benar, maka tidak ada apa-apa yang bersifat “perpaduan”, “kebangsaan”, ataupun “luar biasa” dengan Belanjawan 2021 ini.

Perkara ini akan menjadi ujian kritikal terhadap perwatakan perdana menteri kelapan Malaysia!

Berita penuh : https://www.malaysiakini.com/news/551279

Sokongan Muhyiddin kini tinggal 112

Tak sedap duduk sungguh Muhyiddin nak hadap hari pengundian Belanjawan 2021 pada 26 November nanti, 10 hari sahaja lagi..

Komposisi terkini :

Kerajaan PN :
1. PPBM : 31 kerusi
2. PAS : 18 kerusi
3. PBB (GPS) : 13 kerusi
4. PDP (GPS) : 2 kerusi
5. PRS (GPS) : 2 kerusi
6. SUPP (GPS) : 1 kerusi
7. STAR : 1 kerusi
8. PBS : 1 kerusi
9. PBRS : 1 kerusi
Jumlah : 70 kerusi

10. UMNO : 38 kerusi
11. MCA : 2 kerusi
12. MIC : 1 kerusi
Jumlah : 111 kerusi
13. Bebas : 1 kerusi
Jumlah : 112 kerusi (maksima jika tiada pembelotan)

Sumber : https://web.facebook.com/permalink.php?story_fbid=2953077461587494&id=100006558077988

Tak perlu keluar KWSP kalau lebih dana disalur kepada rakyat bukannya kepada JASA

Tak perlu keluar KWSP kalau lebih dana disalur kepada rakyat bukannya kepada JASA

Ahli Parlimen Klang Charles Santiago menggesa Putrajaya supaya mengutamakan rakyat, terutama golongan pekerja, sekali gus meminta peruntukan tidak perlu dan “projek khas” dikeluarkan daripada Belanjawan 2021.

Beliau merujuk kepada peruntukan RM85.5 juta kepada Jabatan Hal-Ehwal Khas (Jasa), RM8.6 juta kepada Penggerak Komuniti Tempatan, RM1 bilion untuk “projek khas” di bawah Jabatan Perdana Menteri dan RM13.61 bilion di bawah Kementerian Kewangan untuk “pelbagai suntikan modal” dalam belanjawan tersebut dengan berkata, jumlah dana sebanyak RM14 bilion itu sangat membantu golongan yang paling memerlukan.

Santiago berkata, dengan menyalurkan dana tersebut kepada rakyat, orang ramai tidak perlu mengeluarkan simpanan daripada Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang merupakan simpanan persaraan mereka.

“Bolehkah kerajaan ubah suai belanjawan ini? Sebagai langkah awal, ia boleh memindahkan dana bagi membantu pekerja dengan membatalkan atau menilai semula cadangan belanjawan berkenaan.

“Kerajaan ada dana. Tetapi adakah ia mempunyai keazaman politik untuk membantu golongan yang paling memerlukan?

“Apakah pentadbiran Muhyiddin Yassin mengambil jalan mudah dengan menjadikan simpanan KWSP, yang merupakan dana persaraan, sebagai tabung kecemasan?”, soalnya dalam kenyataan hari ini.

Baru-baru ini Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz mendedahkan bahawa 32% daripada pencarum KWSP mempunyai simpanan kurang RM5,000 dalam Akaun 1, sementara 10% lagi mempunyai antara RM6,000 hingga RM10,000.

KWSP sendiri memaklumkan kira-kira 65% pencarum di bawah umur 55 tahun mempunyai simpanan kurang RM50,000, sementara 60% pesara menggunakan kesemua simpanan mereka dalam tempoh 3 tahun selepas bersara.

Santiago berkata, angka ini menunjukkan bahawa sebilangan besar pekerja hidup dalam kemiskinan, sementara pengeluaran lebih banyak simpanan mereka akan menghilangkan terus jaminan keselamatan kewangan selepas persaraan.

“Pengeluaran terkumpul akan memberi kesan ke atas kapasiti perolehan masa depan pekerja melalui kehilangan dividen dan faedah kompaun simpanan yang dikeluarkan.

“Ia juga akan menghapuskan keselamatan kewangan pada masa tua,” katanya.

Kerajaan merancang untuk membenarkan individu yang kehilangan pekerjaan mengeluarkan maksimum RM500 sebulan daripada Akaun 1 KWSP di bawah kemudahan i-Lestari yang dilaksanakan pada April.

Berita penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2020/11/16/dahulukan-rakyat-bukan-jasa-atau-projek-khas-kata-santiago/

Umat Nabi Muhammad Paling Ramai Terlibat Dengan Dadah

Kes dadah: Belia Melayu paling ramai ditahan di Johor

JOHOR BAHRU, 3 Rabiulakhir 1442H, Khamis – Seramai 4,176 belia Melayu ditahan di Johor dipercayai terbabit kes berkaitan dadah sejak awal tahun hingga 17 November lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, belia Melayu yang ditahan berusia 19 hingga 30 tahun – dan jumlah keseluruhan tahanan seramai 6,141 individu.

Katanya, mengikut pecahan itu, turut ditahan adalah belia Cina mencatatkan 930 orang, diikuti 515 belia India manakala selebihnya adalah lain-lain kaum seramai 520 orang.

Katanya, bagi pecahan kesalahan, mereka yang ditahan adalah pembekal dadah (848), memiliki (1,911) dan ujian air kencing (3,382).

“Bermula 1 Januari hingga 17 November lalu, kita telah mẹmbuat tangkapan seramai 17,349 individu atas pelbagai kesalahan dadah. Daripada jumlah itu 6,141 orang iaitu 35.39 peratus adalah belia berusia 19 hingga 30 tahun.

“Dalam tempoh yang sama, polis juga berjaya membuat rampasan pelbagai jenis dadah seberat 2.61 tan dengan nilai keseluruhan rampasan bernilai RM28.77 juta. Turut dirampas adalah harta bernilai RM13.42 juta,” katanya seperti dilapor Utusan Online.

Dalam perkembangan lain, Ayob Khan berkata, pasukan polis dari Unit Rondaan Bermotosikal (URB) Ibu Pejabat Polis daerah Kulai menahan lima lelaki berumur 17 hingga 19 tahun dalam keadaan mencurigakan di sekitar Taman Permainan Bandar Putra Kulai, pada 12.43 tengah malam, semalam.

Tambahnya, hasil pemeriksaan ke atas lima individu termasuk tiga pelajar sekolah itu berjaya menjumpai dadah jenis ganja seberat 3.29 gram bernilai RM164.

Katanya, hasil saringan air kencing mendapati kesemua suspek positif dadah jenis Tetrahudrocannabinol (THC).

“Semakan rekod ke atas semua suspek tidak mempunyai rekod lampau.

“Hasil soal siasat terhadap tiga pelajar ini, kita menahan seorang lelaki berusia 23 tahun yang merupakan pembekal dadah kepada pelajar terbabit.

“Polis Johor berharap masyarakat akan terus menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti pengedaran dadah yang berlaku di sekeliling mereka bagi membantu pihak polis membanteras penyalahgunaan dadah,” katanya.Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Keputusan Agong legakan rakyat, proklamasi darurat cegah ancaman kesihatan

BANGI, 3 Rabiulakhir 1442H, Khamis – Yang di-Pertuan Agong mempunyai prerogatif untuk mengeluarkan proklamasi darurat sekiranya baginda berpuas hati dengan salah satu daripada dua perkara mengikut Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan.

Pakar Perlembagaan Universiti Malaysia Pahang (UMP), Datuk Dr Wan Ahmad Fauzi Wan Husain berkata, perkara berkenaan termasuk sedang berlaku atau hampir berlaku darurat besar yang boleh mengakibatkan implikasi ancaman keselamatan.

Beliau berkata, perkara kedua adalah berlakunya ancaman kehidupan, ekonomi, ketenteraman awam di dalam Persekutuan atau mana-mana bahagiannya.

“Semalam, 660 kes baharu COVID-19 dicatatkan di seluruh negara, dengan 387 direkodkan di Sabah sahaja. Pertambahan kes baharu harian itu menjadikan kumulatif 50,390 kes positif COVID-19 sehingga semalam.

“Justeru, tidak hairanlah jika Yang di-Pertuan Agong memutuskan untuk memberi perkenan membuat proklamasi darurat seperti diminta Perdana Menteri,” katanya menulis di Berita Harian hari ini.

Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong bersetuju, mengisytiharkan Proklamasi Darurat terhadap Parlimen Batu Sapi, Sabah, bagi mengelak pilihan raya kecil (PRK) sebagai langkah proaktif membendung gejala wabak COVID-19.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berpuas hati dengan penjelasan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang menasihati baginda berkenaan cadangan itu.

Mengulas lanjut, Wan Ahmad berkata, memandangkan pilihan raya kali ini hanya membabitkan satu kawasan Parlimen yang sudah semestinya berbeza dengan Piihan Raya Negeri (PRN) Sabah baru-baru ini – maka baginda hanya memperkenankan proklamasi darurat bagi kawasan Parlimen berkenaan.

Beliau berkata, pengalaman selepas PRN Sabah amat membimbangkan apabila merekodkan peningkatan mendadak sebanyak 148.4 peratus kes hanya selepas dua minggu daripada tarikh pembuangan undi.

“Keputusan Yang di-Pertuan Agong pastinya melegakan banyak pihak yang semestinya ‘perlu’ terbabit dengan PRK Batu Sapi, sekiranya proses itu diteruskan.

“Ini kerana suatu pilihan raya bukan sahaja membabitkan jumlah pengundi, bahkan jentera besar meliputi petugas SPR (Suruhanjaya Pilhan Raya), pekerja parti yang bertanding di lapangan termasuklah pemimpin parti yang akan berkempen buat calon masing-masing,” katanya.

Jelasnya, keputusan Yang di-Pertuan Agong itu adalah satu perkara yang mungkin menjadi pengalaman baharu bagi rakyat Malaysia, yakni proklamasi darurat kali pertama dibuat bukan untuk menghadapi suasana tegang seperti ancaman komunis atau rusuhan kaum.

Sebaliknya, katanya, proklamasi darurat kali ini bersifat pencegahan bagi mengelak ancaman besar kepada kesihatan rakyat.

“Bayangkan jika PRK diadakan di Batu Sapi, seramai 32,962 orang pengundi berdaftar. Jika kesan PRN Sabah membina sejumlah kluster hinggakan mencatatkan angka seperti dilaporkan, adalah tidak wajar risiko diambil untuk meneruskan PRK Parlimen Batu Sapi.

“Rakyat pastinya tidak perlu panik kerana sebab diisytiharkan darurat kali ini ialah bersifat suatu pencegahan terhadap ancaman penularan wabak COVID-19.

“Proklamasi darurat meskipun hanya terhad dalam kawasan Parlimen berkenaan, pastinya membuka satu perspektif baharu buat rakyat Malaysia tentang darurat,” katanya.Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Kenapa DAP dimusuhi oleh PasUmno..?

Kenapa DAP dimusuhi oleh PasUmno..? Sesuatu perlu dilakukan untuk menutup sesuatu kelemahan..

Maksudnya..? orang melayu mesti dihasut dan ditakutkan dengan sesuatu perkara yg sensitif..

Perkara apa? Islam terancam, hak melayu ingin dihapuskan.

Kerana apa? Menarik sokongan mereka utk kembali menyokong umno..

Kenapa begitu? Kerana berpuluh tahun umno memerintah mereka menjarah, menyamun, menjual tanah rizab melayu, wang negara, aset negara, saham bumiputra, rasuah dan sebagainya.

Maka? Kambing hitam perlu dicipta untuk menutup kesalahan ini.

Maksudnya? Rakyat perlu ditutup mata dari membicarakan soal ini.. Gantikan mereka dengan isu baharu ketakutan terhadap DAP.

Adakah DAP benar2 lawan islam? Tidak.. Kalau lawan boleh didakwa di mahkamah menghina islam. Negara ada undang2 buat penghina islam..

Adakah DAP menolak hudud? Mca, Gerakan, PBS, malah Umno sendiri pun menolak.. Bukan Dap saja..

Dap keras tentangannya? Parti Gerakan membawa hudud ke mahkamah., pemimpin MCA mengadakan demo mengangkat sepanduk beramai2 menentang hudud.. DAP menentang kerana ianya bertentangan dengan perlembagaan negara.. Parti mana yg lebih keras tentangannya?

DAP menghina nabi? Berapa orang sudah pemimpin DAP yg didakwa menghina nabi?

Dalam FB ramai cina yg hina nabi?.. Pemimpin DAP ke tu.. Kalau orang melayu sokong PAS tapi dia mencuri salah PAS juga ke..

Adakah DAP berlawan dgn UMNO dan PAS…? Tidak….DAP hanya bertanding di kerusi yg di tandingi oleh MCA, MIC dan Gerakan.

Kalau DAP kalah….siapakah yg menang..? Sudah tentulah MCA, MIC  ataupun Gerakan yg MENANG.

Dgn kemenanga MCA MIC atau Gerakan…adakah menambahkan kerusi Melayu….?? Sudah pasti tidak.

Habis tu….apa yg PASUMNO dengki sgt…???

Jawapannya…..UMNO terutamanya tak boleh hidup tanpa KUASA….tiada kuasa mereka gelisah… Sumber kekayaan mereka terjejas..

PAS…? PA$ hanya barua UMNO aje… Tukang pacak bendera.

Selepas walaun baca ni 👆🏻👆🏻👆🏻👆🏻ini semua, pasti tak faham2 juga, yg pasti melenting macam kena sawan tuduh penulis drpd kebatilan dan fakta..modalnya BaruaDapig dan dgn pelbagai jenama ‘natang’ ajaran Lobai pen jual agama…!!
Seirra Bravo Alfa