Pas akan sentiasa ada dalil untuk pertahan ‘kebatilan’ PN – Faiz Fadzil

Pas akan sentiasa ada dalil untuk pertahan ‘kebatilan’ PN – Faiz Fadzil

Adun Permatang Pasir, Faiz Fadzil membidas Presiden PAS, Abdul Hadi Awang kerana mempertahankan pengisytiharan darurat dengan menyifatkannya selaras politik Islam.

Faiz berkata dia tidak terkejut kerana PAS memiliki banyak ‘dalil’ untuk menghalalkan apa sahaja ‘kebatilan’ yang dilakukan kerajaan Perikatan Nasional (PN).

“Kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa proklamasi darurat selaras dengan politik Islam bukanlah sesuatu yang memeranjatkan memandangkan PAS mempunyai banyak dalil untuk menghalalkan apa sahaja kebatilan kerajaan Perikatan Nasional (PN),”kata Adun Amanah itu dalam satu kenyataan.

Semalam, Abdul Hadi berkata pengisytiharan darurat bagi menyekat penularan wabak Covid-19 adalah berlandaskan konsep Siyasah Syar’iyyah (politik Islam).

Kata Hadi, beberapa negara juga telah mengisytiharkan darurat kesihatan, sama ada dilaksanakan di seluruh negara atau kawasan yang terhad.

Bagaimanapun menurut Faiz, nasihat Muhyiddin agar darurat diisytiharkan menimbulkan banyak tanda tanya, memandangkan perintah kawalan pergerakan (PKP) atau PKP bersyarat (PKPB) memadai bagi meratakan lengkung jangkitan Covid-19.

“Ironinya, pentadbiran kerajaan termasuk eksekutif dan kehakiman serta industri dan perniagaan dibenarkan beroperasi seperti biasa kecuali parlimen,” kata anak kepada bekas presiden PAS, Fadzil Noor itu.

Tambahnya, apabila parlimen digantung, fungsi utama badan legislatif itu untuk melakukan semak imbang terhadap polisi kerajaan juga tidak dapat dilaksanakan.

“Justeru, penggantungan parlimen telah menyekat ahli parlimen untuk berbahas dan berdebat atas sesuatu isu berkepentingan awam dan negara.

“Oleh itu, darurat yang dipertahankan oleh PAS ini tidak selaras dengan konsep dan politik Islam yang sebenar,” katanya.-Malaysiakini

https://mhdaily.net/pas-akan-sentiasa-ada-dalil-untuk-pertahan-kebatilan-pn-faiz-fadzil/

Muhammad Faiz Fadzil melancarkan Pusat Aduan Integriti – LKIM

LKIM lancar Pusat Aduan Integriti  usaha kekang rasuah, salahguna kuasa

Muhammad Faiz Fadzil (tengah) ketika melancarkan Pusat Aduan Integriti sambil diiringi Ketua Pengarah LKIM Jamaluddin Othman dan Ketua Unit Integriti Wan Nor Azlina Wan Nordin.

Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) hari ini melancarkan Pusat Aduan Integriti agensi itu yang boleh dimanfaatkan kepada 1600 kakitangannya seluruh negara dan orang awam bagi mengekang isu rasuah dan salahguna kuasa di bawah agensi berkenaan.

Pengerusinya Muhammad Faiz Fadzil berkata, semua warga kerja LKIM seharusnya memenuhi visi dan misi agensi itu dan tidak seharusnya dicemari dengan unsur rasuah, penyelewengan, salahlaku atau salahguna kuasa.

Katanya sekiranya ia berlaku maka tidak tercapai hasrat kerajaan dalam konteks membina imej agensi itu dan memenuhi agenda kerajaan dalam memrealisasikan Wawasan Kemakmuaran Bersama 2030.

“Prinsip asas perlu selari dengan kehendak agama yang meletakkan integriti sebagai nilai utama dalam sebuah pentadbiran.

“Agama Islam juga menolak amalan salahguna kuasa, salahlakum, rasuah dan termasuklah membuat tuntutan palsu,” ujarnya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Pusat Aduan Integriti sempena Sambutan Hari Integriti LKIM 2019 yang bertemakan ‘Integriti Asas Kecemerlangan Organisasi di Wisma LKIM, Puchong, Selangor hari ini.

Malah dalam ucapannya Muhammad Faiz turut menekan kedudukan neegara yang masih jauh ketinggalan dalam Indeks Persepsi Rasuah pada tahun 2018 apabila Malaysia berada di tangga ke 61 daripada 180 buah negara dunia.

“Hakikatnya, persepsi rasuah Malaysia masih berada jauh dibelakang negara-negara maju yang lain seperti Denmark, New Zealand, Finland mahupun negara jiran kita iaitu Singapura.

“Oleh kerana itulah sejak akhir-akhir ini, kita dapat menyaksikan di media massa, komitmen dan kesungguhan kerajaan dalam mengambil langkah dan tindakan tegas untuk mencegah dan memerangi perlakuan rasuah, penyelewengan serta penyalahgunaan kuasa di kalangan penjawat awam akan menjadi agenda utama.

“Empat negara ini ditadbir oleh bukan Islam sedangkan negara ini tidak pernah mengikuti ajaran Al-Quran dan Hadis dalam menguruskan pentadbiran negara mereka.

“Tetapi mereka letakkan tahap integriti begitu tinggi, sebagaimana yang dikhendaki oleh agama Islam itu sendiri, sehingga mereka mampu tadbir negara mereka dengan maju, makmur dan kesejahteraan rakyatnya.

” Kita boleh lihat bagaimana pendidikan yang maju dan kehidupan pendapatan rakyat yang sejahtera di New Zealand dan Denmark. Ini perkara yang perlu kita nilai,” ujarnya.

Turut hadir dalam majlis sama Ketua Pengarah LKIM Jamaludin Othman; Timbalan Ketua Pengara Raja Kamarul Raja Ariffin dan: Ketua Unit Integriti Wan Nor Azlina Wan Nordin.

Dalam majlis sama turut diadakan ialah penyerahan poster Aduan Integriti kepada semua ketua-ketua jabatan dan Pengarah Negeri.

Muhammaf Faiz ketika sidang media diadakan, tidak menolak agensi itu turut berhadapan dengan masalah salahlaku dan salahguna kuasa membabitkan pegawainya.

“Kes salahlaku dan salahguna kuasa ini berlaku ketika dalam pentadbiran terdahulu yang dikesan oleh unit integriti LKIM.

“Setakat ini kita tidak kenalpasti terdapat perlakuan rasuah, sekiranya berlaku kita akan serah kepada SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia)

“Melalui Aduan Integriti yang diwujudkan ini warga kerja LKIM dan orang awam boleh berhubung dengan LKIM melalui email, telefon atau ke laman sesawang agensi itu,” ujarnya.

Sebagai rekod LKIM pada 10 Januari 2019 turut melancarkan CAP (Cekap, Amanah, Peduli) yang bertujuan untuk meningkatkan mutu perkhidmatan warga kerja LKIM.

Selain itu turut menyuburkan semula slogan slogan “Kepimpinan Melalui teladan” yang perlu kembali diterapkan dalam perlakuan dan tindak tanduk pegawai-pegawai kanan LKIM.

Manakala Unit Integriti di LKIM juga berperanan sebagai mekanisme kawalan dalaman untuk memastikan pengurusan pentadbiran di LKIM bebas daripada perlakuan rasuah, salah guna kuasa, salahlaku, penyelewengan serta usaha memperkukuhkan dan membudayakan integriti di kalangan warga LKIM.

SELEPAS PELANCARAN HENDAK DIADAKAN PEMANTAUAN BERTERUSAN AGAR SENTIASA AKTIF, JANGAN HANYA PANDAI MELANCAR PROGRAM TETAPI TIDAK ADA HASIL SELEPAS PELANCARAN.
Berita penuh https://malaysiadateline.com/lkim-lancar-pusat-aduan-integriti-usaha-kekang-rasuah-salahguna-kuasa/?fbclid=IwAR2mUVh2mc3Mme1RS_s5wVAO9L5F1otDL-5IPpSvDGXLRZ3tUChmskGovqY

 

TUMPU PERKUKUH EKONOMI MALAYSIA BUKAN SEMARAKKAN API PERKAUMAN

Image may contain: Faiz Fadzil, smiling, text

*TUMPU PERKUKUH EKONOMI MALAYSIA BUKAN SEMARAKKAN API PERKAUMAN*

1. Kedudukan ekonomi Malaysia pada suku kedua (April-Jun) 2019 (2Q19) telah menyaksikan pertumbuhan paling kukuh dalam tempoh lima suku tahun, malah telah melebihi jangkaan konsensus pakar-pakar ekonomi. Syabas diucapkan kepada Kerajaan Pakatan Harapan atas kejayaan ini sungguhpun ekonomi negara masih dihimpit impak perang dagangan Amerika-China, pertumbuhan ekonomi dunia yang semakin perlahan dan ketidakstabilan geopolitik global.

2. Nilai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia telah meningkat sebanyak 4.9% pada 2Q19, iaitu melebihi kadar 4.5% pada suku pertama 2019 dan suku kedua 2018. Pertumbuhan ini telah disokong oleh prestasi baik semua sektor ekonomi, perbelanjaan isirumah yang lebih tinggi dan peningkatan kadar pertumbuhan pelaburan swasta.

3. Apa yang lebih mengagumkan adalah kadar pertumbuhan ekonomi negara telah meningkat pada ketika beberapa negara lain di rantau ini mengalami pertumbuhan yang semakin perlahan. Ekonomi terbesar Asia Tenggara, Indonesia, telah mencatatkan pertumbuhan 5.05% pada 2Q19 iaitu kadar paling rendah dalam 2 tahun. Singapura pula hanya berkembang 0.1% pada 2Q19 iaitu kadar terendah dalam satu dekad. Manakala, ekonomi Filipina telah meningkat 5.5% di mana kadar ini adalah terendah dalam 4 tahun.

4. Usaha kerajaan Pakatan Harapan mengurangkan beban hutang negara juga sedang membuahkan hasil di mana kadar hutang dan liabiliti Malaysia berbanding KDNK telah jatuh kepada 75.4% pada tahun 2018. Pada tahun 2017, kadar ini adalah lebih tinggi iaitu 79.3%. Penubuhan Jawatankuasa Pengurusan Hutang pada awal tahun ini akan memainkan peranan penting untuk terus mengurangkan kadar hutang berbanding KDNK supaya generasi muda tidak terbeban dengan hutang negara. Projek-projek mega yang diteruskan dengan kos yang lebih rendah termasuk ECRL, LRT 3 dan Bandar Malaysia pula mampu memangkin ekonomi negara yang mewujudkan ‘multiplier effect’ dalam menawarkan peluang pekerjaan dan perniagaan untuk merangsang ekonomi rakyat.

5. Justeru, rakyat Malaysia terutama anak muda diharapkan dapat memberikan tumpuan dan menggembleng tenaga ke arah memperkukuhkan ekonomi negara untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju dan makmur. Usah membazirkan masa dan tenaga dalam isu-isu yang menyentuh sensitiviti kaum dan boleh mencetuskan perbalahan antara rakyat berbilang kaum dan agama. Hak setiap kaum sepertimana yang termaktub dalam Perlembagaan haruslah dihormati. Setiap rakyat negara ini berhak dilayan secara adil tanpa mengira latar belakang agama dan kaum.

6. Adalah ditegaskan kemajuan dan kemakmuran negara hanya boleh dicapai dengan penyatuan rakyat negara ini. Kerajaan digesa untuk bertindak tegas mendaulatkan undang-undang terhadap mereka yang mencetuskan dan menyemarakkan api perkauman supaya usaha kerajaan Pakatan Harapan membina Malaysia bersih tidak terganggu.

*FAIZ FADZIL*
TIMBALAN KETUA PEMUDA AMANAH
Adun Permatang Pasir

23 OGOS 2019

Design a site like this with WordPress.com
Mulakan