Penthouse bernilai RM210 juta di AS dibeli guna duit 1MDB akan dijual

No photo description available.

 

LOS ANGELES: Sebuah penthouse bernilai AS$51 juta (RM210.6 juta) di Walker Tower di Manhattan, Amerika Syarikat (AS), yang didakwa dibeli menggunakan dana daripada 1Malaysia Development Bhd (1MDB), akan dijual.

Pihak pendakwa dan peguam AS yang mewakili dana amanah yang memiliki harta itu pada Selasa meminta hakim persekutuan di Los Angeles yang mengendalikan tuntutan saman lucut hak sivil itu untuk membenarkan menjualnya.

Jabatan Kehakiman mendakwa, penthouse itu dibeli pada tahun 2014 oleh Khadem Abdulla al Qubaisi, bekas Pengarah Urusan International Petroleum Investment Co, syarikat minyak milik kerajaan Abu Dhabi

Al Qubaisi baru-baru ini dijatuhi hukuman penjara 15 tahun di Abu Dhabi, menurut laporan Wall Street Journal.

Beliau dan rakan sejenayahnya turut diperintahkan membayar AS$336 juta, kata laporan akhbar kewangan itu.

Al Qubaisi, yang juga bekas Pengerusi Hakkasan Group, pengendali restoran dan kelab malam, menerima AS$473 juta yang dicuri daripada 1MDB pada 2012, menurut Jabatan Kehakiman.

Beliau dibantu oleh Low Taek Jho, atau lebih dikenali sebagai Jho Low, yang didakwa sebagai dalang skim jenayah mencuri berbilion ringgit daripada dana 1MDB.

Selain penthouse di Manhattan itu, al Qubaisi juga dikatakan telah membeli sebuah rumah bernilai AS$31 juta di Beverly Hills, California, dengan wang 1MDB. – Bloomberg

 

JADILAH WARTAWAN YANG BERINTEGRITI DAN SAMA-SAMA MEMAJUKAN NEGARA, JANGANLAH JADI WARTAWAN MERUNTUHKAN NEGARA DENGAN MEDIA YANG ANDA GUNAKAN.

Sebuah Penthouse berharga AS$51 juta(RM251 juta) di Manhattan yang didakwa dibeli menggunakan dana 1Malaysia Development Bhd(IMDB) akan dijual lapor Bloomberg.

Menurrut Jabatan Kehakiman(DOJ) Amerika Syarikat,hartanah yang terletak di Walker Tower itu dibeli oleh Khadem Abdullah Al-Qubaisi pada tahun 2014.