Anwar saman Muhyiddin RM2juta kerana guna Agong untuk kepentingan politik

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim memfailkan permohonan saman RM2juta kepada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin di Mahkamah Tinggi untuk kebenaran bagi memulakan semakan kehakiman berhubung peranan perdana menteri dalam pengisytiharan darurat dan penggantungan Parlimen.

Menurut peguamnya Ramkarpal Singh, semakan kehakiman difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam adalah untuk mencabar nasihat Perdana Menteri Muhyiddin Yassin kepada Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah.

“Perlu ditekankan di sini bahawa apa yang dicabar dalam permohonan tersebut bukannya pengisytiharan darurat, tetapi keputusan perdana menteri melalui Jemaah Menteri untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk meluluskan kaedah 14 Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 yang menggantung persidangan Parlimen dalam tempoh darurat tersebut,” kata Ramkarpal dalam kenyataan.

Darurat digunakan Muhyiddin sebagai alasan untuk mengekalkan jawatan Perdana Menteri dengan menggantung Persidangan Parlimen dalam tempoh darurat tersebut.

Anwar berharap tarikh pendengaran permohonan dapat ditetapkan secepat mungkin supaya Darurat dapat dihentikan dan Persidangan Parlimen dijalankan seperti biasa.

Terdahulu, bekas ahli Umno dan PPBM Khairuddin Abu Hassan memfailkan saman terhadap Muhyiddin dengan mendakwa beliau tidak mempunyai keabsahan untuk menasihati Agong mengisytiharkan darurat.

Hal ini kerana Muhyiddin sudah kehilangan majoriti kerusi yang menyokong beliau sebagai Perdana Menteri.

Pada 12 Jan yang lalu, Agong memberi perkenan darurat dilaksanakan hingga 1 Ogos atau hingga tarikh yang lebih awal jika angka kes Covid-19 harian dapat dikawal dan diturunkan dengan berkesan.

Darurat yang dijalankan telah menggantung sesi Parlimen dan membangkitkan kemarahan ahli politik parti pembangkang kerana ia diumumkan sejurus selepas beberapa Ahli Parlimen menyuarakan keputusan tidak menyokong Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Antara Ahli Parlimen yang menarik semula sokongan kepada Muhyiddin ialah Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Nazri Aziz.

Kempen utus warkah ke Istana bukti usaha mulia Anwar bagi menghidupkan roh demokrasi di bumi Malaysia.

Kempen dilancarkan Anwar Ibrahim agar anggota Parlimen mengutuskan warkah kepada Yang di-Pertuan Agong memohon pengisytiharan darurat dibatalkan mesti disambut baik di kalangan pengamal undang-undang, mengatakan ia menunjukkan presiden PKR itu mengambil berat Perlembagaan Persekutuan.

Anwar yang juga pengerusi Pakatan Harapan (PH) yang dianggotai tiga parti berkata hari ini, beliau bersedia untuk menyediakan deraf surat bagi ahli Parlimen apabila mereka menulis ke Istana.

Beliau memberitahu ahli-ahli Parlimen, langkah Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengisytiharkan darurat Covid-19 adalah tidak sah dan menambah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sudah mencukupi untuk memerangi pandemik yang menjejaskan ribuan orang setiap hari dan sudah meragut lebih 578 nyawa.

Anwar berkata, Agong harus menarik balik pengisytiharan darurat dan seterusnya menitahkan agar sidang Parlimen diadakan hujung bulan ini dan menambah ahli-ahli Parlimen harus menghantar warkah mereka hari ini.

Katanya, pengisytiharan atau pembatalan darurat dilakukan Agong berdasarkan nasihat Kabinet seperti yang termaktub dalam Artikel 40 (1) Perlembagaan Persekutuan.

Katanya, kuasa Agong untuk bertindak mengikut budi bicara dijelaskan dalam Artikel 40 (2).

“Tetapi mengisytiharkan atau membatalkan darurat tidak termasuk dalam perkara 40 (2),” kata seorang peguam Perlembagaan kepada MalaysiaNow, dengan syarat tidak dinamakan kerana tidak mahu diheret dalam “politiking” di media sosial.

“Pendek kata, Agong tidak mempunyai kuasa Perlembagaan untuk membatalkan darurat seperti didesak Anwar,” katanya.

PKP dan darurat diumumkan minggu ini selepas peningkatan berterusan jangkitan wabak Covid-19 ketika pihak berkuasa kesihatan memberi amaran sistem kesihatan negara hampir lumpuh.

Muhyiddin memberikan jaminan darurat tidak akan menyebabkan pemerintahan tentera tetapi hanya menggantung Parlimen untuk menghalang ancaman pilihan raya mengejut yang dikatakan pakar bakal menggagalkan usaha mengekang pandemik.

Seorang lagi peguam Perlembagaan memberitahu MalaysiaNow kempen Anwar untuk membatalkan darurat adalah seperti memaksa Agong bertindak di luar kuasa dan tanggungjawab dalam sistem Raja Berperlembagaan.

“Menyiarkan surat itu sebagai kenyataan media juga meletakkan Istana sebagai pelindung utama keluhuran perlembagaan dalam negara , dengan harapan pertengkaran politik diantara parti-parti yang bertelingkah dalam negara dapat diselesaikan dengan segera ”.

“Agong yang memiliki kuasa istimewa seharusnya bertindak memulihkan keadaan politik negara, agar ekonomi negara segera pulih dan rakyat terselamat daripada politik yang mementing kepentingan peribadi dan parti” katanya.

Rakyat amat memerlukan perlantikan PM Interim bagi memulihkan kepercayaan rakyat serta pelabur luar negara.

Anwar Ibrahim ulas isu moratorium, KWSP dan peruntukan besar kepada JASA

Anwar ulas isu moratorium, KWSP dan peruntukan besar kepada JASA

Mengulas mengenai Belanjawan 2021, Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim berkata ada keperluan untuk membahaskan beberapa unjuran yang menurutnya “membimbangkan”, antaranya unjuran cukai korporat yang hanya berkurang sebanyak RM4 bilion.
Berdasarkan Tinjauan Fiskal dan Anggaran Hasil Kerajaan Persekutuan 2021 oleh Kementerian Kewangan, unjuran cukai korporat bagi 2021 adalah RM59.4 bilion berbanding RM63.7 bilion pada 2019.

“Itu sukar diterima kerana perniagaan banyak yang hampir bangkrap atau kerugian atau (hanya mendapat) keuntungan kecil, melainkan (syarikat seperti) Top Glove, ada satu dua (seumpanya).
“Dalam mengira unjuran, ini membimbangkan. Perlu ada sikap yang lebih telus, yang menyatakan fakta kerana ia akan mempengaruhi dasar kita,” katanya lagi.

Anwar turut membandingkan peruntukan kepada Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) – yang membabitkan peruntukan sebanyak RM85.5 juta – dengan peruntukan kepada beberapa golongan seperti orang kurang upaya (OKU) yang menurutnya, mendapat peruntukan yang kecil.

“Oleh itu, dalam perbahasan kita, saya akan mulakan Isnin, saya akan tunjukkan angka-angka ini, kerana bila kita lihat, baru kita tahu.
“Kalau tidak, rakyat hanya lihat, ‘saya dapat RM500, RM300’, tapi kita kena lihat keseluruhannya bagaimana,” tambahnya.
Menurut Anwar, pemberian bantuan tunai kepada golongan memerlukan adalah baik tetapi bukanlah jawapan untuk pemulihan ekonomi.
“Tetapi (apa yang diperlukan adalah) satu rangka yang teratur (untuk memulihkan ekonomi),” katanya.

Ketiadaan moratorium bayaran balik menyeluruh kepada semua peminjam serta ketiadaan kebenaran menyeluruh untuk semua pencarum mengeluarkan wang KWSP, turut disentuh Anwar.
“Saya ingat menteri kewangan ini lebih memihak kepada kepentingan bank, bukan kepentingan peminjam dan ekonomi,” katanya mengulas soal moratorium menyeluruh.
“Keduanya soal pinjaman KWSP, walaupun ada hujah (untuk) mempertahankan kepentingan masa depan (pencarum), tetapi bila orang itu dalam keadaan sesak pada masa sekarang, maka sejumlah pinjaman itu harus diperluaskan, tidak hanya kepada satu kategori kecil,” katanya. 
-MalaysiaKini

https://www.tuncarlos.com/2020/11/anwar-ulas-isu-moratorium-kwsp-dan.html

Najib cuba kumpul SD sokongan MP BN terhadap Anwar?

Najib cuba kumpul SD sokongan MP BN terhadap Anwar?

Najib cuba kumpul SD sokongan MP BN terhadap Anwar?

Aiman Hanif

BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dikatakan masih berusaha mendapatkan akuan bersumpah (SD) Ahli Parlimen BN, bagi menyokong Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri.

Menurut sumber, minggu lalu satu pertemuan antara Najib dengan pemimpin BN diadakan di sebuah hotel di ibu kota.

“Najib masih berusaha mendapatkan SD Ahli Parlimen BN bagi menyokong Anwar sebagai Perdana Menteri menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Satu pertemuan berlangsung di sebuah hotel di Kampung Baru, minggu lalu.

“Pada pertemuan itu pihak Bossku menempah tempat untuk 23 orang, namun yang hadir sekitar sembilan orang saja,” katanya kepada Malaysiapost.

Sembilan Ahli Parlimen BN yang hadir pada pertemuan itu antaranya, Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Nazri Aziz dan Datuk Seri Shahidan Kassim.

Sebelum ini, nama Najib dan Ahmad Zahid terkait dengan surat sokongan yang diserahkan kepada Istana Negara bagi menyokong Anwar sebagai Perdana Menteri.

Bagaimanapun perkara itu dinafikan oleh jurucakap Umno, dan mendakwa surat berkenaan adalah palsu.

Namun, tiada sebarang penafian rasmi dikeluarkan Najib berhubung surat berkenaan yang mengaitkan namanya.

Dalam pada itu sumber mendakwa, usaha Najib untuk mengumpul SD sokong tidak berhasil apabila jumlah Ahli Parlimen BN yang hadir tidak seperti diharapkan.

“Saya difahamkan usaha untuk mendapatkan SD itu tidak berjaya memandangkan sembilan orang saja Ahli Parlimen BN yang hadir,” katanya lagi.

Malaysiapost sedang berusaha mendapatkan respon Ahli Parlimen BN yang didakwa hadir ke pertemuan itu untuk komen lanjut.- Malaysiapost

Belanjawan 2021: PN menipu angka sembunyi defisit

Belanjawan 2021: PN menipu angka sembunyi defisit

Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim kesal kerana Menteri Kewangan Tengku Dato’ Seri Zafrul tidak langsung menyebut atau mengangkat enam syor dari PAKATAN HARAPAN semasa pembentangan Belanjawan 2021.

Beliau sangsi tentang kejujuran dan niat kerajaan dan kementerian sama ada benar-benar serius mahu bermuafakat untuk membendung wabak COVID-19.

“Belum tentu belanjawan itu akan diluluskan dengan mudah dan mahu Menteri Kewangan menilai semula Belanjawan berkenaan,” katanya.

Dalam perbahasan tersebut beliau mempersoal bagaimana Kementerian Kewangan dapat meramalkan pertumbuhan KDNK sebanyak 8.6-9.6% bagi tahun 2021 dan pertambahan hasil yang tinggi, sedangkan unjuran pertumbuhan yang rendah telah dibuat oleh badan-badan antarabangsa seperti World Bank dan IMF, dan juga Bank Negara sendiri.

Justeru dari mana angka ini diperolehi oleh Kementerian Kewangan? Atas pertimbangan apa? soalnya.

Anwar turut mempersoalkan unjuran yang tidak munasabah melibatkan cukai korporat dan cukai individu. Tindakan Kementerian untuk menggunakan dana dari Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP) sebanyak RM10 bilion bagi tahun 2020 dan 2021 adalah tidak wajar bagi mengelabui angka sebenar hasil negara.

Beliau mempertikai bagaimana pendapatan negara boleh meningkat setelah melihat penguncupan yang berlaku. Pendapatan cukai korporat dalam unjuran Kementerian Kewangan tidak munasabah.

Kerajaan juga dilaporkan akan menerima hasil bukan cukai  bernilai sebanyak RM14.046 bilion. Apakah ini melibatkan aset negara? Atau ia akan dijual kepada kroni? Apakah ia akan dijalankan dengan secara tender terbuka dan jangan ada penipuan.

Katanya belanjawan kali ini ditekan sebagai ‘Belanjawan COVID-19’. Namun angka dan unjuran pendapatan menimbulkan pelbagai persoalan serta keraguan. Jumlah perbelanjaan tidak menunjukkan tekad yang serius bagi menangani pandemik ini.

Ketua pembangkang itu melihat terjadi penipuan angka untuk menyembunyikan defisit.

Dalam ucapanya Anwar mengingatkan kerajaan untuk mengkaji semula belanjawan ini. Pihaknya akan hanya menyokong jika benar kerajaan serius menangani dampak wabak COVID-19.

Akhirnya Anwar berkata Belanjawan 2021 terlalu banyak persoalan. Ia tidak boleh diterima.

Justeru, tegas Pengerusi PAKATAN HARAPAN itu, pihaknya hanya akan menyokong belanjawan COVID-19, bukan yang lain.

Makluman: Artikel ini tidak semestinya menggambarkan pendirian rasmi JOMChannel.Net

Petronas Dalam Keadaan Darurat

Petronas rugi pun kena bagi RM34 bilion?

Bila Petronas yang rugi 21 Billion terpaksa bagi Kerajaan RM 34 Billion.. katanya bayar pulak dalam tahun ini.. Jadi fahamkan kenapa perlunya Dharurat..sebab senanglah boleh guna dana rakyat sesuka hati.. Tu sebab Takiyyudin kata tak perlu ubah perlembagaan..lebih baik buat Dharurat..

Kebetulan pulak bila Menteri Kayangan Bankers dulu kata dari RM 45 Billion suntikan Fiskal..35 Billion kita terpaksa pinjam.. Pinjaman akan dibuat dari sumber dalaman.. Kecuali China..bila Petronas sumbang RM 34 Billion.. kita faham faham lah…

Dulu awal depa tubuh Kerajaan Tebuk atap.. apa depa kata..Kita ada banyak sumber.. tak perlu pinjaman luar..ye lah..Negara luar mana nak bagi Malaysia pinjam kalau ada PM hanya pandai berlakon depan TV, ada Menteri macam Takiri..

zaman PH, Kerajaan Jepun boleh bagi dan terbitkan RM 10 Billion Bon Samurai.. itu pun depa tawarkan lagi.. faedah jauh lebih rendah dari pinjaman dari China.. Itu lah tanda Kerajaan dulu ada keyakinan kerajaan luar…

Awal dulu depa kata.. Sumber dalaman, rezab Simpanan Negara ada lebih 1 Trillion.. Masa tu walaun PAS dan UMNO pun bersorak.. depa jerit.. Tun Mahathir pembohong..Lim Guan Eng pembohong kata Negara akan Bankrap… kata Hutang Rm 1 triliion..banyak jer duit Negara..

Korang tahu ker apa makna rezab Simpanan Negara tu ? Tu termasuklah simpanan korang lah.. Duit ASB, Duit tabung Haji.. Duit KWSP..Duit KWAP.. hatta rezab Petronas.. tu lah termasuk dalam rezab Simpanan Negara.. tu duit korang.. bukan duit Kerajaan.. korang sampai merayu merayu sekarang nak kan RM 10 ribu simpanan korang dalam KWSP..

Jadi seronok ke kena tipu..dulu tak renti reni hat berkopiah..bepurdah dok zikir kena kencing.. takda akhlak langsung..

Jadi fahamkan kena penting nya Dharurat tu.. Lepas Petronas sumban RM 34 Billion.. tak tau giliran rezab dan duit sapa pulak kan.. jangan risau..Negara ni banyak rezab simpanan..tahu lah abah nak cekau..

Berita penuh :http://suarapakatandaily.com/archives/30449

Anwar diperlukan pulih ekonomi, tarik pelaburan asing – Abdullah Sani

Anwar diperlukan pulih ekonomi, tarik pelaburan asing – Abdullah Sani

Kajian agensi penyelidikan Nusantara Academy For Strategic Research (NASR) bahawa 89% responden mahukan Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim diangkat sebagai Pedana Menteri (PM) Malaysia ke 9 memperlihatkan harapan rakyat yang mahu ekonomi negara segera dipulihkan.

Menurut Ahli Parlimen Kapar, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid, kajian yang turut menunjukkan 72% mahukan Pakatan Harapan kembali memerintah itu juga menunjukkan mandat rakyat pada Pilihan Raya Umum (PRU) 14 lalu perlu dikembalikan segara kepada pemerintah yang berhak.

“Ini melihatkan kepercayaan dan harapan rakyat memilih kita pada PRU 14 lalu. Mengesahkan bahawa Datuk Seri Anwar diperlukan untuk memimpin negara.

“Apabila berlakunya kemelut Covid 19, ekonomi merudum dan dipercayai RM100 bilion wang hasil tidak berjaya dikutip, hanya 61% daripada 200 bilion, maka kita memerlukan kepimpinan Datuk Seri Anwar kerana kecemerlangan beliau memimpin kewangan pada 1993 hingga 1998.

“Rakyat melihat Datuk Seri Anwar orang yang berkemampuan untuk menerajui kerajaan dalam proses kita membina semula negara.

“Saya beranggapan rakyat sudah sedar dengan apa yang berlaku hari ini. Manakala kepincangan 22 bulan yang lalu (era Tun Mahathir) bukan disebabkan oleh Datuk Seri Anwar tetapi PMnya orang lain dan tidak menghayati reformasi yang mahu dilakukan.

“Kita tidak boleh meletakkan hukuman orang ini layak atau tidak layak sehingga kita mendapat kepastian daripada kecemerlangan rekod yang telah beliau pamerkan kepada negara dan dunia,” katanya menjawab soalan moderator Mustaffa Kamil Ayub lewat hasil kajian NASR dalam forum anjuran Gabungan Reformis Malaysia baru-baru ini.

Menurut Abdullah lagi, beliau tidak melihat tokoh politik lain yang setanding Anwar dari segi karisma mahu pun kebolehan dalam ekonomi yang layak memimpin Malaysia keluar daripada keruntuhan akibat pandemik Covid 19.

Katanya, hanya Anwar yang mampu menarik pelaburan asing dan meningkatkan hasil negara setelah Keluaran Dalam Negara Kasar merosot -17% dan terburuk di Asia pada suku kedua 2020 lalu.

“Waktu ini kita tidak boleh berkisar dalam negara, kita kena pastikan percukaian datang dari pelaburan luar (FDI). Ini yang saya lihat kemampuan Datuk Seri Anwar. Ia (pertukaran kepimpinan) memang mendesak untuk diberi peluang sebagai PM 9. Tidak boleh dinafikan (keunggulan Anwar), saya tidak nampak sosok tubuh yang lain,” katanya lagi.

Baru-baru ini NASR menerbitkan dapatan kaji selidik secara atas talian pada 27 Oktober – 3 November 2020 melibatkan 1,158 responden yang majoritinya bersetuju bahawa Anwar perlu diangkat sebagai PM ke 9 dan PH wajar kembali memimpin Kerajaan Persekutuan

Berita Penuh :http://suarapakatandaily.com/archives/30472

HANYA ANWAR IBRAHIM PILIHAN PELABUR ANTARABANGSA – IN SYA ALLAH.

Muhd Khusairy

SURAT TERBUKA KEPADA SPEAKER DEWAN RAKYAT !!

SURAT TERBUKA KEPADA SPEAKER DEWAN RAKYAT !!

Wahai Rakyat Malaysia yang prihatin,
AsSalamualaikum dan Salaam Sejahtera :

Kepada
Datuk Azhar Azizan @ Art Harun
Yang Dipertua (Speaker) Dewan Rakyat
Bangunan Parlimen,
Kuala Lumpur.

BERKENAAN MESYUARAT KETIGA BAGI PENGGAL KETIGA PARLIMEN KE-14 TAHUN 2020 DEWAN RAKYAT MULAI 02.11.2020 HINGGA 15.12.2020.

Saya adalah seorang Rakyat Malaysia yang cukup umur dan pengamal undang-undang. Saya juga perlu terlebih dahulu secara beretika mengisytiharkan bahawa saya adalah Kaunsel yang dilantik kesemua Plaintif dalam satu Saman Pemula yang dihasratkan memperolehi pelbagai Perintah Pengisytiharan daripada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, termasuk Pengisytiharan ketidaksahihan pelantikan Datuk sebagai Yang Dipertua (Speaker) Dewan Rakyat pada 13.07.2020, yang masih berada di medan mahkamah, namun kandungan surat ini tiada mempunyai kaitan dan tidak boleh dianggap menjejaskan kandungan pertikaian itu.

  1. Tujuan utama saya menulis surat ini adalah untuk membawa kepada perhatian Datuk Speaker secara khusus, apa yang sudah lama dilaporkan oleh pihak media berhubung kewujudan 27 USUL UNDI TIDAK PERCAYA dan 2 USUL UNDI PERCAYA terhadap TS Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri, seperti yang dilaporkan UTUSAN MALAYSIA 28.10.2020 BERTAJUK “27 usul undi tidak percaya diterima Dewan Rakyat” :

“Jumlah keseluruhan usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjelang persidangan Dewan Rakyat minggu depan adalah sebanyak 27 usul.

Menurut sumber, dua usul undi percaya kepada Muhyiddin juga dikemukakan.

Kata sumber itu, daripada 27 usul yang diperoleh, terdapat dua undi undi tidak percaya daripada dua ahli Parlimen sama dan bertindih yang menjadikan keseluruhan usul diterima adalah 25 usul.

Usul tersebut merujuk kepada Buku Aturan Urusan Mesyuarat yang dikeluarkan Parlimen hari ini dan semua ahli Parlimen mendapat salinan usul tersebut yang menjadi kebiasaan sebelum persidangan Dewan Rakyat bermula.”

(Link Laporan UTUSAN MALAYSIA 28.10.2020 BERTAJUK “27 usul undi tidak percaya diterima Dewan Rakyat” : https://www.utusan.com.my/nasional/2020/10/27-usul-undi-tidak-percaya-diterima-dewan-rakyat/)

  1. Saya juga tidak terlupa dengan pendapat yang diutarakan oleh Datuk Speaker beberapa kali berhubung apa yang Datuk Speaker ANGGAP sebagai kekangan perundangan yang menghalang Datuk Speaker dari membawa naik ke atas Senarai Persidangan Dewan Rakyat akan kesemua USUL UNDI TIDAK PERCAYA dan USUL UNDI PERCAYA berkenaan, atas ANGGAPAN Datuk Speaker bahawa “urusan kerajaan” adalah wajib diberi keutamaan dalam persidangan Dewan Rakyat mengatasi USUL-USUL persendirian yang lain, seperti yang dilaporkan pendapat Datuk Speaker oleh SINAR HARIAN 28.10.2020 bertajuk “Ahli Parlimen kerajaan kemuka usul undi percaya terhadap PM” :

“Kita memang ada terima usul undi percaya terhadap Perdana Menteri. Usul itu datang daripada sebelah kerajaan tetapi kita akan tunggu usul yang lebih penting daripada pihak kementerian untuk dimasukkan dalam aturan mesyuarat,” kata Azhar seperti dilaporkan sebuah media tempatan hari ini.

Di bawah aturan mesyuarat, urusan kerajaan diberi keutamaan untuk dibahaskan di Dewan Rakyat terlebih dahulu.”

(Link Laporan SINAR HARIAN 28.10.2020 bertajuk “Ahli Parlimen kerajaan kemuka usul undi percaya terhadap PM” : https://www.sinarharian.com.my/article/107374/BERITA/Nasional/Ahli-Parlimen-kerajaan-kemuka-usul-undi-percaya-terhadap-PM)

  1. Walhal sebelum daripada Laporan-laporan media itu sekalipun, Datuk Speaker telah dipetik memberi kenyataan akan alasan berkaitan keutamaan wajib diberi kepada urusan kerajaan, seperti yang dilaporkan MALAY MAIL 14.10.2020 bertajuk “Speaker Art Harun says no-confidence motion in Parliament will not be expedited if not from a minister” :

MP Umno zahirkan sokongan kepada Anwar dalam mesyuarat MP BN

Ada antara kalangan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang membangkitkan cadangan agar Datuk Seri Anwar Ibrahim disokong sebagai Perdana Menteri, dedah seorang daripada mereka yang menyertai perjumpaan dengan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada Isnin.

Bagaimanapun, sumber berkenaan berkata, jika ada sebarang perbincangan dengan Pengerusi Pakatan Harapan itu, ia sama sekali tidak boleh melibatkan penyertaan DAP.

Kata sumber itu lagi, UMNO dan BN tetap berpegang pada prinsip “No DAP” jika ingin mencari jalan keluar dari kemelut politik sedang melanda negara ketika ini.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Padang Besar, Datuk Zahidi Zainul Abidin pula memaklumkan kepada wartawan bahawa prinsip “No Anwar, No DAP” yang dipegang selama ini selari dengan keputusan Majlis Tertinggi UMNO sebelum ini.

“Apa yang kita bincang, rata-ratanya bertegas kita tidak akan bekerjasama dengan parti yang terdahulu, itu sahaja keputusan… contohnya pandangan ramai di kalangan Ahli Parlimen BN adalah “No Anwar, NO DAP”.

“Kita akan kekalkan keputusan itu sehingga Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO buat keputusan sebaliknya, maksudnya ubah yang membolehkan keputusan itu diuubah adalah kuasa MKT,” kata Zahidi lagi.

Terdahulu, Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengesahkan antara agenda perbincangan ialah peletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri, susulan titah Yang di-Pertuan Agong semalam berhubung penolakan Pengisytiharan Darurat.

Berita penuh : https://www.astroawani.com/berita-politik/mesyuarat-mp-bn-ada-mp-umno-syor-sokong-anwar-tolak-dap-sumber-265374