Pihak polis tidak akan lagi memberi perkhidmatan pengiring trafik bermotosikal kepada bekas perdana menteri Najib Razak.
Ini menurut surat dari ibu pejabat polis Bukit Aman kepada pegawai khas Najib, Mohd Shahrir Mohd Aripin.
Surat itu dikatakan dikeluarkan oleh jabatan siasatan dan penguatkuasaan trafik, Bukit Aman serta dikongsi di media sosial oleh bekas pegawai Najib, Isham Jalil.
Isham menulis di laman Facebook bahawa perintah itu berkuat kuasa dengan serta-merta dan tiada sebab atau alasan yang diberikan oleh kerajaan.
“Saya telah dimaklumkan bahawa kerajaan Pakatan Harapan (PH) telah mengeluarkan notis 24 jam untuk membatalkan perkhidmatan polis pengiring trafik untuk Najib Razak…
“Sekiranya anda penyokong Najib, mohon berilah laluan kepada kenderaannya untuk memudahkan urusan dan perjalanan beliau dalam berkhidmat untuk rakyat dan berkempen untuk BN untuk menyemak-imbang kerajaan,” tulisnya.
Pada Mei tahun lalu, anggota keselamatan Najib – kebanyakan mereka anggota polis – telah ditarik balik. Bekas perdana menteri lazimnya dibekalkan dengan perkhidmatan pengiring polis dan pengawal keselamatan.
Pada tahun 2016, Mahathir, yang ketika itu berkempen menentang Najib, juga menyaksikan hak istimewa yang diberikan kepadanya ditarik balik.
………………………………………………………
VETERAN IKRAR PERTAHAN TUN M
Persatuan Patriot Kebangsaan menyelar keputusan menarik balik khidmat pengawal peribadi Unit Tindakan Khas (UTK) kepada bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Menyifatkan keputusan itu tidak bertanggungjawab, presidennya Brigadier Jeneral (B) Datuk Mohd Arshad Raji berkata pihaknya berikrar akan terus “mempertahankan dan melindungi” bekas perdana menteri itu.
“Kita tidak boleh jadi patriot kepada bangsa ini jika tidak bersimpati dengan pemimpin negara yang telah berkhidmat kepada rakyat, negara dan Raja-Raja,” katanya dalam satu kenyataan.
Keputusan menarik balik pengawal peribadi Mahathir Rabu lalu adalah langkah terbaru dikenakan terhadap negarawan itu sejak beliau menjadi pengkritik kerajaan dan pengerusi gabungan parti pembangkang.
Sebelum ini, kontrak tukang masak dan pembantu pejabatnya juga ditamatkan, manakala khidmat polis pengiring juga ditarik balik.
Mohd Arshad berkata keputusan itu adalah “amatur, tidak bertanggungjawab, tidak bermaruah serta merendahkan” bekas pemimpin yang telah memimpin negara selama 22 tahun dan membawa banyak kemajuan ekonomi kepada negara.
“Para pemimpin dunia memberi perhatian yang tinggi kepada beliau dan Malaysia pernah mendapat penghormatan semasa kepimpinannya. Semasa kemelesetan global 1998, tindakan Mahathir menyelamatkan ekonomi kita.
“Tidak kira apa pun beliau hari ini, beliau pastinya tidak berhak menerima layanan yang tidak bertanggungjawab seperti itu oleh kerajaan,” kata Mohd Arshad.
Katanya, anggota persatuan bekas tentera itu akan menyalahkan kepimpinan negara sepenuhnya sekiranya sesuatu tidak diingini berlaku kepada Mahathir.
https://web.facebook.com/search/top/?q=penarikan%20pengawal%20peribadi%20tun%20m%20&epa=SEARCH_BOX
https://web.facebook.com/mutalip.namasaya/videos/649518108769845/

Kumpulan bekas perajurit negara hari ini berjanji untuk mempertahankan dan melindungi bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, berikutan penarikan balik pengawal peribadinya
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Presiden Persatuan Patriot Kebangsaan, Brig Jen Mohd Arshad Raji juga menyeru mereka yang memanggil diri mereka sebagai patriot, untuk melakukan perkara yang sama.
Penarikan balik pengawal peribadi Mahathir pada hari Rabu adalah langkah terakhir Putrajaya yang dikenakan ke atas negarawan itu, sejak beliau menjadi pengkritik utama pentadbiran Datuk Seri Najib Razak dan sebelum menjadi pengerusi gabungan parti pembangkang sekarang.
Sebelum ini, kontrak pembantu peribadi dan pembantu pejabat Mahathir juga ditamatkan dan sebelum itu, keistimewaan perkhidmatan pengawal polis juga ditarik balik.
Mohd Arshad berkata keputusan untuk menarik balik pengawal peribadi adalah amatur, tidak bertanggungjawab, tidak bermaruah dan merendahkan diri bekas pemimpin yang memimpin negara selama 22 tahun, dan membawa banyak pencapaian ekonomi dan sosial untuk negara.
Sekiranya sesuatu yang tidak diingini berlaku kepada Mahathir, ahli Persatuan Patriot Kebangsaan akan menyalahkan sepenuhnya kepimpinan negara dan menuntut penyiasatan terhadap kegagalan kerajaan semasa, katanya.