PAS cabar paderi Kristian sertai politik, pilih parti tanding PRU

1 A TERANCAM1 INFO1 Hadi Mohon Bantuan Cina.GENG LAWYER BURUK KELANTAN

BANGI, 1 Syaaban 1439H, Selasa – “Mereka sebenarnya termasuk bala tentera penjajah yang dilatih bagi mengekalkan teori atau ideologi sekularisma yang dianut oleh penjajah itu mengikut kitab Bible yang menjadi rujukan dan pegangan mereka.”

Demikian kata Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika mengulas kandungan dua hebahan rasmi uskup Kristian Rt Rev Bernard Paul dan Bishop’s Circular No: BP/2018/014, yang menggesa penganutnya berdoa supaya Tuhan campur tangan dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) sehingga berlaku perubahan kerajaan.

Antara lain Paul berkata “Dahulu kita telah membebaskan diri kita dari pemerintahan penjajah; sekarang kita sedang bertungkus-lumus untuk membebaskan diri kita dari “kayu-kayu mati” yang menindas, melemahkan semangat, yang berbohong dengan diri mereka, bahawa mereka ‘mendahulukan rakyat”.

Mengulas mengenainya, Abdul Hadi berkata, beliau dapat membaca yang tersirat daripada kenyataan berkenaan iaitu bagi meminggirkan Islam daripada Perlembagaan dan memperkecilkan Raja-Raja yang menjadi ketua agama yang dibandingkan seperti kayu-kayu mati.

“Parti-parti sekular dilindungi oleh gereja yang meneruskan warisan penjajah itu. Menterjemahkan Islam daripada perkataan ‘religion’ bukannya ‘Al-Din’ mengikut bahasa Al-Quran. Malangnya ada kalangan mereka menjadi ahli Zionis (Pertubuhan Yahudi) yang mereka percaya membunuh dan mensalibkan Nabi Isa A.S. Adapun kami umat Islam percaya Nabi Isa tidak disalib, bahkan Isa akan kembali di akhir zaman menyatukan umat Kristian kembali bersama umat Islam.

“Saya tercium betapa DAP mendapat bayangan kalangan mereka itu, menjadikannya sangat galak berjuang merobek Perlembagaan Persekutuan, mendesak supaya merendahkan kedudukan Islam dan melemahkan Institusi Raja-Raja Berperlembagaan secara senyap dan sindiran.

“Mereka bergabung dengan golongan anti hadis dan liberal. Kalangan ahli politik yang mencari jalan pintas bergayut bersama, sama ada kalangan umat Islam yang bebal sepak terajang politik atau yang buta politik, dan juga kalangan bukan Islam,” katanya dalam satu kenyataan malam tadi.

Islam, katanya, meletakkan paderi yang tidak bermusuh terhadap Islam, sebagaimana difirmankan Allah dalam ayat 82 surah Al-Maidah.

Sehubungan itu, Abdul Hadi mencabar supaya mereka itu terjun ke medan politik bersama parti yang dipilihnya tanpa mencabut jubah paderi yang dipakai itu, sebagaimana dilakukan ulama PAS yang berjubah dan berserban.

Beliau berkata, Islam sebenar berjaya membuktikan kerajaan yang bersih, adil dan rahmat, namun sebaliknya apa yang berlaku sekarang bukan model Islam sebenar.

“Walaupun sudah ada undang-undang menentang rasuah dan salah laku tetapi dihilangkan roh Islamnya kerana pemisahan politik daripada agama.

“Mereka terus mempertahankan prinsip dan konsep ideologi penjajah itu, contohnya direalisasikan penentangannya terhadap RUU 355 kerana tujuannya memperkenalkan sedikit hukum Islam yang berbeza dengan undang-undang warisan penjajah dalam hanya hukuman sebatan yang sama sebutannya, tetapi berbeza konsep dan caranya.

“Walaupun dalam perkara yang berkait umat Islam tanpa menyentuh penganut bukan Islam, tetapi mereka menentang juga dengan berbagai helah dan mempengaruhi penganut Islam dan mengugut kalangan bukan Islam yang terus menghormati hubungan masyarakat majmuk,” katanya.

Beliau berkata, PAS berjuang secara damai memilih pendekatan demokratik melakukan perubahan yang sangat menghormati hubungan masyarakat majmuk, walaupun sekadar berkuasa, khususnya di peringkat negeri Kelantan, paling lama penuh sabar menghadapi tekanan dan kepungan, dengan mengutamakan hubungan dalam konsep federalisme.

PAS cabar paderi Kristian sertai politik, pilih parti tanding PRU

Design a site like this with WordPress.com
Mulakan