Perlantikan Speaker DUN Melaka yang baharu meragukan?

 

1 GLC JADI ALI BABA1 HADI NIKMAT TUNGGANG AGAMA1 MELAYU BODOH1 UMNOPAS JAHIL1 DAULAT TUANKU, TOLAK TSMY

Kenyataan Media

Perlantikan Speaker DUN Melaka yang baharu meragukan?

1) Pemuda Amanah amat kesal dengan tindakan adun dari Perikatan Nasional yang melantik Speaker dan Timbalan Speaker yang baharu setelah Speaker menangguhkan mesyuarat pagi tadi. Pemilihan Speaker dan Timbalan Speaker itu diakukan tanpa kehadiran Adun PH, sejam selepas sidang Dun ditangguhkan.

2) Berdasarkan perlembagaan Negeri Melaka, Sidang DUN tidaklah boleh dijalankan selama jawatan Speaker itu masih kosong kecuali untuk memilih seorang Speaker.

Tetapi semua sedia maklum bahawa jawatan Speaker yang asal masih ada dan DUN masih belum di bubarkan.

3) Pagi tadi Speaker Datuk Wira Omar Jaafar menangguhkan persidangan Dun ke satu tarikh yang lain kerana berlaku kekecohan di dalam Sidang DUN.Oleh yang demikian, perlantikan speaker DUN yang baharu meragukan.

4) Pemuda Amanah amat kesal dengan tindakan Adun Perikatan Nasional ini kerana bukan sahaja membelakang perlembagaan Negeri Melaka, bahkan memberikan gambaran yang kurang baik dalam sistem Demokrasi.

5) Pemuda Amanah berpandangan, tindakan Adun PN adalah sangat tidak matang, terutama apabila Adun PN mengeluarkan kata-kata kesat berulan-ulang kali, selain menonjolkan sifat tamakkan kuasa yang telah sinonim dengan mereka selama ini.

6) Pemuda Amanah juga amat kesal kerana Sidang Dun ini langsung tidak membincangkan kemaslahatan rakyat akibat wabak Covid-19 ini. Ketua Pembangkang YB Adly mewakili Pakatan Harapan telah mengusulkan satu plan komprohensif bagi menangani wabak Covid-19 dari sudut Ekonomi dan sosial rakyat Negeri Melaka.

7) Benarlah, kerajaan PN sememangnya bukan kerajaan pilihan rakyat. Mereka hanya tahu memikirkan kuasa dan jawatan, jauh sekali menjaga kebajikan dan kemaslahatan rakyat jelata yang seharusnya menjadi keutamaan kerajaan yang memerintah.

Muhammad Khomeini
Ketua Pemuda
Parti Amanah Negeri Melaka

RM5 JUTA BAGI PINJAMAN KREDIT MIKRO USAHAWAN MELAKA

KATA-KATA ERDOGAN.

AYER KEROH 4 Feb. – Kerajaan Negeri Melaka telah memperuntukkan RM5 juta menerusi Dana Harta Bumiputera bagi pinjaman mikro kredit untuk bakal usahawan dan usahawan rakyat negeri ini.

Beliau berkata jumlah pinjaman yang boleh diluluskan kepada pemohon yang layak adalah di antara RM3,000 dan RM20,000.

Menurut Adly kerajaan negeri memahami kesukaran yang dihadapi bakal usahawan dan usahawan dalam mendapatkan pembiayaan daripada institusi kewangan yang ada bagi memula atau memajukan perniagaan mereka.

Tambahnya peruntukan RM5 juta itu adalah sebagai permulaan dan akan diperkembangkan dari semasa ke semasa.

Ketua Menteri atas inisiatif cakna rakyat yang sangat baik ini !!

 

Melaka berjaya bantu 1,070 asnaf keluar dari garis kemiskinan

Melaka berjaya bantu 1,070 asnaf keluar dari garis kemiskinan

AYER KEROH 16 Jan. – Melaka berjaya mengeluarkan seramai 1,070 asnaf daripada senarai penerima zakat dan membantu golongan ini keluar dari garis kemiskinan sepanjang 2019.

Ketua Menteri Adly Zahari berkata, kejayaan itu bertitik-tolak daripada pelbagai inisiatif yang dilakukan kerajaan negeri bersama Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) sepanjang tahun lalu.

“Antara inisiatif yang dijalankan untuk mengeluarkan 1,070 orang daripada senarai penerima zakat ini ialah bekerjasama dengan Perkeso, selain memberikan bantuan niaga asnaf fakir miskin itu sendiri.

“Selain itu, kita juga adakan jalinan kerjasama bersama 22 rakan strategik berkonsepkan mentor mentee dan mewujudkan Hub Pengeluaran Produk Usahawan Harapan dengan kerjasama Persatuan Komuniti Usahawan Asnaf Negeri Melaka.

“Melalui program-program (yang khususnya) melibatkan keusahawanan ini, kita berjaya membantu penerima-penerima (sebelum) ini keluar dari garis asnaf dan kalau boleh setiap tahun kita akan cuba menyasarkan paling kurang 10 hingga 20 peratus berjaya kita keluarkan dari garis asnaf ini,” katanya.

Beliau berkata demikian di sidang media pasca Mesyuarat Exco di Seri Negeri, di sini, hari ini.

Adly berkata, sepanjang 2019, kerajaan negeri telah membelanjakan sebanyak lebih RM106 juta untuk perbelanjaan zakat kepada 8,521 penerima di negeri ini, yang mana jumlah itu meningkat lebih RM8 juta berbanding tahun 2018.

https://melakakini.my/melaka-berjaya-bantu-1070-asnaf-keluar-dari-garis-kemiskinan/?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook

RM200 sumbangan untuk bayi baru dilahirkan

 

RM200 sumbangan untuk bayi baru dilahirkan

Tahniah buat keluarga yang mendapat bayi Tahun Baru 2020

KOTA LAKSAMANA 7 Jan. – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Laksamana, Low Chee Leong meraikan dengan memberi sumbangan kepada keluarga yang menimang cahaya mata baharu dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) tersebut.

Chee Leong berkata, sumbangan itu diberikan melalui peruntukan akaun bayi-bayi yang baharu dilahirkan menerusi Tabung Bayi Harapan (TBH).

“DUN Kota Laksamana yang pertama laksanakan inisiatif ini, RM200 secara ‘one off’ diperuntukkan kepada setiap keluarga melibatkan bayi baru dilahirkan.

“Syaratnya ibu atau bapa bayi adalah pengundi DUN Kota Laksamana dan tiada had pendapatan bagi mereka yang menerima sumbangan ini,” katanya kepada MelakaKini.

Jelasnya, setakat ini terdapat 52 bayi di DUN Kota Laksamana menerima sumbangan tersebut.

“Daripada jumlah itu, seramai 22 penerima sumbangan 2018 (Mei-Disember) manakala seramai 30 orang bagi tahun 2019 (Januari-Disember).

“Pada 2018 sahaja sejumlah RM4,400 peruntukan disalurkan dan 2019 sejumlah RM6,000 peruntukan disalurkan,” katanya.

https://melakakini.my/rm200-sumbangan-untuk-bayi-baru-dilahirkan/?fbclid=IwAR2lgARCOT-eU-FaHEz0FYFwpSOcBAf3H2tKNeSEvAKhInBD0nQ4NLw0bMQ

PERKENAL SKIM RUMAH SEJAHTERA 2020

MELAKA PERKENAL SKIM PINJAMAN RUMAH SEJAHTERA 2020

Lagi inisiatif kerajaan untuk bantu rakyat, Terima Kasih..

 

Kerajaan negeri bakal membangunkan Rumah Sejahtera bagi kumpulan B40 menerusi pinjaman Amanah Finance House (AFH) Sdn Bhd pada pertengahan tahun ini.

Ketua Menteri, Adly Zahari berkata, ia membolehkan peminjam membuat pinjaman bagi membina kediaman di atas tanah sendiri dengan kadar harga rumah RM100,000  ringgit seunit.

Jelasnya, ia berikutan hampir 70 peratus peminjam yang membuat pinjaman kepada AFH rata-ratanya memohon atas tujuan itu, berbanding permohonan perumahan sedia ada.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Perhimpunan Bulanan Perdana Pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka dan Amanat Ketua Menteri di Grand Ballroom, Mitc, Ayer Keroh.

Tambah Adly, RM5 juta ringgit diperuntukkan AFH bagi pinjaman perumahan, termasuk pembinaan 100 unit Rumah Sejahtera yang akan dibina dalam tempoh 2 tahun.

 

Penduduk lega kerajaan negeri Melaka bina tembok penahan ombak

Penduduk lega kerajaan negeri bina tembok penahan ombak

TANJUNG BIDARA 6 Jan. – Penduduk Kampung Balik Batu, di sini yang terjejas akibat hakisan laut yang mengancam kediaman mereka menarik nafas lega apabila Kerajaan Melaka membantu menyediakan peruntukan membina tembok penahan ombak.

 

Seramai 30 orang daripada lima keluarga yang kediaman mereka terlalu hampir dengan pantai berterima kasih kepada kerajaan negeri selepas melantik kontraktor membina tembok penahan ombak bagi menghalang hakisan merebak.

Kontraktor yang dilantik oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) itu memulakan projek itu dua minggu lalu dan dijangka menyiapkannya tidak lama lagi.

Penduduk, Roslan Daud, 66, berkata, masalah hakisan yang bermula pada Ogos tahun lalu amat membimbangkan mereka apabila dinding dapur salah sebuah rumah jirannya Azlan Idris, 59, semakin terhakis.

“Kami amat bimbang kediaman kami runtuh dipukul ombak besar dan hakisan pantai yang semakin melebar sejak Ogos lalu tetapi alhamdulillah, kerajaan negeri amat prihatin terhadap nasib kami.

“Kami amat bersyukur kepada Allah dan berterima kasih kepada kerajaan negeri di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Adly Zahari yang bertindak segera menyediakan peruntukan membina tembok itu,” katanya ketika ditemui di kampung berkenaan baru-baru ini.

Azlan berkata, ombak besar yang diburukkan lagi dengan faktor air pasang besar menyebabkan dapur kediamannya rosak teruk pada September lalu hingga menyebabkan beliau dan anggota keluarganya terpaksa membina benteng daripada guni pasir.

Bagaimanapun, binaan itu tidak mampu menahan ombak besar dan hakisan daripada terus mengancam kediamannya menjelang Oktober lalu.

Sementara itu, Pengarah JPS Melaka, Abdul Hakim Hamzah berkata, projek itu dilaksanakan melalui sebut harga RM396,660 dengan tempoh menyiapkannya selama empat minggu.

Panjang tembok itu ialah 115 meter dan tidak membabitkan kerja membina benteng pemecah ombak atau ‘groyne’ yang menganjur dari pantai ke dalam laut,” katanya.

https://melakakini.my/penduduk-lega-kerajaan-negeri-bina-tembok-penahan-ombak/?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook

4 kali gagal mohon rumah PPRT, akhirnya dapat Rumah Peduli

4 kali gagal mohon rumah PPRT, akhirnya dapat Rumah Peduli

Din Ahmad

MASJID TANAH 8 Jan. – Sepasang suami isteri yang bergantung rezeki hanya kepada hasil jualan burger menyifatkan Rumah Peduli yang dibina kerajaan negeri secara percuma untuk mereka sebagai rezeki anak kelima.

Asmani Aziz, 41, dan Kamsiah Abdul Majid, 30, bersyukur apabila anak kelima yang masih dalam kandungan Kamsiah membawa rezeki untuk mereka apabila dianugerahi rumah tiga bilik berkeluasan 10×6 meter persegi bernilai kira-kira RM37,000.

Kandungan berusia lima bulan itu ternyata membawa tuah untuk mereka selepas empat permohonan untuk mendapatkan rumah di bawah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) semasa pentadbiran kerajaan terdahulu, tidak mendapat maklum balas positif.

Asmani memohon mendapatkan Rumah Peduli ketika menghadiri program Hari Bertemu Rakyat bersama Ketua Menteri, Adly Zahari pertengahan tahun ini sebelum mengemukakan permohonan secara formal kepada Jawatankuasa dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (JAPERUN) Tanjung Bidara.

“Alhamdulillah, rumah itu siap minggu lalu selepas dibina hanya dalam tempoh 43 hari dan ia menyediakan kehidupan lebih selesa untuk kami sekeluarga berbanding terpaksa menyewa rumah sebelum ini.

“Tanah ini adalah anugerah ibu saya, Masitah Ghani, 65, dan selain bangunan rumah, kontraktor turut membina longkang di sekeliling rumah hingga ke parit di belakang rumah,” katanya ketika ditemui pada program penyerahan dokumen pembinaan Rumah Peduli di Kampung Jeram, di sini baru-baru ini.

Dokumen itu diserahkan Jurutera Bangunan Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Alor Gajah, Ernie Munyati Ulmi kepada Ketua Penolong Setiausaha Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN), Shaifulfazlee Mohamad.

Hadir sama, Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara, Datuk Halim Bachik; Penghulu DUN Tanjung Bidara, Aszahari Razak dan Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Jeram, Adenan Mohamad.

Sementara itu Halim berkata, rumah berkenaan adalah yang pertama seumpamanya disiapkan dalam DUN Tanjung Bidara dan dijangka beberapa lagi akan disiapkan tahun hadapan.

Katanya, ia adalah bukti komitmen kerajaan negeri untuk menyediakan kediaman selesa dan berkualiti tinggi untuk anggota komuniti terutama mereka yang berpendapatan rendah di negeri ini.

https://melakakini.my/4-kali-gagal-mohon-rumah-pprt-akhirnya-dapat-rumah-peduli/?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook

Penukaran Hari Bertemu Rakyat ke hari Khamis bagi memudahkan urusan rakyat

 

Penukaran Hari Bertemu Rakyat ke hari Khamis bagi memudahkan urusan rakyat

AYER KEROH 3 Jan. – Ketua Menteri, Adly Zahari menjelaskan perubahan Hari Bertemu Rakyat yang dianjak daripada hari Jumaat kepada Khamis adalah bertujuan untuk memudahkan urusan rakyat.

Menurutnya, memandangkan hari Jumaat mempunyai tempoh masa yang agak terhad, maka pihaknya mengambil keputusan untuk mengubah kepada hari Khamis bagi membolehkan urusan bertemu rakyat tidak menjadi tergesa-gesa.

“Hari Bertemu Rakyat ini diubah kepada hari Khamis dari jam 8.00 pagi hingga 1.00 petang bermula 9 Januari depan. Kita buat perubahan ini bagi tujuan memudahkan urusan rakyat kerana seperti yang kita tahu hari Jumaat kita berdepan faktor masa yang agak terhad.

“Disebabkan tempoh terhad, urusan (bertemu rakyat) jadi lebih tergesa-gesa. Sebab itu kita anjakkan kepada hari Khamis dan diharap mereka yang memerlukan perbincangan dapat hadir pada Hari Bertemu Rakyat ini,” katanya.

Mengulas mengenai kepentingan Hari Bertemu Rakyat, Adly berkata melalui program seperti inilah pihak kerajaan negeri dapat mendengar keluh-kesah rakyat dan berusaha menyelesaikan setiap permasalahan yang berlaku.

Katanya, selepas program ini diperkenalkan, pihaknya telah dapat menyelesaikan hampir 80 peratus masalah rakyat di negeri ini.

“Oleh yang demikian, kita menggalakkan setiap agensi kerajaan di semua peringkat untuk sentiasa mendengar pandangan-pandangan masyarakat.

“Ini sangat penting kerana ada sebahagian daripada pandangan dan luahan masyarakat ini perlu diberikan penjelasan sewajarnya, contoh apabila berlaku penolakan daripada permohonan mereka, maka perkara itu memerlukan satu penjelasan yang sewajarnya,” katanya lagi.

https://melakakini.my/penukaran-hari-bertemu-rakyat-ke-hari-khamis-bagi-memudahkan-urusan-rakyat/?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook

550 murid kurang mampu terima sumbangan ‘Back To School’

550 murid kurang mampu terima sumbangan ‘Back To School’

JASIN 2 Jan. – Pihak Penyelaras Parlimen Jasin melengkapkan persediaan akhir musim persekolahan tahun 2020 apabila menganjurkan program ‘Back To School’ yang diadakan di sebuah pasaraya di sini, semalam.

Program itu menyaksikan seramai 550 murid yang terdiri daripada golongan kurang mampu sekitar kawasan Parlimen Jasin terima sumbangan tersebut yang berbentuk pakaian serta peralatan sekolah.

Penyelarasnya, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan turut hadir sama menyampaikan sumbangan tersebut kepada kesemua penerima.

https://melakakini.my/550-murid-kurang-mampu-terima-sumbangan-back-to-school/?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook