BINTANG BUCU LIMA SUDAH SUDAH DIGUNAKAN SEMENJAK 2014

Image may contain: one or more people

No photo description available.

Image may contain: 1 person, smiling

1 SALAHUDDIN HERO

 

Rupanya lambang bintang bucu 5 ni telah diwujudkan dizaman BN lagi..Kesian dh makin teruk sakit mata najib..

MCA (Majikan Baru Pas) & Kontroversi Bintang 5

Image may contain: 1 person

MCA & Kontroversi Bintang 5

Insiden menghina ‘Jalur Gemilang’ ini tidak boleh dibuat main oleh mana-mana pihak. Sebab itu, kesilapan Persatuan Bola Keranjang Malaysia (MABA) yang memaparkan Jalur Gemilang dengan bintang 5 baru-baru ini tidak boleh diambil mudah dan sambil lewa.

Fakta, pimpinan MABA dan AJK yang ada kebanyakannya pemimpin/bekas pemimpin/pendokong politik MCA. Takkanlah “orang MCA” tidak tahu dan tidak kenal ‘Jalur Gemilang’. Logo MCA sendiri pun guna bintang yang ada 14 bucu, bukan 5.

Kalau nak kata Presiden MABA (Dato’ Lua Choon Hann) terlepas pandang; apakah Setiausaha Agung MABA (Dato’ Tiger Lee Yuen Fong; bekas ADUN MCA Temiang) pun terlepas pandang juga?

Kesilapan seperti ini nampak macam sengaja dibuat-buat bagi menghangatkan suasana politik. MCA sedang cuba nak bermain politik jenis apa? Sengaja nak menggunakan pentas MABA untuk memperhangatkan isu?

Sejak menang Tanjung Piai, orang kuat MCA dah semakin kurang ajar?

POLIS sudah memanggil Presiden (MABA – Majikan Baru Pas) bagi menjelaskan insiden kesilapan memaparkan Jalur Gemilang dengan bintang lima

Image may contain: 1 person, text

POLIS sudah memanggil Presiden Persatuan Bola Keranjang Malaysia (MABA) bagi menjelaskan insiden kesilapan memaparkan Jalur Gemilang dengan bintang lima ketika perasmian Kejohanan Bola Keranjang ke-28 di Stadium Bola Keranjang, Jalan Hang Jebat, Kuala Lumpur, semalam.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, Presiden MABA (Datuk Lua Choon Hann) hadir jam 8 pagi tadi bagi menjelaskan insiden berkenaan.

“Beliau memaklumkan kejadian itu bukan daripada pihaknya, sebaliknya daripada kontraktor Teknologi Maklumat (IT).

“Justeru, polis meminta MABA membuat laporan polis untuk tindakan lanjut,” katanya ketika sidang media selepas Istiadat Penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara Polis Kuala Lumpur di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur, hari ini.

Mazlan berkata, pihaknya juga akan memanggil kontraktor IT terbabit untuk menjelaskan perkara sebenar.

“Polis juga akan menyiasat sama ada kejadian ini mempunyai motif lain. Penganjur juga sudah mengeluarkan permohonan maaf.

“Siasatan akan dijalankan sama ada ia kejadian tidak disengajakan atau sebaliknya. Polis menasihatkan penganjur setiap acara memeriksa terlebih dahulu bagi mengelakkan kejadian sebegini tidak berlaku,” katanya.

Terdahulu, MABA menerusi satu kenyataan, hari ini, memohon maaf dan bertanggungjawab sepenuhnya berhubung kesilapan berkenaan.

Jalur Gemilang dengan bintang lima itu dipaparkan menerusi klip video bersama logo Westport ketika nyanyian lagu Negaraku.

Sejak malam tadi, video berdurasi 1 minit 42 saat tular di media sosial.

Netizen mengecam tindakan penganjur dan mendesak MABA dikenakan tindakan sewajarnya kerana tidak peka dengan sensitiviti.