Design a site like this with WordPress.com
Mulakan

KARENA APA ENGKAU MENANGIS…?

KARENA APA ENGKAU MENANGIS…?

Menangis merupakan bukti yang menunjukkan ketakwaan hati, dan kelembutan perasaan…

Menangis karena Allah terjadi manakala seorang hamba melihat kelalaian pada dirinya, atau merasa takut akan kesudahannya yang buruk…

Dari Bahz bin Hakim dari ayahnya dari kakeknya berkata, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda yang artinya:

“Tiga golongan yang mata mereka tidak akan melihat Neraka, mata yang berjaga-jaga di jalan Allah, mata yang menangis karena takut kepada Allah dan mata yang menundukkan pandangannya dari apa yang diharamkan oleh Allah” (HR. Ath-Thabrani, lihat Shahiihut Targhiib wat Tarhiib no.1231)

Wahai Saudaraku…

Air mata apakah yang selalu menetes darimu…?

Pernahkah air mata ini menetes karena takut dan harap kepada Allah…?

Pernahkah air mata ini menetes karena sangat rindu ingin bertemu dengan Rasulullah…?

Pernahkah air mata ini menetes karena dosa-dosa dan maksiat yang telah dilakukan…?

Pernahkah air mata ini menetes karena takut orang tua nantinya diazab Allah…?

Pernahkah air mata ini menetes karena takut akan su’ul khatimah…?

Pernahkah air mata ini menetes karena memikirkan siksa kubur…?

Pernahkah air mata ini menetes karena memikirkan Surga dan Neraka Allah…?

Pernahkah air mata ini menetes karena banyaknya waktu yang terbuang sia-sia…?

Pernahkah air mata ini menetes karena banyaknya ilmu yang belum diketahui…?

Pernahkah air mata ini menetes karena banyaknya ilmu yang belum diamalkan…?

Pernahkah air mata ini menetes karena jarangnya harta yang dikeluarkan untuk sedekah…?

Pernahkah air mata ini menetes karena jarangnya hadir di berbagai majelis taklim…?

Pernahkah air mata ini menetes karena kehilangan shalat tahajjud di malam hari…?

Pernahkah air mata ini menetes karena kehilangan shalat dua raka’at sebelum shubuh…?

Pernahkah air mata ini menetes karena melihat penderitaan kaum muslimin di tempat lain…?

Wahai Saudaraku…

Menangislah sebelum menyesal, sebab perjalanan sangatlah jauh dan bekal hanya sedikit… ,�%pH(d

20 NEGARA TAHAP PERTUMBUHAN EKONOMI TERBAIK SEPANJANG TAHUN 2020, MALAYSIA TIDAK TERSENARAI.

RUJUKAN :

توقيع أضخم اتفاقية بين تركيا وبريطانيا للتجارة الحرة لمواجهة فرنسا وروسيا

MUHYIDDIN, AZMIN DAN HADI YANG TIADA INTEGRITI PENYEBAB UTAMA PELABUR LARI DARI MALAYSIA

MUHYIDIN YANG MUDAH DIPERGUNAKANOleh Dr Nazmi Airil Osidea

1. Muhyiddin menjadi Perdana Menteri ke-8 tanpa perlu banyak membuat kerja. Dia tidak mengadakan sidang media kepada wartawan seperti Mahathir. Tidak perlu berdepan dengan sebarang soalan dari wartawan. Dia hanya perlu membuat perutusan demi perutusan. Diketahui umum yang dia biasa bekerja hanya 4 jam sehari, tidak seperti Mahathir yang berterusan hingga 16 jam sehari termasuklah pada hari cuti umum.

2. Muhyiddin mengamalkan ‘rasuah jawatan’ secara mega. Jawatan dirasuahkan kepada pemimpin-pemimpin politik dan lantikan profesional semasa pentadbiran Mahathir diturunkan dan diganti oleh orang politik supaya mereka ini akan menyokong beliau.

3. Untuk kekal berkuasa, Muhyiddin membentuk kabinet yang amat besar dengan timbalan-timbalan menteri yang makan gaji buta. Begitu juga wakil-wakil khas ke Timur Tengah dan China yang tidak peduli tentang halal gaji yang diterima. Oleh kerana Muhyiddin sendiri tidak banyak bekerja untuk rakyat, hampir keseluruhan kabinet juga tidak banyak bekerja. Malah kebanyakan masa mereka dihabiskan untuk melihat bagaimana untuk kekal berkuasa atau apa projek yang dapat memberikan pulangan peratusan kepada mereka secara ‘tendang balik’ dari kos yang digelembungkan.

4. Fungsi Muhyiiddin kini adalah untuk meluluskan projek-projek ‘rundingan terus’. PAS, UMNO, MCA,MIC dan parti-parti dari Sabah dan Sarawak akan menekan beliau untuk meluluskan projek-projek dengan keuntungan yang digelembungkan untuk ‘tendang semula’. kepada orang-orang politik.Semua ini adalah tukaran untuk kuasa. Rasuah bermaharajalela di bawah mata beliau.

5. Apabila YB Tajuddin dari Pasir Salak menanyakan siapa yang dapat 10% dari pembelian vaksin di bawah Kementerian Khairy Jamaluddin (KJ), ia tidak dapat dijawab oleh Menteri Kewangan. KJ sendiri apabila ditanya tentang harga pembelian tiba-tiba menyatakan yang ia adalah rahsia kerajaan. Bila ditanya lagi tentang syarikat tempatan yang menguruskan pembelian ini, dia juga enggan menamakan syarikat itu. Anda dapat meneka yang ada elemen yang cuba disembunyikan dari rakyat dan tentunya ia sesuatu yang boleh memudaratkan rancangan mereka. Pencuri tentulah akan berahsia.

6. Muhyiddin juga hanya boneka untuk Azmin yang merencanakan strategi untuk kekal berkuasa atau mendapat laba untuk keuntungan politik mereka. Dia akan terus digunakan Azmin sepuas-puasnya hingga tiada lagi yang dapat diperah.

7. Muhyiddin juga ditekan oleh Najib, Zahid dan pemimpin-pemimpin UMNO yang sedang menjalani kes-kes mahkamah untuk dibebaskan. Musa Aman sudah dibebaskan. Tengku Adnan sangkut dengan satu pertuduhan dan dibebaskan dari pertuduhan lain kerana dikatakan ‘ada petunjuk baru’. Tidak dinyatakan langsung ‘petunjuk’ itu. Jika Muhyiddin tidak memastikan mereka dilepaskan, Najib dan Zahid akan menggertak untuk menyokong Anwar. Ia adalah peras ugut peringkat kayangan.

8. Kerja Muhyiddin adalah mudah. Dia tidak perlu banyak berfikir untuk mentadbir negara. Cukup untuknya melihat apa jawatan yang boleh diberi dan apa rundingan terus yang boleh diluluskan sebagai tukaran untuk sokongan kepada beliau.

9. Muhyiddin mengamalkan rasuah jawatan pada tahap mega, suapan rundingan-terus dan semua kos berbilion ini dibayar oleh rakyat Malaysia – malah hingga ke anak cucu.

10. Muhyiddin tidak banyak dikecam oleh portal media dan dia boleh senyum dengan tidak mengadakan sidang media atau membenarkan sebarang pertanyaan. Dia hanya perlu mengangkat tangan membaca doa supaya semua tidak menyoal amalan rasuah ini oleh beliau dan hanyut dalam sangkaan dia orang yang zuhud. Malaysia dalam masa yang sama, akan ‘berdarah’ laju dengan hilangnya berbilion dari sifat beliau yang tidak beramanah dan bermaruah.

Umno sedang main ‘kayu tiga’ dengan Muhyiddin

Walaupun hayat Belanjawan 2021 selamat daripada digagalkan pembangkang dalam undian terakhirnya pada 15 Dis lalu, suhu politik dalam negara dijangka akan terus ‘menggelegak’ dengan pelbagai percaturan lanjut.

Bekas penasihat media perdana menteri, A Kadir Jasin, berkata penyokong Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mungkin melihat kejayaan belanjawan itu diterima adalah petanda bahawa kerajaan Perikatan Nasional sekarang kuat.

Pada masa sama katanya penyokong Anwar pula tetap yakin bahawa undian belanjawan itu tidak sama dengan undi tidak percaya ke atas Muhyiddin.

Bagi Umno pula kata bekas anggota Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu itu, sesetengah pemimpin mereka akan terus berusaha mendapatkan apa yang terbaik dengan “bermain kayu tiga” di antara Muhyiddin dan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Anwar Ibrahim

“Di pihak lain pula, sesetengah pemimpin Umno – khususnya yang sedang menghadapi perbicaraan jenayah – akan terus bermain kayu tiga dengan Muhyiddin dan Anwar bagi mendapat ‘the best deal’ berkaitan kes-kes mereka,” katanya dalam satu hantaran di media sosial hari ini.

Menurut A Kadir keutamaan Umno sekarang ialah mahu kembali berkuasa melalui pilihan raya umum (PRU) ke-15 nanti. Untuk itu katanya Umno mesti membendung pengaruh Bersatu dan PAS dengan cara berbaik-baik dengan mereka tetapi pada masa yang sama mensabotaj parti terbabit.

“Matlamat sepadu Umno ialah menguburkan Bersatu dan menyekat PAS. Dengan Muhyiddin, Umno sudah tahu kekuatan dan kelemahannya serta apa lagi yang boleh diperas ugut.

“Dengan Anwar belum tahu,” katanya lagi.

Sekat Bersatu dari dalam

Pun begitu, katanya Umno kekal berdepan dengan suasana suram selagi parti itu terus bergantung kepada pemimpin sekarang ketika mereka dianggap sebagai kleptokrat.

Katanya ia mendorong pihak tertentu dalam Umno untuk mendorong timbalan presiden parti itu, Mohamad Hasan, untuk mengambil alih pucuk pimpinan.

Belanjawan 2021 yang dibentangkan kerajaan PN dilihat menjadi peluang kepada pembangkang menyekat Muhyiddin dan kerajaannya selepas mereka berpakat menjatuhkan PH pada Feb lalu.

Pada masa sama Anwar mengumumkan dia memiliki sokongan mencukupi untuk membentuk kerajaan baru menggantikan PN. Bagaimanapun ia tidak dapat dibuktikan setakat ini dan belanjawan pula diluluskan di Dewan Rakyat walaupun dengan kelebihan tiga undi saja.

Undian itu juga sekali lagi menunjukkan tahap sokongan yang diterima Muhyiddin memang tipis dan kerajaan PN akan terus dilihat tidak utuh.

Kata A Kadir keadaan itu memang digemari pesaing PN khususnya Umno.

“Ia (Umno) adalah yang di hadapan sekali dalam mengeksploitasi kelemahan kerajaan PN.

“Sambil meraih faedah melalui penyertaan dalam kerajaan, Umno sedang berusaha menyekat kemaraan PN dan Bersatu dari dalam. Mereka menjadikan PN kuda tunggangan,” katanya.

Di pihak Bersatu pula, kata A Kadir, Muhyddin kekal menjadi ‘kambing korban’ yang menunggu masa untuk ‘disembelih’.

“Atau dia sendiri sedang berkomplot untuk merampas Umno dan kembali sebagai bos nombor satu parti itu,” katanya.

Berita penuh : https://www.malaysiakini.com/news/555703

Setelah Perak, gesaan usul undi percaya terhadap Muhyiddin pula

Usul undi percaya terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu dibentangkan di Dewan Rakyat bagi memastikan beliau benar-benar mendapat sokongan majoriti sebagai Perdana Menteri.

Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Karim mencadangkan usul itu dibentangkan minggu depan sebelum sidang Parlimen berakhir 17 Disember ini bagi menguji sokongan ahli-ahli Parlimen terhadap Muhyiddin.

“Masih sempat untuk membentangkan usul undi percaya terhadap Muhyiddin, bukannya kita suruh bentang usul tidak percaya terhadapnya. Beliau mesti berani, ini perlu dilakukan ‘once and for all’.

“Muhyiddin menerima hampir 20 usul undi tidak percaya terhadapnya daripada blok pembangkang termasuk Parti Warisan Sabah (Warisan) dan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), manakala dua usul percaya daripada UMNO dan Pas.

“Jadi bila sudah dibentangkan usul undi percaya terhadapnya, orang lain tidak boleh pertikaikan legitimasi Perdana Menteri,” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan bantuan kepada mangsa banjir di Kampung Sepakat, Masai di sini hari ini.

Menurutnya, usul percaya itu boleh dibentangkan dalam masa sejam sebelum undi belah bagi Belanjawan 2021 diteruskan dengan meletakkan masing-masing lima atau tiga wakil pembangkang dan kerajaan untuk membahasakannya.

Hassan berkata, usul undi percaya wajar dibentangkan kerana ketika ini terdapat 220 ahli Parlimen dan bukan lagi berjumlah 222 ahli Parlimen selepas Ahli Parlimen Batu Sapi di Sabah (pembangkang) dan Ahli Parlimen Gerik di Perak (kerajaan) meninggal dunia.

Beliau yang juga bekas Pengerusi PKR Johor berkata, kedudukan terkini adalah 110 ahli Parlimen yang berada dalam blok pembangkang, manakala 110 ahli Parlimen lagi berada dalam blok kerajaan.

Tambahnya, perkembangan tersebut menunjukkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan Perdana Menteri tidak mendapat sokongan majoriti kerana jumlahnya sama antara kedua-dua belah pihak.

“Sekurang-kurangnya Muhyiddin perlu mendapatkan 111 undi daripada usul percaya yang dibentangkan terhadapnya, mungkin Muhyiddin akan mendapat undi yang lebih termasuk akan ada blok daripada pembangkang menyokongnya,” katanya.

Katanya, undi belah bagi yang diterima PN untuk beberapa anggaran Belanjawan 2021 setakat ini tidak boleh dijadikan ukuran bahawa kerajaan PN dan Perdana Menteri sudah mendapat majoriti sokongan.

“Sokongan terhadap Belanjawan 2021 tidak boleh dijadikan ukuran menguji keabsahan kerajaan, itu belanjawan, belanjawanlah,” katanya.

Berita Penuh :https://www.sinarharian.com.my/article/113406/BERITA/Nasional/Usul-undi-percaya-terhadap-Muhyiddin-perlu-dibentang

TERBUKTI MAHYUDDIN MENIPU YDP AGONG DAN PEMERINTAHANNYA TIDAK SAH.

Muhyiddin dah tipu Agong la. Ye dok? Kata ada majoriti 112?

Kedegilan Muhyiddin bakal jejas periuk nasi orang ramai

Pengundian para ahli Parlimen untuk belanjawan dikatakan akan dibuat pada 26 November ini. Tak tahulah apa gamaknya akan berlaku.

2 hari lepas Dr Shamrahayu kata Muhyiddin Yassin perlu mengakui beliau telah kehilangan majoriti jika Rang Undang-undang (RUU) Pembekalan 2021 tidak mendapat cukup undi untuk diluluskan.

Pelik sungguh kerajaan PN ni. Siapa sebenarnya yang dia nak dengar cakap? Isu belanjawan ni sebenarnya dah melangkaui soal politik. Ini soal periuk nasi orang ramai. Kalau diikutkan, Najib Razak pun bantah belanjawan ni. Najib ni sebahagian dari PN. Tapi Abah PN ni tetap tak nak amik peduli. Jadi ini bukti persoalan pengundian belanjawan ni dah melangkaui soal politik. Tapi dah jadi soal kedegilan Abah PN.

Boleh dikatakan majoriti orang ramai desak mahukan moratarium secara automatik dan pengeluaran KWSP. Baru-baru ni KWSP umum pelonggaran sedikit tentang cara nak keluarkan duit dari KWSP. Tapi syarat baru yang dia keluarkan ibaratkan orang ramai tetap tak boleh nak keluarkan duit. Bagi. Tapi buat syarat macam taknak bagi. Apa benda ni?

Soal kedua tentunya tentang peruntukan agensi perang saraf kerajaan melalui Jasa. RM85 juta untuk Jasa. Moratarium automatik taknak bagi. Kwsp duit poket titik peluh rakyat taknak bagi. Tapi sibuk nak bagi 85 juta untuk agensi propaganda. Berapa ramai perut rakyat boleh kenyang dengan propaganda ni? Annuar Musa sendiri kata Jasa baru ni MUNGKIN tak macam Jasa dulu. Maksudnya, Annuar Musa sendiri akui Jasa sebelum ni teruk!

Takdak faedah untuk rakyat melainkan untuk perut orang politik kerajaan!

Mungkin orang ingat mereka yang kerja gomen dan makan gaji ni tak ada efek akibat covid. Sebenarnya isu covid ni dah berikan efek kepada semua tak kira siapa. Ibarat dominos effect. Habis semua kena.

Baru ni ada kawan lama telefon. Dia kerja makan gaji. Tapi terkesan akibat covid. Saya hairan, kenapa? Dia kata, bila adik beradik yang lain hilang kerja dan sumber pendapatan, maka yang kerja gomen dan makan gaji inilah yang dijadikan sasaran. Pinjam duit lah. Bantu modal lah. Itu lah ini lah. Sebab mentaliti semua kata “takpa lah hang kerja gomen…duit tiap-tiap bulan masuk”. Akibatnya, terpaksa bagi lah. Dah nama pun sedara sendiri. Tak bagi salah. Bagi pun salah. Loan rumah kereta semua tetap kena bayar. Takkan nak bagitau bank/kwsp diri terkesan dengan covid sebab sedara mara mai pinjam duit?
Sebab itulah, saya tak letak harapan pun belanjawan ni. Saya hanya harap PN cepat-cepat jatuh. Sekian

Muhyiddin (PM Covid 19 Paling Gagal) mahu PRU diadakan segera

Muhyiddin mahu PRU diadakan segera

Perdana Menteri mengakui jika diturutkan hatinya dia mahu saja mengadap Yang di-Pertuan Agong untuk memohon perkenan agar parlimen dibubarkan bagi membuka laluan kepada pelaksanaan pilihan raya umum (PRU).

Bagaimanapun kata Muhyiddin Yassin niat itu tidak dapat dilaksanakan kerana negara ini sedang berhadapan dengan wabak Covid-19.

Katanya keinginan itu timbul ekoran ada pihak yang berasakan Belanjawan 2021 perlu ditolak – suatu langkah yang boleh menjadika petanda bahawa perdana menteri tidak lagi memiliki sokongan di parlimen.

Ia juga boleh membawa kepada PRU ke-15.

Kata Muhyiddin negara kini sedang dilanda Covid-19 dan dia mahu memastikan rakyat menerima bantuan yang diperlukan menerusi Belanjawan 2021.

“Ada yang berpendapat Belanjawan 2021 perlu ditolak untuk membolehkan PRU diadakan. Tak perlulah buat begitu.

“Kalau tanya saya, mungkin semalam lagi saya telah nasihatkan Agong supaya bubarkan parlimen untuk membolehkan pilihan raya diadakan. Tetapi kita semua tahu masalahnya ialah Covid-19.

“Insya-Allah, jika diizinkan Allah, apabila pandemik Covid-19 berakhir, kita adakanlah PRU. Kita kembalikan mandat kepada rakyat, dan biarlah rakyat buat keputusan untuk memilih kerajaan yang mereka mahu,” katanya.

Dia berkata demikian ketika berucap dalam Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu kali ketiga yang disiarkan secara langsung di Facebook.

Muhyiddin sebelum ini berdepan pertikaian sebahagian pihak mengenai majoriti yang dimilikinya di Dewan Rakyat. Ketika dilantik sebagai perdana menteri pengkritik mendakwa Muhyiddin sebenarnya tidak memiliki sokongan majoriti pun.

Apabila Muhyiddin mengadap Agong bersama cadangan agar darurat diisytiharkan, banyak pihak melihat ia sebenarnya helah kerajaan untuk terus berkuasa kerana ia dibuat menjelang persidangan Dewan Rakyat.

Spekulasi turut kuat bertiup bahawa Belanjawan 2021 akan ditolak oleh pembangkang dan akan disertai ahli parlimen kerajaan.

Bagaimanapun, tidak seperti jangkaan pelbagai pihak, Belanjawan 2021 diluluskan dengan mudah di peringkat dasar menerusi undian suara pada 26 Nov lalu.

Bersatu kini berada dalam gabungan Perikatan Nasional (PN) yang dianggotai bersama PAS, Parti Solidariti Tanah Airku (Star) dan Parti Progresif Sabah (SAPP).

Ia kemudian disokong oleh BN, Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Kata Muhyiddin, dalam PRU ke-15 nanti Bersatu, Umno dan PAS tidak boleh bertembung antara satu sama lain. Mereka juga, katanya, tidak boleh memilih haluan berbeza.

Dalam ucapannya itu juga Muhyiddin mencadangkan penubuhan Majlis Presiden yang dianggotai oleh ketua parti dalam PN, BN, GPS dan GRS supaya hal berkaitan dasar ekonomi, pendidikan, sosial dan lain-lain dapat dibincangkan.

“Saya hendak beritahu saudara dan saudari para perwakilan sekalian, hala tuju parti kita di masa hadapan ialah untuk memperkukuh hubungan antara parti-parti dalam PN, BN, GPS dan GRS,” katanya.

Selain itu, Muhyiddin turut mengumumkan Bersatu akan menggunakan lambang PN dalam PRU akan datang.

Katanya, lambang PN dapat diterima seperti yang dibuktikan dengan kejayaan dalam pilihan raya negeri Sabah baru-baru ini.

“Jika PN dapat diterima di Sabah, saya yakin PN dapat diterima oleh rakyat di seluruh negara.

“[…] Saya percaya, dalam PRU yang akan datang, PN akan diterima baik oleh rakyat Malaysia,” katanya.

Berita penuh : https://www.malaysiakini.com/news/552914