ADEGAN YG SERONOK UNTUK DILIHAT
*Lakonan Penyamun selepas KANTOI 😝 hehe ….
. https://t.co/8qn116VLmn
ADEGAN YG SERONOK UNTUK DILIHAT
*Lakonan Penyamun selepas KANTOI 😝 hehe ….
. https://t.co/8qn116VLmn
17 SEPT 2019
Kembali Kepada Berita Ketua Penyamun UMNO
Hari Kelapan
Perbicaraan Kes 1MDB Tanore Rm 2.6 billion masuk ke dalam akaun peribadi Bekas Presiden UMNO merangkap Penasihat UMNO 2019 Najib Razak
Saksi Bekas Pegawai Khas Najib Razak sendiri terus dedah dan pecahkan tembelang Najib Razak ketika sesi Soal balas dari Peguambela Najib Razak
KUALA LUMPUR 17 Sept. – Seorang bekas pegawai khas Datuk Seri Najib Tun Razak mengetahui bahawa ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low terlibat sejak awal dalam projek Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA).
Perkara tersebut dimaklumkan oleh Datuk Amhari Efendi Nazarudin, 43, ketika memberi keterangan di Mahmamah Tinggi di sini dalam perbicaraan hari kelapan hari ini melibatkan bekas Perdana Menteri yang didakwa atas 25 pertuduhan salah guna kedudukan dan pengubahan wang haram.
Bagaimanapun, dalam pemeriksaan balas oleh peguam bela Datuk Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Najib, saksi memaklumkan beliau tidak mengetahui ‘punca’ idea penubuhan TIA.
Muhammad Shafee: Kamu tahu idea siapa untuk menubuhkan TIA atau 1MDB?
Amhari: Saya tidak tahu
Muhammad Shafee: Saya cadangkan ia adalah idea bekas Yang Di-pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin?
Amhari: Saya tidak tahu
Sementara itu, saksi kelapan itu berkata, TIA yang kemudiannya menjadi 1Malaysia Developement Berhad (1MDB) merupakan ‘baby’ kepada Ahli Parlimen Pekan itu.
Beliau berkata, ‘baby’ dalam konteks ini adalah sesuatu yang penting.
“Ketika itu, Najib dikatakan bakal menjadi Perdana Menteri dan ‘baby’ bermakna sesuatu yang beliau mahu bawa ketika memegang jawatan itu kelak.
“Bagi saya ‘baby’ dalam konteks ini tertumpu kepada perkara yang rapat dengannya (Najib) seperti 1MDB atau dasar…sesuatu yang penting,” katanya.
Pada 20 September 2018, Najib mengaku tidak bersalah atas 21 pertuduhan membabitkan diri dalam pengubahan wang haram iaitu menerima, memindahkan dan membayar jumlah sama hasil daripada aktiviti haram.
Beliau juga didakwa atas empat pertuduhan salah guna kedudukan sebagai Perdana Menteri, Menteri Kewangan dan Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB untuk mendapatkan rasuah berjumlah RM2.3 bilion.
Perbicaraan sesi soal balas terhadap Amhari Efendi masih berlangsung di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah. – UTUSAN ONLINE.
https://www.utusan.com.my/…/jho-low-sudah-terlibat-awal-sej…
PM pertama yg berjumpa Dong Zong- Najib Razak
PM pertama yg membawa Dong Zong ke Seri Perdana- Najib Razak
PM pertama yg mengiktiraf peranan Dong Zong- Najib Razak
PM pertama yg berjanji iktiraf UEC- Najib Razak
PM pertama yg bagi biasiswa kepada murid-murid UEC- Najib Razak
PM pertama yg hadir Rumah Terbuka Dong Zong- Najib Razak
UMNO tak perlulah bermuka-muka kononnya lawan Dong Zong, sedangkan masa berkuasa macam-macam dibuat untuk pikat Dong Zong.
Badak kesayangan PAS ni bagitau dari kejauhan (takut nak balik sebab memang salah), ‘undang2 Malaysia undang2 rimba’.
DOJ cari, dia lari. Swiss cari, dia lari. Malaysia cari, dia lari.
Kalau betul dan berani, balik Malaysia, lantik peguam dan cabarlah keputusan mahkamah!
Tapi pepatah menyebut, TAKUT KERANA SALAH.— with Nur Addah Aziz.
Di sini kami senaraikan rajah aliran wang dari 1MDB kepada Jho Low ini dalam pembelian hartanah utama di New York.
———–
Jabatan Kehakiman AS (DOJ) minggu lepas mengambil tindakan untuk merampas dua hartanah yang dibeli oleh Low Taek Jho atau Jho Low dengan wang dicuri dari 1Malaysia Development Bhd (1MDB). Ciri-ciri ini adalah penthouse Time Warner (AS$31 juta) dan apartmen Greene Park (AS$14 juta), kedua-duanya di New York.
Sehingga kini, US DOJ telah mengembalikan US $ 57 juta ke Malaysia yang telah dirampas dari Red Granite Pictures, pengeluar The Wolf of Wall Street. Wang dari 1MDB disalurkan ke Red Granite, yang sebahagiannya dimiliki oleh Riza Aziz, anak tangga Datuk Seri Najib Razak.
DOJ AS juga akan mengembalikan US $ 139 juta yang telah dirampas daripada penjualan Park Lane Hotel di New York. Jho Low mempunyai kepentingan dalam syarikat yang membeli hotel pada 2013 dengan harga AS $ 660 juta. – The Edge Malaysia