Riba al-Jahiliah

1 JENIS RIBA1 HADI TOTO

Riba al-Jahiliah berlaku apabila sebarang manfaat atau kadar tambahan melebihi pinjaman asal dikenakan apabila bayaran pinjaman dilakukan melebihi tempoh yang ditetapkan sama ada disebabkan kelewatan atau penangguhan.

Boleh juga dikatakan riba al-Jahiliah adalah sebarang denda atau penalti yang dikenakan apabila peminjam lambat atau menangguhkan membayar pinjaman sepertimana tempoh yang ditetapkan.

Riba al-Jahiliyyah boleh berlaku dalam pelbagai bentuk dan contoh situasi bagi riba ini adalah seperti yang berikut:

Contoh #1 Ali meminjam buku daripada perpustakaan dan lewat memulangkan buku tersebut, perpustakaan mengenakan denda dalam bentuk bayaran kepada Ali.

Denda itu adalah riba al-Jahiliyyah.

Selain daripada denda ke atas pinjaman, riba jahiliah juga berlaku ke atas denda kerana lewat menjelaskan bayaran hutang.

Contoh #2
si B meminjam daripada si A dan berjanji akan bayar sepenuhnya dalam tempoh 5 bulan.

Tetapi, si B gagal bayar pada bulan ke 5, sebaliknya bayar pada bulan ke 8, menyebabkan si B didenda atas kelewatan membuat bayaran tersebut.

Denda itu adalah riba al-Jahiliyyah.

Riba ini bukan sahaja berlaku apabila meminjam wang, tetapi juga apabila meminjam barang-barang.

Contoh #3
si C membeli sofa daripada kedai perabot dan membayar secara ansuran.

Tetapi, si C terlepas bayaran beberapa bulan, menyebabkan beliau didenda, maka denda tersebut adalah riba Al-Jahiliyyah.

Dalam contoh lain, katakankan si L membeli komputer daripada si M dengan harga RM 2,000 dan bersetuju membayar secara tunai selepas 30 hari.

Tetapi, selepas 30 hari, si L meminta penangguhan bayaran selama 30 hari lagi disebabkan masalah tertentu.

Si M bersetuju tetapi menetapkan harga baru komputer tersebut sebanyak RM 2,500.

Tambahan harga tersebut adalah riba Al-Jahilliyyah.

secara ringkas berkaitan riba Al-Duyun dan pecahannya Al-Qard dan Jahiliyyah.

CONTOH-CONTOH RIBA YANG MENJADIKAN JASAD KITA HABUAN API NERAKA.

1 JENIS RIBA1 JUDI BANK1 JUDI BANK 21 JUDI DAN RIBA1 HADI TOTO

Riba ini boleh berlaku dalam pelbagai bentuk dan contoh situasi bagi riba ini adalah seperti yang berikut:

Contoh #1: Si A meminjamkan duit RM 1,000 kepada si B, dan meletakkan syarat si B mesti memulangkan balik sebanyak RM 1,200 nanti. Lebihan RM 200 tersebut adalah riba.

Contoh #2: Si B nak meminjam duit si A sebanyak RM 1,000. Untuk memastikan si A memberi pinjam duit tersebut, si B menawarkan akan memulangkan sebanyak RM 1,200 nanti. Walaupun ditawarkan sendiri oleh si peminjam, riba tetap berlaku kerana berlaku persetujuan sebelum pinjaman dibuat. Jika si B sememangnya berhasrat nak membalas budi si A dengan memberi duit lebih, janganlah diberitahu atau ditawarkan sebelum pinjaman. Sebaliknya, berikan sahaja sebagai hadiah semasa membayar pinjaman itu semula tanpa memberitahu apa-apa kepada si A.

Contoh #3: Si C meminjamkan duit kepada si D sebanyak RM 1,000 dan menetapkan syarat yang si D mesti memulangkan semula duit dengan jumlah yang sama dan mesti menyiapkan tugasan-tugasan si C selama seminggu. Walaupun tiada tambahan duit, namun manfaat tambahan (menyiapkan tugasan selama seminggu) juga adalah riba.

Contoh #4: Si E meminjamkan keretanya kepada si F, dan menyatakan bahawa si F mesti memulangkan kereta tersebut dengan minyak penuh, walhal minyak kereta tersebut adalah tidak penuh semasa diberi pinjam.

Contoh #5: Si G berkata kepada si H,”Lusa hari jadi kau, jadi aku akan belikan kau hadiah berharga RM 100, tetapi dengan syarat minggu depan semasa hari jadi aku, kau belikan hadiah berharga RM 150 kepada aku”. Walaupun niat asalnya adalah hadiah, tetapi oleh kerana wujud syarat meminta manfaat tambahan, maka riba berlaku.

Contoh #6: Pihak pengantin perempuan bersetuju untuk memberikan 9 dulang hantaran dengan nilai RM 10,000 manakala pihak lelaki bersetuju membalas 7 dulang hantaran bernilai RM 13,000. Dalam situasi ini, riba berlaku kerana persetujuan berlaku untuk manfaat dibalas manfaat yang lebih. Tidak salah untuk menetapkan bilangan dulang sahaja, tetapi apabila menetapkan nilai yang berbeza seperti ini, riba boleh berlaku.

Nak elakkan riba al-Qardh?

Pastikan sentiasa berhati-hati apabila memberi pinjam atau meminjam duit atau barang dengan pihak lain.

Kalau nak meminjam dengan bank atau institusi kewangan walaupun berlabelkan perbankkan Islam, pastikan anda meneliti kontrak pinjaman tiada unsur Riba al-Qardh.

 

Riba al-Qardh

1 JENIS RIBA1 HADI TOTO1 TSMY SELAMATKAN PEROMPAK1 MELAYU BODOH

Riba al-Qardh berlaku apabila sebarang kadar atau manfaat tambahan yang lebih daripada pinjaman pokok dikenakan ke atas pinjaman tersebut dan dipersetujui semasa pinjaman dibuat, sama ada dikenakan oleh pemberi pinjam atau ditawarkan sendiri oleh peminjam.

Dalam erti kata lain, riba al-Qardh melibatkan sebarang pinjaman yang perlu dibayar melebihi pinjaman pokok.

Riba jenis ini adalah yang paling popular dan banyak berlaku di kalangan masyarakat sekarang.

JENIS-JENIS RIBA TERKENAL YANG ULAMAK UPAHAN KAPITALIS TIPU UMAT ISLAM

1 JENIS RIBA

Riba al-Duyun melibatkan kadar lebihan faedah yang terhasil disebabkan tempoh, sama ada tempoh pemberian pinjaman mata wang atau manfaat sesuatu aset.

Dalam erti kata lain, riba al-Duyun melibatkan sebarang jenis pinjaman yang membawa manfaat tambahan kepada pemberi pinjam, dan memenuhi tiga syarat yang berikut:

# terhad kepada manfaat material, bukan spirutual seperti pahala
# manfaat tambahan diterima pemberi pinjam, bukan peminjam
# manfaat disyaratkan atau dipersetujui awal

JUDI DAN RIBA BERTOPENGKAN ISLAM

1 JUDI DAN RIBA1 HADI TOTO

1 JUDI BANK 2

BERBAGAI BENTUK RASUAH DAN HADIAH BERTOPENGKAN SISTEM PERBANKKAN ISLAM SUBUR DI BUMI MALAYSIA BERSAMA ULAMAK PENAL SYARIAH UPAHAN GOLONGAN PENGANUT KAPITALIS/ISLAM.

1 JUDI BANK

Tahukah anda, sebagai orang Islam, kita kena jauhi beberapa jenis riba supaya tidak terjerumus ke lembah dosa.

Oleh itu, amat penting untuk tahu berkenaan jenis riba yang ada supaya tidak terlibat dengannya, sama ada secara langsung atau tidak langsung.

Apabila bercerita berkenaan riba, jangan pula keliru antara rasuah dan riba, dan juga antara jual-beli dan riba.

Ramai mungkin dah tahu tentang rasuah, sebab selalu sahaja keluar berita tentang kes-kes rasuah yang banyak berlaku.

Tetapi, mungkin ada yang kurang tahu berkenaan riba.

Yang penting yang perlu tahu, rasuah dan riba adalah haram, manakala jual-beli adalah halal.

Terlibat dengan riba adalah satu dosa besar, malah dikatakan seolah-olah berperang dengan Allah.

Firman Allah dalam surah al-Baqarah dalam ayat 278-279,
“Wahai orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah dan tinggalkanlah saki-baki riba sekiranya kamu benar-benar beriman. Sekiranya kamu tidak meninggalkannya, isytiharkanlah perang dengan Allah dan Rasul-Nya.”

Pada masa sekarang, banyak produk-produk kewangan yang mempunyai elemen riba terdapat di pasaran, contohnya seperti insurans , pinjaman peribadi, pinjaman perumahan dan kad kredit.

Malah, tanpa kita sedar, perbuatan kita sendiri pun boleh menjerumuskan diri ke dalam lembah riba jika tidak berjaga-jaga.

Jadi, channel ini diwujudkan untuk berkongsi serba sedikit berkenaan riba dan jenis riba yang ada, supaya kita semua dapat berhati-hati agar tidak terlibat dengan amalan haram ini.
————————————————————
DEFINISI
———————————————————–
Riba ertinya adalah al-ziyadah (tambahan). Daripada segi bahasa, bermaksud tambahan atau kenaikan. Secara istilah, ia bermaksud penambahan nilai ke atas sesuatu pinjaman yang disyaratkan oleh pemberi pinjaman atau dijanjikan oleh penerima pinjaman manakala dalam pertukaran sesetengah barangan dan matawang, ia bermaksud perbezaan nilai akibat kuantiti yang berbeza ataupun perbezaan waktu pertukaran.

Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan tinggalkan sisa riba (yang belum dipungut) jika kamu orang-orang yang beriman. Surah Al-Baqarah (2): 278

Maka jika kamu tidak mengerjakan (meninggalkan sisa riba), maka ketahuilah, bahwa Allah dan Rasul-Nya akan memerangimu. Dan jika kamu bertaubat (dari pengambilan riba), maka bagimu pokok hartamu; kamu tidak menganiaya dan tidak (pula) dianiaya. Surah Al-Baqarah (2): 279.

Dan sesuatu riba (tambahan) yang kamu berikan agar dia bertambah pada harta manusia, maka riba itu tidak menambah pada sisi Allah. Dan apa yang kamu berikan berupa zakat yang kamu maksudkan untuk mencapai keridhaan Allah, maka (yang berbuat demikian) itulah orang- orang yang melipat gandakan (pahalanya). Surah Al-Rum (30): 39

Ayat di atas jelas menegaskan bahwa selebihnya dari pokok harta adalah riba, baik itu sedikit maupun banyak.