
Nilaian RM100 bilion rumah mewah yang tidak terjual hasil kerja membazir najib & BN.
Mantan PM Najib Razak yang sedang dibicarakan di mahkamah dalam tuduhan menyeleweng wang rakyat semalam mengeluarkan kenyataan yang menyindir cadangan YB menteri perumahan dalam isu rumah.
Niat dan buah fikiran yang dilontarkan oleh YB menteri adalah agar rumah-rumah mewah siap yang sudah sampai ke tahap lambakan tersebut terjual adalah bagi menyelesaikan masalah yang tercipta dari zaman pentadbiran dahulu termasuk akibat kebobrokan Najib sendiri.
Nilaian RM100 bilion rumah mewah yang tidak terjual ini bukanlah wujud sekelip mata.
Ia terkumpul sejak sekian lama kerana gagalnya pentadbiran terdahulu menjalankan tugas dengan bijak dan teliti.
Setiap kebenaran untuk membina rumah diberikan tanpa kajian impak yang betul dan tanpa penelitian kepada data yang akhirnya mengakibatkan mismatched atau salah padan antara keperluan semasa dengan jenis rumah dibina.
Selain itu ia juga dicadang untuk diimplementasi bersekali dengan skim Malaysia My Second Home yang bermula seawal tahun 2002 lagi.
Beliau juga bukanlah bertindak sebagai menteri perumahan Hong Kong atau China apabila mengutarakan cadangan itu.
Beliau sekadar bertindak sebagai seorang menteri dan warganegara yang bertanggungjawab yang berusaha memastikan bahawa tidak bertambah lagi projek gajah putih dalam negara dan mencari jalan keluar kepada bencana yang ditinggalkan pentadbiran Najib terdahulu.
Saya percaya sekiranya rumah-rumah mewah yang telah siap ini terjual, pihak pemaju hartanah terlibat dapat mencairkan modal mereka yang beku dan kemudiannya boleh mengambil bahagian dalam membina pula rumah mampu milik untuk rakyat Malaysia.
Selain menarik aliran masuk wang ke dalam negara dan membantu pemindahan teknologi serta kepakaran ekspatriat yang masuk dengan kawalan melalui program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H).
Ia adalah congakan ekonomi mudah yang Najib gagal fahami.
NOR HIZWAN AHMAD ialah setiausaha politik kepada menteri perumahan dan kerajaan tempatan.
Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian Malaysiakini.
https://m.malaysiakini.com/letters/491797#.XXuWV8qgJdU.whatsapp
CADANGAN YB MENTERI KPKT UTK JUAL RUMAH MEWAH YG DIBINA DI ZAMAN BN YG TIDAK TERJUAL
.
YB Pn Hjh Zuraida Kamaruddin membayangkan utk menerima cadangan utk menjual sebahagian besar rumah mewah (lingkungan RM1.2Juta sebiji) kpd investor dari negara luar.
.
Rumah2 mewah tidak terjual ni dibina sejak tahun 2010 lagi.
.
Rmh mewah tidak terjual ini kebanyakannya jenis kondo di tengah bandaraya KL.
.
Aku percaya ianya di luar kemampuan org Melayu kebanyakan pon.
.
Dan bagi aku pon kalau lah nilai rumah RM1.2 Juta tu aku lebih rela beli jenis ‘landed house’.
.
Walau terpaksa memandu 30 minit atau 45 minit ke ibukota pon.
.
Jadi, bagi aku niat YB Menteri itu jelas utk membantu penjualan rumah2 mewah ini.
.
Tapi, aku tahu ramai yg mempertikaikan tentang kewajarannya??
.
Okay biar aku jelaskan:
.
1. Ia akan membantu penjualan rumah2 mewah yg tidak diminati rakyat negara ini kerana faktor kemampuan.
.
2. Sekiranya unit2 ini berjaya dijual, ia akan membantu para pemaju meningkatkan daya dan upaya mereka.
.
Malah, mereka akan punyai modal lain utk projek pembangunan yg baru pula.
.
Mgkn kerajaan bole shj menetapkan syarat2 tertentu dlm perjanjian dgn pemaju.
.
Sbg contoh syaratnya, sekiranya kerajaan membantu utk memastikan penjualan rumah mewah ini sekian unit, maka pihak pemaju kena membina rumah2 kos rendah dan mampu milik sekiaj unit pula.
.
3. Sekiranya, perjanjian timbal balik memberikan keuntungan kpd pemaju dan kerajaan, sudah tentu lebih byk rumah mampu milik boleh dibina pemaju tadi.
.
Dan pihak kerajaan kena pastikan juga rumah mampu milik ini mesti dijual kpd golongan sasaran dgn harga yg benar2 mampu milik!!
.
4. Kebaikan lain ialah bila expatriate beli rumah di sini, sudah tentu mereka akan berbelanja di dalam negara.
.
Secara tak langsung ia membawa aliran tunai ke dalam negara.
.
Siapa yg mendapat laba?
.
Sudah tentu peniaga2 kecil & sme di sekeliling kondo mewah mendapat tempias juga.
.
.
Namunbegitu, aku tidak menolak sebarang kekurangan atas usaha dan niat murni menteri.
.
Mgkn sahaja kerisauan warga net atau netizen ada asasnya.
.
Masakan tidak, apabila sekian ribu warga China yg berbondong2 masuk ke Malaysia khususnya ke Pahang semasa Tok Jib menjadi Menteri Perdana tak lama dulu.
.
Ini bukan lah sebab apa sebab pemegang paspor Tanah Besar masuk utk bekerja di sebuah kawasan perindustrian di negeri Pahang tidak lama dulu.
.
Ini belum dikira dgn berapa byk juta warga Indonesia di negara ini.
.
Ditambah pula jutaan jumlahnya warga Bangla yg masuk melalui pass lawatan dan pekerja oleh agensi pekerjaan Wak Jahid Ponorogo sejak 2015.
.
.
Sesungguhnya, walaupun ia masih diperingkat cadangan aku menyokong usaha ini dgn ketetapan pihak kerajaan kena pastikan pihak pemaju mesti mengotakan janji membina perumahan utk dibeli rakyat terbanyak dgn harga berpatutan slps
.
Dan satu mekanisme tentang tatakelola jualan yg telus harus juga diwujudkan sblm cadangan ini diluluskan.
.
Sekian
Kenyataan media
Lambakan rumah mewah tidak terjual KPKT sedang meneliti beberapa cadangan
1. Lambakan rumah mewah berharga RM1 juta keatas yang diusahakan pemaju swasta serta tidak terjual di Malaysia dianggar bernilai RM100 billion seperti dalam statistik Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (Rehda).
Bagi menyelesaikan masalah ini KPKT mencadangkan Kempen Ekspo Perumahan diluar negara dilaksanakan melalui Skim Malaysia My Second Home (MMSH) dan bukanlah HOC yang saya nyatakan semalam sehingga menyebabkan kekeliruan.
2. Skim MMSH terbuka kepada semua warganegara asing, manakala China dan Hong Kong dipetik sebagai contoh antara negara yang boleh disasarkan memandangkan harga purata hartanah di negara tersebut adalah tinggi.
3. MMSH yang diperkenalkan pada tahun 2002 meletakkan syarat-syarat ketat dan ia dikawal selia oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Pelancongan.
4. Cadangan yang disebutkan semalam adalah untuk diperhalusi sebagai salah satu cara mengatasi lambakan rumah mewah yang telah pun siap dibina selama ini namun masih tidak terjual.
5. KPKT mengambil berat faktor lambakan projek gajah putih yang tidak baik kepada pertumbuhan ekonomi dan imej negara. Selain itu, jika tidak diselesaikan masalah sosial yang mungkin berlaku sekiranya rumah-rumah itu dibiarkan tidak berpenghuni.
6. KPKT berharap langkah ini boleh merancakkan aktiviti ekonomi dalam negara, menarik aliran wang asing dan pelancongan ke dalam negara dan juga melalui MMSH ia dapat menambah nilai modal insan melalui perkongsian kemahiran, pengalaman ekspatriat yang masuk secara sah dalam negara.
7. Ini juga adalah usaha kementerian dalam menyelesaikan beban ditinggalkan pentadbiran Barisan Nasional. Hal ini berlaku kerana pentadbiran terdahulu tidak melakukan kajian menyeluruh mengenai permintaan dan pengeluaran berkaitan perumahan.
8. Usaha ini Insha Allah tidak akan mengalihkan fokus saya untuk memberi tumpuan kepada program perumahan mampu milik buat B40 dan M40.
Zuraida Kamaruddin
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan