Design a site like this with WordPress.com
Mulakan

BUKTI LIM GUAN ENG LEBIH ISLAMIK

Terima kasih Zafrul, akhirnya kami tahu kesungguhan PH selama ni

Selepas mendengar penjelasan semua mantan Menteri PH tadi.. aku amat bersyukur, hikmah besar dari rencana jahat UMNO dan PAS mainkan isu 101 Projek yang bernilai Rm 6.6 Billion ini.. Cara terbaik Allah zahirkan pentadbiran PH terutama Lim Guan Eng jauh lebih amanah..menepati prisip Al Qawwi Al Amin berbanding pentadbiran yang dikata menjulang prinsip Islam…
Jika semalam perbandingan jumlah procurement atau Perolehan yang terlibat darunding terus adalah 1.4 %.. dari penjelasan menteri, Boleh dikatakan hampir 100% tidak ada runding terus.. Hanya RM 350 Juta bukan dari projek dari zaman BN, mana RM 170 juta adalah kes melibatkan Kementerian Zuraidah.. Tak sampai 0.2%..
Jika ditolak jumlah Kementerian Zuraidah, dan faktor mendesak menepati konsep Dharurah yang dijelaskan.. Maknanya reform kerajaan PH itu berjaya..Jumlah tender terbuka adalah 99.9%… Dalam konteks hukum sedikit itu dimaafkan.. Bagi aku cukup membanggakan.. Dalam kaedah Fiqh disebutkan ..

ما لا يدرك كله لا يترك كله..
“Jika tidak didapati seluruhannya, jangan tinggalkan seluruhnya (semampu kamu).”
Kaedah ini diambil sesuai dengan firman Allah yang selalu disentuh Ds Anwar sendiri..menyentuh pesanan Nabi Syuaib Alaihissalam keatas kaumnya, juga menyentuh soal ekonomi dan..soal Islah( reform)..
إِنْ أُرِيدُ إِلَّا الْإِصْلَاحَ مَا اسْتَطَعْتُ ۚ
“Aku hanya bertujuan hendak memperbaiki sedaya upayaku..”
Dalam Islam bukan hanya melibatkan Soal Islah dalam Siyasah, dalam Ekonomi..hatta dalam urusan Ibadah..ada Rukhsah atau keadaan yg dimaafkan.. dalam Ibadah soal kemampuan ini juga diguna pakai , iaitu konsep Kita harus menunaikan hak Allah semampunya (مَا اسْتَطَعْتُمْ)..
Malah aku berterima kasih dengan Tg Zafrul atas sifat telusnya mendedahkan semua senarai projek ini dan tidak menyembunyikan fakta..Kalau projek dan fakta Projek itu disembunyikan, ia akan jauh lebih teruk fitnah itu disebarkan kelompok ruwaibdhah dan Khawarij dari kalangan PAS..

Samaada Tg Zafrul terlibat atau hanya menjadi buah catur UMNO dan PAS memburukkan Lim Guan Eng dan PH dengan soalan Politik bagi menutup kes Takiri atau sebagai modal menghadapi PRK Slim River..aku tak pasti… tetapi tindakan Tg Zafrul tidak menyembunyikan fakta itu amat aku puji..
Tidak siapa menjangkakan..hatta mereka yang cuba kononnya mendedahkan salah laku PH.. dan Akhirnya, Allah zahirkan begitu amanahnya pemimpin PH.. Untuk mencari satu kesalahan Menteri dan Kementerian amat sukar.. apalagi mahu dikaitkan dengan Lim Guan Eng.. jauh lebih jahat mereka yang menuduh Rm 6 billion itu lesap seperti lesapnya duit 1MDB..
Seperti aku katakan, Besar hikmahnya tertubuhnya Kerajaan Khianat tebuk atap ini.. satu persatu Allah Zahirkan kebenaran, lalu menutup pintu fitnah UMNO dan PAS dari mulut dan tindakan mereka sendiri…
Maka benarlah firman Allah..
firman Allah..
وَعَسَى أَنْ تَكْرَهُوا شَيْئًا وَهُوَ خَيْرٌ لَكُمْ وَعَسَى أَنْ تُحِبُّوا شَيْئًا وَهُوَ شَرٌّ لَكُمْ وَاللهُ يَعْلَمُ وَأَنْتُمْ لاَ تَعْلَمُونَ
“ Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padehal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu.. Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui…. ”
( Surah Al-Baqarah Ayat 216 )
Ipohmali

Tazkirah Zohor
27 Ogos 2020
Sumber :

TEROWONG LGE ?

TEROWONG TEROWONG TEROWONG.
Najib tuduh wujud skandal, rasuah & salahgunakuasa, tapi…….
Tiba-tiba lidah-lidah rasmi BN diarah oleh mahkamah bayar saman fitnah.
Tiba-tiba Pengerusi BN Penang tarik balik pertuduhannya & memohon maaf dari LGE.
Baca betul-betul.
12 Jan 2018: LGE bertegas tiada unsur rasuah atau salahguna kuasa dalam projek terowong, sebab tidak ada satu sen atau satu kupang pun dibayar kepada kontraktor untuk projek tersebut
16 Jan 2018: Pengerusi BN Pulau Pinang buat sidang media, wujudkan persepsi kononnya projek terowong adalah skandal rasuah & salahguna kuasa PH.
*Sidang media ini dilapor dlm edisi online (16 Jan 2018) & cetak (17 Jan 2018) akhbar NST & BH.
17 Jan 2018: LGE cabar Pengerusi BN Pulau Pinang supaya tidak main sindir menyindir atau buat persepsi, sebaliknya tuduh secara langsung bhw LGE pembohong, tuduh secara langsung bhw kenyataan “tidak satu kupang dibayar untuk terowong” yg dibuat LGE adlh bohong.
18 Jan 2018: Pengerusi BN Pulau Pinang sahut cabaran tersebut & tuduh secara langsung bhw kenyataan LGE adalah bohong. Ertinya Pengerusi BN Pulau Pinang tuduh LGE telah buat pembayaran dan sebagainya utk projek terowong.
*Sidang media ini dilapor oleh NST pd 18 Jan 2018 (online) & 19 Jan 2018 (cetak).
(Wahhh… Sebab berani sahut cabaran, maka nampak berani kerana benar lah ye?)
Ok. LGE mulakan saman. Kemudian secara tiba-tiba, pengerusi BN Pulau Pinang acah-acah berani, ugut saman balik LGE pula.
(Wow… Berani counter saman LGE, tentunya BN tak memftnah!)
Tup.. tup.. tup..
September 2018:
NST & BH diarah bayar RM130,000 sebab memfitnah LGE. LGE 1 vs Najib 0
Mei 2019:
Pengerusi BN Pulau Pinang tarik balik pertuduhannya, kemudian memohon maaf dari LGE. LGE 2 vs
Najib 0
——
Lampiran:
1. (Astro Awani) Tiada bayaran dibuat untuk projek terowong dasar laut
3. (KiniTV) Guan Eng cabar Pengerusi BN Penang
4. (NST) Penang BN claims Guan Eng lied

7. (Bernama) Kes saman fitnah Guan Eng selesai selepas Teng setuju tarik balik kenyataan

E-Wallet RM 50 : Pas Jilat Ludah LGE, Kebenaran Untuk Lim Guan Eng..

1 E V Pas

1 ULAMAK E VALET1 TARIKI E VALET

E-Wallet RM 50 : Kebenaran Untuk Lim Guan Eng..

Alhamdulillah, Sekali lagi hikmah tertubuhnya Kerajaan tebuk atap, Akhirnya Allah zahirkan Kebenaran untuk Lim Guan eng yang terfitnah selama ini,, Samalah dengan isu penanaman buluh sebelum ini kepada Teresa Kok…Kebenaran itu hadir dari tindakan dan pengakuan mereka yang mengfitnah itu sendiri.. watak utamanya Ulama jahat seperti takiri, Sedangkan mereka lah yang mencemuh selama ini..

Itu sebab aku kata sebelum ni, Kerajaan PN perlu dikekalkan sehingga hujung tahun ini, Sebab siri siri jawapan dari Allah ini adalah jawapan terbaik,dan hikmah terbesar buat PH . Siapa yang fitnah Lim Guan eng dan PH selama ini ? dari isu tanam buluh sampailah isu E-Wallet..ia bukan datang dari UMNO..kebanyakan fitnah ini datang dari orang agama, Ulama jahat dalam PAS sendiri..

Sepertimana semalam PM tebuk atap membentang pakej Rangsangan, Dengan Manafsirkan RM 50 E-wallet itu sebagai rangsangan penggunaan pembayaran tanpa tunai, Atau Cashless Society..begitu jugalah Lim Guan Eng meletakkan bayaran RM 30 itu dibawah tajuk “PAKEJ RANGSANGAN DIGITAL ” dalam belanjawan 2020.. Bukan sebagai bantuan Rakyat..

Tapi pelik, jahatnya ramai dari pemimpin PAS..sampaikan hat mengaku Pakar Ekonomi mainkan isu E-Wallet sebagai senjata Perkauman dan Agama.. Seolah olah ia bertujuan, usaha DAP mencuri Data peribadi, Menjadikan E-wallet kononnya sebagai alat musuh Islam.. fitnah ini disebarkan dalam group sekolah,Taman dan masjid..bertapa dahsyatnya fitnah mereka..

Lagi teruk Selama ini, Depa bandingkan pulak dengan bantuan Rakyat seperti BSH dan BPN.. Sedangkan apa kena mengena E-Wallet, atau Pakej Rangsangan Digital dengan Bantuan Rakyat.. Hakikatnya di bawah LGE, BSH masih ada, Ada My-salam..Ada I-Suri.. apa kaitan dengan Bantuan Rakyat.. ?

Sekarang Allah taqdirkan mereka sendiri terpaksa telan apa yang mereka fitnahkan sebelum ini.. Kita masih menantikan selepas ini fitnah mereka dalam siri siri seterusnya InsyaAllah..dari isu Mabuk, Arak, LGBT, LTTE,Sekolah Vernakular.. akan terjawab dengan sendirinya,,,

Tapi itulah Jahatnya Fitnah dan Mainan sentimen kaum dan Agama.. Dari Mufti ,sampai kepada agamawan.. Tu sebab Nabi bila ditanya akan kelompok Khawarij..Nabi ulangi 3 kali agar kita perangi kelompok ini.. sebab depa telah bawakan fitnah kepada Agama.. mereka ni sebenarnya perosak Agama..

Mereka Sangkakan mereka depa buat demi Islam..Demi Agama.. lalu depa fitnah kepada bukan Islam.. inilah perbuatan Zalim yg dilarang oleh Nabi ﷺ.. Nabi pernah sampaikan satu peringatan kepada mereka yang berlaku zalim ini..Hatta kepada Non Muslim.. Jangan ingat kemuliaan dan gelaran kamu akan menyelamatkan kamu dari kerja kerja jahat ini…

Sebagaimana Sabda Nabi ﷺ..

اتَّقُوا دَعْوَةَ الْمَظْلُومِ وَإِنْ كَانَ كَافِرًا فَإِنَّهُ لَيْسَ دُونَهَا حِجَابٌ…

“Takutlah kamu akan doa orang yang di zalimi sekalipun yang berdoa itu orang kafir kerana sesungguhnya tiada hijab yang menghalang (tiada pembelaan) di antaranya dengan Tuhannya (saat manusia yang dizalimi itu meminta kepada tuhannya).”

(riwayat Ahmad)

Ipohmali

Selamat Hari jadi Tan Sri – Lim Guan Eng.

1 PM PN BERSAMA LIL GUAN ENG1 KEJI 6 JAHANAM

Selamat Hari jadi Tan Sri.

Bila Tan Sri susah, yang menyokong Tan Sri adalah DAP.

Bila Tan Sri dihina & dipijak oleh UMNO, yang berjuang bersama Tan Sri adalah DAP.

Bila Tan Sri sakit, yang melawat Tan Sri memberi sokongan moral adalah juga DAP.

Sekarang Tan Sri jadi PM, bagaimana Tan Sri balas budi DAP?

Kerajaan pimpinan Tan Sri & kuncu-kuncu baru yang berebut kuasa sesama lain terus menghina DAP, memfitnah DAP & memijak kepala DAP sedangkan Tan Sri tahu DAP tidak pernah mengkhianati kawan malahan bertungkus lumus membantu Tan Sri menyelamatkan negara kita.

Tan Sri, budi emas boleh dibayar, budi hati dibawa mati.

Inilah kata pepatah Melayu.

Berlakulah adil kepada DAP. Balaslah dengan budi, bukannya hasad dengki.

Selamat Hari jadi ke 73.

Tarikh : 15hb Mei, 2020.

DARI HANG LI PO KE GLOBAL HEALTH DIPLOMACY (GDH)

11 T

AL-BAYAN SIRI 4: DARI HANG LI PO KE GLOBAL HEALTH DIPLOMACY (GDH)

Oleh: YB Senator Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Menteri di JPM (Hal Ehwal Agama)

Pautan ke laman web: https://zulkiflialbakri.com/dari-hang-li-po-ke-global-heal…/

Hubungan Tamadun Islam dengan Empayar China bukanlah kisah baharu yang bermula pada zaman Abbasiyyah seperti yang termaktub dalam Kitab Alf Layla wa Layla (Hikayat 1001 Malam). Hubungan persahabatan Islam-China wujud secara aktif sejak dari zaman Khulafa’ al-Rasyidin lagi dengan bukti wujudnya maqam Para Sahabat ridhwanullahu ‘alaihim ajma’in di sekitar dan hujung Laluan Sutera.

Kami soroti dalam beberapa hari kebelakangan ini susur galur sejarah hubungan dagang dan politik yang dijalin antara Sultan Melaka, Parameswara dengan Maharaja China, Yung Lo pada 28 Oktober 1403 yang merupakan titik pertama bermulanya bibit keakraban pertama dengan negara luar yang pernah dibuat oleh seorang Sultan di Tanah Melayu. Ia bukan sahaja bercerita tentang persaudaraan dua kuasa politik berpengaruh malah ia adalah suatu fasa untuk menghayati keinsanan rentas sempadan. Kita susah dan senang bersama tanpa mengira bangsa, budaya dan warna kulit sehingga ke hari ini.

Pada ketika itu juga Laksamana Yin Ching yang diutuskan oleh Maharaja Yung Lo dari Dinasti Ming berfungsi sebagai duta yang bertanggungjawab memeteraikan persetujuan dagangan dua hala itu. Kita juga membaca teks sejarah yang tertulis Parameswara iaitu Sultan Iskandar Shah merasa wujudnya keperluan menjalinkan persahabatan dengan Negeri China nun jauh yang terkenal dengan kuasa besarnya sebagai pendinding dari ancaman kuasa sekeliling.

Dalam konteks ini kita juga perlu sedar bahawa Tanah Melayu yang kita junjung langitnya dan namanya Malaysia pada hari ini dikelilingi oleh lautan terbuka dari arah timur, barat dan selatan. Bahkan kuasa agak dominan rantau ini, Siam berada di utara kita. Dari sudut geopolitik, kita berada di tengah-tengah jalan dagang, infrastruktur dan fasiliti yang baik, kedudukan fiskal serta dasar monetari baik dan ditambah dengan kestabilan politik. Ini memberi kelebihan kepada Melaka untuk menjadi rakan dagang utama China di rantau ini.

Sejarah yang dinukilkan oleh nenek moyang kita dulu juga ada mencatatkan susulan dari termeterainya persahabatan ini, wujudnya kesalingan interaksi rentas lautan. Wujudnya juga pemindahan kepintaran (knowledge transfer) dan pemindahan teknologi (technology transfer) seperti Melaka menghantar tukang dan pandai kayunya bagi mengajar China membina jong dan kapal besar. Suatu kepintaran yang masih belum ada di timur mahupun di barat pada ketika itu. Jika ada pun hanya kapal bersaiz kecil dan bukanlah sesuai untuk menzahirkan kekuasaaan besar dimiliki China pada waktu itu. Sebagai balasan, China menjadi rakan dagang antara terbesar bagi Melaka yang membolehkan nenek moyang kita dahulu menikmati kemakmuran dan kekayaan hasil kekukuhan ekonomi negara.

Dahulu, Sultan Melaka sendiri yang meminta China menjadi penaungnya. Oleh itu, Melaka aman dari sebarang ancaman terutama dari Siam. Kemudian perkahwinan Sultan Mansur Shah dengan Puteri Hang Li Po juga merupakan titik mula perkahwinan campur di Melaka ketika itu. Sebagai hadiah perkahwinan pula, Sultan menghadiahkan kepada rakyat China seramai 500 orang yang menemani perjalanan Puteri Hang Li Po ke Melaka dengan sebuah bukit, dinamakan Bukit China di Melaka dan letaknya di situ sebuah perigi. Dipanggil Perigi Raja atau Perigi Hang Li Po pada hari ini.

DIMENSI BAHARU HUBUNGAN DIPLOMATIK MALAYSIA-CHINA

Tahun 1971 sekitar bulan Mei, Tengku Razaleigh Hamzah (Yang Berhormat Mulia) selaku Pengerusi Perbadanan Nasional Berhad (PERNAS) mengetuai rombongan perdagangan Malaysia menyertai Ekspo Perdagangan Guangzhou di China. Perdana Menteri China ketika itu, Zhou Enlai, dan Naib Perdana Menteri, Li Xiannian, telah mengadakan pertemuan dengan rombongan Malaysia itu. Pertemuan itu menandakan bahawa China telah mengubah pendirian dan mengiktiraf kedudukan Malaysia sebagai negara yang berdaulat. Sebagai lanjutan pertemuan itu, China menghantar rombongan pertama ke Malaysia pada bulan Ogos 1971. Rombongan itu mewakili Persatuan Penggalakan Perdagangan Antarabangsa China.

Dalam lawatan rombongan China tersebut, kedua-dua pihak telah menandatangani beberapa perjanjian perdagangan dua hala. Lawatan tersebut memainkan peranan besar dalam mendorong proses penjalinan hubungan diplomatik China–Malaysia. Ketika Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu yang diadakan pada bulan Oktober tahun itu, Malaysia menyokong pemulihan kerusi Republik Rakyat China dalam organisasi tersebut.

Dalam sejarah diplomatik China, tindakan yang disebut sebagai “diplomasi pingpong” sangat terkenal dengan peranan pentingnya dalam usaha menjalin hubungan diplomatik China–Amerika Syarikat . Sebenarnya, diplomasi pingpong juga pernah memainkan peranan penting dalam penjalinan hubungan diplomatik China–Malaysia. Pada tahun 1971, Pengerusi Persatuan Pingpong Malaysia, yang juga rakan baik Abdul Razak, Tan Sri Michael Chen Wing Sum, mengetuai pasukan pingpong Malaysia menyertai Kejohanan Pingpong Asia, Afrika, dan Amerika Latin yang diadakan di Beijing. Beliau mengambil peluang menyampaikan surat Perdana Menteri Malaysia itu, yang ditulis atas nama Pengerusi Majlis Olimpik Malaysia, kepada Zhou Enlai.
Diplomasi pingpong bukan sahaja meningkatkan hubungan antara rakyat kedua-dua buah negara, malah terus mendorong proses jalinan hubungan diplomatik China–Malaysia. Bermula pada bulan Jun tahun itu, rundingan bagi menjalin hubungan diplomatik antara China dengan Malaysia diadakan di New York. Sebagai hasilnya, beberapa persetujuan besar berjaya dicapai.

DIPLOMASI DARI PERSPEKTIF ISLAM

Apabila kami menyelak helaian-helaian karya sejarawan terkenal di timur atau barat, Rasulullah SAW juga menzahirkan diri Baginda dan bertindak dengan fungsi atau metod diplomat. Kita lihat sahaja cara fikir dan tindakan Baginda Nabi mengutus surat kepada ketua-ketua kabilah, malah kepada maharaja-maharaja kuasa besar dunia ketika itu. Antaranya Hercules di Rom, Najasyi di Ethiopia serta kepada Khosrau. Banyak buku-buku yang mengupas perihal ini antaranya Fiqh al-Da’wah fi Rasa’il al-Rasul ila al-Muluk wa al-‘Umara’ tulisan ‘Ali bin Hafiz al-Wadi’i.

Selain itu bagi menyelesaikan konflik atau perang saudara antara ‘Aus dan Khazraj, Baginda menggubal Perlembagaan Madinah seretusnya menjadi serampang dua mata bagi pembentukan negara Madinah al-Munawwarah yang makmur, manifestasi dari firman-Nya, baldatun tayyibatun wa rabbu ghafur (Negara yang baik dan Tuhan yang Maha Pengampun). Dengan kebijaksanaan Baginda, dimensi perpaduan sosial dapat ditangani seterusnya mampu mencipta momentum kemajuan dan menjadi pemangkin perubahan-perubahan signifikan kepada negara.

Baginda juga pernah mengepalai Bai’ah al-‘Aqabah yang juga disebut Bai’ah ar-Ridhwan yang menzahirkan kebijakan diplomasi dan meletakkan Muslim sebagai satu blok sosial yang memiliki kuasa tawar-menawar (bargain power). Inilah jati diri seorang Muslim. Keperluan untuk kita memahami konsep tunduk dan berserah kepada-Nya, mendidik untuk tidak sentiasa harus tunduk, rela dan berserah kepada selain daripada-Nya.

KONSEP DIPLOMASI YANG HARUS DIFAHAMI OLEH MUSLIM

Islam menghargai persahabatan dan diplomasi terbuka dimana rakyat kedua-dua pihak mengetahui butir-butir persetujuan yang dicapai bersama oleh pemimpin-pemimpin mereka walau bagaimana sekali pun senario bilik perbincangannya. Sejajar dengan semangat transparency dan integriti tinggi yang dipegang oleh umat Islam, kita percaya kepada kebaikan itu datangnya bersama dengan keharmonian perbincangan. Ia dapat diperoleh dengan membina hubungan erat, berbincang untuk kebaikan bersama dan common interest atau common ground, selesaikan pertikaian dengan keadaan situasi menang-menang, menjadi mediator bagi pihak yang berkonflik serta konsisten menunjukkan prestasi terbaik tanpa melupakan tugas menyampaikan risalah as-salam ke seluruh ceruk dunia.

Asasnya, mendoakan kebaikan untuk non Muslim seperti mendapat kesejahteraan kesihatan, anak, harta adalah dibolehkan selagimana non Muslim tersebut bukan dari kalangan mereka yang bermusuh dengan Islam. Allah SWT berfirman:

لَّا يَنْهَاكُمُ اللَّـهُ عَنِ الَّذِينَ لَمْ يُقَاتِلُوكُمْ فِي الدِّينِ وَلَمْ يُخْرِجُوكُم مِّن دِيَارِكُمْ أَن تَبَرُّوهُمْ وَتُقْسِطُوا إِلَيْهِمْ ۚ إِنَّ اللَّـهَ يُحِبُّ الْمُقْسِطِينَ ﴿٨﴾ إِنَّمَا يَنْهَاكُمُ اللَّـهُ عَنِ الَّذِينَ قَاتَلُوكُمْ فِي الدِّينِ وَأَخْرَجُوكُم مِّن دِيَارِكُمْ وَظَاهَرُوا عَلَىٰ إِخْرَاجِكُمْ أَن تَوَلَّوْهُمْ ۚ وَمَن يَتَوَلَّهُمْ فَأُولَـٰئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ
Maksudnya: Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana ugama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil. (8) Sesungguhnya Allah hanyalah melarang kamu daripada menjadikan teman rapat orang-orang yang memerangi kamu kerana ugama (kamu), dan mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu, serta membantu (orang lain) untuk mengusir kamu. Dan (ingatlah), sesiapa yang menjadikan mereka teman rapat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim. Surah al-Mumtahanah (8-9)

Ibn Kathir berkata: Maksudnya, Allah SWT tidak melarang kamu berbuat baik kepada orang-orang kafir yang tidak memerangi kamu kerana agama, seperti kaum wanita dan orang-orang yang lemah di antara mereka. Allah hanya melarang kamu bersahabat dengan orang-orang yang telah melancarkan permusuhan terhadap kamu, kemudian mereka memerangi dan mengusir kamu dan membantu mengusir kamu. (Lihat Tafsir al-Qur’an al-Azim, 8/135)

Nabi SAW menyuruh agar kita membalas kepada pelaku kebaikan dengan ucapan yang baik. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Usamah bin Zaid R.A, Rasulullah SAW bersabda:

مَنْ صُنِعَ إِلَيْهِ مَعْرُوفٌ فَقَالَ لِفَاعِلِهِ (جَزَاكَ اللَّهُ خَيْرًا) فَقَدْ أَبْلَغَ فِي الثَّنَاءِ

Maksudnya: “Sesiapa yang dilakukan padanya kebaikan, lalu dia berkata kepada orang tersebut: “Jazakallah khairan (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan), maka sesungguhnya dia telah benar-benar meninggikan pujian.”
Riwayat al-Nasa’ie (9937) dan al-Tirmizi (2035)

Imam al-Munawi berkata: Doa yang disebutkan di dalam hadis di atas hanya untuk seorang Muslim. Adapun sekiranya jika seorang bukan Muslim berbuat kebaikan kepada seorang Muslim, maka doakanlah agar dia mendapat harta, anak, kesihatan dan ‘afiyah. (Lihat Faidh al-Qadir oleh al-Munawi, 1/526)

Dalam konteks kita hari ini pula, saya berkeyakinan bahawa kita memahami aspirasi negara untuk menjadi sparring partner kepada kuasa besar dunia. Sudah pastinya jalan itu tidak mudah tetapi menjadi tidak mustahil sekiranya kita itqan dalam bekerja, istiqamah dan result driven serta mengutamakan merit dalam apa jua kerja buat. Untuk menjadi kawan kepada nama besar perlu kita meletakkan diri kitasetara dengan mereka. Setiap kebaikan mereka kita balas dengan kebaikan juga. Dan inilah kesimpulan saya untuk tulisan kali ini.

Kita sedang memasuki gerbang episod baharu dalam istilah diplomatik; iaitu Diplomasi Kesihatan Global (Global Health Diplomacy) yang harus dijuarai oleh masyarakat Muslim seluruh dunia. Kita bantu jika mereka perlu, dan kita terima apabila mereka beri bersama ucapan terima kasih.

Semoga bermanfaat kepada rakyat Malaysia.

https://web.facebook.com/drzulkiflialbakri/posts/3226452874085159?__tn__=K-R

BSH 2020 fasa pertama dibayar 20 Januari – Tahniah PH & Lim Guan Eng.

MGF30122019_LIM-GUAN-ENG-LIFT12

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng

KUALA LUMPUR – Pembayaran fasa pertama Bantuan Sara Hidup (BSH) 2020 akan dilaksanakan mulai 20 Januari 2020 (Isnin) kepada penerima yang berdaftar (kategori isi rumah) di dalam pangkalan data BSH 2019 dengan pendapatan isi rumah RM4,000 dan ke bawah.

Menurut Menteri Kewangan Lim Guan Eng, pembayaran tersebut melibatkan peruntukan sebanyak RM1 bilion dan dimanfaatkan hampir 3.8 juta penerima.

Pembayaran fasa pertama sebanyak RM300 bagi setiap isi rumah akan dikreditkan terus ke akaun bank masing-masing menggunakan maklumat akaun bank semasa BSH 2019.

Penerima BSH di kawasan pedalaman (kategori isi rumah) yang mempunyai akaun bank akan turut menerima pembayaran ini pada tarikh yang sama, manakala bagi penerima pedalaman yang tiada akaun pula akan dibuat mulai 1 Februari 2020 secara tunai.

“Bagi memastikan program BSH 2020 disasarkan kepada mereka yang benar-benar layak, tempoh permohonan dan pengemaskinian akan dibuka mulai 1 Februari 2020 hingga 15 Mac 2020.

“Selain daripada kategori isi rumah, permohonan untuk BSH 2020 juga dibuka bagi kategori bujang berumur 40 tahun dan ke atas seperti yang diumumkan dalam Ucapan Belanjawan 2020. Pemohon tidak perlu membuat permohonan baharu/kemaskini sekiranya:

  1. Permohonan BSH 2019 yang lulus dan tiada sebarang perubahan maklumat; dan
  2. Pemohon Orang Kurang Upaya (OKU) yang tersenarai sebagai penerima e-Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Walau bagaimanapun, pemohon perlu membuat permohonan baharu/ kemaskini sekiranya:

  1. Pemohon yang   belum   membuat    pendaftaran   Permohonan   BSH (Kategori Baharu);
  2. Permohonan BSH 2019 yang tidak lulus dan menepati syarat kelayakan BSH 2020; dan
  • Permohonan OKU yang tidak tersenarai sebagai e-Bantuan JKM dan menepati syarat kelayakan BSH 2020,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Guan Eng, setelah pangkalan data BSH 2020 dikemaskini, baki pembayaran BSH 2020 bagi kategori isi rumah akan disalurkan pada fasa kedua dan ketiga manakala bagi kategori bujang dan OKU pula akan disalurkan secara one-off pada fasa kedua.

Dengan adanya proses permohonan dan pengemaskinian ini, sebahagian daripada kalangan yang tidak lulus dan belum menerima BSH masih diberi ruang untuk mengemukakan permohonan untuk dibuat verifikasi semula.

Sebarang pertanyaan lanjut, boleh menghubungi talian bebas tol 1800-88-2747 serta emel kepada bsh@treasury.gov.my.-  MalaysiaGazette

BSH 2020 fasa pertama dibayar 20 Januari

Kerajaan PH Berbekalkan RM450 Juta Mampu Mengharungi 5 Bulan Yang Amat Mencabar – Lim Guan Eng (Menteri Kewangan Terbaik).

ANTARA KEJAYAAN KERAJAAN DI BAWAH PH YANG BARU BERUSIA LEBIH SETAHUN MENTADBIR

1. JAKIM terus diperkasakan. (PAS UMNO kata JAKIM nak dimansuh)

2. Pusat Tahfiz diperkasakan melalui Dasar Tahfiz Negara. (PAS UMNO kata kerajaan nak tutup tahfiz)

3. 5000 guru KAFA bakal diserap ke jawatan tetap. (PAS UMNO kata Islam terancam)

4. Tabung Kebajikan Guru Kafa dilancarkan berjumlah RM 2.6 juta (PAS UMNO kata Islam makin ditekan)

5. Tabung Haji berjaya menambah jumlah deposit baharu hampir RM 1 billion. (PAS UMNO kata TH dikuasai bukan Islam)

6. Kuota jemaah haji bertambah dan kouta bagi menteri dimansuhkan. (PAS UMNO kata kuota makin terancam)

7. Kompleks Nasyrul Quran terima peruntukan RM 5 juta (PAS UMNO kata Islam terus terancam)

8. Masjid RAHMAH diperkenalkan. (PAS UMNO rilek je guna masjid untuk kutuk kerajaan)

9. Hari Jumaat adalah hari tulisan Jawi. (PAS UMNO kata tulisan Jawi terancam)

10. Harga petrol Ron95 tetap RM 2.08 sahaja dan kerajaan belanjakan RM4.89 bilion untuk beri subsidi petrol 11 bulan pertama kepada rakyat dan subsidi ini diteruskan. (PAS UMNO kata harga petrol makin tinggi)

11. Harga kenderaan/motosikal telah turun apabila GST dimansuhkan. (PAS UMNO kata kereta motor makin mahal)

12. Sarapan pagi untuk semua pelajar sekolah rendah bakal dilaksanakan. (PAS UMNO diam tak kata apa)

13. Program Food Bank Siswa bakal diperluaskan ke IPTS, IPG & Politeknik. (PAS UMNO kata mahasiswa mahasiswi makin tertekan)

14. Senarai hitam peminjam PTPTN dimansuhkan dan peminjam bakal dibantu mencari pekerjaan (PAS UMNO kata kenapa tak mansuh?. Yang janji nak mansuh tu dalam manifesto PAS)

15. Kes rasuah & penyelewengan oleh pemimpin BN, pegawai berpangkat besar terus disiasat dan dibicara. (PAS UMNO asyik kata bila nak jatuh hukum)

16. Hutang 1MDB terus dibayar oleh kerajaan walaupun sumber kewangan negara terhad. ( PAS UMNO kata dah jadi kerajaan, bayar je lah)

17. Kerajaan terpaksa membayar ‘bunga’ pinjaman sahaja mencecah RM 9 billion. (PAS UMNO ketawa berdekah-dekah)

18. Tol bakal dikurangkan berperingkat-peringkat dan pemansuhan akan dilaksanakan bila tiba masanya. (PAS UMNO tak percaya)
19. Kerajaan pusat membayar wang royalti kepada Kerajaan Negeri Terengganu lebih RM 1 billion. (PAS UMNO kata BN lebih baik daripada PH)

20. Kerajaan mengambil tindakan tegas dan pantas bagi penghina agama di media sosial. (PAS UMNO kata kerajaan diam tak buat apa)

21. Zakir Naik kekal tinggal dalam negara. ( PAS UMNO terus kata Zakir Naik akan dihalau? Pas halang Ustaz Nik Omar berceramah dan jadi imam tu boleh pulak)

22. Tiada layanan VVIP buat menteri kerajaan PH bagi setiap majlis dan penerbangan domestik/luar negara. ( PAS UMNO kata BN dulu lagi bagus)

23. SPRM, PDRM & KASTAM semakin aktif menjalankan tugas tanpa memilih bulu dan tanpa campur tangan kerajaan. (PAS UMNO kata zaman BN dulu lagi bagus)

24. Bantuan rakyat terus diperkasakan seperti BSH, MySalam, iSuri (PAS UMNO kata bantuan akan dimansuhkan)

25. Harga barangan semakin turun. (PAS UMNO kata zaman BN dulu lagi murah, ayam RM 1 jer)

26. Harga pakej internet diturunkan. (PAS UMNO makin ligat guna internet fitnah kerajaan)

27. Kerajaan baharu menjangkakan lebih RM26 billion wang 1MDB dapat dibawa kembali ke Malaysia. (PAS kata BN tak salah)

28. Rakyat diberikan kebebasan bersuara dan berhimpun secara aman. ( kakitangan awam pro UMNO PAS makin berani menghentam dan mencaci kerajaan di media sosial. Zaman BN dulu berani ke)

29. Pemimpin pembangkang diberi liputan dan ruang ke udara dalam tv & radio. ( PAS UMNO kata zaman BN dulu lagi baik)

30. Projek berskala besar di negeri pembangkang dilaksanakan. ( PAS UMNO kata PH zalim)

….bersambung.

Kalau tanya PAS UMNO, manifesto di negeri mereka sendiri pun masih hancing lagi 😂.

KERAJAAN INI BARU BERUSIA LEBIH SETAHUN, BUKAN MUDAH NAK MEMBINA SEMULA NEGARA DENGAN BERBEKALKAN WANG RM 450 JUTA YANG DITINGGALKAN OLEH KERAJAAN TERDAHULU.

https://www.google.com/…/harungi-5-bulan-mencabar-berbe…/amp )

KUALA LUMPUR: Kerajaan berjaya penuhi semua komitmen kewangan bulanan khususnya pembayaran gaji dan pencen penjawat awam, termasuk pemberian bonus berjumlah RM8 bilion meskipun pentadbiran terdahulu hanya meninggalkan ‘sisa wang’ bernilai RM450 juta.

Guan Eng ingatkan ahli DAP jangan buang masa persoal isu peralihan PM

 

Setiusaha Agung DAP Lim Guan Eng mengingatkan agar ahli-ahli partinya tidak membuang masa mempersoalkan isu peralihan kuasa perdana menteri.

Jelas Lim, tiada pihak yang seharusnya mempersoalkan peralihan jawatan perdana menteri dari Dr Mahathir Mohamad kepada presiden PKR, Anwar Ibrahim kerana ia kemungkinan akan berlaku selepas Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) 2020 yang akan berlangsung pada Nov tahun depan.

“Jangan buang masa mempersoalkan peralihan kuasa ini, dan jangan biarkan ada mana-mana pihak yang masih mempersoalkannya kerana ia mungkin akan berlaku selepas APEC 2020,” kata Lim kepada 372 perwakilan dalam konvensyen hari ini.

Meskipun Dr Mahathir dan Anwar berulang kali memberi keyakinan peralihan kuasa itu akan berlaku seperti yang dipersetujui PH sebelum pilihan raya umum (PRU) ke-14, belum ada tarikh tepat dinyatakan.

Bagaimanapun, pada 11 Nov lalu, Dr Mahathir dipetik Reuters sebagai berkata bahawa beliau akan menyerahkan jawatan kepada Anwar selepas APEC 2020 yang akan diadakan di negara ini pada Nov tahun depan.

Sementara itu, Lim juga mengingatkan ahli parti agar tidak membuang masa mengenai masalah dalaman di khalayak ramai.

“Perselisihan dalaman perlu dibincangkan di belakang pintu tertutup, apa yang berlaku kepada rakan gabungan mempengaruhi pihak lain di PH juga,” katanya.

Lim juga mengambil kesempatan untuk mengingatkan kesetiaan dan pengorbanan para pemimpin veteran parti.

Kata Lim, ramai pemimpin DAP telah dipenjarakan kerana berpegang pada prinsip mereka.

“Jangan lupa pengorbanan pemimpin veteran kita. Sebagai contoh, pemimpin kanan Lim Kit Siang, yang menolak jawatan menteri dan kekal sebagai ahli parlimen.

“Ia menunjukkan anda boleh menyumbang kepada parti dan negara tanpa memegang sebarang jawatan dalam kerajaan,” kata Lim yang juga ahli parlimen Bagan.

Ketika ditemui selepas itu, Lim berkata beliau tidak berniat untuk campur tangan dalam politik PKR dengan menyentuh mengenai topik peralihan.

“Saya tidak memilih sebarang pihak tetapi kita perlu memastikan peralihan kuasa dilaksanakan dengan lancar,” kata Lim kepada Malaysiakini.

“Peralihan kuasa yang lancar adalah perlu bagi Malaysia untuk mengekalkan kestabilannya supaya kita boleh menghadapi pilihan raya seterusnya dengan lebih yakin,” tambah Lim.

Anggota parti komponen Pakatan Harapan lain yang menghadiri konvensyen itu ialah Timbalan Menteri Pelancongan dan Pengerusi PKR Pulau Pinang Muhammad Bakhtiar Wan Chik, Speaker Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang Choo Kiang, Pengerusi Amanah negeri Roslan Ahmad dan Setiausaha Bersatu negeri Azahari Haris.

 

https://m.malaysiakini.com/news/503691?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook&fbclid=IwAR2x7LOJJp4eidSDCy_r5zKTUtHNqzwoYDxN0aCqpgq4WlPtesl173pHy_Y

“Jangan buang masa mempersoalkan peralihan kuasa ini, dan jangan biarkan ada mana-mana pihak yang masih mempersoalkannya kerana ia mungkin akan berlaku selepas APEC 2020”.

 

2 Kali Emergency Fund Untuk Gaji Bayar Gaji Kakitangan Tetapi Ulamak Pas Kelantan Masih Sempat Melancong Ke Norway Dan Jepun.

Image may contain: 3 people, people sitting, child, text and indoor

Screenshot_2019-11-30-08-28-03-48Screenshot_2019-11-30-08-27-55-87

Kerajaan kelantan tu kerajaan walaun’s.. Cara pengurusan kewangan tahap budak Pasti je.. Tak ada yang cerdik pun.. Yb² duk sibuk berjoli tukar kereta mewah.. Itulah cara depa perjuangankan syiar islam..