Sejarah Membuktikan Kebiadaban Takiyuddin Hassan (Pas) Tidak Berakal

 

Baru- baru ini ramai pihak tidak berpuas hati termasuk pimpinan Pakatan Harapan susulan kenyataan setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan sebelum ini mempersoalkan sama ada rakyat mahu seorang bekas banduan seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai bakal perdana menteri.

Sumber:The Straits Times

Kata Takiyuddin, tindakannya menggelarkan Presiden PKR itu sebagai bekas banduan adalah fakta.

Jelas Takiyuddin, pensabitan kesalahan ke atas Anwar dibuat oleh Mahkamah Persekutuan dan tidak lagi boleh dipersoalkan.

Beliau telah merujuk kepada keputusan Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan bagi membatalkan keputusan tidak bersalah Anwar dalam kes liwat II oleh Mahkamah Tinggi.

Sumber:Malaysiakini

 

Pertahan Kenyataan Dan Tidak Mahu Mohon Maaf

Takiyuddin berkata, tiada keperluan untuk beliau memohon maaf seperti yang disarankan oleh beberapa pihak.

Malah, beliau menyarankan untuk mereka ini menyemak semula fakta kes mahkamah yang melibatkan Anwar.

Mungkin apa yang diperkatakan pemimpin Pas itu ada betulnya, namun sikap beliau mengaibkan Anwar dalam kempen di Sandakan sebelum ini adalah melampau.

Menjatuhkan pihak lawan dengan mengaibkan mereka dengan kes yang umum tahu ia bersifat konspirasi politik ketika zaman pemerintahan Datuk Seri Najib Razak.

Perlekeh Pengampunan Diraja

Dalam pada masa sama, Menteri Kewangan Lim Guan Eng membidas kenyataan Takiyuddin dan menyifatkan pemimpin PAS itu telah memperlekeh pengampunan penuh yang diberikan kepada Anwar.

Sumber:thestar.com.my

Lim juga menyifatkan kenyataan Takiyuddin sebagai “melawan” keputusan Yang di-Pertuan Agong ketika itu, Sultan Muhammad V.

Ulas Lim, Pas hanya tahu mengaibkan dan menyebarkan fitnah seakan-akan Anwar bersalah sedangkan pengampunan itu telah membersihkan nama Anwar dari sabitan kes berkenaan.

Sumber:Malay Mail

Ketua Pemuda PKR, Akmal Nasir turut sependapat dengan Lim bahawa Takiyuddin memperlekeh perkenan Yang di-Pertuan Agong untuk mengurniakan pengampunan penuh kepada beliau.

Akmal menegaskan kenyataan Takiyuddin ternyata berniat jahat dengan sengaja untuk menimbulkan penghinaan terhadap Anwar.

Pas Cuba Tutup Kesalahan Najib

Timbalan Ketua Pemuda Amanah, Faiz Fadzil berkata, Pas tidak seharusnya membangkitkan isu ini kerana umum mengetahui bahawa Anwar dituduh dan dihukum atas campur tangan politik.

Sumber:PDO

Ulasnya, Anwar yang dituduh dan dihukum lima tahun penjara ini berlaku ketika pemerintahan kleptokrat Najib Razak yang telah dijatuhkan rakyat.

Dan jangan hanya kerana mahu membela Najib yang kini berhadapan puluhan kes penyelewengan dan korupsi, Pas sanggup berterusan menggadaikan prinsipnya membela kezaliman dengan membangkitkan isu Anwar sebagai banduan.

Sedangkan beliau telah diiktiraf undang-undang layak dipilih sebagai Perdana Menteri.

Nampaknya, cara Pas menjatuhkan lawannya sama seperti Umno.

 

Antara Pemimpin Negara Yang Pernah Dipenjarakan

1) Michelle Bachelet

Sumber:iluminasi.com

Presiden negara Chile dalam dua penggal – pada tahun 2006 hingga 2010 serta 2014 hingga 2018. Beliau menjadi individu pertama berjaya menjawat jawatan Presiden Chile untuk dua penggal.

Bachelet dan ibunya ditangkap dan diseksa pada awal bulan Januari 1975, ekoran hubungan mereka dengan mendiang ayahnya yang didakwa melakukan pemberontakan terhadap kerajaan Chile.

2) Vaclav Havel

Sumber:iluminasi.com

Pernah menyertai pemberontakan yang digelarkan Prague Spring pada tahun 1968, dalam usaha membebaskan negara mereka Czechoslovakia daripada terus didominasi Kesatuan Soviet.

Hasil penulisan serta aktiviti beliau sebagai aktivis membuatkan Havel dianggap sebagai musuh kerajaan. Dia dipenjarakan selama 4 tahun setengah atas tuduhan terlibat dengan gerakan subversif mahu menggulingkan kerajaan yang sah.

Havel dibebaskan pada tahun 1983 sebelum kembali pada ke penjara pada bulan Januari 1989 selama 9 bulan, atas tuduhan cuba menimbulkan kekacauan namun beliau bebas pada bulan Mei tahun yang sama, selepas protes besar-besar menuntut pembebasan beliau berlaku.

3) Nelson Mandela

Sumber:iluminasi.com

Presiden pertama Afrika Selatan pada tahun 1994 sehinggalah tahun 1999. Terkenal sebagai individu yang berjaya menghapuskan sistem apartheid di negara mereka, kisah Mandela memang dipenuh dengan penjara.

Mandela ditangkap buat pertama kali pada Disember 1956 atas dakwaan cubaan khianat bersama 156 aktivis lain dan dibicarakan tanpa berjaya dibuktikan bersalah, sebelum dibebaskan daripada tuduhan pada tahun 1961.

 

Sejarah Banduan menjadi pemimpin negara…
1. NECMETTIN ERBAKAN
1980 – Dipenjara
1996 – Perdana Menteri Turki
2. RECCIP TAYEB ERDOGAN
1997 – Dipenjara
2003 – Perdana Menteri Turki
2014 – Presiden Turki
3. ISMAIL HANIYEH
1989 – Dipenjara
2006 – Perdana Menteri Palestin
4. SUKARNO
1929 – Dipenjara
1945 – Presiden Indonesia
5. NELSON MANDELA
1964 – Dipenjara selama 27 tahu, tahanan politik dunia paling lama
1996 – Presiden Afrika Selatan
6. AUNG SAN SUU Kyi (wanita)
1988 – Dipenjara
1996 – Perdana Menteri Burma
7. JAWAHARLAL NEHRU
1921 – Dipenjara
1947 – Perdana Menteri India
8. BENAZIR BHUTTO (Wanita)
1977 – Dipenjara
1993 – Perdana Menteri Pakistan
9. FIDEL CASTRO
1953 – Dipenjara
1976 – Presiden Cuba
10. MICHELLE BACHELET (Wanita)
1975 – dipenjara
2006 – Presiden Chile
11. LULU DA SILVA
1980 – Dipenjara
2002 – Presiden Brazil
12. DILMA Rousseff (Wanita)
1979 – Dipenjara
2010 – Presiden Brazil
13. HUGO CHAVEZ
1992 – Dipenjara
1998 – Presiden Venezuela
14. JOSE PEPE MUJICA
1970 – Dipenjara
2009 – Presiden Uruguay
15. EVO ORTEGA
1994 – Dipenjara
2006 – Presiden Bolivia
16. VACLAV HAVEL
1979 – Dipenjara
1993 – Presiden Chehzolavakia
17. HO CHI MINH
1926 – Dipenjara
1945 – Presiden Vietnam Selatan

Umnopas semakin meroyan apabila tidak berjaya melaga-lagakan Tun M Dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim . Mereka Ingin PH terkubur sebelum mencapai usia setahun, kini mereka boleh bayangkan mereka sendiri yang akan terkubur. Berbekal pengalaman terbaik Tun M di masa pemerintahan beliau yang lalu, kini Tun M  telah berjaya menyediakan kemudahan terbaik kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim memimpin negara Malaysia ke arah negara maju.

Dengan Izin Allah SWT, dengan sokongan padu rakyat Malaysia dan dengan berbekalkan Pengalaman Yang Amat Berharga yang dianugerahkan oleh Allah SWT kepada Tun M, maka Malaysia Baru Mampu Menggalas Amanah Yang Diberikan Oleh Rakyat. Terima Kasih Ya Allah Diatas Pertolongan Mu  Dan  Tahniah Tun M kerana sanggup menyelamatkan Malaysia dari menjadi negara yang muflis  angkara najib dan rosmah yang mempertuhankan hawa nafsu semata-mata.