Design a site like this with WordPress.com
Mulakan

Ulamak Pas Kelantan Tidak Pandai Tadbir Negeri.

Image may contain: 2 people, including Khairuddin Abdulaziz, people smiling

Screenshot_2019-11-30-08-28-03-48Screenshot_2019-11-30-08-27-55-87

Biar rakyat papa kedana asalkan pemimpin bergaya.

Image may contain: 11 people, people smiling, text

Mana-mana walaun teringin nak jadi orang besar hanya kena belajar jadi muka tebal untuk minta sedekah dengan Lim Guan Eng.

Pelajar Tahfiz Memecahkan Kerusi Di Sekolah Agama

Si Budak Lebai lahir pada tahun 2004 dan 2005 gangsterisme dengan memecahkan kerusi di sekolah agama.Murtad betul dan jijik Kelantan Darul Naim.Sekolah agama jaguh dirosakkan oleh budak sebegini rupa-rupanya Melayu Kelantan buat hal aspeknya tiada sejagat buat gangsterisme tanpa pelihara akhlaknya ganas dan riak

Tangkap layar video yang memaparkan tindakan pelajar merosakkan harta benda sekolah.
Pelajar pecah kerusi sekolah hingga hancur

KELANTAN DARUL NAIM, SEMENANJUNG MALAYSIA PANTAI TIMUR – Satu rakaman video yang memaparkan sekumpulan pelajar bertindak liar merosakkan harta benda sekolah menerima kecaman dan pelbagai reaksi daripada netizen.

Lebih menyedihkan perkara tersebut dipercayai dilakukan pelajar sekolah tahfiz di negeri ini berdasarkan loghat percakapan mereka di dalam video yang tular di media sosial.

Video yang dikongsi Mohd Desa Ahmed di akaun Facebooknya menunjukkan tiga orang pelajar memecahkan beberapa kerusi sehingga hancur di dalam sebuah kelas di sekolah terbabit.

Perkongsian Mohd Desa kini telah mendapat lebih 282,000 tontonan dan dikongsi 8,800 kali.
Perkongsian Mohd Desa kini telah mendapat lebih 282,000 tontonan dan dikongsi 8,800 kali.

Mohd Desa juga turut memuat naik hantaran yang mengharapkan pihak sekolah dan pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap pelajar tersebut.

“Semalam Khamis adalah hari terakhir sekolah yang bercuti hari Jumaat. Bersemangat pelajar-pelajar yang berkopiah putih atas kepala membuat kerja.

“Nak kata salah siapa… ibu bapa atau guru yang mengajar mereka. Tak cukupkah lagi seketika dulu kisah budak perempuan Melayu yang pijak al-Quran. PDRM boleh ambil tindakan kerana merosakkan harta awam,” tulisnya.

Video berdurasi 14 saat itu kini tular di Facebook telah meraih sebanyak 282,000 tontonan dan 8,800 perkongsian.

Rata-rata netizen mengutuk tindakan biadab yang dilakukan pelajar tersebut kerana telah memalukan dan mencemarkan imej pelajar tahfiz serta agama Islam.

Antara reaksi netizen yang mengutuk tindakan biadab dilakukan pelajar tersebut.
Antara reaksi netizen yang mengutuk tindakan biadab dilakukan pelajar tersebut.

“Yang penting kutip anak kurang ajar masuk lokap untuk siasatan, kenapa mereka bersikap biadab merosakkan harta benda sekolah. Panggil ibu bapa mereka, doakan mereka sedar dan taubat. Cari punca apa sebab mereka bertindak ganas luar dari norma nilai Islam,” luah Sazali Safari di Facebook.

Mohd Nor Khairi Othman pula menulis, “Bukti dah ada, ambil tindakan terus sahaja, kecil-kecil dah ada sifat buruk. Kalau tak diambil tindakan pembetulan akan lebih teruk akhlaknya di masa hadapan.”

https://youtu.be/Unlx9vgzETA

(Viralkan negeri PAS Kelantan Darul Naim ditadbir sebegini walaupun Pak Cik Nik Aziz Nik Mat tadbir PAS dan Kelantan Darul Naim walaupun kita budak lelaki lahir pada tahun 1980-1999 tak sebegini ganas sekarang Kelantan Darul Naim lebih teruk dibandingkan sebelum ini)

Muslihat bekas pengarah Kastam terbongkar

SELAMA setahun seorang bekas pengarah kastam mengerahkan pasukan penguatkuasaannya memburu sindiket penyeludupan, namun beliau memastikan mereka tidak menghidu sindiketnya sendiri.

Muslihat pegawai kanan Jabatan Kastam Diraja Malaysia itu, yang dipercayai sudah mengaut jutaan ringgit daripada kegiatan seludup arak rokok, terbongkar sehingga membawa kepada penangkapannya hujung minggu lalu.

Sumber memberitahu The Malaysian Insight bahawa sejak setahun lalu bekas pengarah kastam negeri itu menyalurkan maklumat mengenai kegiatan penyeludupan sindiket lain sebagai helah menutup belangnya sendiri.

Bekas pengarah itu menubuhkan sebuah badan masyarakat selepas beliau bersara pada November tahun lalu dengan matlamat membantu pihak berkuasa menangani aktiviti penyeludupan rentas sempatan.

“Bagaimanapun, ia serampang dua mata apabila maklumat mengenai sindiket lain disalurkan kepada pihak berkuasa sementara sindiket yang didalanginya bebas beraksi kerana mampu membaca gerak geri penguatkuasa di sempadan.

“Kedudukannya sebagai bekas pengarah negeri membuatkan orang ramai yakin dan percaya untuk salurkan maklumat mengenai aktiviti penyeludupan di sempadan.

“Apa yang dia tidak tahu, sindiketnya juga diperhatikan oleh pihak berkuasa,” kata sumber kepada The Malaysian Insight.

The Malaysian Insight difahamkan sindiket bekas pengarah kastam ini beroperasi dengan lancar menyeludup arak dan rokok kerana mempunyai maklumat dalaman.

“Pengalamannya bekerja di negeri juga membantu sindiket yang didalanginya senang keluar masuk menyeludup barangan terlarang dari negara jiran,” tambah sumber.

Bekas pengarah kastam itu ditahan bersama dua lagi suspek iaitu pengarah syarikat swasta yang sudah lama dikehendaki pihak berkuasa kerana mendalangi banyak aktiviti penyeludupan.

“Mereka kebal selama ini kerana mempunyai pengaruh malah terkenal sebagai raja penyeludup rokok dan arak tiruan.

“Mereka turut mendalangi sewa lesen import secara haram kepada sindiket menyeludup arak dan rokok tiruan.

“Mereka mengeluarkan setem kastam tiruan dan menyalahgunakan lesen import yang dikeluarkan agensi cukai itu untuk aktiviti haram,” katanya.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia pada Ahad mengumumkan ketiga-tiga mereka ditahan pada Sabtu dan dibenarkan untuk ditahan reman selama lima hari bermula Ahad oleh Mahkamah Majistret Kota Bharu.

Bekas Pengarah Kastam itu ditahan ketika memberikan keterangan di pejabat SPRM di Kelantan sementara dua pengarah itu ditahan di sebuah hotel di Genting Highlands.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) juga mendapat perintah untuk membekukan akaun suspek serta beberapa individu lain yang disyaki terlibat.

“Keseluruhannya, akaun 20 individu dan empat entiti dibekukan,” kata Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya dalam satu kenyataan.

Sebelum ini, The Malaysian Insight melaporkan satu sindiket tempatan dikesan mendalangi pengeluaran lesen haram kepada pengimport arak dan rokok untuk membawa masuk bahan kawalan itu.

Sindiket yang aktif di Kuala Lumpur dan Selangor itu mengeluarkan lebih 10 lesen sejak awal tahun ini dengan mengaut antara RM100,000 hingga RM200,000 untuk setiap lesen.

The Malaysian Insight sebelum ini juga melaporkan agensi anti rasuah mula menyiasat beberapa pegawai tinggi kastam yang dipercayai terlibat dalam kes penyeludupan rokok dan minuman keras.

Siasatan itu turut melibatkan kegiatan enam buah syarikat yang didakwa menyalah guna lesen import yang dikeluarkan oleh kastam, yang membolehkan mereka membawa masuk rokok dan arak tanpa membayar cukai. Enam syarikat itu dalam pemantauan SPRM. – 2 Oktober, 2019.

https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/187125

https://web.facebook.com/MACCFORCE/posts/1110124879183005?__tn__=K-R

SELAMA setahun seorang bekas pengarah kastam mengerahkan pasukan penguatkuasaannya memburu sindiket penyeludupan, namun beliau memastikan mereka tidak menghidu sindiketnya sendiri.

Muslihat pegawai kanan Jabatan Kastam Diraja Malaysia itu, yang dipercayai sudah mengaut jutaan ringgit daripada kegiatan seludup arak rokok, terbongkar sehingga membawa kepada penangkapannya hujung minggu lalu.

https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/187125?fbclid=IwAR2gH_Zs_ywVn-5baUAAXEApsiiswoQA_uSD5Qi5zX7eerBF3sWKTMe5SY8