Design a site like this with WordPress.com
Mulakan

Abu Chin Peng: Pejabat Liew akan lapor polis artikel Raja Petra

1 UMNO HANCUR

1 ROSMAH

1 PENGKHIANAT

5 CHINA3 CHINA

PETALING JAYA: Pejabat Timbalan Menteri Pertahanan, Liew Chin Tong akan membuat laporan polis terhadap artikel penulis blog, Raja Petra Kamaruddin tentang abu mayat pemimpin komunis, Chin Peng.

Ia menepis artikel “The Fake Ashes of Chin Peng” bertarikh 3 Dis 2019 sebagai fitnah, mengatakan artikel itu mendakwa tindakan membawa masuk abu mayat bekas setiausaha agung Parti Komunis Malaya itu perancangan Liew.

“Timbalan menteri pertahanan tidak pernah membuat sebarang komen tentang perkara terbabit dan memandang serius tulisan fitnah Raja Petra,” katanya dalam kenyataan.

Ia juga meminta semua pihak bertenang dan tidak menyebarkan artikel tersebut.

Abu mayat Chin Peng menjadi perbualan selepas media melaporkan abu bekas setiausaha agung Parti Komunis Malaya itu dibawa masuk ke negara ini dan ditabur di laut berhampiran Lumut, Perak dan di banjaran Titiwangsa.

Pendedahannya pada 26 Nov lalu mengundang kemarahan beberapa pihak dan membawa kepada siasatan polis.

Trend isu komunis risaukan Muhyiddin Yassin

Trend isu komunis risaukan Muhyiddin Yassin

Polis diarah supaya segera menyelesaikan siasatan berhubung dakwaan pertemuan membabitkan bekas ahli Parti Komunis Malaya (PKM) di Kajang, kata Muhyiddin Yassin. – Gambar fail

PUTRAJAYA: Polis diarah supaya segera menyelesaikan siasatan berhubung dakwaan pertemuan membabitkan bekas ahli Parti Komunis Malaya (PKM) di Kajang, semalam.

Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, perkara yang dikhuatiri mengancam keamanan itu tidak boleh dibiarkan berlaku apatah lagi jika pertemuan itu cenderung untuk menghidupkan semula semangat komunisme di negara ini.

“Kita tidak boleh pandang ringan hal-hal sebegini. Negara kita sudah aman, jadi apa perlu hal sebegitu. Ini pandangan di peringkat awal tetapi yang penting jalankan siasat dahulu,” katanya pada sidang media selepas menghadiri sambutan Hari Imigresen 2019 di sini, hari ini.

Menurut laporan media, kira-kira 300 orang menghadiri perjumpaan yang dipercayai melibatkan bekas ahli PKM itu semalam, antara lain dikatakan bagi memperingati ulang tahun ke-30 Perjanjian Damai Hatyai yang ditandatangani antara kerajaan Malaysia dan PKM pada 2 Disember 1989.

Muhyiddin berkata, polis dan Cawangan Khas telah diarah membuat siasatan bagaimana perhimpunan itu diadakan, apakah ia memerlukan kelulusan pihak berkuasa atau adakah ia telah melanggar mana-mana undang-undang yang diperuntukkan di negara ini.

Menurutnya, siasatan itu juga menjurus kepada tujuan sebenar perhimpunan itu sama ada semata-mata untuk memperingati ulang tahun ke-30 Perjanjian Damai Hatyai seperti didakwa atau ia satu usaha untuk menghidupkan semula semangat komunisme lampau.

Ditanya sama ada bekas ahli PKM boleh melakukan pertemuan seperti itu, Muhyiddin berkata, sebagai sebuah negara yang merdeka perkara itu tidak boleh dihalang tetapi pihak berkenaan juga perlu memikirkan sama ada semangat sebegitu perlu dibangkitkan dalam situasi negara yang sudah aman.

Muhyiddin berkata, Kementerian Dalam Negeri memandang berat perkara seperti itu, apatah lagi keadaan ‘menimbulkan perasaan tidak baik dalam kalangan rakyat’ kebelakangan ini yang dianggap sebagai merisaukan.

“Saya sebagai rakyat biasa juga risau malah kadang-kadang lebih daripada risau, kenapa mutakhir ini ada trend-trend sebegitu timbul. Tetapi saya sebagai menteri yang bertanggungjawab, akan pastikan negara kekal aman,” katanya merujuk kepada tindakan pihak tertentu membawa pulang abu mayat bekas pemimpin PKM, Chin Peng ke Malaysia.  – BERNAMA

Pertemuan bekas anggota Parti Komunis Malaya hanya menimbulkan perasaan tidak baik dalam kalangan rakyat’
Polis Sedang jalankan siasatan.
Jika ada sebarang unsur Keganasan ,melanggar undang undang ,ancaman terhadap negara, atau unsur ideologi komunis akan dihidupkan kembali, Polis tidak akan teragak agak untuk mengambil tindakan tanpa mengira sesiapa .
#AWANInews #AWANI745