Design a site like this with WordPress.com
Mulakan

Umnopas Semakin Rasis Apabila Ketua Pemuda Pas Melaka Ahmad Bilal Raudin Cuba Menjadikan DAP Sebagai Bahan Provokasi Utama.

Ketua Pemuda Pas Melaka Ahmad Bilal Raudin digesa agar membuktikan dakwaan yang mengaitkan agenda DAP dalam pentadbiran kerajaan Negeri Melaka dengan fakta bukannya bermain dengan sentimen kebencian dan manipulasi isu perkauman mengenai Hospital Pakar Putra di negeri itu, kata Ahli Jawatankuasa DAPSY  Melaka Muhamad Danish Zainudin .

Beliau berkata, Kerajaan Pakatan Harapan (PH) melalui kesemua parti komponen khususnya DAP amat menyokong usaha untuk mengembalikan semula kewibawaan tadbir urus yang lebih bersih, cekap dan bermaruah untuk Melaka dan Malaysia yang lebih baik.

Hospital Putra Melaka: DAPSY tempelak Ahmad Bilal  manipulasi isu perkauman, sentimen kebencian
(Dari kiri) Muhammad Danish Zainuddin dan Ahmad Bilal Raudin

“Saya mencabar Ketua Pemuda Pas Melaka supaya tampil kedepan dan memberikan bukti dan fakta yang jelas terhadap kesemua tuduhan memandangkan tanggungjawab dan beban pembuktian terletak diatas bahu beliau.

“Usahlah bermain sentimen kebencian dan memanipulasi isu perkauman untuk menunjuk jaguh dalam membela nasib rakyat sebagaimana yang dilakukan oleh Umno dan BN sehingga ke hari ini.

“Ingin saya tegaskan disini bahawa Pakatan Harapan menjunjung tinggi konsep musyawarah dan segala keputusan yang diputuskan harus mendapat persetujuan daripada kesemua pimpinan kesemua parti komponen,” ujarnya dalam kenyataannya.

Muhammad Danish yang juga Exco Pemuda PH Melaka menegaskan sungguhpun DAP mendapat jumlah kerusi undi yang tinggi berbanding rakan komponen PH, namun atas dasar kesepakatan yang utuh dan erat, ujarnya DAP bersetuju memilih Pengerusi Pakatan Harapan Melaka iaitu Adly Zahari untuk memimpin kerajaan negeri Melaka pasca PRU-14.

“Saya amat kesal dengan tuduhan, fitnah dan hasutan yang dilakukan oleh Ketua Pemuda Pas berkaitan beberapa isu seperti pengiktirafan kerajaan negeri Melaka terhadap lepasan UEC, hal ehwal sumber manusia di Hospital Pakar Putra dan juga pemberian jawatan kepada kroni dan ahli keluarga.

“Saya yakin Ketua Pemuda PAS seorang yang cerdik dan cakna terhadap isu semasa.

“Adakah beliau tidak membaca dan peka terhadap pendirian kerajaan negeri bahawa pengiktirafan UEC ini diperakui selagi mana pembelajaran Bahasa Melayu tidak dipinggirkan atau diutamakan?

“Selain itu, segala tuduhan berkaitan Hospital Pakar Putra milik kerajaan negeri Melaka perlulah disokong dengan fakta yang jelas dan bukan hanya cakap kosong semata – mata.

“Berkenaan isu pelantikan kroni dan dan kaum keluarga pula, ingin saya jelaskan bahawa pelantikan – pelantikan yang dibuat adalah berdasarkan merit dan bukan pelantikan tangkap muat sahaja,” terangnya yang juga Setiausaha Politik kepada Adun Duyong.

Pada Rabu Ketua Pemuda DPP Negeri Melaka Ahmad Bilal Rahudin dalam kenyataannya di Harakahdaily.net dipetik berkata, DAP semakin ketara menyerlahkan watak Abang Besar dan selaku pihak yang sebenarnya ‘menguasai’ Kerajaan Negeri Melaka. Sekali gus bermakna Ketua Menteri, hanyalah semata-mata boneka menjadi ‘Pak Turut’ yang tunduk patuh melaksanakan agenda DAP.

Dakwa Ahmad Bilal lagi DAP dilihat sedang menguasai secara politik kedudukan di Hospital Pakar Putra milik salah satu GLC Kerajaan Negeri Melaka. Di mana kemasukan anggota DAP ke hospital ini adalah dengan menyingkirkan sama pengurusan tertinggi dari kalangan orang Melayu Islam.

Advertisements
No photo description available.

Umnopas Ke Arah Taliban-Memali Bukti Amat Nyata

1 perosak

*MAKIN MELAMPAU PEMIMPIN DAP APABILA MENGAITKAN INSIDEN CHRISTCHURCH DENGAN UMNO-PAS*
Makin kurang ajar dan melampau pimpinan DAP ni. Selepas Lim Gun Eng dan Nga Kor Ming membuat kenyataan rasis dan chauvinis, kali ini giliran YB Chew Chong Sin pula mengeluarkan kenyataan biadab dengan *mengaitkan insiden pembunuhan beramai-ramai umat Islam di dua Masjid di Christchurch New Zealand dengan permuafakatan UMNO-PAS*. Sedikitpun tidak sensitif dengan perasaan umat Islam yang sedang bersedih dan berduka-cita dengan kematian saudara-saudara seIslam di New Zealand. Bukannya mahu bersimpati tetapi *cuba memberi amaran seolah-olah insiden sama akan berulang di Malaysia jika permuafakatan UMNO dan PAS menjadi kenyataan dan didakwanya permufakatan ini hanya untuk memainkan sentimen Agama dan Bangsa.*
Apakah asas kenyataannya ini? Apakah selama 61 tahun UMNO mentadbir Malaysia, kaum dan agama lain dizalimi dan ditindas? Apakah kerajaan Pas yang memerintah hampir 30 tahun di Kelantan juga pernah menindas bukan Islam?
Nampaknya semakin hari semakin terserlah nilai pelampauan dan perkauman yang hakikatnya menjadi orientasi perjuangan DAP selama ini. Seharusnya rakyat berbilang Agama dan Bangsa wajar menolak parti rasis dan chauvinis DAP yang boleh menjadi punca persengketaan dan perselisihan agama dan kaum di negara ini.
*Dr Asyraf Wajdi Dusuki*
_Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia_ C&P.
*Sila Klik Link di Bawah*       Semoga Peristiwa Memali Tidak Berulang Kali Kedua Di Malaysia.