Design a site like this with WordPress.com
Mulakan

ZAHID BERI AMARAN KEPADA BANGKAI BERNYAWA.

MGF15082020_PRK-SLIM-37-681x453

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berucap ketika hadir untuk merasmikan Perlancaran Jentera Pemuda Barisan Nasional Negeri Perak sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) N58 Slim di Dewan Rajawali Felda Residence Trolak, Perak. foto MOHD ADZLAN, 15 OGOS 2020.

1 BANGKAI

1 RASUAH PDRM

SLIM RIVER – Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi amaran kepada Bersatu agar parti itu membuktikan kesetiaan dan kejujuran pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim pada 29 Ogos ini.

Presiden UMNO itu menegaskan inilah masanya Bersatu membalas balik jasa persahabatannya dengan memberi kira-kira 6,000 undi yang diterima pada Pilihan Raya Umum (PRU) ketika menggunakan logo PKR kepada calon BN.

Tambah beliau, jika gagal berbuat demikian, parti itu perlu bertanya apakah nilai persahabatan meteka kepada BN dan Muafakat Nasional (MN) selama ini.

“Betul kita sokong Perikatan Nasional (PN) tapi jangan jadi BN melukut di tepi gantang. Hendak berkawan biar sebenarnya dan hendak berkongsi

“Tidak ada agenda di belakang tabir dan kita tidak mahu BN dan MN digunakan hanya sebagai batu loncatan selama ini.

“Jangan main-main dengan BN dan MN serta jangan ingat bila ada cahaya di hujung terowong yang kerap bergerak, kita tidak mahu mahu mana-mana pihak terhegeh-hegeh.

“Bukti di Slim mereka jujur dan ikhlas,” katanya ketika berucap pada majlis Pelancaran Jentera Pemuda BN Perak di Felda Residence Trolak di sini hari ini.

Turut hadir, Pengerusi Pemuda Barisan Nasional, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid memberi jaminan tidak akan berlaku lagi budaya lompat parti di kalangan pemimpinnya pada masa akan datang.

“Tidak akan lompat kalau lompat kita cincang. Yang mana-mana yang lompat, kita minta mereka taubat.

“Kita tahu kemenangan di PRK Slim akan menjadi penanda aras PRU15 kerana saya telah memberi kuasa kepada Pemuda MN dan BN buka sahaja atas nama gerak gempur tetapi menjadi ejen mengundi.

“Kita ada di sini bukan kerana elaun, t-shirt dan penaja tetapi semangat Pemudan MN dan BN. Pastikan enam saluran di semua Pusat Daerah Mengundi tiada siapa (anak muda) yang tertinggal,” katanya.

PRK DUN Slim diadakan susulan kematian penyandangnya, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib, 59, pada 15 Julai lalu.

Allahyaram merupakan wakil rakyat kawasan itu sejak PRU11 pada 2004.

Pada PRU14, Khusairi memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) selepas menewaskan calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Pas dengan memperoleh majoriti 2,183 undi.

Slim adalah antara DUN dalam Parlimen Tanjung Malim selain Behrang dan Sungkai.

Seramai 23,094 pengundi layak menunaikan tanggungjawab masing-masing dalam PRK itu membabitkan 22,815 pengundi biasa, 277 pengundi awal dan dua pengundi tidak hadir luar negara.

SPR menetapkan PRK DUN Slim diadakan pada 29 Ogos ini dan pengundian awal pada 25 Ogos ini. – MalaysiaGazette

Amaran untuk Bersatu, buktikan kejujuran dan keikhlasan

Yayasan Akalbudi miliki 7 akaun simpanan tetap berjumlah RM17.95j – Saksi

Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur hari ini diberitahu bahawa Yayasan Akalbudi, organisasi yang mana Dr Ahmad Zahid Hamidi merupakan pengasasnya, mempunyai tujuh akaun simpanan tetap masih aktif berjumlah RM17.95 juta pada 2016.

Royasmin Mohd Roddy, 43, kerani Affin Bank cawangan Jalan Bunus di Kuala Lumpur, berkata maklumat itu diperoleh ketika beliau diarahkan oleh pegawainya, Narimah Miswadi untuk menyediakan borang permohonan kiriman wang dari yayasan itu.

“Semasa saya menyediakan borang kiriman wang tersebut saya telah menyemak akaun-akaun Yayasan Akalbudi dan mendapati Yayasan Akalbudi mempunyai tujuh simpanan tetap yang masih aktif berjumlah RM17,953,191.04,” katanya pada pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Lee Keng Fatt.

Saksi pendakwaan ke-11 itu berkata demikian semasa membacakan pernyataan saksinya pada perbicaraan hari keenam kes bekas timbalan perdana menteri itu yang menghadapi 47 pertuduhan jenayah melibatkan puluhan juta ringgit milik Yayasan Akalbudi.

Ketika merujuk kepada borang permohonan kiriman wang Affin Bank bertarikh 23 Jun 2016 itu, Royasmin yang berkhidmat dengan bank tersebut sejak 1996, mengesahkan bahawa ia adalah permohonan kiriman wang daripada Yayasan Akalbudi berjumlah RM17,953,185.21 kepada Messrs Lewis & Co.

“Berdasarkan kepada borang kiriman wang tersebut, saya juga ada menyediakan satu banker’s cheque (cek jurubank). Saya telah menyerahkan borang kiriman wang dan banker’s cheque yang masih belum ditandatangan kepada Puan Narimah Binti Miswadi untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Narimah yang merupakan saksi pendakwaan keenam dalam keterangannya sebelum ini berkata Ahmad Zahid mengarahnya mengeluarkan wang berjumlah RM17,953,185.21 dalam akaun simpanan tetap yayasan itu bagi membuat pembayaran kepada Messrs Lewis & Co iaitu pemegang amanah yayasan berkenaan semasa berjumpa dengan Ahmad Zahid pada 16 Jun 2016 di pejabatnya di Kementerian Dalam Negeri, Putrajaya.

Ahmad Zahid, 66, mengaku tidak bersalah terhadap 47 pertuduhan, dengan 12 daripadanya bagi pecah amanah (CBT), lapan bagi rasuah dan 27 bagi pengubahan wang haram melibatkan puluhan juta ringgit dana milik Yayasan Akalbudi.

Terdahulu, saksi pendakwaan ke-10, Naib Presiden Kanan Ambank Berhad (Ambank) yang bertanggungjawab terhadap pengurusan kad kredit dan kawalan penipuan, Yeoh Eng Leong, 58, berkata beliau tidak tahu sama ada Ahmad Zahid menandatangani 35 cek untuk membayar kad kreditnya kepada Ambank.

Semasa pemeriksaan balas peguam utama Ahmad Zahid, Hisyam Teh Poh Teik, Yeoh berkata beliau tidak tahu sama tandatangan di 35 cek yang dibayar kepada bank dibuat menggunakan cap dan bukan tulisan tangan.

Perbicaraan di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah bersambung esok.

– Bernama

https://www.malaysiakini.com/news/502262?fbclid=IwAR2yxzf1-VXtCSW0cbIrZKUQX3ic1EO6WT1-ROPH7gDsUGPKM3sbOOh4ROM#.XeY2gMx308k.facebook