KWSP masih belum buat keputusan benarkan pengeluaran RM10,000 dari akaun 1

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) belum membuat keputusan membenarkan pengeluaran wang dari Akaun 1 dan masih dalam peringkat perbincangan dengan Kementerian Kewangan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya (CEO), Tunku Alizakri Alias berkata, KWSP tidak akan menggadaikan masa depan pencarumnya dengan membuat keputusan melulu atau terpengaruh dengan mana-mana desakan berhubung isu berkenaan.

Tunku Alizakri berkata, meskipun berdepan pelbagai tekanan termasuk daripada ahli politik yang sebulat suara menyokong pengeluaran RM10,000 dari Akaun 1, katanya, ia tidak akan mematahkan semangat pasukannya dalam membuat keputusan terbaik demi jaminan masa depan pencarum.

“Saya faham ramai orang marah, bimbang, rungsing kerana kesan pandemik ini yang tidak pernah berlaku kesan sebesar ini.

“Mungkin, saya menjadi orang paling dibenci di Malaysia sekarang kerana membuat keputusan yang tidak popular.

“Biarlah orang kecam saya tetapi akan jalankan tugas saya untuk melindungi masa depan ahli,” katanya seperti dipetik Harian Metro.

Kata Tunku Alizakri, KWSP mendengar pandangan semua pihak sebelum membuat keputusan berhubung perkara itu.

“Kita akan melihat semua aspek secara menyeluruh dengan mengimbangi keperluan semasa ahli sebelum membuat keputusan rasional yang bukan saja akan menyelesaikan masalah hari ini tetapi menjamin kelestarian masa depan ahli,” katanya lagi.

Tunku Alizakri turut mendedahkan bahawa berdasarkan statistik KWSP, sejumlah 43 peratus atau 5.38 juta ahli di bawah umur 55 tahun mempunyai simpanan kurang daripada RM10,000 dalam Akaun 1 mereka.

Statistik itu menunjukkan bahawa 54 peratus atau 137,000 daripada 245,000 ahli yang berumur 54 tahun pada 2020, mempunyai simpanan kurang daripada RM50,000 dan bakal mengharungi hidup persaraan dengan pendapatan hanya RM200 sebulan bagi tempoh 20 tahun.

“Jumlah RM200 itu adalah sangat jauh daripada paras kemiskinan negara iaitu RM2,208 untuk satu isi rumah dan juga RM2,450 untuk perbelanjaan asas seorang warga emas seperti yang dinyatakan dalam kaji selidik oleh Pusat Penyelidikan Kesejahteraan Sosial (SWRC),” katanya lagi.

Tambahnya lagi, faktor gaji yang rendah menjadi punca ramai pencarum mempunyai simpanan yang sedikit dalam Akaun 1.

“Sebelum ini ramai pencarum yang memiliki gaji asas rendah di mana selebihnya adalah dalam bentuk elaun.

“Namun, keadaan itu kini sudah bertambah baik susulan penetapan gaji minimum yang dilaksanakan oleh kerajaan,” katanya lagi.

Cadangan untuk membenarkan pengeluaran wang simpanan dalam Akaun 1 mendapat pelbagai reaksi, dengan sesetengah pakar berkata langkah itu bukanlah penyelesaian yang baik dalam membantu rakyat berdepan kesempitan ekonomi.

Ada pula yang mempersoalkan hikmah menyimpan wang untuk kegunaan pada waktu sukar, sedangkan kesulitan ekonomi sudah pun melanda sekarang.

Ketika membentangkan Belanjawan 2021 pada Jumaat, Menteri Kewangan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz mengumumkan yang pencarum akan dibenarkan mengeluarkan RM500 sebulan daripada Akaun 1 selama 12 bulan, atau berjumlah keseluruhan RM6,000.

Pengeluaran itu boleh dilakukan bermula Januari 2021.

Tengku Zafrul turut meminta Tunku Alizakri agar bersikap fleksibel dalam perkara itu.

Berita penuh : https://www.malaysiakini.com/news/550664

Nasib Amat Malang Menteri HUDUD RUU 355

Menteri Undang Undang :

🔥a. Tidak Mampu merealisasikan RUU 355 untuk dibentangkan semula diParlimen walaupun telah menjadi Kerajaan sepertimana gesaan ratusan ribu ahli PAS dilakukan semasa himpunan RUU 355 diPadang Merbok sebelum Pru-14 yang dihadiri bersama wakil Umno dan Mufti Wilayah.

🔥b. Tidak mampu membawa pesalah kes ADIB ke Mahkamah seperti yang diperjuangkan hari hari dimedia dan Jalanan ketika PAS menjadi pembangkang.

🔥c. Gagal melaksanakan undang Undang LGBT dan Undang Undang Penghinaan terhadap agama Rasmi Malaysia iaitu Agama Islam yang diperjuangkan sebelum PAS menjadi kerajaan memerintah.

🔥d. Gagal melaksanakan RCI MEMALI walaupun PAS telah menjadi kerajaan memerintah.
🔥Dahulu ditekan kerajaan Umno dan PH supaya diadakan RCI supaya ahli ahli PAS percaya perjuangan mereka adalah benar dan SYAHID.

🔥e. Gagal mengadakan siaran langsung selama 1 jam kenapa sebab sebab PAS mengkafirkan Umno sepertimana PAS minta sebelumnya semasa menjadi pembangkang tegar.
🔥Sedangkan sekarang beratus jam PAS ada masa untuk terangkan kepada rakyat Malaysia kenapa Umno dikafirkan PAS.

Ahli Parlimen Pas tak setuju lanjutan moratorium automatik

Ahmad Fadhli Shaari (PAS – Pasir Mas) menyifatkan ‘sokongan bersyarat’ BN terhadap Belanjawan 2021 yang dinyatakan oleh bekas perdana menteri Najib Razak semalam ibarat hikayat Puteri Gunung Ledang.

Dia juga berpendapat, amat janggal untuk ahli parlimen Pekan mengenakan sokongan bersyarat seperti itu.

“Sedikit berbeza dengan ahli parlimen lain, saya rasa meletakkan syarat sokongan supaya kerajaan meluluskan pengeluaran kumpulan wang simpanan pekerja (KWSP) Akaun 1 dan lanjutan automatik moratorium agak janggal kerana ia tiada keperluan dalam Belanjawan 2021 ini.

“Saya rasa ia seperti (hikayat) Puteri Gunung Ledang yang meminta Sultan Melaka membuat jambatan (emas), hidangan (hati) nyamuk sekian, sekian, namun bukan bertujuan untuk terima pinangan tetapi petanda untuk tolak pinangan itu,” katanya.

Dia berkata demikian semasa sesi perbahasannya bagi Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2021 dalam Dewan Rakyat hari ini.

Semalam, Najib berkata, sokongan BN terhadap Belanjawan 2021 kali ini adalah sokongan bersyarat, kerana, Umno masih menuntut kerajaan supaya melanjutkan moratorium selama enam bulan dan membenarkan pengeluaran one-off hingga RM10,000 daripada Akaun 1 KWSP.

Sementara itu, Ahmad Fadhli juga menyambut baik pembentangan Belanjawan 2021 yang menyebut bahawa moratorium kali ini akan dilakukan secara bersasar.

Dia berpendapat keadaan seperti itu dapat mengelakkan pembaziran, membantu sektor perbankan serta dapat meningkatkan ekonomi negara.

“Walaupun kita yakin ramai perlukan moratorium tetapi saya lebih yakin ada yang tidak memerlukan (moratorium) kerana data kerajaan ada mencatatkan ketidakperluan beberapa golongan untuk lanjutan itu,”katanya lagi.

Namun dia mencadangkan agar proses dokumen lanjutan moratorium itu tidak terlalu leceh dan memudahkan golongan bersasar itu.

“Jangan payahkan dengan beberapa dokumen dan pelbagai proses bankrasi. Ini pendirian saya untuk nyatakan isu moratorium,” katanya.

Menerusi pembentangan Belanjawan 2021 Jumaat lalu, kerajaan mengumumkan bahawa pengeluaran simpanan KWSP daripada akaun 1 hanya boleh dibuat secara bersasar sebanyak RM500 sebulan dengan jumlah sehingga RM6,000 untuk 12 bulan.

Malah, Perdana Menteri Muhyiddin Yassin juga menegaskan pengeluaran dari akaun 1 KWSP akan disasarkan untuk mereka yang dalam kesulitan sahaja.

Namun terdapat segelintir ahli parlimen dari kerajaan mahupun pembangkang menggesa kerajaan agar melanjutkan moratorium secara pukal lagi enam bulan dan pengeluaran akaun 1 KWSP sehingga RM10,000.

Berita penuh : https://www.malaysiakini.com/news/550428

PN Membuat hutang Negara melonjak lebih RM 1.3 trilion

“Hasil kerajaan pasti menyusut semasa wabak ini. Tetapi kerajaan perlu tawarkan pakej rangsangan. Ini menelan banyak wang.

“Tambahan pula, kerajaan perlu membayar pinjaman dan mengurangkan wang pokok (pinjaman).

“RM35 bilion diperlukan untuk ini. Jumlah perbelanjaan caj ialah RM72.3 bilion, atau 30.6 peratus daripada perbelanjaan mengurus RM236.5 bilion.

“Saya harus akui, saya betul-betul takut. Ini ialah belanjawan gergasi, tetapi bolehkah kita cari duit untuk membiayainya? Hutang kerajaan akan menjadi RM1.3 trilion.

“Macam mana kita nak bayar?” soalnya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, hasil kerajaan akan menyusut setelah perniagaan yang terjejas tidak dapat membayar cukai, atau membayar kurang kepada kerajaan.

Katanya, prestasi Petronas dan industri pelancongan adalah tidak memberangsangkan dan ini memberikan kesan kepada hasil kerajaan.

“Semua industri teruk terkesan. Saya tak fikir cukai korporat dan cukai pendapatan akan dapat mencapai separuh pun daripada angka normal ketika waktu biasa,” katanya.

Tegas Mahathir, pemulihan ekonomi tidak akan terjadi dalam kadar segera – sebaik negara memasuki tahun 2021.

“Bukan polisi yang menumbuhkan ekonomi, tetapi pelaksanaan polisi (itu sendiri).

“Pernah terjadi, projek berbilion ringgit tetapi tertangguh beberapa tahun.

“Kalau pelabur desak, dia akan berdepan penangguhan yang lebih lama lagi.

“Jadi janganlah sangka sebaik tiba 1 Jan, industri akan mula berjalan semula atau dilancarkan.

“Angan-angan bahawa pemulihan ekonomi akan berlaku segera sebaik wabak Covid-19 diatasi, tidak akan berlaku.

“Wabak ini takkan berakhir menjelangnya tahun baru,” tambahnya.

Dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz di parlimen baru-baru ini, pentadbiran Perikatan Nasional (PN) mengunjurkan hasil kerajaan akan meningkat ke RM236.9 bilion, berbanding jangkaan RM227.3 bilion untuk tahun ini.

Penganalisis juga turut menegaskan bahawa unjuran pertumbuhan KDNK antara 6.5 ke 7.5 peratus adalah tidak realistik.

Berita penuh : https://www.malaysiakini.com/news/550124

MALAYSIA DIAMBANG MUFLIS ? KENYATAAN TUN JAUH LEBIH MENAKUTKAN.

Oleh Ipohmali

Sepertimana kenyataan Ds Anwar semalam bahawan unjuran pendapatan dan Perbelanjaan dalam belanjawan 2021 tidak realistik..Semalam Tun Mahathir memberikan kenyataan yang sama..dan lebih menakutkan..

Tun Mahathir meramalkan defisit sebanyak Rm 85 Bilion yang melebihi perbelanjaan pembagunan sebanyak Rm 69 Billion itu bukan saja tidak realistik..hatta Perbelanjaan dan jangkaan Pendapatan Negara juga meleset….

Nampaknya Tun Meramalkan akan ada Defisit dalam Defisit.. Lebih membimbangkan Tun Kata hasil cukai , Jangkaan Pendapatan negara sebanyak RM 239 Billion itupun.. kemungkinan kita hanya capai tidak lebih 2/3.. Manakala Kos membiayai Hutang sudah melebihi dari 30% pendapatan negara..

Maknanya Apa ? Defisit kita akan melebihi RM 100 Billion.. Manakala hutang Negara akan melonjak lebih RM 1.3 trilion..Lebih teruk kemungkinan negara akan diambang Mufllis.. Apakah tahun depan kerajaan akan sukar membayar gaji kakitangan awam dan Pencen ?

Itu sebabnya Tun cadangkan pemotongan Perbelanjaan negara..Terutama menyentuh Gaji Menteri dan kakitangan awam yang bergaji lebih Rm 20 ribu sebagai pengorbanan..

Tun juga menyentuh Nasib yang bakal diterima Penganggur, Mereka yang dibuang kerja..terutama peniaga kecil IKS… Mereka ini perlu dibantu untuk gerakkan ekonomi..

Apapun.. Bila Tun Kata ekonomi kita menakutkan.. Bagi aku ianya bukan main main.. Inilah yang terjadi jika negara kita dipimpin kelompok yang Khianat dan pemimpin yang lemah seperti PM dan Kerajaan tebuk atap.. Inilah ahrga sebuah Pengkhianatan.. !!

Ipohmali

Nampaknya Pas pilih kuasa dari perjuangan prinsip, tegur blogger Umno

Nampaknya Pas pilih kuasa dari perjuangan prinsip, tegur blogger Umno

Sekarang di mana PAS nak berdiri masa Pru ke 15? Nak pakai logo Perikatan Nasional atau kekal di Muafakat Nasional yang mana masalah kerusi sudah di selesaikan.

Dalam MN khabarnya sudah bersetuju BN tidak bertanding di kawasan PAS, begitu juga PAS. Kedua parti akan pakai logo masing2 dan tidak akan bertembung satu sama lain.

Sebaliknya jika PAS mahu kekal dengan PN. Sudah pasti masa PrIU ke 15, bagi membuktikan setiakawan. PAS akan menggunakan logo Perikatan Nasional.. Jika pakai logo PAS samalah saperti tidor satu bantal, mimpi lain-lain.

Jika masa PrU ke 15, BN/UMNO tidak lagi bersama PN dalam Kerajaan Campuran. Dan UMNO memutuskan bertanding dimana calon PN bertanding. Terutama kawasan UMNO yang dilarikan oleh opertunist.

Maka UMNO pasti akan bertanding di kawasan PAS bertanding jika menggunakan logo Perikatan Nasional.

Maka jika PAS keluar dari MN, akan memberi makna PAS memilih kuasa dari kepentingan agama itu sendiri.

Gambaran yang kita dapat. Bahawa PAS yang tidak ada maruah diri. Jika dulu orang yang sama mengatakan PAS Parti Ajaran Sesat, kini orang yang sama menjadi ketua kepada PAS.

Terserah kepada orang Islam menilanya.

Sang Kelembai.

Belanjawan 2021: PN menipu angka sembunyi defisit

Belanjawan 2021: PN menipu angka sembunyi defisit

Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim kesal kerana Menteri Kewangan Tengku Dato’ Seri Zafrul tidak langsung menyebut atau mengangkat enam syor dari PAKATAN HARAPAN semasa pembentangan Belanjawan 2021.

Beliau sangsi tentang kejujuran dan niat kerajaan dan kementerian sama ada benar-benar serius mahu bermuafakat untuk membendung wabak COVID-19.

“Belum tentu belanjawan itu akan diluluskan dengan mudah dan mahu Menteri Kewangan menilai semula Belanjawan berkenaan,” katanya.

Dalam perbahasan tersebut beliau mempersoal bagaimana Kementerian Kewangan dapat meramalkan pertumbuhan KDNK sebanyak 8.6-9.6% bagi tahun 2021 dan pertambahan hasil yang tinggi, sedangkan unjuran pertumbuhan yang rendah telah dibuat oleh badan-badan antarabangsa seperti World Bank dan IMF, dan juga Bank Negara sendiri.

Justeru dari mana angka ini diperolehi oleh Kementerian Kewangan? Atas pertimbangan apa? soalnya.

Anwar turut mempersoalkan unjuran yang tidak munasabah melibatkan cukai korporat dan cukai individu. Tindakan Kementerian untuk menggunakan dana dari Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP) sebanyak RM10 bilion bagi tahun 2020 dan 2021 adalah tidak wajar bagi mengelabui angka sebenar hasil negara.

Beliau mempertikai bagaimana pendapatan negara boleh meningkat setelah melihat penguncupan yang berlaku. Pendapatan cukai korporat dalam unjuran Kementerian Kewangan tidak munasabah.

Kerajaan juga dilaporkan akan menerima hasil bukan cukai  bernilai sebanyak RM14.046 bilion. Apakah ini melibatkan aset negara? Atau ia akan dijual kepada kroni? Apakah ia akan dijalankan dengan secara tender terbuka dan jangan ada penipuan.

Katanya belanjawan kali ini ditekan sebagai ‘Belanjawan COVID-19’. Namun angka dan unjuran pendapatan menimbulkan pelbagai persoalan serta keraguan. Jumlah perbelanjaan tidak menunjukkan tekad yang serius bagi menangani pandemik ini.

Ketua pembangkang itu melihat terjadi penipuan angka untuk menyembunyikan defisit.

Dalam ucapanya Anwar mengingatkan kerajaan untuk mengkaji semula belanjawan ini. Pihaknya akan hanya menyokong jika benar kerajaan serius menangani dampak wabak COVID-19.

Akhirnya Anwar berkata Belanjawan 2021 terlalu banyak persoalan. Ia tidak boleh diterima.

Justeru, tegas Pengerusi PAKATAN HARAPAN itu, pihaknya hanya akan menyokong belanjawan COVID-19, bukan yang lain.

Makluman: Artikel ini tidak semestinya menggambarkan pendirian rasmi JOMChannel.Net

ADUN Kelantan kaki rembat, rakyat minum air karat

ADUN Kelantan kaki rembat, rakyat minum air karat

Panas hati Admin!! Dalam menghadapi krisis Pandemik Covid-19 yang maha dahsyat dan sangat kritikal ini, kerajaan PAS Kelantan menggunakan cara tersendiri untuk bergerak dengan normal baharu ini.

Mereka bergerak dengan Mercedes Benz yang diperolehi pada awal tahun ini dengan penuh gaya bersama gaji baharu.

Menurut laporan beberapa media, ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri (Exco) dan ahli Dewan Undangan Negeri Kelantan akan menikmati kenaikan gaji pokok antara RM3,000 hingga RM5,000.

Kata Timbalan Menteri Besar Kelantan, Dato’ Mohd Amar Nik Abdullah, kenaikan tersebut perlu bagi mengurangkan jurang perbezaan gaji yang dinikmati mereka berbanding wakil rakyat negeri lain.

Kerajaan Kelantan membentangkan Belanjawan 2021 pada Persidangan Dewan Undangan Negeri kali ke-14 bermula pada 5 November.

Antara yang akan dibentangkan pada persidangan kali ini adalah rang undang-undang bertujuan untuk meminda Enakmen (Saraan) Anggota-Anggota Pentadbiran dan Ahli Dewan Negeri 1980 bagi membolehkan kenaikan serta penyelarasan gaji itu diluluskan.

Wah! Begitu caknanya Kerajaan PAS tentang kebajikan rakyatnya sehingga Ahli Dewan Undangan Negeri dinaikkan gaji mereka, rakyat merempat, minum air berkarat, wakil rakyat kaki rembat!

Yang Dipertua PKPIM Kelantan, Muhammad Aqil Iqbal Mohd Zulkiffli berpendapat bahawa keperluan untuk menaikkan gaji wakil rakyat bagi mengurangkan jurang perbezaan gaji dengan wakil rakyat negeri lain adalah tidak munasabah.

“Pihak kerajaan negeri sepatutnya mengutamakan belanjawan bagi menyelesaikan permasalahan rakyat terutama bagi golongan B40 yang terjejas akibat pandemik Covid-19 serta memberi insentif tambahan kepada para petugas barisan hadapan yang sentiasa berdedikasi untuk menjaga rakyat,” katanya.

Untuk rekod, Kelantan masih negeri termiskin di Semenanjung dan ketiga di Malaysia selepas Sabah dan Sarawak seperti pernah diakui tahun lalu oleh Menteri Kanan Pendidikan Dr Mohd Radzi Md Jidin tahun lalu.

Kononnya untuk memberi kebajikan kepada rakyat, sedangkan hakikatnya kalian menebuk lubang pada bahtera yang membawa perbendaharaan Kelantan.

Lagipun, unjuran defisit Kerajaan Kelantan hari ini lebih tinggi pada RM66.02 juta.

Bila kaduk dah naik junjung, bila Belanda dapat tanah… habislah rakyat dibiarkan menelan derita hidup.

Makluman: Artikel ini tidak semestinya menggambarkan pendirian rasmi JOMChannel.Net

ADUN Kelantan kaki rembat, rakyat minum air karat

AGAMA ISLAM TERANCAM DI ZAMAN PN

Memang benar jika dikatakan bahawa Menteri Agama sekarang Datuk Seri Dr Zulkifli Muhammad bukan orang politik.

Tetapi entah kenapa Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak melantik Ahli Parlimen PAS mengetuai  Hal Ehwal Agama pun kita tidak tahu sedangkan dalam parti politik itu penuh dengan agamawan, ulama dan pemutar hadis.

Apabila ditanya mengapa bajet tahun lepas ada peruntukan RM100 juta untuk sekolah-sekolah tahfiz dan agama tapi tiada pada tahun ini, beliau menjawab:

“Alhamdulillah, tahun ini peruntukan keseluruhan untuk hal ehwal Islam adalah RM1.4 bilion. Saya tidak gemar kepada perbandingan walaupun jumlah ini lebih banyak daripada tahun lalu. Belanjawan pada saya bukan pertandingan untuk merendahkan sesiapa. Dahulu baik, sekarang pun baik. Bezanya, setiap tahun pasti ada penambahbaikan. Ini soal kebajikan dan masa depan rakyat.”

Apa yang boleh kita harapkan daripada parti politik yang lebih berminat membeli Mercedes Benz dan menaikkan elaun daripada membantu rakyat menangani krisis akibat COVID-19? Jawapannya kosong seperti peruntukan untuk sekolah tahfiz, sekolah  agama dan sekolah pondok. Beginilah apabila Kerajaan Melayu Islam memerintah, kononnya.

Dahulu, bekas Menteri agama Datuk Seri Dr Mujahid Yusof menjadi orang yang paling dibenci, selain Menteri Kewangan, Lim Guan Eng. Beliau menerima pelbagai gelaran jelek daripada walaun dan para pentaksub. Malah program Rahmatan lil Alamin diejek dan diperlekeh.

Kini, apabila tiada peruntukan untuk sekolah tahfiz, agama dan pokok, Menteri agama kata ‘saya tidak gemar buat perbandingan.’ Itulah jawapan paling selamat. Lantas pemimpin dan pentaksub PAS terus terkesima. Sedangkan hakikatnya, peruntukan yang dahulu dapat RM100 juta, yang dikecam kononnya tidak cukup itu, kini sudah tidak ada langsung.

eolah-olah bantuan khas RM 100 juta kepada Mahaad Tahfiz dan Sekolah Agama Rakyat yang pernah mereka bersilat menuntutnya pada zaman pentadbiran BARISAN NASIONAL, sudah menjadi tidak relevan lagi.

Makluman: Artikel ini tidak semestinya menggambarkan pendirian rasmi JOMChannel.Net

MALAYSIA DIAMBANG MUFLIS

MALAYSIA DIAMBANG MUFLIS ? KENYATAAN TUN JAUH LEBIH MENAKUTKAN.

Oleh Ipohmali

Sepertimana kenyataan Ds Anwar semalam bahawan unjuran pendapatan dan Perbelanjaan dalam belanjawan 2021 tidak realistik..Semalam Tun Mahathir memberikan kenyataan yang sama..dan lebih menakutkan..

Tun Mahathir meramalkan defisit sebanyak Rm 85 Bilion yang melebihi perbelanjaan pembagunan sebanyak Rm 69 Billion itu bukan saja tidak realistik..hatta Perbelanjaan dan jangkaan Pendapatan Negara juga meleset….

Nampaknya Tun Meramalkan akan ada Defisit dalam Defisit.. Lebih membimbangkan Tun Kata hasil cukai , Jangkaan Pendapatan negara sebanyak RM 239 Billion itupun.. kemungkinan kita hanya capai tidak lebih 2/3.. Manakala Kos membiayai Hutang sudah melebihi dari 30% pendapatan negara..

Maknanya Apa ? Defisit kita akan melebihi RM 100 Billion.. Manakala hutang Negara akan melonjak lebih RM 1.3 trilion..Lebih teruk kemungkinan negara akan diambang Mufllis.. Apakah tahun depan kerajaan akan sukar membayar gaji kakitangan awam dan Pencen ?

Itu sebabnya Tun cadangkan pemotongan Perbelanjaan negara..Terutama menyentuh Gaji Menteri dan kakitangan awam yang bergaji lebih Rm 20 ribu sebagai pengorbanan..

Tun juga menyentuh Nasib yang bakal diterima Penganggur, Mereka yang dibuang kerja..terutama peniaga kecil IKS… Mereka ini perlu dibantu untuk gerakkan ekonomi..

Apapun.. Bila Tun Kata ekonomi kita menakutkan.. Bagi aku ianya bukan main main.. Inilah yang terjadi jika negara kita dipimpin kelompok yang Khianat dan pemimpin yang lemah seperti PM dan Kerajaan tebuk atap.. Inilah ahrga sebuah Pengkhianatan.. !!

Ipohmali C&P.

Austria Akan Membina Penjara Khas Untuk Para Imam


Red Tv l ريد تيفي

هدد مستشار النمسا، سباستيان كورتس، بإغلاق المساجد ضمن حزمة قوانين وإجراءات لمواجهة “الإسلام السياسي”.وكتب كورتس على حسابه علة تويتر: “في إطار مواجهة الإسلام السياسي، ستكون هناك جريمة تسمى (الإسلام السياسي) حتى نتمكن من اتخاذ إجراءات ضد أولئك الذين هم ليسوا إرهابيين شخصيا، ولكنهم يخلقون تربة خصبة لمثل هؤلاء”. وأضاف: “ستكون هناك احتمالات أخرى لإغلاق دور العبادة وإنشاء سجل للأئمة، كما سيتم تشديد قوانين الجمعيات واتخاذ تدابير لتجفيف الموارد المالية لتمويل الإرهاب”. وأعلن المستشار النمساوي، عقب اجتماع لمجلس الوزراء الأربعاء، عددا من الإجراءات من بينها الحجز الاحتياطي أو المراقبة الإلكترونية للمشتبه بهم الموجودين على أراضيها.وقال “طالما لم يتم (إعادة تأهيلهم) لصرفهم عن التطرف وحتى لو قضوا عقوبتهم، ستكون هناك إمكانية لحبس هؤلاء الأشخاص لحماية الشعب”. وأضاف “بالنسبة للأشخاص الذين أُفرج عنهم مؤخراً، سيكون هناك مراقبة إلكترونية. إنه تدخل قوي، لكن برأيي إنها مرحلة ضرورية لتقليص التهديد الذي يرخي بثقله على شعبنا”.وقال “إذا كان من الممكن حبس المجرمين المضطربين عقليا مدى الحياة لأنهم يشكلون خطرا، فيمكن أيضا حبس الإرهابيين الذين يشكلون خطرا مدى الحياة”.ولم يحدد المستشار النمساوي الظروف التي سيتخذ فيها قرار تطبيق الحبس الاحتياطي بدلا من المراقبة الإلكترونية. وأعلنت الحكومة النمساوية أيضاً تعزيز أدوات تسمح بتجريد من تتم إدانتهم بتهمة الإرهاب ويحملون جنسية دولة أخرى، من الجنسية النمساوية.ومن المقرر أيضا أن يلغى تسليم هؤلاء الأشخاص المساعدات الاجتماعية، وكذلك سحب رخصة القيادة منهم وإنشاء ملف لضبط حاملي الأسلحة.وأكد حزب الخضر، الذي يشارك في الحكم عبر تحالف مع كورتس ويتولى وزارة العدل، أن الإجراءات ستسهل حل الجماعات وإغلاق المساجد في حال إثبات وجود تطرف. وسيتم إنشاء سجل للأئمة وكذلك صندوق للتعويض لعائلات ضحايا الإرهاب.وسيناقش البرلمان النمساوي هذه الإجراءات مطلع ديسمبر/ كانون الأول المقبل، إذ إن الحكومة وعدت بتشريعها مع احترام الدستور والحقوق الأساسية.وبحسب المستشار النمساوي هناك حوالي 150 شخصا ذهبوا إلى سوريا أو العراق للقتال في صفوف تنظيم الدولة أو حاولوا الذهاب وهم موجودون حالياً على الأراضي النمساوية. وسجنت السلطات الشخص، الذي نفذ هجوم فيينا قبل أيام، بعد توقيفه في وقت كان ينوي الذهاب إلى سوريا، ثم أُفرج عنه بعد تنفيذه عقوبة بالسجن.وقالت تقارير إنه كان يستفيد من مساعدات اجتماعية وحاول الذهاب إلى سلوفاكيا للحصول على أسلحة. وأغلقت السلطات مسجدا وحلت جماعة قالت إنهما شاركا في جعل منفذ الاعتداء متطرفا، كما أفادت إذاعة نمساوية رسمية أن النمسا صادرت الإثنين 25 مليون يورو نقدا في إطار عمليات تفتيش استهدفت ممثلين رسميين للإخوان المسلمين ومقربين من حركة حماس الفلسطينية.وأعلنت الإذاعة أن عدة مسؤولين سابقين من المجلس النمساوي للديانة الإسلامية استهدفوا بمداهمات الشرطة بالإضافة إلى موظف في المعهد المكلف بتدريب مدرسي الدين في المدارس الحكومية.وأوضحت النيابة العامة مطلع الأسبوع أن هذه العملية هي نتاج تحقيق استغرق أكثر من عام ولا علاقة لها بهجوم فيينا. #النمسا#الاسلام#سباستيان_كورتس#التطرف#المسلمين#فيينا#هجوم_فيينا

=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=–=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-= ☚

الايميل الرسمي للقناة : redworldx@gmail.comSHOW LESS