AG “TUTUP PENDAKWAAN SRC”, PENYOKONG2 UMNO & PAS PANCUT LEBIH AWAL

Image may contain: 4 people, people smiling

AG “TUTUP PENDAKWAAN SRC”, PENYOKONG2 UMNO & PAS PANCUT AWAL

Peguam Negara semalam (27 Ogos) menutup kes pendakwaan berkenaan SRC secara rasmi, UMNO & PAS bersorak, mati-mati ingat Najib Razak bebas sebab AG tidak ada bukti mendakwa Najib.

Rupa-rupanya mereka pancut awal sebab tidak faham maksud “tutup kes pendakwaan”. Untuk makluman semua, “tutup kes pendakwaan” adalah terjemahan daripada terma “closes the prosecution’s case”. Bukan tiada kes, bukan tiada bukti, bukan tidak bersalah.

UMNO & PAS, jangan pancut awal. Fahami dulu proses mahkamah. Perbicaraan pendakwaraya vs defendan (kes-kes jenayah) adalah seperti berikut:

1. Mahkamah membacakan pertuduhan- “Kamu, Najib Razak, nombor K/P XXXX-XX-XXXX dituduh di bawah Seksyen XX, Akta XXXX kerana mengubah wang haram di XX pada XX. Adakah kamu mengaku bersalah?”

2. Sekiranya tertuduh mengaku bersalah, Hakim akan terus ke sentencing (hukuman). Sekiranya tertuduh tidak mengaku bersalah, perbicaraan akan diminta, dan Hakim akan menetapkan tarikh-tarikh untuk pengurusan kes (case management).

3. Pengurusan kes bermaksud menguruskan urusan2 berkenaan kes, iaitu tarikh2 prosiding awal, senarai saksi2 dan sebagainya. Semua setel, start lah prosiding awal.

4. Apa yang berlaku dalam beberapa bulan lepas adalah usaha membuktikan kes prima facie. Pembuktian kes prima facie adalah penting untuk tidak membazirkan masa mahkamah dengan kes-kes remeh temeh seperti saman sebab kaki dipijak, saman sebab sakit hati dimarah “UMNO bodoh”.

5. Selesainya pihak pendakwaan cuba membuktikan kes prima facie, pendakwaraya akan menggulung. Peringkat ini kita panggil “tutup kes pendakwaan” (closes the prosecution’s case). Kemudian kedua-dua pihak, iaitu pendakwaan dan pembelaan akan membuat hujah bertulis (written submission).

6. Jika kes prima facie terbukti, maka pembelaan, iaitu Najib Razak dalam kes ini harus mempertahankan diri dan perbicaraan akan berlangsung secara rasmi. Andaikan pula Hakim mendapati tiada kes prima facie, maka kes akan ditendang keluar (struck out) dan pihak pembelaan tidak perlu membela diri.

7. Keputusan sama ada terbukti kes prima facie akan disampaikan pada 11 November ini. Maksudnya, Najib dan seluruh rakyat Malaysia akan tahu sama ada Najib perlu membela diri pada 11 November ini.

Faham? Chill ya UMNO & PAS. Jangan pancut awal. Baru je masuk gear 2 korang dah landing. Siap ada yg berdoa bersyukur Najib tidak bersalah sebab nak kononnya nampak Islamik sangat. Ha ha ha ha.

Eh, nak nampak alim sangat pun pandai2lah sikit. Ucap “InsyaAllah”, bukan “alhamdulillah”. Ha ha ha ha.

– Adrian Lim