Design a site like this with WordPress.com
Mulakan

Umno Tidak Memerlukan Khidmat Lokman Adam

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Saya sedang memandu dan dikhabarkan Dato’ Lokman Adam telahpun dipecat di dalam mensyuarat Majlis Tertinggi UMNO.

Tahniah kepada seluruh Ahli Majlis Tertinggi. Tahniah kepada Presiden UMNO. Tahniah juga kepada mereka yang ingin mahukan Dato’ Lokman Adam dipecat.

Ya, dengan itu, dengan pemecatan Dato’ Lokman Adam, besok diisytiharkan Barisan Nasional dan UMNO akan menjadi kerajaan.

Terima kasih, tahniah sekali lagi

Jamal Md Yunos

SAYA DIMAKLUMKAN BAHAWA SAYA TELAH DIPECAT DARIPADA MENJADI AHLI UMNO. SAYA REDHO DENGAN TINDAKAN ZAHID INI, NAMUN SAYA TETAP SETIA KEPADA UMNO. SAYA AKAN MENERUSKAN PERJUANGAN SAYA MENENTANG PAKATAN HARAPAN DAN TALIBARUT MUSUH DIDALAM UMNO MELALUI SEBUAH NGO LASKAR SIBER MALAYSIA. IN SYA ALLAH, BILA DATO’ SRI NAJIB KEMBALI MENJADI PRESIDEN UMNO, SAYA AKAN MEMOHON SEMULA MENJADI AHLI UMNO. APA YANG PENTING, RANCANGAN ZAHID UNTUK MEMAKSA 3.7 JUTA AHLI UMNO UNTUK MENGANGKAT MAHATHIR MENJADI PENGERUSI PAKATAN NASIONAL TELAH GAGAL.

DATO’ LOKMAN ADAM

Read more: https://cin-ca.blogspot.com/2020/02/tahniah-lokman-dipecat-jamal.html#ixzz6DJj18ar9

https://cin-ca.blogspot.com/2020/02/tahniah-lokman-dipecat-jamal.html?fbclid=IwAR3aAjtnXBzCdoTJcO-8fPOYQFokObBtgx89hRs0oiSys_T7IPTNizV2Zqk

Lokman parasit UMNO, perlu dipecat

Presiden Pemantau Malaysia Baru, Datuk Lokman Nor Adam

Lokman parasit UMNO, perlu dipecat

Lokman Nor Adam

KUALA LUMPUR – Pergerakan Pemuda UMNO Johor menyifatkan kenyataan Datuk Lokman Noor Adam yang tersebar di media sosial baru-baru ini sebagai tindakan serius yang melampau dan keterlaluan.

Ketuanya, Mohd. Hairi Mad Shah berkata, ia merupakan serangan yang tidak wajar terhadap Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan pucuk pimpinan parti.

Beliau turut menggambarkan Lokman kini umpama anai-anai yang menggigit rapuh keutuhan parti yang telah dibina semula selepas kekalahan Pilihan Raya Umum Ke-14.

“Ini adalah tindakan kebudak-budakan dan sama sekali tidak mencerminkan keperibadian seorang Ahli MT UMNO.

“Ini bukan kali pertama “serangan” secara terbuka Lokman terhadap kepimpinan parti, bahkan pelbagai tuduhan beliau lemparkan terhadap kepimpinan UMNO termasuk Presiden, Timbalan Presiden, Naib Presiden, Setiausaha Agung, ketua Pemuda Malaysia dan Pemimpin-pemimpin UMNO lain,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd. Hairi menambah, sebagai seorang Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Lokman tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan sedemikian rupa umpama membuka ruang kepada musuh untuk menyerang parti.

Menurutnya, sebagai pimpinan tertinggi parti, beliau perlu menunjukkan kematangan dan sifat kepimpinan bukannya menyerang pucuk pimpinan parti umpama budak tidak matang tanpa sebarang asas.

”Kita boleh berbeza pendapat, tapi perbezaan itu harus diurus dengan baik mengikut saluran parti.

“Beliau boleh mengemukakan pertanyaan ataupun melontarkan kritikan ketika mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO. Tetapi mengapa pilih media sosial?

“Tidak lain dan tidak bukan bertujuan untuk merosakkan imej Presiden UMNO dan mengambil peluang untuk merosakkan imej parti seperti parasit,” katanya.

Mohd. Hairi berkata, gerak-geri dan tindakan sebegini tidak boleh dibiarkan lagi kerana jika tidak dibendung ia boleh merosakkan parti.

”Pemuda UMNO Johor menggesa tindakan tegas diambil terhadap Lokman dengan memecat beliau sebagai ahli MT dan juga ahli UMNO.

“Tindakan tegas ini penting kerana ketika UMNO sedang membina kembali kekuatan, ia tidak boleh diganggu gugat ataupun dirosakkan oleh parasit ataupun anai-anai dari dalam parti sendiri,” katanya. – MalaysiaGazette

Lokman parasit UMNO, perlu dipecat

Makin banyak bala yang menggoncang Parti Sarang Penyamun UmNo..
Baguss…..

Mohd. Hairi menambah, sebagai seorang Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Lokman tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan sedemikian rupa umpama membuka ruang kepada musuh untuk menyerang parti.