Design a site like this with WordPress.com
Mulakan

Image may contain: 1 person, smiling, text

AJAK MANUSIA KEPADA ISLAM MELALUI ILMU BUKAN MELALUI DUIT=DEDAK 

 

Image may contain: 2 people, people smiling, text

Image may contain: 1 person, text

Image may contain: 2 people, people smiling, text

 

Motif serangan Hadi terhadap Anwar

Hadi dan Anwar
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/26875/Analisis-Sinar/Motif-serangan-Hadi-terhadap-Anwar
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

BARU-baru ini akhbar The Malay Mail bertarikh 28 April 2019 telah melaporkan persoalan yang ditimbulkan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tentang kewajaran Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding di kerusi Parlimen Port Dickson.

Abdul Hadi mempersoalkan mengapa Anwar memilih untuk bertanding di kerusi majoriti pengundinya bukan daripada kalangan Melayu Islam.

Beliau menyebut bahawa pecahan pengundi Port Dickson ialah Melayu 43 peratus, Cina 33 peratus, India 22 peratus dan lain-lain 2 peratus tidak mencerminkan komposisi bangsa di Malaysia. Jadi, kata Abdul Hadi, kemenangan Anwar tidak boleh menjadi ukuran populariti beliau dalam kalangan Melayu Islam yang merupakan kumpulan majoriti di Malaysia.Persoalan terbaru yang ditimbulkan oleh Abdul Hadi ke atas Anwar itu pada umumnya boleh kita terima sebagai perbezaan pendapat antara dua tokoh pemimpin politik.

Pandangan yang berbeza itu juga boleh kita terima sebagai satu lumrah politik dan fitrah manusia yang mengejar matlamat masing-masing.

Tetapi oleh kerana kedua-dua tokoh politik tersebut berjuang di atas landasan agama, maka kita berhak untuk mengharapkan satu persaingan yang sihat yang bersandarkan kepada prinsip dan hukum-hakam agama. Satu persaingan yang sewajarnya mengangkat martabat dan kehebatan Islam sebagai rahmatan lil alamin, yang mampu membawa dan menzahirkan sifat dan ciri yang murni seorang pejuang Islam.

Namun dalam konteks persaingan di antara Abdul Hadi dan Anwar, ia tidak begitu jadi. Bagi kita yang mengikuti sejarah, kita tahu Abdul Hadi tidak lagi rasional dalam kritikan dan serangannya ke atas Anwar. Sehingga ramai pemerhati politik berpendapat bahawa Abdul Hadi banyak dipengaruhi oleh rasa benci, cemburu dan iri hati kepada Anwar, bukan lagi kerana perbezaan prinsip perjuangan di antara mereka, sebaliknya berbentuk peribadi. Kadang-kadang serangan Abdul Hadi melangkawi norma, batasan dan sempadan biasa.Kenapa sekarang Abdul Hadi mahu pertikaikan keputusan Anwar bertanding di Port Dickson? Lupakah Abdul Hadi bahawa Anwar menang dengan majoriti yang besar kerana sokongan padu daripada pengundi Melayu? Anwar sebelum ini menang besar di Permatang Pauh, kerusi majoriti Melayu.

Anwar telah dinobat sebagai bakal Perdana Menteri yang akan menggantikan Tun Mahathir. Dia perlu menjadi Perdana Menteri untuk rakyat Malaysia. Bukan hanya menjadi Perdana Menteri kepada Melayu Islam. Anwar sudah membuktikan bahawa dia berani berpindah negeri bertanding dari tempat selamatnya di Permatang Pauh ke kerusi campuran Port Dickson di negeri Sembilan. Beranikah Abdul Hadi keluar dari Terengganu bertanding di pantai barat? Beranikah Hadi pindah ke kerusi campuran?

Hairannya kenapa Abdul Hadi terlalu benci, dengki dan marah kepada Anwar sedangkan Anwar tidak pernah derhaka kepada wadah perjuanganya? Abdul Hadi sudah berulangkali berubah dalam pendirian politiknya sehingga Pas berpecah-belah. Kita mendapat gambaran seolah-olah Abdul Hadi amat takut kepada ketokohan Anwar sebagai pemimpin umat Islam.

Dahulu Abdul Hadi pernah mengkafirkan UMNO tetapi sanggup berpelukan dengan pemimpin UMNO. Abdul Hadi pernah berpelukan dengan Kit Siang dan Guan Eng tetapi kini memusuhi DAP.

Perjuangan Anwar atas manhaj Islam rahmat seluruh alam, inklusif, keadilan dan kemanusiaan sejagat meninggalkan Abdul Hadi jauh ke belakang dari segi kosep kenegaraan, pengisian dan maqasid siayasah Islamiah.

Abdul Hadi berjuang untuk Islam mengikut tafsir dan takrifnya yang berbeza-beza dari satu masa ke satu masa mengikut kemahuan politiknya. Maka fatwa tentang hukum-hakam, hudud, halal haram, bohong dan benar, kafir mengkafir sering berubah-berubah.

Anwar pula berjuang untuk ummah yang dahagakan keadilan dan kesejahteraan. Sebelum tangan mereka dipotong, Anwar mahu pastikan mereka cukup makan untuk keluarga, punya kerja tetap dengan pulangan yang mencukupi, kediaman, pakaian dan hak-hak asasi yang lain.

Kadang-kadang kita tertanya-tanya mengapa Hadi jadi begitu?

Sumber dalaman PKR, Pak Abu yang juga bekas Presiden JIM berpendapat bahawa saingan Abdul Hadi dan Anwar bukan saingan biasa. Mereka bersaing sejak dari muda sehingga di umur senja. Mereka bersaing untuk menampilkan siapakah di antara mereka yang lebih terampil dan hebat dalam gerakan Islam.

Menurut Pak Abu lagi, Anwar berjaya membina imaginasi gerakan Islam dunia sehingga dia yang tidak mampu bercakap Arab pun terlebih dahulu berkawan rapat dengan tokoh-tokoh hebat gerakan Islam seluruh dunia berbanding Abdul Hadi.

Malahan, semasa Abdul Hadi dilantik menjadi salah seorang yang berjawatan dalam kesatuan ulama antarabangsa pun, Yusof Al-Qaradawi meminta pandangan daripada Anwar terlebih dahulu.

Bagi penyokong dan pengkritik tegar Abdul Hadi dan Anwar, mungkin apa pun penilaian yang dibuat oleh orang lain yang berbeza dengan kepercayaan mereka tidak akan membawa apa-apa kesan kepada mereka.

Tetapi bagi rakyat biasa yang neutral dan mahu mencari kebenaran, mereka perlu berlapang dada, menilai secara objektif dan rasional agar mereka dapat membuat pilihan yang adil dan bijak nanti. Siapakah yang lebih layak diberi kepercayaan di antara kedua-dua tokoh tersebut.

Tepuk dada tanya selera tapi jangan ikut sentimen kepartian. Kita guna akal fikiran secara logik bersandarkan kepada kenyataan dan kebenaran.

Jika boleh kita mahu melihat penyatuan diantara kedua-dua tokoh tersebut untuk agenda Islam yang lebih besar.

*** Wan Haron Wan Hassan ialah seorang peguam.
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/26875/Analisis-Sinar/Motif-serangan-Hadi-terhadap-Anwar
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Lima pemimpin PAS yg makan dedak UMNO yg didedahkan oleh Din Ayam

Image may contain: 2 people, people smiling, text

Lima pemimpin PAS yg mkn dedak UMNO yg didedahkan oleh Din Ayam:
1. Dr Shamsuri.
2. Takiri.
3. Nasarudin Tantawi.
4. Khalil Hadi.
5. Nik Abduh.
Dlm pemilihan Muktamar nt, korang percaya laa ckp aku. Screenshot posting aku ni kalau x percaya…
Kelima2 nama yg disebutkan di atas nt CONFIRM MENANG dlm pemilihan nti.
Sbb apa ana berani kata…? Sb inilah slogan baru parti mrk… PAS GANTI UMNO.
Maksudnya, PAS ganti perangai UMNO. PAS ganti busuk UMNO. Lihat UMNO dlu, siapa paling kuat rasuah, org tu yg akan diangkat menjadi pemimpin dan kekal pegang jawatan. Lg kuat mkn dedak, lg kukuh kedudukan…
Percayalah… PAS x mampu bangkit lg. Perpecahan dalaman semakin teruk. Ahli2 PAS semakin sedar mana yg haq, mana yg bathil…
X semua ahli PAS bodoo mcm walaun… Ramai lg yg boleh berfikir dan buat keputusan secara rasional…! C&P.

Skandal Kartel Dedak Pas

(Yang ini saya coretkan bagi memadamkan fitnah kes nurul yang lepas: “keras kepala, pimpinan panggil tegur pun tak berubah”)

Alhamdulillah. Tapi rasminya belum terima.

Masa kes nurul dulu berita tersebar kata nak panggil juga, saya yang lebih2 tanya bila nak panggil dan bertemu. Sampai last memang tak ada pertemuan tapi runner2 kartel dedak sibuk kata “degil dah dipanggil pimpinan pun masih berkeras”.

Mungkin waktu tu pimpinan sibuk sebab nak hadapi PRU. DATO TAQI dan semua pimpinan PAS terbaik. Yang nilah perosak nya ialah kartel dedak yang hanya 1 kepala daripada 5 bos. 1 orang sahaja daripada 1 juta ahli.

Semoga Allah berikan kekuatan kepada jemaah luar dan dalam. Dan kekuatan kepada saya untuk hadapi mungkar kali ke 2 dalam sejarah parti.

Saya senaraikan dulu:

1. Dr Hussam II (kepala no 1).
2. Mr NT.
3. Mr KT.
4. Mr KH
5. Semua dah tahu.

Yang no 5 sahabat yang bagus, cuma terlalu ikut kawan- kawan dan jadi front liner bela kawan. Yang dia tahu tak banyak pun.

Ramai2 ni no satu tu je saya fokus. Sebab yang dia buat Mr2 sampai Mr5 tak tahu pun. Dia maha licik mengalahkan hussam. Sapu kiri kanan. Dengan Azmin pun rapat. Pernah cuba mendedak dengan Azmin tapi tak tahu dapat ke tidak.

Saya x berminat sebut nama direct tapi saya akan sebutkan sifat2 yang perlu dihindari.

Yang runner ramai di peringkat akar umbi tapi mereka tak bersalah sebab tak tahu apa2.

Misi saya mudah, dedah kartel dedak selamatkan pimpinan dan parti daripada terpalit imej bohong dan dedak (tidak amanah dan berintegriti).

Nota: kes yang saya bangkitkan tiada kaitan langsung dengan fitnah PH tentang 90 juta. Insyallah kes2 ini dalam skala yang tidak salah undang-undang, tetapi salah dr sefi moral, agama dan integriti parti..

https://www.malaysiakini.com/news/475807…

PAS akan panggil menantu Hadi jelaskan isu ‘kartel dedak’

Wajah manusia yang pernah mempertikaikan kuasa Pengampunan Agong

PAS akan memanggil Zaharudin Muhammad yang merupakan menantu Presiden PAS Abdul Hadi Awang untuk mendapatkan penjelasan berhubung tulisan di laman sosial Facebooknya.

Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan memaklumkan perkara itu sebagai merujuk kenyataan Zaharudin berhubung “kartel dedak” baru-baru ini.

“Saya akan dapatkan laporan daripada dia (Zaharudin). Kita tak boleh nak berdasarkan media sosial sahaja. Jadi kita akan panggil dia untuk dapatkan penjelasan.

“Kalau betul dia buat kenyataan itu, kita akan dapatkan penjelasan lanjut. Apa maklumat dia dan apa tujuan dia,” katanya ketika ditemui pada majlis berbuka puasa sempena sambutan ulang tahun Umno ke-73 di Kuala Lumpur, malam tadi

Selepas dilihat berdiam diri dari mengulas isu-isu berkaitan PAS, semalam Zaharudin akhirnya bersuara mengenai penularan audio Anggota Parlimen Bachok Nik Abduh Nik Abdul Aziz yang mengandungi pengakuan penerimaan dana Umno.

Sejak komen dibuat pada 7 Mei lalu, sudah ada sekurang-kurangnya lapan hantaran dimuat naik menantu presiden PAS itu berkaitan isu yang turut dikenang dengan gelaran “Ana tahu” itu.

Zaharudin menggelarkan kumpulan dalam PAS yang bertentangan dengannya sebagai “kartel dedak” merujuk kepada dana yang diterima pihak tertentu daripada Umno atau orang berkaitan Umno.

Dalam hantaran di media sosialnya, Zaharudin bagaimanapun berkata kenyataan terbarunya itu bertujuan untuk menghindarkan fitnah yang sedang menjalar, bukan mengejutkan fitnah yang sedang tidur.

Zaharudin juga membayangkan beliau bersedia menunjukkan lebih banyak bukti berkaitan isu berkenaan sekali gus menafikan pengakuan dibuat Nik Abduh sebelum ini.

Sementara itu, Takiyuddin menjelaskan keputusan untuk memanggil Zaharudin adalah mengikut prosedur parti.

“Prosedur (parti) kita akan panggil dia, dan betul ke dia yang buat kenyataan itu, apa tujuan dan sebagainyalah (akan ditanya),” katanya.

Ditanya sama ada pihaknya ada merujuk perkara itu kepada presiden PAS, beliau berkata ia hanya di peringkat pentadbiran parti saja.

“Tiada (merujuk presiden PAS), ini di peringkat pentadbiran sahaja,” katanya.

https://www.malaysiakini.com/news/475807?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook&fbclid=IwAR1NSfb-MzR5NVks-R1OidsF_-xsSSUbNY1oM97H1tMb6zStSopH__rmA28

HADI MASIH BUTA MATA ZAHIR DAN BUTA MATA HATI SETELAH MAKAN DEDAK HARAM YANG NAJIB HIDANGKAN SEHINGGA NASIH TIDAK DAPAT MELIHAT KEBENARAN, WALAUPUN SERIBU BUKTI KES JENAYAH NAJIB TELAH DIZAHIRKAN. ALLAH SWT TIDAK AKAN MEMBERI HIDAYAH KEPADA MEREKA YANG MAKAN DARI SUMBER YANG HARAM.

 

Hidup Islam Bersama KERAJAAN PAKATAN HARAPAN , Dibawah Pimpinan Tun M Beragama  Islam, Bermazhab Syafie  Dan Marilah Bersama-sama  Kita Berselawat  Kepada Rasulullah SAW Junjungan Kita Dengan Lafaz..

اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محم

SEMOGA KITA SEMUA MENJADI UMAT RASULULLAH SAW DI AKHIRAT NANTI.

 

RAKYAT MALAYSIA JANGAN SEKALI-KALI LUPA

72 Peristiwa Hitam Di Zaman Najib

 

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/category/72-peristiwa-hitam-di-zaman-najib/