PECAHAN KERUSI DALAM PAKATAN HARAPAN:
Oleh Prof Ramlah Adam
PAN – 6, ISLAM 6.
PKR – 35, ISLAM 16.
DAP – 61, ISLAM 6.
PPBM – 10, ISLAM 10.
JUMLAH:
ISLAM – 41 KERUSI.
BUKAN ISLAM – 71 KERUSI.
JUMLAH – 112 KERUSI.
Ini yang orang Melayu kena kira dan paham betul-betul, berapa suara Melayu dan Islam? Cuma 41 orang dan yang bukan Islam 71 orang.
Boleh ke orang Melayu membuat keputusan walau pun orang Melayu duduk No. 1 dan No. 2. Itu belum Sabah dan Sarawak lagi. Jangan kerana nyamuk kelambu di bakar pikirkanlah akan angka yang saya nyatakan ini sebelum Melayu hilang suara dan sebelum Melayu memegang tahta tetapi tidak berkuasa.
Open Secret!
Pen’China’an Malaysia
Saya mengajak anak bangsa dan yang seagama untuk melihat perkembangan yang berlaku di Tanah Air kini dengan lebih serius melangkaui blok politik kepartian.
Ini bukan isu BN atau isu PH, bukan isu Najib atau isu Tun M tetapi ini adalah isu keselamatan negara dan isu masa depan umat.
Saya tidak membicarakan tajuk ini atas alasan membenci rakyat Malaysia berbangsa Cina sebagai musuh, selagi mempunyai semangat patriotik dan menghormati kontrak sosial yang digunakan sejak lebih 60 tahun yang lalu.
Tanah Melayu pernah disebut sebagai sebahagian daripada wilayah Tanah Besar China dalam silibus pendidikan rendah negara China (1938).
Saya ‘concern’ dengan masa depan negara dengan berlakunya kedatangan puluhan ribu atau mungkin ratusan ribu warga asing dari Tanah Besar China yang kini bermastautin di negara Malaysia seolah-olah tiada sebarang kawalan lagi.
Tangkapan di Pulau Pinang, Cyberjaya, Johor Bahru, Melaka dan banyak lagi adalah sebahagian daripada buktinya. Ia adalah satu ‘open-secret’.
JPN pada 2015 juga mengakui telah mendaftarkan lebih 17,000 kes wanita China yang berkahwin dengan rakyat tempatan.
Ini tidak termasuk dengan kes penjualan kad pengenalan dan.passport kepada warga China.
Ini tidak termasuk ribuan pekerja China yang dibawa masuk bagi menyiapkan lebih 70 projek mega syarikat besar China yang menelan belanja ratusan billion RM.
Kita telah lihat apa yang berlaku di Zimbabwe, Sri Lanka, Kenya dan lain-lain.
Saya bermohon agar para YB Menteri dari PH dan para MP pembangkang dari kalangan umat Islam untuk mengkaji isu ini dan memperjuangkannya di peringkat parlimen.
Ini bukan isu PH atau isu BN tetapi isu keselamatan negara, isu masa depan umat Islam dan bumiputera sebagai rakyat majoriti di negara tercinta.
Malaysia harus kekal sebagai sebuah negara Islam yang adil, maju dan makmur, harmoni dan progresif dengan dominasi Melayu Muslim yang berwibawa sebagai tunjang kepimpinan negara.
– Prof Zainur Rashid Zainuddin