AL-GHADR(Melanggar Perjanjian/Khianat) dan (AL-GHASB)(Merampas) juga satu Maksiat
Membaca sebaran di Whatsaap Pagi tadi Screenshot tweet kenyataan mantan bekas Mufti Wilayah dan hari ini adalah Menteri Agama cukup baik.. kata dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri Dalam tweetnya mengingatkan Ummat Islam, dalam menghadapi COVID-19 ini tugas Ummat Islam adalah meninggalkan Maksiat..
Mungkin Pada pandangan Ummat dan kalangan Bani Melayu, Boleh jadi mereka maksiat itu hanya alatan dan program Hiburan.. tetapi dalam Islam, Pengertian Maksiat itu cukup luas, Salah satu darinya adalah perbuatan Al-Ghadr dan Al Ghasb..
Dalam kontek Malaysia ini kedua Maksiat ini berlaku, Berlaku pelanggaran perjanjian, Khianat dan rampasan kuasa terhadap Kerajaan dipilih oleh rakyat.. Jadi ini satu maksiat yang lebih besar untuk direnungkan Dr Dzulkifly Al Bakri dalam menghadapi ujian Wabak yang sedang melanda negara kita hari ini…… Sebab ia ia satu bentuk Kezaliman…
Jadi sebagai Muslim, Aku juga mahu memberi pesanan kepada mantan Mufti yang aku hormati…
2- ZALIM ITU JUGA SATU MAKSIAT..
Pada dudut bahasa zalim atau az- zhulmu bermakna meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya… Disebutkan takrif dalam Lisaanul Arab :
الظُّلْمُ: وَضْع الشيء في غير موضِعه
“Azh zhulmu yakni meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya…”
Manakala Zalim itu juga diertikan sebagai perbuatan, atau tindakan menggunakan milik orang lain tanpa hak. Al Jurjani mengatakan dari Mausu’ah Akhlaq Durarus Saniyya akan Kezaliman itu juga satu bentuk Maksiat.. katanya..
هو عبارة عن التعدِّي عن الحق إلى الباطل وهو الجور. وقيل: هو التصرُّف في ملك الغير، ومجاوزة الحد)
“Zalim itu bermakna melewati jalan kebenaran hingga masuk kepada kebatilan,.. dan ia adalah maksiat. Disebut oleh sebagian ahli bahasa bahwa zalim adalah menggunakan milik orang lain, dan melebihi batas..”
(Mausu’ah Akhlaq Durarus Saniyyah)…
Sudah Pasti Dr Dzulkifli dapat merenungi tafsiran ini, Boleh jadi Tuan Mufti dan ramai dari kalangan Ulama terperangkap dalam perkitaran Politik kita hari ini.. ramai dikalangan Ulama Politik juga sudah termasuk dikalangan mereka yang masuk melalu jalan yang Bathil ini.. Iaitu perbuatan al ghasb ( Merampas)…
3- GHASB MERAMPAS HAK ORANG LAIN SECARA ZALIM..
Ghasb secara bahasa adiaertikan denganmengambil sesuatu secara zalim. Sedangkan menurut istilah fuqaha adalah mengambil dan atau menguasai hak orang lain secara zalim dan aniaya dengan tanpa hak.. mereka adalah Al-ghaasib (perampas) ..
Perkataan Al Ghasb atau merampas itu sendiri digambarkan di dalam Surah Al Kahfi sifat seorang raja yang merampas ( غَصْبًا ) Bahtera rakyatnya yang miskin…. sebagaimana Firman Allah..
أَمَّا السَّفِينَةُ فَكَانَتْ لِمَسَاكِينَ يَعْمَلُونَ فِي الْبَحْرِ فَأَرَدتُّ أَنْ أَعِيبَهَا وَكَانَ وَرَاءَهُم مَّلِكٌ يَأْخُذُ كُلَّ سَفِينَةٍ غَصْبًا
“ Adapun perahu itu adalah kepunyaan orang-orang miskin yang bekerja di laut, dan aku bertujuan merssakkan perahu itu, karena di hadapan mereka ada seorang raja yang merampas setiap bahtera.”
(Surah Al Kahfi: 79)
Ghasb adalah satu perbuatan yang zalim lagi haram. dengan mengambil hak orang lain secara Bathil.. Allah SWT berfirman:
يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا لاَتَأْكُلُوا أَمْوَالَكُم بَيْنَكُم بِالْبَاطِلِ
“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu saling memakan harta sesamamu dengan jalan yang batil………” (
( surah An Nisaa’ Ayat 29 )
Sebahagian Fuqaha mengingatkan akan perbuatan merampas atau mengambil hak orang lain ini, Mereka yang bersama mereka..akan menanggung akibat dan Kebinasaaanya..
الْأَيْدِي الْمُتَرَتِّبَةُ عَلَى يَدِ الْغَاصِبِ كُلِّهَا أَيْدِيْ ضَمَانٍ
“Tangan-tangan yang muncul di atas tangan perampas semuanya adalah tangan tanggungan.”
Bukan para fuqaha meletakkan dosa atau kebertanggungjawaban dari perbuatan meramaps ini, mereka juga akan memikul bebannya ?
4- AL GHADR PERINGATAN MEREKA YANG KHIANAT..
Setelah kita bicara tentang kelompok Al Ghasb, Satu kelompok ini adalah kelompok mereka yang melanggar perjanjian dan berkhianat..Sebagaimana sifat al-Ghadr yang disbutkan dalam surah Yusuf…mereka yang melanggar perjanjian dan berkhianat…
وَأَنَّ اللَهَ لا يَهدي كَيدَ الخائِنينَ…
” dan bahawasanya Allah tidak meredhai tipu daya orang-orang yang berkhianat.. ”
Surah Yusuf : Ayat 52
Di dalam Ayat ke 72 Surah Al Ahzab menggambarkan sikap manusia yang Khianat juga sebagai seorang yang Zalim lagi amat Bodohnya mereka ini ..sedangkan gunung ganang , langit dan bumi tidak mahu memikulnya…
إِنَّا عَرَضْنَا الْأَمَانَةَ عَلَى السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَالْجِبَالِ فَأَبَيْنَ أَنْ يَحْمِلْنَهَا وَأَشْفَقْنَ مِنْهَا وَحَمَلَهَا الْإِنْسَانُ ۖ إِنَّهُ كَانَ ظَلُومًا جَهُولًا
Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanat kepada langit, bumi dan gunung-gunung, maka semuanya enggan untuk memikul amanat itu dan mereka khawatir akan mengkhianatinya, dan dipikullah amanat itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat bodoh,
Jadi bagaimana Sikap kita menghadapi orang yang Khianat ?
وَلا تَكُن لِلخائِنينَ خَصيمًا..
dan janganlah kamu menjadi Pembela.. bagi orang-orang yang khianat itu…
( An Nisaa ayat 105)
Hari ini ada dikalangan agamawan, Mufti lebih cenderung kepada Pengkhianatan.. apalagi tanpa rasa malu cenderung kepada rampasan kuasa..Dimana Prinsip agama mereka.. dimana mereka meletakkan Iman mereka… Kerana Nabi menggunakan lafaz ( لاَ إِيْـمَانَ ) tidak beriman orang yg tidak amanah…. dan (وَلاَ دِيْـنَ ) dan tidak beragama orang yg khianati perjanjian..
مَا خَطَبَنَا نَبِيُّ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، إِلاَّ قَالَ: لاَ إِيْـمَانَ لِمَنْ لاَ أَمَانَـةَ لَهُ، وَلاَ دِيْـنَ لِمَنْ لاَ عَهْدَ لَـهُ .
“Tidaklah Nabiyullah ﷺ berkhutbah kepada kami, melainkan beliau bersabda:
“Tidak ada iman bagi orang yang tidak memiliki (sifat) amanah, dan tidak ada agama bagi orang yang tidak menepati janjinya….”. ..
5- PESANAN SHEIKH YUSUF QARADAWI KEPADA ULAMA
Jadi harapan aku kepada Mantan Mufti Wilayah dan Menteri Agama yang baru.. Tugas anda terlalu berat.. Kerana anda perlu kembali meletakkan sesuatu yang hak pada tempatnya…Dan segala yang berlaku hari ini, adalah kerana bersama mereka ada Ulama Ulama Jahat dikalangan Ulama Politik yang yang membantu mereka merampas kuasa..
Sebagai orang yang berilmu dan Berakhlak.. Sudah pasti wabak yang melanda negara kita… Harus difahami juga ianya satu peringatan dari perbuatan Maksiat yang telah aku tuliskan diatas.. Sudah pasti Dr Dzulkifli Al Bakri jauh lebih faham dari aku.. Jadi berikan persaksian, Berkata Benarlah dihadapan Pemimpin rampasan kuasa hari ini akan Peringatan Peringatan Allah ini….
Akhir kalam, Aku sertakan apa yang pernah dikongsi mantan SU Menteri Agama iaitu pandangan Sheikh Yusuf Qaradawi di dalam status facebooknya 10 Mac yang lepas akan ingatan kepada Ulama yang bersama pemimpin Zalim..
boleh jadi ingatan Sheikh Yusuf Qaradawi kita dalam lihat kebenarannya hari ini..kata Sheikh Yusuf Al Qaradawi 🙂
من دعاة الفتنة علماء السوء، الذين رضوا بأن يمشوا في ركاب الظلمة، ويحرقوا البخور بين أيدي الطغاة، ويحرفوا الكلم عن مواضعه، وأطيعوا القرآن لأهواء المستبدين…
“Di antara penyeru Penyeru fitnah ialah ulama jahat, iaitu mereka yang redha berarak bersama gerombolan para penzalim, menghidupkan wangian setanggi di depan pemimpin pelampau, mengubah kalimah Allah daripada maksud asalnya dan melunakkan al-Quran untuk golongan diktator.”
( Yusuf Al Qaradawi 10 Mac 2020)
Akhukum Fillah..
Ipohmali..
Tazkirah Jumaat COVID-19
20 mac 2020