Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini mengantung gelaran dan penggunaan darjah kebesaran yang dikurniakan kepada bekas perdana menteri Najib Razak dan isterinya, Rosmah Mansor.
Setiausaha kerajaan Selangor merangkap pendaftar darjah kebesaran Selangor, Mohd Amin Ahmad Ahya dalam satu kenyataan berkata penggantungan gelaran dan penggunaan darjah itu disemak semula setelah kes mereka dimuktamadkan di mahkamah.
“Najib telah dikurniakan keahlian darjah kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (SPMS) kelas pertama yang membawa gelaran Dato’ Seri pada tahun 2004 dan darjah kebesaran Dato’ Paduka Mahkota Selangor (DPMS) kelas kedua yang membawa gelaran Dato’ pada tahun 1992.
“Beliau telah didakwa di mahkamah di atas beberapa pertuduhan yang melibatkan kes rasuah, pecah amanah dan penggubahan wang haram.

“Maka dengan ini, keahlian beliau sebagai penyandang darjah kebesaran SPMS dan DPMS adalah digantung berkuatkuasa 6 Mei lalu sehingga kes perbicaraan dan rayuan (jika ada) yang melibatkan beliau selesai di mahkamah,” katanya.
Najib, 66, sedang dibicarakan berhubung tiga tuduhan pecah amanah, satu tuduhan salahguna kedudukan dan tiga tuduhan pengubahan wang haram membabitkan dana SRC International berjumlah RM42 juta.
Bekas perdana menteri itu juga berdepan dengan 25 pertuduhan rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan dana 1MDB berjumlah RM2.28 bilion. Pernicaran akan bermula pada 19 Ogos.
Rosmah pula didakwa dengan beberapa pertuduhan melibatkan diri dalam pengubahan wang haram berjumlah lebih RM7 juta dan pertuduhan gagal mengisytiharkan pendapatan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Mohd Amin juga mengumumkan baginda turut menggantung darjah kebesaran SPMS kelas pertama yang membawa gelaran Datin Paduka Seri pada Rosmah yang dikurniakan pada tahun 2005.
“Maka dengan ini, keahlian beliau sebagai penyandang darjah kebesaran SPMS adalah digantung berkuatkuasa 6 Mei lalu sehingga kes perbicaraan dan rayuan (jika ada) yang melibatkan beliau selesai di mahkamah.
“Penggantungan gelaran dan penggunaan darjah kebesaran yang dikurniakan oleh DYMM Sultan Selangor ini akan disemak semula setelah kes dimuktamadkan di mahkamah.

“Penggantungan ini selaras dengan kuasa baginda di bawah Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959, Statut Darjah Kebesaran yang berkaitan dan konvensi yang diamalkan di Negeri Selangor,” katanya.
Dalam kenyataan itu, Mohd Amin berkata darjah kebesaran keahlian Dato’ – Sultan Sharafuddin Idris Shah (DSIS) kepada Pengerusi Eksekutif dan Pengarah Syarikat NGV Tech telah ditarik balik.
“Beliau telah diisytiharkan bankrap oleh Jabatan Insolvensi Malaysia. Maka dengan ini, keahlian beliau sebagai penyandang darjah kebesaran DSIS. adalah ditarik balik dan dibatalkan, memandangkan beliau adalah seorang yang tidak layak dan sesuai memegang darjah kebesaran ini.
“Justeru, beliau dilarang daripada menggunakan darjah kebesaran dan gelaran Dato’, dan begitu juga mana-mana pihak lain jua turut ditegah daripada memanggil beliau dengan menggunakan gelaran berkenaan memandangkan kurniaan tersebut telahpun ditarik balik dan dibatalkan,” katanya.
RAKYAT MALAYSIA JANGAN SEKALI-KALI LUPA
72 Peristiwa Hitam Di Zaman Najib
https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/category/72-peristiwa-hitam-di-zaman-najib/
https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/
HADI MASIH BUTA DAN TIDAK DAPAT MELIHAT KEBENARAN, WALAUPUN SERIBU BUKTI JENAYAH NAJIB TELAH DIZAHIRKAN.
Hidup Islam Bersama KERAJAAN PAKATAN HARAPAN , Dibawah Pimpinan Tun M Beragama Islam, Bermazhab Syafie Dan Marilah Bersama-sama Kita Berselawat Kepada Rasulullah SAW Junjungan Kita Dengan Lafaz.. اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد
SEMOGA KITA SEMUA MENJADI UMAT RASULULLAH SAW DI AKHIRAT NANTI.