34 pegawai polis “mesra” penjenayah dipindahkan tempat kerja -Ketua Polis Negara

Polis Diraja Malaysia (PDRM) memaklumkan bahawa Bahagian Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) dan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) akan dirombak setelah beberapa pegawai dipercayai  bersekongkol dengan sindiket penjenayah.
D7 adalah salah satu bahagian di bawah JSJ.
Berita Harian memetik Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador mengatakan bahawa jabatan pengurusan Bukit Aman telah membentuk sebuah jawatankuasa khas untuk menyaring semua polis yang berkelayakan untuk menjalankan tugas mereka di jabatan-jabatan tersebut.

Kata  Abdul Hamid, pihaknya kini dalam proses menukarkan segelintir pegawai dan anggota dari D7 dan Narkotik yang disyaki mengambil kesempatan daripada sindiket tertentu atau penjenayah yang menjalankan kegiatan perjudian dan dadah.

“Proses saringan ini membabitkan peringkat Bukit Aman, kontinjen dan daerah. Untuk peringkat permulaan tumpuan utama kita adalah di sekitar Lembah Klang, terutama Kuala Lumpur.
“Ini adalah amat penting bagi memastikan Kuala Lumpur dapat dibersihkan daripada elemen pegawai dan anggota yang menyeleweng serta memberikan imej yang tidak baik kepada pasukan PDRM (Polis Diraja Malaysia),” katanya seperti dilapor.

Menurut Abdul Hamid, bulan lalu, sejumlah 34 pegawai kanan polis di seluruh negara dipindahkan kerana mereka mempunyai masalah integriti setelah mereka dipercayai bersekongkol dengan sindiket tertentu.
Proses pemindahan, katanya, masih belum selesai.
“Dalam masa terdekat ini masih ada lagi pertukaran yang dilakukan dan saya meletakkan semua tanggungjawab itu terhadap Jabatan Pengurusan yang kini dipimpin oleh Ramli Din.
“Mana-mana pegawai dan anggota yang berpotensi dan melepasi saringan yang dibuat maka mereka akan diserapkan ke-tempat panas seperti D7 dan narkotik,” katanya.

Abdul Hamid mengulangi pendiriannya untuk tidak pernah berkompromi dengan anggota polis yang mempunyai “jalinan mesra” dengan penjenayah, dan menjanjikan tindakan tegas terhadap anak buahnya jika terlibat.
Bulan lalu, SPRM menahan 10 individu termasuk lapan pegawai kanan polis kerana terlibat dengan sindiket Macau Scam.
Mereka antara lain terdiri daripada Asisten Komisioner Polis (ACP), Deputi Superintendan, dan Asisten Superintendan. Mereka berpusat di Bukit Aman dan ibu pejabat polis kontinjen Selangor.
Sindiket itu dikatakan telah mensasarkan mangsa di China dan menggunakan Malaysia sebagai hab operasi dan mencuci wang. -MalaysiaKini

https://www.tuncarlos.com/2020/11/34-pegawai-polis-mesra-penjenayah.html

Annuar Musa Sudah Mati ?

Annuar ‘sudah mati’ dalam Umno, kata Nur Jazlan
Timbalan Pengerusi Umno Johor, Nur Jazlan mengulas kenyataan Setiausaha Agung BN, Annuar Musa yang menegaskan Umno perlu sedar diri.

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2020/11/21/annuar-sudah-mati-dalam-umno-kata-nur-jazlan/

JAWAPAN TAN SRI ANNUAR MUSA KE ATAS DAKWAAN BELIAU SUDAH BERALIH KESETIAAN DAN DAKWAAN UMNO

JAWAPAN TAN SRI ANNUAR MUSA KE ATAS DAKWAAN BELIAU SUDAH BERALIH KESETIAAN DAN DAKWAAN UMNO TIDAK DILAYAN DENGAN BAIK

SOALAN SHAHRIL SUFIAN HAMDAN (KETUA PENERANGAN UMNO)

“Ada pengkritik yang mengatakan Tan Sri dah beralih kesetiaan daripada UMNO kepada Perikatan Nasional ataupun parti lain mungkin disebabkan trend kenyataan Tan Sri yang dilihat seolah-olah nak mempertahankan kerjasama UMNO, PAS dan BERSATU meskipun tidak disenangi sebahagian besar daripada ahli UMNO?”

JAWAPAN TAN SRI ANNUAR MUSA

“Kadangkala saya mungkin dilihat sebagai berbeza tetapi saya juga kadang-kadang tertanya: Saya ini berbeza dengan apa? Kalau berbeza dengan pendapat individu atau berbeza dengan kabilah, pada saya itu lumrah.

Saya adalah seorang Setiausaha Agung Barisan Nasional, saya kena menjunjung mendukung dasar dan keputusan-keputusan parti di peringkat Barisan Nasional. Saya adalah seorang Setiausaha Agung Muafakat Nasional, saya mesti menjunjung dan menjaga apa yang diputuskan oleh Muafakat Nasional.

Saya seorang Ketua UMNO Bahagian dan Ahli Parlimen UMNO, saya mesti menjunjung perjuangan UMNO, bukan apa yang cuba dilakukan oleh orang-orang tertentu. Jadi di sinilah saya merasakan, saya kena mengaku terus-terang, pembawaan saya pandangan saya dalam soal-soal kritikal tentang parti saya mengakui ada perbezaan dengan pihak-pihak tertentu.

Sebagai contoh, bila UMNO membuat keputusan “No Anwar, No DAP”, saya pegang kejap. Tapi bukan menjadi rahsia lagi sekarang ada orang yang mencuba untuk meninggalkan keputusan parti itu dan nak membawa satu hala tuju yang lain. Maka saya dilihat seolah-olah tidak selari dengan pemikiran sedemikian. Saya akan pertahankan pendirian saya. “No Anwar, No DAP”.

Begitu juga dalam soal dengan Tan Sri Muhyiddin. Apakah yang parti putuskan? Parti putuskan untuk kita bergabung tenaga antara PAS, UMNO dan BERSATU membentuk kerajaan. Kita putuskan kita masuk dalam parti secara en bloc. Kita putuskan kita share common vision dan jugak common enemy, “No Anwar, No DAP”, dan kita putuskan untuk berada dalam kerajaan. Maka apabila ada sesuatu perkara, terutama yang berkait dengan kerajaan, bila kita menjadi Menteri kita menjadi Menteri yang baik.

Dalam Kabinet kita ada prinsip collective responsibility. Adakah kita nak tengok Menteri-Menteri UMNO bercanggah sama-sama Menteri dalam Kabinet? Adakah nak tengok Menteri UMNO setelah bentang belanjawan go against the belanjawan? Adakah nak tengok Menteri UMNO nak bedal Perdana Menteri? That is not me.”

SOALAN SHAHRIL SUFIAN HAMDAN (KETUA PENERANGAN UMNO)

“Tapi tak kah Tan Sri mengakui bahawasanya ada hujah jugak bahawa UMNO tidak dilayan dan tidak diiktiraf sepertimana sepatutnya dan itu yang menjadi bibit permulaan ketidakpuasan hati di kalangan ahli dan kepimpinan UMNO yang membuatkan sebarang kerjasama jangka panjang UMNO dan BERSATU ini susah?”

JAWAPAN TAN SRI ANNUAR MUSA

“Sekali lagi ini adalah pendapat, pendapat mengatakan UMNO tidak dilayan. Kenapa? Sebab kadang-kadang kita masih berada dalam kelompok atau dalam kepompong superiority complex. Kita masih merasakan kita UMNO ini macam UMNO dulu, kita mesti dilayan begini begini.

Kita terlupa kita datang daripada sebuah parti yang telah jatuh dan kalah. Kita adalah parti pembangkang dan kita secara berperingkat-peringkat membina semula kekuatan. Dia adalah satu proses.

Soal layanan atau tidak layanan, itu keputusan kita. Kalau kita ada kekuatan, tentulah orang terpaksa melayan kita dengan baik. Tapi kalau kita berpecah-belah, kita merasa kita kuat tapi kita berpecah-belah, kita flip-flop, ataupun kita tidak menunjukkan karakter-karakter, sifat dan kepimpinan yang membolehkan orang menghormati kita misalnya. Jadi kalau bicara soal layanan, layanan yang bagaimana kita mahu?

Pagi tadi saya ditanya oleh media, dia kata, “Satu daripada contoh layanan tak baik (kepada) UMNO nya ialah Tan Sri sendiri,” katanya, “Tan Sri jadi Menteri Wilayah Persekutuan sedangkan YB Radzi Jidin yang kalah kepada Tan Sri tapi dia jadi Menteri Kanan”. Maka

itu dianggapkan sebagai layanan yang tidak setimpal diberikan kepada UMNO.

Kepada saya, itu pendapat, saya ada pendapat yang berlainan. Pada saya, soal Menteri Kiri ataupun Kanan, kita adalah anggota Kabinet. Yang penting bila jawatan itu diberikan kepada kita kita mesti jalankan tugas kita dengan baik supaya nama parti kita terjaga.

Adakah jawatan dalam Kabinet kita nak buat tawar-menawar? Kita kena faham prinsip. Kabinet adalah prerogatif Perdana Menteri. Kita tidak menentukan Kabinet. Kita menentukan untuk memilih dan memberi kepercayaan (kepada) Tan Sri Muhyiddin untuk menjadi Perdana Menteri dan asas dia adalah prerogatif beliau.

Kalau kita nak berunding, parti berunding sebelum Kabinet terbentuk. Tapi setelah Kabinet sudah dibentuk kenapa kita tak komplen? Kenapa lapan bulan kemudian baru kita nak komplen soal kita dapat portfolio yang bagus ataupun tidak?

Pada saya itu cerita rekaan. Kita tahu separuh daripada Kabinet adalah Barisan Nasional. 11 orang daripada Kabinet adalah Barisan Nasional. Apa benda yang kita nak buat dalam kerajaan kita boleh buat dan kita boleh ambil tanggungjawab tapi kenapa nak direka kononnya kita tidak dilayan dengan baik?

Pilihan Raya Sabah sebagai contoh. Ada orang bangkitkan dalam Pilihan Raya Sabah kononnya kita dibuli, kononnya kita tidak dilayan dengan baik.

Saya adalah pemimpin yang berada di tengah-tengah perjalanan kempen. Saya adalah ko-ordinator yang menghubungkan antara semua parti. Saya adalah sole negotiator sewaktu nak tubuhkan Kerajaan Sabah. Saya juga terlibat dalam proses waktu nak mencadangkan calon-calon. Saya tengok semua perkara-perkara yang berlaku. Ya, ada perkara-perkara yang kita tidak dapat apa yang kita hendak. Tetapi kelemahan juga ada pada kita.

Sebagai contoh, jawatan Ketua Menteri. UMNO ditawarkan supaya untuk menamakan Ketua Menteri, calon daripada UMNO, sebelum Pilihan Raya, tapi kita memilih untuk nak menamakan calon Ketua Menteri selepas Pilihan Raya. Kenapa kita tidak beritahu kepada orang ramai?

Begitu jugak soal memilih calon-calon. Kita happy saja terima 27 calon untuk UMNO, 19 calon BERSATU, 15 calon PBS, 8 calon STAR. Kemudian kita sendiri menambah daripada 27 jadi 32, daripada 32 jadi 42. Jadi di mana yang kita tidak puas hati? Hanya setelah result keluar ,kita tidak dapat kejayaan sepertimana yang kita mahu.

Tapi kita harus teliti. Ya, mungkin ada sesuatu yang orang lain buat tak baik kepada kita, saya tidak nak debate dalam masa yang pendek tentang perkara itu. Apa yang saya nak tegaskan bahawasanya kita juga kena tengok kepada kelemahan kita.

Jadi kalau kelemahan kita kita cuba sembunyikan dan kita mengiyakan sahaja apa yang orang lain kata, pada saya itu kita tidak berlaku adil. Jadi pada saya ialah kita mesti menyebut perkara atas dasar kebenaran.”

(Sumber: Wawancara CEPUMAS Ketua Penerangan UMNO bersama Setiausaha Agung Barisan Nasional, Tan Sri Annuar Musa, 19 November 2020) C&P.

PAS KING-MAKER, PENYATU UMNO DAN BERSATU?

gambar sekadar hiasan.

PAS KING-MAKER, PENYATU UMNO DAN BERSATU?

Menarik sekali pertanyaan-pertanyaan Tan Sri Annuar Musa kepada ahli-ahli UMNO ini:

(1) “Nak tinggalkan PAS tinggalkan BERSATU, nak ambik Anwar dan nak ambik DAP?”

(2) “Seburuk-buruk BERSATU, adakah kita lebih percaya kepada DAP?”

(3) “Kalau dengan PAS yang begitu lama kita bergaduh, kita boleh satukan bila kita buat pendirian, adakah pemimpin-pemimpin kita tak ada will power untuk nak menjelaskan why kita bawak BERSATU sekali?”

SOALAN SHAHRIL SUFIAN HAMDAN (KETUA PENERANGAN UMNO)

“Orang UMNO akan sentiasa tanya perkara ini: Why not hanya UMNO dan PAS sepertimana Muafakat Nasional yang asal? Kenapa perlu kita bawak parti kawan baru kita ni yang kita tahu tak ada cawangan banyak yang kita tahu tak ada ahli banyak dan dipenuhi oleh ahli dan pimpinan asalnya datang daripada parti kita sudah tentu luka itu masih fresh? Why not just UMNO dan PAS?”

JAWAPAN TAN SRI ANNUAR MUSA

“Saya dah kata dalam kajian kita hari tu, UMNO dan PAS ada kekuatan sendiri dan memang boleh menang, tapi tanya PAS: Adakah PAS boleh terima idea hanya UMNO dan PAS dan tinggalkan BERSATU. Saya dah tanya. Malam tadi kita ada mesyuarat Muafakat Nasional. Dalam Muafakat Nasional PAS punya pendirian adalah jelas. Apa dia motto PAS sekarang? “Perkasakan Muafakat Nasional, Pertahankan Perikatan Nasional”. Jelas dasar dia.”

SOALAN SHAHRIL SUFIAN HAMDAN (KETUA PENERANGAN UMNO)

“Jadi option itu tidak wujud dah?”

JAWAPAN TAN SRI ANNUAR MUSA

“Option itu tidak wujud, sebab PAS jelas, dan PAS bukan saja lagi mempertahankan Perikatan Nasional dia sudah menjadi ahli Perikatan Nasional. Jadi kalau PAS dah jadi ahli Perikatan Nasional, ertinya apa? Dia punya pegangan adalah dia tidak akan tinggalkan BERSATU.

Pada masa yang, sama malam tadi pun PAS berikrar sekali lagi mereka jugak tidak mahu meninggalkan UMNO. Apa maknanya? Maknanya PAS berpegang kepada dasar UMNO, PAS dan BERSATU hendaklah bersama.

Kita pulak nak bawak satu pandangan baru, UMNO dan PAS sahaja, satu group. Satu group lagi ialah tak kiralah kalau PAS tak hendak, BERSATU tak hendak, kita ambik Anwar Ibrahim dan DAP. Yang mana satu kita nak pakai ni?

Nak pilihan raya cepat, boleh buat pilihan raya cepat, but we must be certain yang mana satu roadmap dia. Saya tak tahu pendapat saya lebih popular kah pendapat yang nak bawak Anwar Ibrahim dan DAP lebih popular. Kita belum uji, Ped, sebab saya belum berkempen, saya cuma buat kerja sebagai Setiausaha Agung. Tapi kalau nak bertempur antara pilihan ini, silakan, and then kita akan mintak daripada grassroot betul-betul.

Orang UMNO jawablah: Nak tinggalkan PAS tinggalkan BERSATU, nak ambik Anwar dan nak ambik DAP? Ataupun seorang kata, “Oh dah DAP tu dia sokong saya buat kerajaan tapi dia tak ada dalam Kabinet, Kabinet ni hanyalah kabinet orang Melayu saja”. Jadi orang DAP cerdik, dia tak ada jalan lain dia boleh pecahkan kekuatan Melayu ini maka dia gula-gulakan. Dia kata, “Tak apalah, kami tak pegang jawatan dalam Kabinet”. Tapi kerajaan itu terbentuk daripada bilangan dia. Sampai masa, kalau dia tarik, jatuh. Bila jatuh, UMNO dah hilang kawan.

Seburuk-buruk BERSATU, adakah kita lebih percaya kepada DAP? Tanya diri.

Sebab itu pada saya, sekarang nampaknya ada tiga versi.

Satu, versi saya, mungkin orang kata tak popular dan ramai lagi kawan-kawan yang lain tapi silent majority, yakni bersatulah Melayu, UMNO memimpin penyatuan. UMNO bersama dengan PAS dan berkongsi jugak pandangan PAS, iaitu BERSATU mesti bersama. Ok, itu A.

Yang B, orang kata, biar UMNO dengan PAS sahaja. Bagi saya, jawapannya sudah ada, sebab saya sendiri tanya, Ped pun ada dalam mesyuarat semalam. PAS sudah beri jawapan, PAS nak cara yang pertama, not cara yang kedua.

So kalau kita tak ada PAS, maka versi yang ketiga, DAP dan Anwar Ibrahim. Kita tanyalah ahli-ahli grassroot. Yang mana satu?

Tapi, pada saya, bila kita pemimpin buat satu keputusan, kitalah kena menerang kepada ahli kita. Kita tak boleh tengok ahli suka apa nak ikut kehendak ahli. Ahli UMNO

di Terengganu pemikiran tak serupa dengan ahli UMNO di Kelantan sebab dia ada latar belakang yang berbeza. Ahli UMNO di Johor tak serupa dengan pemikiran ahli UMNO di Kelantan, dia ada latar belakang berbeza. Di Selangor berbeza lagi. Jadi keadaan itu tak sama.

Tapi kitalah pemimpin, kita kena buat satu pendirian yang tegas, pendirian yang jelas, kemudian kita mesti ada will power dan political will untuk kita berdepan dengan penyokong-penyokong kita dan justify.

Waktu kita nak kerjasama dengan PAS, berapa ramai yang kondem? Saya masih terngiang-ngiang dalam telinga saya beberapa pemimpin kanan kondem kita kerana kita kerjasama dengan PAS. Orang-orang besar yang kita ambil letak di atas, tak terima kerjasama dengan PAS. Ada sampai hari ini masih belum terima lagi kerjasama dengan PAS. Kita jalan jugak, akhirnya kita buat Muafakat Nasional, pun orang UMNO kondem.

Tapi akhirnya kita terus terang, kita terang, kita terang. Sekarang ini rasanya majoriti rakyat sudah senang hati bekerjasama dengan PAS. Kita dah macam dah rasa macam adik beradik dah dengan PAS. Kita boleh bertukar-tukar pandangan dengan PAS, ya. Jadi berbeza tu dengan keadaan yang dulu. Serupa jugaklah BERSATU ni lagi lah pulak.

BERSATU ni baru berapa hari umur dia? Bergaduh pun baru berapa tempat je kita bergaduh dengan BERSATU? Kalau dengan PAS yang begitu lama kita bergaduh, kita boleh satukan bila kita buat pendirian, adakah pemimpin-pemimpin kita tak ada will power untuk nak menjelaskan why kita bawak BERSATU sekali? Sedangkan parti dah buat keputusan, we are part of Perikatan Nasional.

Pada saya, itu bukan satu masalah yang terlalu besar, yang penting jangan flip-flop, jangan sekali tukar, sekali tukar, sekali tukar. Buat pendirian, draw the roadmap, set the dateline bila nak pilihan raya, set siapa dia partner-partner kita, then we move forward.”

Sumber: Wawancara CEPUMAS Ketua Penerangan UMNO bersama Setiausaha Agung BN, Tan Sri Annuar Musa, 19 November 2020.

Dakwaan 42 lot tanah DBKL terjual, Annuar jawab tuduhan esok

Dakwaan 42 lot tanah DBKL terjual, Annuar jawab tuduhan esok

KUALA LUMPUR : Dakwaan mengatakan 42 plot tanah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah terjual dalam tempoh Tan Sri Annuar Musa berkhidmat sebagai Menteri Wilayah Persekutuan disifatkan tuduhan tidak benar.Setiausaha Akhbarnya, Tun Faisal Ismail Aziz berkata, sehubungan itu Ahli Parlimen Ketereh berkenaan akan mengadakan sidang media pada Khamis bagi menjawab tuduhan itu.“Fitnah daripada DAP. Esok ada PC (sidang media) untuk jelaskan berkaitan perkara ini,” katanya kepada Astro AWANI.Kenyataan itu dikeluarkan Ahli Parlimen Cheras, Tan Kok Wai dalam sidang media di lobi Parlimen pada Rabu seperti dilaporkan sebuah portal hari ini.

Dalam laporan berkenaan, Kok Wai turut mempersoalkan status penjualan tanah itu termasuk sama ada ia dilakukan mengikut peraturan.“Daripada 42 plot tanah tersebut, empat melibatkan kawasan saya.“Walaupun merupakan wakil rakyat di kawasan itu, saya tidak tahu apakah ada tender terbuka atau berapa harga plot yang telah dijual,” dakwanya seperti dilaporkan Malaysiakini.Sidang media pada Rabu itu turut dihadiri ahli Parlimen lain di Kuala Lumpur, antaranya Nik Nazmi Nik Ahmad (Setiawangsa), Fahmi Fadzil (Lembah Pantai), Tan Yee Kew (Wangsa Maju), Lim Lip Eng (Kepong), Hannah Yeoh (Segambut ) dan Fong Kui Lun (Bukit Bintang).Mereka secara bersama mendesak Annuar untuk menjelaskan satu lagi isu yang ditimbulkan oleh Jawatankuasa Kira-kira Wang Umum (PAC) terhadap 97 plot tanah DBKL yang telah terjual sejak 2011.Sementara itu, Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) sedang mengkaji untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Pengerusi PAC, Wong Kah Woh berhubung kenyataan yang dikeluarkan beliau.Menerusi laporan portal Wilayah Ku, Ketua Pegawai Undang-undang YWP, Mohd Fadzil Ab Hamid berkata, pihaknya sedang melihat kemungkinan untuk mengambil tindakan perundangan berhubung dakwaan Ahli Parlimen DAP Ipoh Timur itu.katanya, dakwaan YWP terlibat dalam urus niaga meragukan yang melibatkan 97 tanah DBKL yang dijual kepada syarikat swasta adalah tidak benar.

https://www.astroawani.com/berita-politik/dakwaan-42-lot-tanah-dbkl-terjual-annuar-jawab-tuduhan-esok-269041

Dakwaan “PAS takkan sokong UMNO tanpa Bersatu” oleh Annuar Musa tak betul -Asyraf

Ketua Pemuda Umno Asyraf Wajdi Dusuki menyifatkan dakwaan Setiausaha Agung BN Annuar Musa bahawa PAS bertegas supaya Umno mesti turut menjadi rakan sekutu dengan Bersatu sebagai “tidak tepat.”
“Kerana keputusan Jawatankuasa Induk Perundingan Muafakat Nasional Rabu lepas bersetuju untuk mendaftarkan Muafakat Nasional (MN) antara Umno dan PAS sebagai dua parti teras mewakili bumiputera, Melayu, Islam.

“Tidak timbul langsung soal PAS beri kata dua tidak mahu kerjasama dengan Umno tanpa Bersatu,” jelas Asyraf pada hantaran di media sosial malam ini.

Terdahulu, Annuar memaklumkan Umno tidak lagi ada pilihan untuk bertanding dalam PRU akan datang hanya bersama PAS sebagai sekutu, seperti rancangan awalnya dahulu.
“Dalam kajian kita, Umno dan PAS ada kekuatan sendiri dan memang boleh menang (dalam PRU akan datang).
“Tapi tanya PAS, adakah PAS boleh menerima idea hanya Umno dan PAS dan tinggalkan Bersatu?

“Pilihan ini tidak wujud. […] PAS berpegang pada dasar Umno, PAS dan Bersatu hendaklah bersama,” katanya dalam temu bual bersama Ketua Penerangan Umno Shahril Hamdan malam semalam.

Bertentangan dengan kenyataan Aysraf malam ini, Annuar pula mendakwa PAS menyatakan pendirian itu dengan jelas dalam mesyuarat Muafakat Nasional (MN) Rabu lalu.
Menurut Annuar lagi, keputusan untuk bekerjasama dengan Bersatu adalah keputusan bersama parti itu, dalam usaha untuk menolak kerjasama dengan presiden PKR Anwar Ibrahim dan DAP.
Selepas kerjasama antara Umno dan PAS membuahkan kemenangan di beberapa PRK selepas PRU 2018, kedua-dua parti itu memeterai kerjasama Muafakat Nasional pada September 2019.

Bagaimanapun, PAS kini merupakan antara ahli Perikatan Nasional gagasan Bersatu.
Umno pula dikatakan ‘dingin’ dengan Bersatu apabila parti itu mendakwa tidak mendapat layanan dan penghormatan sewajarnya sebagai parti terbesar dalam gabungan PN yang membentuk kerajaan Persekutuan. -MalaysiaKini

https://www.tuncarlos.com/2020/11/asyraf-wajdi-dedah-dakwaan-pas-sokong.html

Asyraf Wajdi Akan Menang Di Kelantan Pada PRU Ke 15- In Sya Allah.

Kakitangan Imigresen Gred KP19 miliki kereta mewah dan kerap melancong antara diberkas SPRM

Putrajaya: Hadiahkan ‘koleksi’ kereta mewah kepada segelintir kakitangan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) yang terbabit dengan sindiket penyalahgunaan pengesahan cop keluar dan masuk di pintu utama negara.
Ini dibuktikan apabila pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menerusi operasi Ops Selat bertindak merampas 21 kenderaan mewah pelbagai model miliki kakitangan JIM yang diberkas sejak Isnin lalu.

Antara model kereta dirampas membabitkan Nissan Skyline R35, Subaru, Toyota Alphard, Hyundai Starex, Honda Accord, Mitsubishi Lancer dan pelbagai kenderaan import lain.

Sumber berkata, semua 21 kenderaan mewah bernilai jutaan ringgit itu kini disita di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya untuk siasatan lanjut.
“Turut disita 4 motosikal berkuasa tinggi milik kakitangan JIM ditahan reman terbabit.

“Siasatan susulan dilakukan SPRM turut menemui wang tunai berjumlah RM132,000 selain turut menyita wang di dalam akaun bank milik kakitangan JIM berjumlah RM616,499,” katanya.
Menurutnya, SPRM amat serius dalam membongkar kegiatan rasuah susulan penahanan 27 anggota JIM, 14 ejen pekerja asing dan lima orang awam.

“Siasatan mendapati ejen atau orang tengah ini menggunakan wang dan kenderaan mewah untuk ‘membeli’ hati kakitangan terbabit bagi memudahkan urusan keluar masuk pekerja warga asing bermasalah dari negara ini sejak 2017,” katanya.
Sumber berkata, siasatan SPRM menerusi operasi khas mendapati sindiket ejen warga asing ini sudah membelanjakan RM14.5 juta untuk menyogok pegawai Imigresen sejak 4 tahun lalu.

“Ini dibuktikan apabila ada antara kakitangan JIM berpangkat rendah ditahan memiliki wang simpanan dalam jumlah tidak masuk akal serta kenderaan mewah. Bagi mengaburi pihak berkuasa, individu dikenal pasti sebagai orang tengah atau ejen kegiatan haram ini mendaftarkan kenderaan mewah menggunakan nama individu lain.

“Ini jelas melangkaui pendapatan individu terbabit yang hanya menduduki Gred KP19,” kata sumber itu kepada Harian Metro.
Mengikut laman web rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), gaji minima gred KP19 bagi klasifikasi perkhidmatan keselamatan dan pertahanan awam adalah RM1,360 dan maksimum RM4,052 tidak termasuk bayaran elaun.
“Malah, siasatan turut menjurus kepada kehidupan mewah dikecapi termasuk kerap melancong ke luar negara,” katanya.

Menurutnya, SPRM kini meneruskan usaha memburu dua lelaki yang dikehendaki bagi membantu siasatan kes rasuah berkenaan dapat dikesan.
“Sehingga kini (semalam), lelaki terbabit Yuen Hon Loong, 49, dan Teo Hun Siang, 36, masih gagal ditemui,” katanya.
Menerusi Op Selat, SPRM berjaya memberkas 46 individu pada Isnin lalu.
Melalui laporan Harian Metro bermula Rabu lalu, kakitangan JIM itu disogok susulan banyak permintaan daripada majikan untuk melanjutkan tempoh izin berada di negara ini dan permintaan pekerja asing atau migran untuk pulang ke negara asal mereka. -MYMetro

https://www.tuncarlos.com/2020/11/kakitangan-imigresen-gred-kp19-miliki.html