Design a site like this with WordPress.com
Mulakan

Adakah Anak Muda Terlibat Rasuah?

1 NAJIB PEROMPAK

1 TMJ

1 BUKTI ANUAR MUSA

1 DEDAK TSMY

1 AMANAT TSMY

1 RASUAH BAPA RASUAH MALAYSIA

1 REZA PN BEBAS

1 KKM BUKAN HAIWAN

1 KITA BUKAN HAIWAN

1 PN LEBIH BOROS

1 MN AA

Adakah Anak Muda Terlibat Rasuah?
============
1. Apabila SPRM mengumumkan rampasan sejumlah RM600,000 beserta sebuah kereta dari rumah ahli Sayap Pemuda Parti Bersatu (ARMADA), ia adalah petanda yang membimbangkan. Andai dahulu, kita didedahkan dengan rampasan jutaan ringgit di kediaman pemimpin negara, kini penyakit rasuah ini telah merayap menjangkiti anak muda.

2. Dalam Islam, Rasulullah melaknat mereka yang terlibat dengan rasuah. Perkara ini direkodkan dalam hadis yang menyebutkan:

«لَعَنَ رَسُولُ اللَّهِ ﷺ الرَّاشِي وَالْمُرْتَشِي»

“Sesungguhnya Rasulullah melaknat mereka yang memberi dan menerima rasuah.”

3. Perhatikan hadis ini bagaimana Rasulullah bersikap sangat tegas dalam perkara yang melibatkan rasuah. Perkataan yang digunakan dalam hadis ini adalah “laknat” yang menggambarkan mereka yang terlibat dengannya berupaya terjebak kepada dosa-dosa besar.

4. Dengan sebab itu al-Imam al-Shawkani menyatakan bahawa pelaku atau penerima rasuah ini boleh dikategorikan sebagai fasiq kerana amaran yang diberikan oleh Rasulullah itu sangat berat. Kata al-Shawkani:

وَتَحْرُمُ رِشْوَةُ الْحَاكِمِ إجْمَاعًا قَالَ الْإِمَامُ يَحْيَى: وَيُفْسُقُ لِلْوَعِيدِ

“Dan (hukum) rasuah kepada pemerintah adalah haram secara ijmak. Menurut al-Imam Yahya: mereka boleh dikategorkan sebagai fasiq kerana amaran yang berat ini.” (al-Shawkani, Nayl al-Awtar)

5. Malah al-Imam al-Zahabi meletakkannya dalam kategori dosa besar. Ini kerana kezaliman rasuah melibatkan penganiyaan bukan sekadar diri sendiri bahkan terpalit kepada orang lain.

6. Jangan sampai anak-anak muda ini disabitkan bersalah kerana terlibat dengan rasuah. Kesalahan rasuah boleh menggugurkan kelayakan mereka sebagai pemimpin negara. Ini kerana sifat fasiq dan pelaku dosa besar mencacatkan kelayakan sebagai seorang pemimpin yang amanah dan adil dalam Islam.

Jadi, bagaimana anak muda yang terlibat dengan kesalahan yang disifatkan sebagai fasiq dan dosa besar ini boleh diangkat menjadi pemimpin negara kelak?

7. Anak muda adalah permata harapan ummah. Mereka adalah lambang masa depan kepimpinan negara. Keterlibatan dalam aktiviti yang melibatkan rasuah mestilah dihapuskan segera. Ini bagi membendung kerosakan yang meruntuhkan negara.

Semoga Allah membimbing kita.

KEMELUT POLITIK MAHATHIR, PEMBUBARAN PARLIMEN, DAN PENGISYTIHARAN DARURAT

1 PH MELAKA

1 MES MAJ PRESIDEN AMANAH

1 MAZA PEROMPAK

KEMELUT POLITIK MAHATHIR, PEMBUBARAN PARLIMEN, DAN PENGISYTIHARAN DARURAT

Oleh: Isham Jalil

Semalam Dr Mahathir mencabar Bersatu untuk memecatnya, dia tidak endah titah Yang Dipertuan Agong di Parlimen baru-baru ini supaya tidak membawa rakyat dan negara ke kancah kemelut politik.

Semalam juga terdapat ura-ura bahawa terdapat tiga orang ahli Parlimen Bersatu akan melompat ke kem Dr Mahathir dan meninggalkan Perikatan Nasional (PN).

Ura-ura ahli Parlimen Bersatu lompat kem ini sangat kuat sehinggakan Jabatan Perdana Menteri terpaksa mengeluarkan surat rasmi menafikan perkara tersebut.

Sekiranya tiga ahli Parlimen ini benar-benar melompat kem, maka Kerajaan PN yang berusia tiga bulan ini akan tumbang kerana kehilangan majoriti di Dewan Rakyat.

Dan kejatuhan kerajaan akibat ahli Parlimen melompat parti ini akan menjadi kali kedua dalam tiga bulan.

Dan pertukaran kerajaan dalam tempoh yang singkat ini dijangka akan berlaku lagi dan tidak akan berhenti sehingga Pilihanraya Umum ke-15.

Ini terjadi sebab kedua-dua gabungan politik iaitu PN atau PH tidak akan mempunyai majoriti yang mencukupi untuk membentuk kerajaan yang stabil.

Mereka kini boleh membentuk kerajaan dengan hanya 1 atau 2 majoriti tipis sahaja dengan cara ahli Parlimen melompat parti.

Setiap kali selepas semua jawatan Kabinet dan GLC diisi dan dilantik, pergolakan tentunya akan berlaku lagi.

Sebab jawatan-jawatan ini adalah terhad dan tidak cukup untuk semua orang, oleh itu pasti akan ada ahli Parlimen yang tidak berpuas hati dengan pembahagian jawatan tersebut.

Sesiapa yang dilantik menjadi Timbalan Menteri akan dijanji jawatan Menteri jika melompat parti ke parti lawan.

Begitu juga pengerusi-pengerusi GLC yang dilantik akan ditawar menjadi Menteri atau Timbalan Menteri oleh pihak lawan jika melompat parti.

Yang diperlukan hanyalah seorang dua sahaja ahli Parlimen melompat untuk menjatuhkan kerajaan.

Sementara itu kerajaan tidak akan stabil dengan pertukaran Perdana Menteri dan anggota Kabinet berlaku setiap beberapa bulan disertai dengan pergolakan politik di antara pertukaran kerajaan tersebut.

Jika politik dan kerajaan tidak stabil seperti di atas, keadaan ekonomi dan sosial rakyat akan menjadi lebih teruk dan terjejas kerana ahli-ahli politik dan anggota pentadbiran kerajaan terutama menteri-menteri sibuk berpolitik untuk mengekalkan kuasa dan tidak ada masa untuk mentadbir dan membuat dasar untuk rakyat dan negara.

Sebab itu untuk meleraikan kemelut politik yang berpanjangan dan menstabilkan semula kerajaan dan politik negara, maka pilihanraya umum yang baru perlu dibuat untuk mendapatkan mandat rakyat bagi memilih ahli-ahli Parlimen untuk membentuk kerajaan yang baru dan lebih stabil.

Oleh itu, sekiranya kerajaan hilang majoriti di Dewan Rakyat, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin tidak ada pilihan lain selain membubarkan Parlimen.

……..

Ahli-ahli politik PH seperti Ambiga, Khalid Samad dan ramai lagi telah menyatakan bahawa mereka tidak bersetuju jika Parlimen dibubar untuk pilihanraya.

Alasan mereka adalah kos pilihanraya yang tinggi.

Namun sebenarnya alasan ini bukanlah alasan yang kuat.

Ini kerana, mahu atau tidak, pilihanraya umum tetap perlu diadakan dan kos ini tetap perlu dibelanjakan sama ada sekarang atau tiga tahun lagi bila mana kos ini akan meningkat berbanding sekarang.

Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) juga boleh mencadangkan dan melaksanakan langkah-langkah penjimatan untuk mengurangkan kos ini.

Kos kerugian ekonomi negara akibat ketidakstabilan politik adalah jauh lebih tinggi apabila negara tidak ditadbir dengan betul kerana menteri-menteri sibuk berpolitik dan pelabur menjauhkan diri.

Kos moral dan kewangan akibat “rasuah merasuah” ahli politik untuk melompat parti juga boleh dielakkan atau dikurangkan sekiranya politik lebih stabil berbanding sedia ada dengan pilihanraya dan mandat rakyat yang baru.

Sebenarnya, PH takut kehilangan banyak kerusi jika pilihanraya diadakan semula.

……..

Minggu depan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan tamat atau dilonggarkan lagi, banyak kedai-kedai dan aktiviti perniagaan telah dibuka semula.

Berdasarkan laporan Kementerian Kesihatan, kadar jangkitan COVID-19 di Malaysia adalah dalam trend menurun dan terkawal.

Aktiviti kehidupan akan kembali seperti biasa seperti sebelum ini walaupun dengan beberapa perubahan cara hidup norma baru seperti penjarakan sosial, tidak bersalam dan sebagainya.

Setelah tiga bulan PKP, ahli-ahli politik terutama pembangkang akan kembali giat berpolitik untuk menjatuhkan kerajaan sedia ada.

Pilihanraya kecil juga akan diadakan di Chini dan mungkin di Rawang.

Sekiranya Parlimen dibubar, mengikut Perlembagaan Persekutuan, pilihanraya umum perlu diadakan dalam tempoh 60 hari dari tempoh pembubaran.

Ini bermakna dalam tempoh 60 hari Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) perlu menyediakan SOP norma baru untuk pilihanraya umum semasa atau selepas PKP.

Pilihanraya Kecil Chini pada bulan hadapan boleh dijadikan model lapangan untuk penambahbaikan SOP bagi pilihanraya yang lebih besar.

Dalam tempoh pembubaran ini juga Perdana Menteri dan Kabinet sedia ada akan menjadi kerajaan interim atau “care-taker” seperti biasa sebelum kerajaan baru dibentuk selepas pilihanraya.

Sekiranya keadaan tidak mengizinkan di mana wabak COVID-19 menular semula di akhir tempoh 60 hari tersebut, maka tempoh tersebut boleh dilanjutkan dengan pengisytiharan darurat untuk menangguhkan pilihanraya.

Namun pengisytiharan darurat ini adalah pilihan terakhir hanya jika keadaan wabak COVID-19 menjadi semakin teruk dan membahayakan rakyat dan negara untuk memanggil pilihanraya selepas tempoh 60 hari tersebut.

……..

Mahu tidak mahu, bersedia atau tidak, melihat keadaan politik semasa kini, semua perlu bersiap untuk menghadapi kemungkinan pilihanraya umum ke-15 pada tahun ini.

ISHAM JALIL
30 Mei 2020

PH terbuka terima ADUN pro Tun M

KOTA ISKANDAR – Pakatan Harapan (PH) Johor membayangkan terdapat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang akan menyokong bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad seterusnya mengambil keputusan untuk bersama kepimpinan PH di peringkat negeri.

Penyelarasnya, Aminolhuda Hassan berkata, krisis yang berlaku dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di peringkat tertinggi parti itu turut memberi kelebihan kepada PH di peringkat negeri.

https://helloworld-i4ln6sgakq-an.a.run.app/aHR0cCUzQSUyRiUyRjh4NGp0Yy5jbiUyRnI2Q2lGOUpLRkZJNQ%3D%3D#

Pengguguran keahlian: ARMADA sedia rujuk undang-undang

PUTRAJAYA: Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) sedia merujuk kepada saluran undang-undang berhubung isu pengguguran keahlian lima pemimpinnya.

Ketuanya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, berkata BERSATU mempunyai perlembagaan yang jelas bagi menangani isu seperti itu.

https://helloworld-i4ln6sgakq-an.a.run.app/aHR0cCUzQSUyRiUyRnc5bm5sOS5jbiUyRmg2V0x1N3J0aWpmUA%3D%3D#

Sidang media yang dijadualkan pada jam 5 petang hari ini oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohd Redzuan Md Yusof

1 DAULAT TUANKU

Sidang media yang dijadualkan pada jam 5 petang hari ini oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohd Redzuan Md Yusof mencetuskan spekulasi bahawa akan berlaku lagi pengunduran dalam kerajaan Perikatan Nasional.

Ini lebih-lebih lagi sidang media itu bertempat di kediaman rasminya di Parkfiled Residences, Kajang dan bukannya di lokasi rasmi.

Redzuan sebenarnya telah memaklumkan hasratnya untuk mengadakan sidang akhbar pada semalam setelah menghadiri mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu.

Ketika ditanya apakah beliau akan mengundurkan diri, semalam, beliau memberitahu Malaysiakini: “Tidak, tidak, tidak, terlalu banyak spekulasi. Esok (Jumaat) saya akan adakan sidang media.”

Ketika ditanya mengenai sidang media itu, seorang pegawainya memberitahu “buat je la”.

Bagaimanapun, akhbar The Star yang memetik sumber mendakwa apa yang tersebar itu tidak akan menjadi kenyataan.

“Kerana Pak Wan (Redzuan) telah bersama (Presiden Bersatu) Muhyiddin Yassin sejak PRU14 dan dia akan kekal sampai akhir. Itulah rancangannya,” kata sumber itu.

Sebelum ini, undangan untuk sidang media disebarkan kepada media, tetapi tujuan ia diadakan tidak didedahkan.

Malah, sumber akhbar itu, mendakwa undangan palsu menghadiri sidang media banyak dihantar ketika perbalahan semakin sengit antara puak bekas pengerusi Bersatu Dr Mahathir Mohamad dan kem Muhyiddin.

“Mereka cuba melaga-lagakan Redzuan dengan Muhyiddin,” kata sumber itu.

Sementara itu, Harian Metro yang juga memetik sumber melaporkan sekurang-kurangnya dua menteri kabinet Bersatu dijangka meletakkan jawatan dalam masa terdekat dan menyatakan sokongan kepada Dr Mahathir Mohamad.

Menurut sumber itu, kedua-dua menteri kabinet berkenaan sebelum ini adalah menteri penuh ketika pemerintahan Pakatan Harapan dan bertukar portfolio selepas pembentukan kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang diterajui Muhyiddin.

“Ya, ada lagi yang akan menyusul. Sekurang-kurangnya dua menteri. Selepas itu dijangkakan ada lagi.

“Mereka ini semua berjuang sejak awal bersama-sama Dr Mahathir, menubuhkan parti untuk menentang amalan rasuah dan kleptokrasi. Dengan hala tuju parti yang baru ini, mereka rasakan Bersatu sudah lari daripada matlamat asal,” katanya.

Semalam, Timbalan Menteri Kerja Raya, Shahruddin Salleh melepaskan jawatannya atas alasan beliau telah melakukan ijtihad politik yang kurang tepat dengan menyertai kerajaan Perikatan Nasional PN.

Katanya, beliau seharusnya meletakan keutamaan dengan membuat pertimbangan bahawa pengundi- pengundi di Parlimen Sri Gading P149 telah memilih parti Pakatan Harapan PH dalam PRU14.

Justeru, sebagai langkah awal bagi membetulkan kesilapan itu, maka beliau meletak jawatan.

Berdasarkan tempat duduk sidang Parlimen terakhir pada 18 Mei, PN hanya memiliki majoriti dua kerusi sementara Pakatan Harapan memberi bayangan bahawa ia memiliki sejumlah kerusi yang mencukupi untuk merampas kembali Putrajaya.

PN menerajui Putrajaya susulan rampasan kuasa pada akhir Februari setelah Muhyiddin membawa Bersatu keluar dari Harapan, yang menyaksikan kerajaan persekutuan PH yang memerintah selama 22 bulan itu tumbang.

Berikutan krisis politik selama seminggu, Muhyiddin mengangkat sumpah sebagai perdana menteri kelapan setelah membentuk pakatan PN dengan Umno, BN, PAS dan GPS.

Dua menteri kabinet daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dijangka meletakkan jawatan

1 DEDAK TSMY

1 AMANAT TSMY1 TSMY TAUKEY RASUAH1 RASUAH BAPA RASUAH MALAYSIA

1 JAM TSMY

 

SEKURANG-KURANGYA dua menteri kabinet daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dijangka meletakkan jawatan dalam masa terdekat dan menyatakan sokongan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad.
Sumber berkata, ia susulan peletakan jawatan Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Dr Shahruddin Md Salleh semalam kerana isu pemecatan ahli parlimen Langkawi itu bersama empat yang lain minggu lalu.

Kedua-dua menteri kabinet berkenaan sebelum ini adalah menteri penuh ketika pemerintahan Pakatan Harapan dan bertukar portfolio selepas pembentukan kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang diterajui Tan Sri Muhyiddin Yassin, Mac lalu.

“Ya, ada lagi yang akan menyusul. Sekurang-kurangnya dua menteri. Selepas itu dijangkakan ada lagi.
“Mereka ini semua berjuang sejak awal bersama-sama Tun, menubuhkan parti untuk menentang amalan rasuah dan kleptokrasi. Dengan hala tuju parti yang baru ini, mereka rasakan Bersatu sudah lari daripada matlamat asal,” katanya kepada Harian Metro.
Semalam Ahli Parlimen Sri Gading, Datuk Dr Shahruddin Md Salleh meletakkan jawatan sebagai Timbalan Menteri Kerja Raya berkuat kuasa hari ini.
Dalam satu kenyataan media, beliau memaklumkan, tindakannya melakukan ijtihad politik dengan menyertai Perikatan Nasional (PN) adalah kurang tepat.
Katanya, beliau seharusnya meletakkan keutamaan dengan membuat pertimbangan bahawa pengundi di Parlimen Sri Gading memilih Pakatan Harapan (PH) dalam PRU14.  –metro

ROS tiada halangan Bersatu adakan mesyuarat malam ini

1 PH KEMBALI

 

Pendaftar Pertubuhan (ROS) tiada halangan untuk membenarkan Bersatu mengadakan mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi parti itu malam ini.

Dalam satu kenyataan, ROS berkata keputusan itu dibuat selepas kerajaan mengumumkan perintah kawalan pergerakan (PKP) telah dilonggarkan kepada perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) mulai 1 Mei lalu.

Bagaimanapun, aktiviti itu perlu mendapat kebenaran ROS dan dengan syarat ia tidak melibatkan sekumpulan besar orang.

“Kebenaran ini adalah terhad dan ia tidak termasuk persidangan, perhimpunan, mesyuarat agung dan sebarang mesyuarat atau aktiviti-aktiviti yang melibatkan perhimpunan manusia secara fizikal dengan jumlah yang ramai.

“Selaras dengan itu, pihak ROS telah mengambil maklum dan tiada halangan bagi pihak Bersatu untuk mengadakan Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) dengan jumlah ahli MPT yang telah ditetapkan,” jelasnya.

ROS memberi maklum balas terhadap pertanyaan Malaysiakini  berhubung mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu yang dijadualkan berlangsung di Kuala Lumpur malam ini.

Ini selepas beberapa pihak berkata, Bersatu tidak sepatutnya mengadakan mesyuarat berkenaan kerana bertentangan dengan arahan ROS.

Pada Mac lalu, ROS mengeluarkan arahan melarang segala bentuk aktiviti oleh mana-mana organisasi yang berdaftar dengannya selepas PKP dikuatkuasakan.

Larangan itu menyatakan ia berkuat kuasa sehingga 30 Jun.

Menurut ROS, sejak PKPB dikuatkuasakan, mereka telah mempertimbangkan permohonan daripada pertubuhan berdaftar dan NGO untuk mengadakan mesyuarat.

ROS berkata Bersatu juga telah dimaklumkan untuk mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) dan mematuhi arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) berkaitan penularan Covid-19.

“Pematuhan semua arahan dan SOP ini hendaklah di bawah kawalan ketat pihak Bersatu dan apa-apa jua kemungkinan sekiranya berlaku ketidakpatuhan arahan dan SOP berkaitan, ia adalah menjadi tanggungjawab pihak Bersatu,” katanya.

Armada membuat laporan SPRM terhadap Muhyiddin.

1 UMNO HAIWAN

*Muhyiddin Didakwa Guna Kedudukan, Tawar Jawatan Demi Sokongan*

1 RASUAH BAPA RASUAH MALAYSIA

1 JAM TSMY

Sinar Harian – 01 Jun 2020

PUTRAJAYA – Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin didakwa menggunakan kedudukannya dalam kerajaan dengan menawarkan jawatan Menteri dan Pengerusi syarikat berkaitan kerajaan (GLC) kepada ahli Parlimen bagi mendapatkan balasan sokongan.

Timbalan Ketua Pemuda Amanah, Shazni Munir Mohd Ithnin berkata, perkara itu jelas terkandung di dalam audio yang tular dipercayai membabitkan Muhyiddin dalam mesyuarat pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

*”Perikatan Nasional mengagihkan jawatan ini ala adegan perompak dalam filem Nujum Pak Belalang, jawatan untuk kau, sokongan untuk aku,”* katanya ketika ditemui pemberita sebelum memasuki bangunan Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini sebentar tadi.

Menurutnya, tindakan tersebut telah melanggar Akta SPRM 2009.

*”Bukan sahaja salah laku dari aspek perundangan, bahkan dari segi moral dan amat memalukan bangsa Melayu,”* katanya.

Sehubungan itu, beliau bersama Exco Armada Bersatu, Abu Hafiz Salleh Hudin dan Ketua Pemuda DAP, Lee Chuan How yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Pinji, Perak membuat laporan kepada SPRM berhubung perkara tersebut.

Semalam satu rakaman audio berdurasi 2.24 minit dipercayai suara Muhyiddin bersama beberapa pemimpin Bersatu dalam Langkah Sheraton pada 23 Februari lalu merancang menarik seramai mungkin pemimpin UMNO menyertai parti itu tersebar di media sosial.

*”Kalau kita ambil seorang seorang, mungkin ada antara mereka (pemimpin UMNO) kalau kita tawarkan jawatan tertentu, apa beza nak sertai Bersatu, apa beza nak kekal dalam UMNO?”* soal beliau yang dipetik sebagai berkata dalam rakaman audio itu.