هذه القصة حقيقية حصلت لصاحب التكس نفسه سامح علي ولكن الفيديو الذي شاهدتموه تمثيلي اي اننا قمنا بتمثيل القصة الحقيقية التي حدثت لصاحب التكس نفسه الذي بداء في الفيديو وقمنا بتصوير هذا الفيديو من باب ايصال فكرة وحث الناس على التكاتف فيما بينهم – قام بدور المليونير الفنان علي العزاني وقام بدور التكس الاولى الاخ اسامه شحيط وقام بالتصوير والاخراج ابو علي وشكرا للموظف الاخ عايش ظيف الله جيد الذي سمح لنا بأخذ لقطة داخل محل تجاري يعمل فيه ولم نذكر اسم المحل ولم نصور لوحته ولم نذكر عنوانه كي لا يتهمنا احد بالترويج والاعلان ) هذا ولكم الشكر الجزيل على المشاهدة والمتابعة الطيبة والتعليقات البنائة الهادفه ) تحياتي قناة ابو علي
Antara tetamu yang hadir pada majlis iftar antara agama di Masjid Wilayah Persekutuan semalam: (Bermula 2 dari kiri); pegawai khas MB Terengganu, Balachandran G Krishnan; agamawan Hindu Bala Tharma; pemimpin Tamil Methodist Church Jonathan Jesudas; aktivis Islam Shah Kirit Kakulal Govindji; Pengarah Jawi Mohd Ajib Ismail; ketua sami tertinggi Buddha K Sri Dhammaratana; aktivis NGO Kristian Jason Leong dan imam masjid, Ehsan Mohd Hosni.
KUALA LUMPUR: Sentiasa berkasih sayang, sentiasa mengambil tahu, sentiasa memahami, sentiasa berkongsi, sentiasa memberi dan sentiasa memaafkan – ini adalah jalan untuk memastikan keharmonian agama di Malaysia, kata Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Mohd Ajib Ismail.
Beliau berucap selepas penganjuran majlis berbuka puasa dengan pemimpin agama Kristian, Buddha dan Hindu di Masjid Wilayah Persekutuan semalam.
“Apabila semua anggota masyarakat memahami apa 6 unsur ini, maka kehidupan kita akan lebih harmoni dan negara kita akan lebih baik daripada sudut kemajuan dan perkembangan masyarakat,” katanya kepada FMT selepas majlis tersebut.
Majlis itu adalah salah satu daripada majlis iftar antara agama yang dianjurkan bersama Global Unity Network, sebuah kumpulan yang diketuai aktivis Islam Shah Kirit Kakulal Govindji, yang juga penerima Anugerah Maulidur Rasul Kebangsaan pada 2012.
Sesi dialog antara agama juga diadakan.
Antara yang hadir menyertai umat Islam dalam majlis iftar itu ialah ketua sami tertinggi Buddha K Sri Dhammaratana, Jason Leong daripada Gerakan Kristian untuk Perdamaian dan Harmoni di Malaysia (CPHM) dan Bala Tharma daripada Organisasi bagi Pengetahuan Agama Hindu untuk Sains, Warisan dan Seni Malaysia.
Bercakap pada majlis itu, Sri Dhammaratana berkata walaupun agama sering dipersalahkan kerana menyebabkan konflik, ajaran agama mempromosikan keamanan dan keharmonian.
Bala Tharma bercakap mengenai bagaimana beberapa penganut Hindu salah tafsir teks agama mereka, memikirkan Bhagavad-Gita membenarkan penyembelihan besar-besaran kerana Tuhan Krishna dilihat sebagai menggalakkan protagonis, Arjuna, untuk berperang, apabila ia hanya dibenarkan dalam contoh khas.
Katanya, ia disebabkan orang yang mengaku sendiri nabi tidak tahu mengenai ajaran kepercayaan mereka.
Sementara itu, Leong berkata media sosial mudah disalahguna sebagai alat untuk menyemai perbalahan dalam kalangan pengikut agama.
“Kadang-kadang perkataan yang sangat beracun tersebar di dalam mesej WhatsApp. Sila berhati-hati sebelum menghantarnya,” katanya.
“Sekiranya kita elok dalam berkata-kata dan perbuatan kita, ia akan berterusan dalam mempromosikan perpaduan negara.”
Shah Kirit berkata beliau tidak bersetuju dengan tanggapan bahawa perkara keagamaan harus disimpan secara peribadi.
Sebaliknya, seperti politik yang katanya adalah subjek tabu dalam perbincangan awam, agama juga harus dijadikan perbincangan di Malaysia.
“Dengan media sosial dan teknologi, perbincangan sedang berlaku. Anak-anak kita dipersoalkan mengenai agama, keimanan dan kepercayaan mereka. Kita perlu menangani perkara ini. Tetapi bagaimana kita menguruskan dialog adalah penting,” katanya.