Design a site like this with WordPress.com
Mulakan

Segalanya benar belaka…. Terbukti Nik Abduh Anak Derhaka

31 OGOS 20191 ISLAM TERANCAM1 PAS IDAK CERDIKHADI DERHAKA TGNA

ANAK DERHAKA ???

hadi duitHADI JATUH CINTA DENGAN UMNOHADI RUU TAK JADI6a2fd-screenshot_2019-02-14-10-02-12-958_com.facebook.katana1 THb358a-nikabduh

IBU DAN ANAK TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ BERJAYA DIJADIKAN BATU LONCATAN OLEH HAJI HADI UNTUK MENDAPATKAN DEDAK UMNO NAJIB RM 90 JUTA.

Segalanya benar belaka….

Perkiraan gelap di belakang antara Najib dan Haji Hadi untuk UG 2008 itu benar. (Bermulalah pembohongan kononnya UG itu fitnah).

PRU 12 (2008) PAS Perak menang 5 kerusi dan diangkat menjadi MB, namun Haji Hadi cuba menghalang kerana mahu PAS bentuk K’jaan negeri dgn umno sehingga menelefon Ust Ahmad Awang ditengah malam, itu benar.

ATGNA rimas dan bertegas tolak UG, hingga memanggil Muktamar Khas untuk pecat semua yg nak UG, tapi disailang dengan Muktamar tanpa pengundian. Kononnya, semua setuju tiada lagi UG/kerjasama dgn umno itu juga benar. (Pembohongan mula berantai).

Kesihatan ATGNA mula merosot dan undur diri dari jawatan MB, PRU 13, menyaksikan Hj Husam disailang geng UG / Tanjong Mas juga benar. Hj Husam langsung tidak diberi peranan dlm K’jaan negeri. ( bermulanya geng UG Haji Hadi mengukuhkan kuasa, dan dlm masa yg sama di belakang ahli PAS, perjumpaan2 UG/kerjasama dgn umno semakin mekar. Namun ahli terpaksa dibohongi kerana sentimen anti-umno).

Juah Haji Hadi mula jelas kelihatan apabila menghamput DSAI di lobby hotel di KTganu tanpa sempat berbincang. Haji Hadi menghina DSWA memperkecilkan langkah kajang, mengkhianati Pakatan Rakyat dgn menghantar nama calon2 MB dari Pas bagi menggantikan Khalid, sebelum menyokong Azmin. Itu juga benar. Haji Hadi mengusulkan nama KuLi sbg PM untuk sailang DSAI sblm itu juga benar.

Wafatnya ATGNA, menyaksikan golongan pejuang dan profesional yg sekian lama menjadi tulang belakang PAS mula ditekan. Sejak sekian lama, mereka ini dilabel Anwarinas, Erdogan, Jebon dll hingga Muktamar 2015 menyaksikan gugur setandan. Bagi yg baru mengikuti PAS, ketahuilah, besarnya jasa mereka sehingga dapat berdirinya ibupejabat PAS di jln raja Laut dan bangunan itu juga diatas nama mereka sebagai pemegang amanah.

Apa perlunya mereka ini disisihkan?. Ya, merekalah yg menentang usaha Haji Hadi utk berUG/ kerjasama dgn umno sejak sekian lama. Besarnya keinginan Haji Hadi untuk bersama umno itulah yang memporak perandakan PAS, itu juga benar. Pembohongan kpd ahli terus dimainkan termasuk melalui harakah bagi mengaburi mata ahli tentang kerjasama dgn umno.

Bersiap menghadapi PRU 14, keangkuhan Haji Hadi keatas barisan pembangkang, jelas menunjukkan UG/k’sama/taawun dgn umno, tapi masih membohongi ahli2 bahawa PAS menjadi kingmaker (tidak bekerjasama dgn umno). Selain azmin dan kartel, seluruh barisan pembangkang telah bersiap dibawah payung PH tanpa PAS. Jelasnya, bukan kingmaker tapi PAS bersama umno dan ditolak PH. Itu juga benar.

Ditambah lagi dgn usaha bersungguh2 PAS menjadi tukang chop “BERPUASHATI” keatas krisis 1MDB, tabung haji dll, Maka, Hari ini terjelaslah, taawun dgn umno itu berteraskan duit. 90juta malah berkemungkinan besar jauh lebih banyak. Audio Nik Abduh, saman acah2 S’wak report hanyalah memperjelaskan ma’arifatnya.

Untuk makluman pewala” PAS, Saman itu memang diketahui akan kalah, tetapi, keputusan menyaman Sarawak Report itu adalah untuk menipu Ahli PAS supaya percaya PAS difitnah dan bekerja sungguh2 menhadapi PRU. Sebab itu, saman ditarik balik sebelum bermula perbicaraan April ini.

Dan, untuk menarik balik Saman itu, terpaksalah PAS mendapatkan persetujuan Clair rewcastle. Sebahagian dari persetujuan itu adalah pembayaran rm1.422 juta. Dan itu juga benar.

Selepas Nik Abduh memperjelaskan dan MENGAKU bhw dia disuruh berbohong, dan Haji Hadi “fatwa” wajib berbohong, KENAPA tidak mengaku sahaja seluruh pembohongan berangkai sejak 2008 itu. Jawapannya adalah – Perlu untuk berbohong kerana tanpa pembohongan, seluruh walaun akan sedar bhw sekian lama mereka ditipu. Jadi, bukalah mata, jika sayangkan PAS, kembalikanlah kepimpinan kepada mereka2 yg benar2 ikhlas berjuang kerana ALLAH. Hampir seluruh kepimpinan sekarang terlibat dgn agenda pembohongan berantai ini, maka, setandan jugalah yg perlu dibuang. Wallahu A’lam.