Design a site like this with WordPress.com
Mulakan

Najib Lindungi Jho Low – Pimpinan UMNO

Image may contain: 4 people, people smiling, text

Pimpinan UMNO sendiri dedahkan, walaupun berkali2 diperingatkan tentang Jho Low, tapi Najib berulang kali menukar2 kenyataannya berhubung Jho Low. Bila dah tersangkut, dikatanya Jho Low menipunya.

Najib memang bodoh, tapi hamba2 abdi Najib (macai Najib) berganda2 kebodohanya. — with Nur Addah Aziz.

Nazri Aziz, Khairy: Dua arah, satu matlamat

PERKEMBANGAN terkini menyaksikan pahat semakin hingar bingar walaupun rumah Barisan Nasional (BN) telah siap untuk berperang.
Apakah ia sememangnya suara ‘genuine’ Nazri Aziz dan Khairy Jamaluddin atau ada tangan dan bisikan ghaib di belakang yang memegang remote?
Ia sesuatu yang serius untuk kesemua ahli UMNO fikirkan.
Khairy Jamaluddin hadir dalam Majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Padang Rengas 2019 (kubu Nazri Aziz) dan mereka membanting tulang mengkritik pelantikan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat BN.

Ia pelik dan menghairankan.
Budaya menjatuhkan pemimpin melalui ‘character assasination’ dan ‘demoralisation’ sinonim dengan Tun Dr Mahathir Mohamad.
Tun Mahathir dan Lim Kit Siang tidak pernah berhenti menghentam Datuk Seri Najib walaupun tangan dan kakinya diikat dengan pelbagai dakwaan mahkamah yang sehingga hari ini tidak dapat dibuktikan.
Jelas, Tun Mahathir dan Lim Kit Siang ‘acknowledge’ Datuk Seri Najib adalah figura terbaik yang menjadi aset terpenting BN bukan sahaja kerana beliau Perdana Menteri terbaik dari kesemua 5 penyandang sebelumnya dicampurkan total, malah beliau adalah idola rakyat kerana kebaikan hati dan sifat kasih sayang yang dibuktikan melalui pelbagai inisiatif bantuan rakyat (terutamanya rakyat miskin) ketika pentadbirannya.
Datuk Seri Najib mula dirindu rakyat tidak sampai 6 bulan selepas kejatuhannya dan kini kelibatnya diekori dengan tangisan, teriakan dan pelukan.
Nazri Aziz dan Khairy Jamaluddin harus menerima hakikat bahawa rakyat tidak kejar Nazri Aziz atau Khairy Jamaluddin, tetapi Datuk Seri Najib.
Keterujaan rakyat terhadap beliau adalah petanda tsunami besar akan melanda PH di PRU15 selepas penipuan dahsyat yang dilakukan mereka di PRU14.
Jika begitu, kenapa Nazri Aziz dan Khairy Jamaluddin menentang pelantikan Datuk Seri Najib sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat BN? Apakah kerugian atau keuntungan yang mereka dapat?
Persoalannya, apakah jawatan tersebut atau Datuk Seri Najib yang lebih besar pengaruhnya?
Agenda siapa yang membawa Nazri Aziz dan Khairy Jamaluddin bersatu menentang pelantikan Datuk Seri Najib sedangkan sebelum PRU14 ‘to the best of my knowledge’ kedua-dua mereka tidak pernah akrab sama sekali.
Jika Nazri Aziz benar-benar mahu BN bangkit, kenapa Nazri tidak pernah menghentam PH atau menuntut janji-janji PH bagi pihak rakyat seperti yang dipraktikkan oleh Datuk Seri Najib setiap hari sebaliknya menentang pelantikan Datuk Seri Najib sahaja?
Nazri Aziz pernah bermati-matian menentang Perpaduan Ummah antara Pas dan UMNO kerana mahu UMNO bergabung dengan PKR dan DAP.
Malah, Nazri Aziz tidak pernah mengkritik PH sebaliknya menentang pelantikan Datuk Seri Najib sahaja.
Saya percaya Nazri Aziz perlu lebih risaukan skandal Projek Terowong Bawah Laut Pulau Pinang berbanding perjuangan rakyat menuntut hak dari kerajaan penipu.
Sementara itu Khairy Jamaluddin yang memetik penulis Indonesia Khairil Anwar “aku ini binatang jalang” pula mahu rakyat melihatnya sebagai budak nakal yang berniat ikhlas terhadap UMNO yang disayanginya.
Jika sayangkan UMNO, saya cadangkan Khairy perkuatkan UMNO dengan menyokong Presiden UMNO yang dipilih oleh ahli UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
PH bukan lagi kerajaan tetapi sebuah rejim dengan strategi tersusun untuk menghancurkan UMNO.
Baik Nazri Aziz mahupun Khairy Jamaluddin, kedua-duanya sedang membakar kelambu ummah.
ANINA SAADUDIN
**Kenyataan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan sidang pengarang SINAR HARIAN.
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/37831/KHAS/Pendapat/Nazri-Aziz-Khairy-Dua-arah-satu-matlamat?utm_source=izooto&utm_medium=push_notifications&utm_campaign=Nazri Aziz Khairy Dua arah satu matlamat&utm_content=&utm_term=
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

https://www.sinarharian.com.my/article/37831/KHAS/Pendapat/Nazri-Aziz-Khairy-Dua-arah-satu-matlamat?utm_source=izooto&utm_medium=push_notifications&utm_campaign=Nazri%20Aziz%20Khairy%20Dua%20arah%20satu%20matlamat&utm_content=&utm_term=

Kalau berani hukumlah saya dan KJ – Nazri

Image may contain: 2 people, beard and text

Kalau berani hukumlah saya dan KJ – Nazri

KUALA LUMPUR- “Kalau hendak hukum saya dan (Ahli Parlimen Rembau) Khairy Jamaluddin kerana kami sayangkan parti, hukumlah kalau hendak tengok jadi macam dulu.

“Buang (Mohd) Shafie Apdal buang Muhyiddin Yassin, kita ingat mereka tak ada pengaruh tapi tengoklah,” kata Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz.

Beliau ditemui selepas perasmian Mesyuarat UMNO Bahagian Padang Rengas oleh Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Mohamed Nazri merujuk kepada pemecatan dua bekas pemimpin UMNO oleh Najib sebelum PRU-14 lalu sehingga menjadi faktor kekalahan Barisan Nasional.

Semasa berucap Mohamed Nazri juga mendakwa Najib sebenarnya meminta jawatan Pengerusi BN pada asalnya kerana mahu menjadi perdana menteri semula.

Najib, dakwanya melihat peluang itu selepas kerjasama UMNO-Pas boleh menang PRU-15.

Beliau dalam masa yang sama juga mencabar pucuk pimpinan parti itu memecatnya jika kurang senang dengan kritikannya berhubung pelantikan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak selaku Pengerusi Lembaga Penasihat BN.

“Saya tak gentar, nak buang, buanglah, saya tak pernah serang presiden (UMNO) pun,” katanya lagi seperti dipetik dari Malaysiakini hari ini.

Nazri dan Khairy masing-masing sebelum ini dilihat tidak senang dengan pelantikan Najib itu.

Khairy sebelum itu mengakui tidak gembira dengan pelantikan Najib, sementara Nazri menyifatkan ia sebagai langkah ke terkebelakang.

BN pada 9 Julai lalu mengumumkan pelantikan Najib sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat BN – satu jawatan baharu yang diwujudkan.

Bagaimanapun, Nazri dan Khairy dalam sidang media itu menegaskan yang mereka tidak akan sama sekali meninggalkan parti itu.

Ketika sidang media itu, Khairy pula mendedahkan menerima banyak tawaran untuk lompat parti namun memilih untuk tetap setia bersama UMNO.

“Bukan satu, dua, banyak tawaran kami terima tapi sampai hari ini masih lagi bersama UMNO,” kata bekas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO itu.

Sementara itu, Nazri menyifatkan kempen “bossku” yang dibawa Najib tidak menyumbang kepada kemenangan UMNO dalam tiga pilihan raya kecil (PRK) sebelum ini.

Sebaliknya, kata Nazri, kempen “bossku” hanyalah program budak-budak yang tidak boleh diterjemahkan kepada undi.

“Bossku bukan parti politik, (ia lebih kepada) budak-budak untuk seronok tak boleh terjemahkan pada undi, tiga PRK bukan ‘bossku’ jadi faktor utama, itu rakyat bangkit,” jelasnya.

Nazri juga menyarankan Najib menjarakkan diri dari parti sekiranya sayangkan parti.

“Dia kata (tuduhan) fitnah, fitnah apa benda sudah ada pendakwaan, jawab di mahkamah bukan jawab di jalanan. Serahkan parti kepada pemimpin-pemimpin baru,” katanya.-MalaysiaGazette

 

Umno Bukan Perisai – Khairy Jamaluddin

Image may contain: 1 person, sitting and text

Pemimpin UMNO diminta tidak menggunakan parti itu sebagai ‘perisai’ dalam menghadapi isu di mahkamah.

Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin berkata tindakan itu perlu dipertimbang demi kebaikan dan masa depan parti.

“Saya bukan tak hormat kepada Datuk Seri Najib (Razak). Dia yang angkat saya jadi menteri. Dia yang lantik saya jadi menteri. Mestilah sedikit sebanyak saya terhutang budi.

“(Tapi) saya merayu sangat janganlah gunakan parti untuk perisai diri sendiri kerana yang ada di bawah tidak berdosa,” katanya berucap merasmikan mesyuarat UMNO Bahagian Padang Rengas di Padang Rengas, Perak, hari ini.

Khairy yang juga bekas Ketua Pemuda UMNO, berkata kritikannya kepada pucuk pimpinan pada ketika itu serta hari ini dibuat demi kelangsungan parti itu, selain bagi menyuarakan pandangan dan kegelisahan ahli akar umbi.

“Mungkin kami tiada jawatan. Tapi kami bukan pengkhianat yang akan tinggalkan parti dan menyeberang ke Pakatan Harapan. Yang kami cakap ini hanya untuk kebaikan parti. Kerana kita tidak mahu budaya lama berulang.

“Kita terima (Datuk Seri Dr Ahmad) Zahid (Hamidi) kembali menjalankan tugas sebagai presiden. Tapi janganlah mengulangi kesilapan yang lalu. Saya dan Nazri, walaupun mulut kita kadang-kadang ‘laser’, toreh badan ini, dalamnya darah daging UMNO,” katanya.

 

https://web.facebook.com/GedungTeknologiSemasa/photos/a.1965275600354299/2346168332265022/?type=3&theater

Najib minta dilantik sebagai pengerusi BN – Nazri Aziz

Image may contain: 1 person, phone

Anggota Parlimen Padang Rengas, Nazri Aziz berkata Najib Razak meminta untuk menjadi pengerusi BN semula dan bukannya pengerusi lembaga penasihat BN.

Nazri mendakwa, bekas presiden Umno itu mahu mengambil kesempatan apabila menyedari BN boleh menang kembali hasil kerjasama dua parti berkenaan.

“Saya tahu jawatan yang dipohon sebenarnya pengerusi BN, bukan pengerusi lembaga penasihat (BN), bila dia (Najib) lihat masa depan kita cerah dengan PAS.

“Mahu jadi PM (perdana menteri) lagi ke? Bagilah peluang kepada anak-anak muda, pimpinan baru, cukuplah,” katanya ketika berucap pada mesyuarat perwakilan Umno bahagian Padang Rengas, yang turut disiarkan secara langsung melalui Facebook.

Mengulas tanggapan yang melihatnya sebagai penyokong tegas Najib sebelum ini, Nazri menegaskan bahawa kesetiaannya ada perjuangan dan parti, bukan individu.

“Minta maaf saya tidak pernah setia pada individu…yang Datuk Seri Najib sebut walak, pada perhimpunan tahun lepas, walak itu pada perjuangan, walak kepada parti bukan kepada individu.

“Ahli Umno kena ingat, kesetiaan itu kepada parti bukan pada individu, dan kalau dulu saya dikatakan setia kepada Najib, (sebenarnya) bukan setia kepada Najib, tapi kepada presiden parti,” jelasnya.