Bukti Islam Bukan Agama Teroris.


Cordova Media
219K subscribersSUBSCRIBEDMirwais Waziri asal Afghanistan datang ke Selandia Baru sebagai pengungsi 17 tahun lalu. Sejak saat itu ia berulang kali disebut sebagai teroris. Dan pada saat terjadi serangan teroris di Masjid Al-Noor dia juga menjadi korban, alhamdulillaah dia selamat. Kepada sang teroris di pengadilan dia mengatakan, “Karena saya dari Afghanistan, mereka menyebut saya -entah itu untuk lucu-lucuan, bercanda atau sengaja- dengan sebutan teroris. Tetapi Anda telah mengambil sebutan itu dari saya. Hari ini Anda disebut sebagai teroris dan Anda telah membuktikan pada dunia bahwa saya bukanlah teroris. Dan kami sebagai Muslim bukanlah teroris.” Sumber: SBS, Mail Online

Sultan Kedah sokong konsep Negara Rahmah

 

Sultan Kedah bertitah, pendekatan rahmah haruslah diterjemahkan bagi membela golongan kanak-kanak, orang tua, wanita, fakir miskin, anak yatim, mualaf, orang kurang upaya dan pesakit kronik, malah haiwan serta alam sekitar. – Foto Bernama

1 A CERDIK1 TUN SAYANG1 MUJAHID1 A TERANCAM

ALOR SETAR – Sultan Kedah, Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah bertitah baginda menyokong usaha kerajaan untuk memperkenalkan konsep Negara Rahmah khususnya melalui pendekatan Rahmatan Lil ‘Alamin dan Maqasid Syariah berteraskan ajaran Islam sebenar sejajar tema Maal Hijrah, Negara Rahmah Ummah Sejahtera tahun ini.

Sultan Sallehuddin bertitah bahawa Negara Rahmah harus meliputi agenda reformasi pemikiran, pemurnian semula falsafah kehidupan dan pelaksanaan pendekatan pengurusan ummah yang menggunakan acuan menyeluruh demi membawa matlamat kesejahteraan hidup, keharmonian dan keprihatinan terhadap semua makhluk.

Baginda menegaskan, pendekatan rahmah juga haruslah diterjemahkan bagi membela golongan kanak-kanak, orang tua, wanita, fakir miskin, anak yatim, mualaf, orang kurang upaya (OKU) dan pesakit kronik, malah haiwan serta alam sekitar.

“Pendekatan diperkenalkan berkenaan wajar diterima semua pihak tanpa mengira fahaman dan warna politik demi mencapai status negara maju terutamanya dalam menyerlahkan kesyumulan, Islam yang relevan serta sesuai sepanjang zaman.

“Bahkan, dunia Islam hari ini menaruh harapan tinggi agar Malaysia menjadi model negara Islam moden yang berprestasi tinggi serta mementingkan kesejahteraan rakyat secara keseluruhannya,” titah baginda sempena Majlis Perhimpunan sempena Sambutan Maal Hijrah 1441H/2019M Kedah di Dewan Seri Negeri, Wisma Darul Aman di sini.

Berangkat sama, Sultanah Kedah, Sultanah Maliha Tengku Ariff,Raja Muda Kedah, Tengku Sarafudin Badlishah Sultan Sallehuddin dan Raja Puan Muda Kedah, Che Puan Muda Zaheeda Mohamad Ariff.

Turut hadir Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir. – Sinar Harian

http://www.yadim.com.my/v2/sultan-kedah-sokong-konsep-negara-rahmah/?fbclid=IwAR2OaW320PTtQK8ckCJ82TqqW46zr_z5Fcmj685jW_KfmRUV8QZUEncPaLM

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/2019/09/06/piagam-perpaduan-ummah-umnopas/

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/2019/09/06/kelantan-pada-zahir-dibawah-pemerintahan-ulamak-tetapi-pada-hakikat-kaum-cina-menguasai-ekonomi-negeri-kelantan/

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/2019/09/06/isu-jawi-pas-menjadi-khadam-mca/

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/2019/09/06/geng-musang-berbulu-ayam-di-bumi-malaysia/

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/2019/09/06/pas-cabar-paderi-kristian-sertai-politik-pilih-parti-tanding-pru/

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/2019/09/06/apabila-parti-umno-dan-pas-terancam-maka-fitnah-bermula/

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/2019/09/06/bila-sprm-nak-tangkap-rosmah/

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/2019/09/06/lhdn-saman-ku-nan-tuntut-bayar-cukai-pendapatan-rm57-17-juta-2/

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/2019/09/06/ikhwan-global-adalah-al-arqam-berwajah-baru/

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/2019/09/05/jpa-nafi-akan-hentikan-bayaran-pencen/

Rakyat Kelantan Sejak Turun Temurun Menggunakan Produk Thailand Yang Murah Dan Mudah Didapati Di Negeri Kelantan Tanpa Ada Tanda Halal Jakim, Bermula Dari Beras, Buah-Buhan, Sayuran, Pinggan Mangkuk, Pakaian Dan Sebagainya. Semua Produk Thailand Yang Bukan Keluaran Orang Islam. Penduduk Islam Melayu Patani Juga ( Saudara Mara TMB Kelantan Nik Amar ) Sudah Hidup Turun Temurun Dan Telah Menjadi Sebati Dengan Darah Daging Mereka  Menggunakan Produk Thailand Yang Dihasilkan Di Bangkok Dan Sebagainya.

 

Forum Hal Ehwal Islam dengan tajuk ISLAM TERANCAM?? APA PERANAN KITA

Image may contain: 4 people, people smiling, text

Forum Hal Ehwal Islam dengan tajuk ISLAM TERANCAM?? APA PERANAN KITA

Ahli Panel
Alfadhil Ustaz Haji Nik Omar Nik Aziz YDP YADIM
Ustaz Hashim PCs Pegawai Agama Pejabat Pengerusi KADA
Ustaz Fauwaz Fadzil Noor ( Pendakwah)

Moderator Ustaz Haji Ahmad Baihaki ( Bekas MP Pas Kubang Kerian)

Pada 15hb Ogos 2019
Hari Khamis
Jam 9 malam
Tempat Dewan Pusat Sumber Bhgn Teknologi Pendidikan Negeri Kelantan

Anjuran YADIM & Pertubuhan Kebajikan & Pendidikan AnNur

Dengan Kerjasama Bhgn Teknologi Pendidikan Negeri Kelantan

Takwa jadi ukuran kemuliaan

1 TAQWA

Oleh Zamri Hashim

Sesuatu yang sudah disepakati oleh semua ialah penilaian kemuliaan seseorang itu adalah taqwa. Ini jelas termaktub di dalam al Quran “Wahai manusia sesungguhnya Kami ciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku untuk saling kenal-mengenal, sesungguhnya yang paling mulia di antara kamu adalah orang-orang yang bertakwa” (Q.S. Al-Hujurat [49]: 13).

Juga diterangkan oleh Nabi Muhamad SAW : “Wahai manusia! Sesungguhnya tuhan kamu sama, bapa kamu sama (Adam). Ketahuilah! Tiada kelebihan orang Arab ke atas ‘ajam (yang bukan Arab), atau ‘ajam ke atas Arab, atau yang berkulit merah ke atas yang berkulit hitam, atau yang berkulit hitam ke atas yang berkulit merah melainkan ketakwaan” (Riwayat Ahmad dan al-Baihaqi,)

Syarat utama taqwa yang menjadi nilai ukuran utama kemuliaan di sisi Allah SWT ialah beriman dengan Allah SWT, hari akhirat, beriman dengan kandungan al Quran dan sifat-sifat taqwa lain yang terkandung di dalam al Quran mahupun hadis Rasulullah SAW.

Pendek kata, taqwa hanya mampu diraih oleh orang yang mempunyai syarat paling asas iaitu seorang Muslim. Mustahil orang kafir dan mensyirikkan Allah itu menjadi orang yang bertaqwa dan meraih kemuliaan Allah SWT.

Jelas sekali, jika kita membuat perbandingan antara orang kafir dengan orang Islam yang mampu meraih taqwa adalah hanya orang Islam bahkan orang kafir tidak sekali-kali mampu meraih taqwa kerana mereka tidak mempunyai syarat paling asas iaitu keimanan kepada Allah SWT.

Jadi patut difahami dari ayat dan hadis di atas ialah persaingan untuk meraih taqwa adalah sesama orang Islam sementara orang kafir sejak dari awal lagi terkeluar dari persaingan itu.

Taqwa penentu nikmat-Nya

Satu perkara yang sering dilupakan ialah, sebagaimana ukuran kemuliaan individu itu adalah taqwa, begitu juga sesebuah kelompok sama ada berdasarkan komuniti sesuatu tempat mahupun bangsa dan keturunan diukur kemuliaannya berdasarkan taqwa. Ini bermakna taqwa bukan setakat menjadi ukuran kemuliaan kepada individu tetapi juga ukuran kemuliaan kepada kelompok termasuk pelbagai bangsa yang diciptakan oleh Allah SWT.

Allah SWT pernah mengingatkan sekelompok penduduk kampung, keimanan, ketakwaan dan kekufuran mereka akan menjadi penentu kepada keseimbangan pengurniaan nikmat daripada-Nya.

Firman Allah SWT : Dan (Tuhan berfirman lagi): Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka sudah usahakan. (QS al A’raf :96)

Berdasarkan kefahaman di atas, mana-mana bangsa yang individunya adalah Muslim maka individu itu adalah berpotensi untuk meraih taqwa tanpa mengira bangsa sama ada Cina mahupun India. Di sinilah terserlah keistimewaan bangsa Melayu yang kesemuanya Muslim.

Apabila kita bercerita tentang bangsa Melayu seharusnya kita memahami bahawa bangsa yang hampir keseluruhannya adalah beragama Islam di negara kita adalah bangsa Melayu. Satu bangsa yang mempunyai modal asas untuk meraih taqwa daripada Allah SWT.

Bila disebut ketuanan Melayu, janganlah terus melatah dengan mengatakan ia adalah asabiyyah yang terlarang di dalam Islam kerana perjuangan orang-orang Melayu di negara ini berkait rapat dengan perjuangan mempertahankan ketuanan Islam di nusantara ini.

Ketuanan Melayu gaya Muslim

Tiada bukti sejarah ketuanan Melayu bermaksud menjadikan bangsa lain sebagai hamba.

Buktinya kita lihat pada hari ini bangsa lain jauh lebih menguasai ekonomi negara dan bebas berpolitik dan menyuarakan pandangan dan tuntutan bahkan mempertahankan bahasa, budaya dan mempunyai sekolah vernakular mereka tersendiri.

Memaknakan ketuanan Melayu sebagai orang Melayu Muslim sebagai tuan rumah kepada negara ini tidaklah salah dari sudut syarak kerana bangsa ini diistimewakan Allah kerana mereka adalah Muslim. Terbukti di dalam sejarah, darah bangsa inilah yang paling banyak tumpah mempertahankan pertiwi dan bangsa yang terbukti sangat baik hati, boleh berkongsi hidup dan kekayaan negara ini bahkan kerakyataan juga ditolak ansurkan kepada bangsa yang minoriti dan terbukti boleh hidup aman damai.

Faktor utama perkara ini berlaku adalah Islam mengajar dan mendidik bangsa Melayu bersikap begitu.

Cuma istilah ketuanan Melayu ini pernah disalahgunakan oleh segelintir kecil orang Melayu yang menyimpang dari ajaran Islam yang sebenar dengan mengambil peluang mengaut keuntungan peribadi. Mereka ini tidak mewakili majoriti orang Melayu Islam yang lain. Jangan disebabkan nila setitik, susu sebelanga dibuang.

Ada pula pihak lain yang menggunakan kesempatan memomokkan istilah ini untuk untuk menuntut keadilan dengan slogan hak sama rata antara tuan rumah dan orang yang datang bertamu dengan memberi konotasi buruk terhadap istilah ini. Sedangkan di dalam Islam sama rata tidak semestinya adil tetapi keadilan itu ialah meletakkan sesuatu sesuai pada tempatnya. Secara logiknya tuan rumah adalah adil untuk mempunyai keistimewaan daripada orang yang datang bertamu.

Penulis adalah Timbalan Mufti Perak

https://www.bharian.com.my/rencana/agama/2018/11/501167/takwa-jadi-ukuran-kemuliaan

KEADILAN DAN KEBAJIKAN TARIK NON MUSLIM KENALI ISLAM

AYER KEROH 20 Mei – Keutamaan aspek dakwah meliputi kebajikan dan keadilan berperanan dan menjadi tarikan penting kepada masyarakat untuk mengenali Islam dengan lebih dekat.

Ketua Menteri, Adly Zahari berkata, proses dakwah meliputi kepelbagaiannya malah ia merupakan perkara utama dalam perkenalkan Islam dan merupakan satu cara hidup bercirikan akhlak terbaik.

Katanya, pendekatan dalam memberikan maklumat berkaitan agama Islam merupakan penekanan penting dalam berdakwah malah pada masa sama umat Islam perlu menunjukkan pekerti yang baik.

“Seperti di masjid sebenarnya ia berperanan dalam berdakwah kepada bangsa lain yang bukan saja dijadikan sebagai institusi ibadah.

“Di negeri ini mengalu-alukan program sempena sambutan Ramadan seperti contoh Majlis Berbuka Puasa mahupun Program Sumbangan yang melibatkan dengan masyarakat bukan Islam.

“Melalui pendekatan ini mereka juga akan menerima bantuan daripada masjid kepada mereka yang kurang kemampuan malah memerlukan bantuan.

“Perkara ini merupakan aspek-aspek penting kerana dalam Islam itu tidak merangkumi pada batas bangsa mahupun agama terhadap kebajikan dan keadilan itu kerana ia meliputi keseluruhan kepada masyarakat.

“Penekanan ini perlu ditumpukan di setiap masjid di negeri ini supaya ia boleh dilawati masyarakat dengan mengimarahkan masjid malah pada masa sama dakwah Islam itu boleh dikembangkan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Majlis Iftar Amal Perdana Hidayah Center Melaka (HCF) 2019 di Dewan Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di sini, malam tadi.

Dalam pada itu, menurut beliau, sebagai negeri pelancongan tersohor penekanan dalam mengimarahkan masjid penting bagi menarik masyarakat bukan Islam termasuk pelancong asing dalam menghayati keindahan Islam yang menekankan nilai-nilai murni.

“Kerajaan negeri melalui Balai Islam Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) akan cuba perbaiki kaedah urusan dan cara dakwah ini dari semasa ke semasa.

“Cara berdakwah dalam penggunaan bahasa penting dan perlu dilaksanakan dengan bahasa ibunda mereka agar ia lebih mudah dengan kefahaman yang mereka ada sendiri.

“Penyampaian mesej Islam menggunakan bahasa sendiri mampu menyampaikan mesej terbaik khususnya terhadap saudara baharu dan konsep ini telah dimainkan HCF dan merupakan satu kaedah yang perlu kita contohi,” katanya.

Keadilan Dan Kebajikan Tarik Non Muslim Kenali Islam

Komuniti bukan Islam teruja jejak kaki ke masjid – Risalah Rahmatan Lil Alamin

JOHOR BAHRU: Komuniti bukan Islam sekitar bandar raya ini teruja apabila mendapat pengalaman berharga iaitu pertama kali menjejakkan kaki ke dalam Masjid Sultan Iskandar, Bandar Dato’ Onn di sini.

Ia bersempena Program Semarak Ramadan BH dan Jalinan Ukhuwah Johor Corporation (JCorp) 2019 yang berlangsung di Masjid Sultan Iskandar sejak pagi tadi.

Sebanyak 10 kaunter pameran yang dibuka mendapat sambutan meriah daripada masyarakat bukan Islam sekitar bandar raya ini, termasuk beberapa pelancong dari Jepun.

Penduduk di bandar raya ini, Ivy Loh, 50, berkata dia mendapat tahu mengenai program berkenaan menerusi Facebook dan mengambil keputusan hadir bersama dua anaknya berusia 18 dan 28 tahun.

“Bagus program seperti ini, komuniti bukan Islam dapat memahami bagaimana tempat ibadah masyarakat Muslim dan budaya mereka.

“Saya juga lihat ramai kaum India dan juga pelancong Jepun datang, amat mengejutkan saya melihat perkara ini berlaku kerana tidak pernah lagi saya nampak komuniti bukan Islam beramai-ramai masuk ke masjid,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Sebahagian masyarakat bukan Islam hadir mendengar ceramah bertajuk Puasa, Kesihatan dan Agama pada Program Semarak Ramadan BH dan Jalinan Ukhuwah JCorp 2019, di Masjid Sultan Iskandar, Bandar Dato’ Onn, Johor Bahru. – NSTP/Mohd Azren Jamaludin

Sebahagian masyarakat bukan Islam hadir melihat pameran pada Program Semarak Ramadan BH dan Jalinan Ukhuwah JCorp 2019, di Masjid Sultan Iskandar, Bandar Dato’ Onn. – NSTP/Mohd Azren Jamaludin

Sementara itu, saudara baharu, Ariff Asyraff Yap Abdullah, 39, turut terkejut melihat ramai komuniti bukan Islam memasuki masjid sempena program dianjurkan hari ini.

“Sebelum ini program mendekatkan komuniti bukan Islam dengan Islam dilakukan di hotel atau pasar raya, tetapi hari ini ia berjaya dilakukan di masjid.

“Saya amat teruja melihat masyarakat bukan Islam memenuhi perkarangan masjid ini dan merapatkan hubungan silaturahim sesama kaum di negara ini,” katanya.

Program Semarak Ramadan BH dan Jalinan Ukhuwah JCorp 2019 mendapat tajaan JCorp menerusi syarikat Kumpulan, QSR Brands (M) Holdings Bhd (QSR Brands) dan Waqaf An-Nur Corporation Berhad (WANCorp).

Program bermula pagi tadi dengan aktiviti penyediaan bubur lambuk secara gotong-royong bersama ahli jawatankuasa Masjid Sultan Iskandar, kakitangan BH dan anggota pekerja JCorp.

Forum bertajuk ‘Puasa, Kesihatan dan Agama’ turut diadakan di Dewan Lukman al-Hakim Masjid Sultan Iskandar pada jam 5.30 petang tadi, yang mengupas pelbagai hikmah mengenai puasa mengikut perspektif agama, kesihatan dan sains.

Forum berkenaan menampilkan tiga ahli panel iaitu Pendakwah dan Pensyarah Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Jaysuman Pusppanathan; Pakar Nutrisi Hospital Pakar KPJ Puteri, Dr Nur Hafizah Abdul Hadi dan Pengurus Besar, QSR Brands, Mohd Roslan Mohd Saludin.

Forum bertajuk ‘Puasa, Kesihatan dan Agama’ diadakan di Dewan Lukman al-Hakim Masjid Sultan Iskandar. – NSTP/Mohd Azren Jamaludin

Sebanyak 10 kaunter pameran turut dibuka di perkarangan Masjid Sultan Iskandar yang memberi pendedahan kepada masyarakat bukan Islam mengenai Islam, termasuk memberikan mereka pengalaman memakai hijab.

Majlis kemudian diteruskan dengan penyerahan sumbangan zakat kepada saudara baharu sebelum semua tetamu berbuka puasa.

Pengarang Eksekutif Berita dan Digital BH, M Thilinadan (tengah) memberi sumbangan sempena Program Semarak Ramadan BH dan Jalinan Ukhuwah JCorp 2019, di Masjid Sultan Iskandar, Bandar Dato’ Onn, Johor Bahru. – NSTP/Mohd Azren Jamaludin

Pengarang Eksekutif Berita dan Digital BH, M Thilinadan (tengah) memberi bubur lambuk kepada orang ramai pada Program Semarak Ramadan BH dan Jalinan Ukhuwah JCorp 2019, di Masjid Sultan Iskandar, Bandar Dato’ Onn, Johor Bahru. – NSTP/Mohd Azren Jamaludin

Hadir sama, Naib Presiden Penjenamaan dan Komunikasi Kumpulan JCorp, Norsiah Juriani Johari; Pengarang Eksekutif Berita dan Digital BH, M Thilinadan; Pengurus WANCorp, Mohd Nazarudin Ali serta Pengerusi Masjid Sultan Iskandar, Mohd Razif Ab Rahim.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/05/565394/komuniti-bukan-islam-teruja-jejak-kaki-ke-masjid?fbclid=IwAR3w5xQemgSHTeqDrViJaicuTmE3aqC_qjjvv78epxmZqyCF3au1wLfvQZA

Malaysia Negara Rahmatan Lil Alamin

Image may contain: 2 people, people sitting and indoor

Image may contain: 3 people, people smiling, people standing and suit

Image may contain: 1 person, on stage, standing, beard and outdoor

Image may contain: 3 people, people smiling, suit

Image may contain: 4 people, people smiling, people standing

Image may contain: 10 people, people smiling, people standing, crowd and outdoor

Image may contain: 1 person, smiling, text

Kita sama-sama membuka mata dan fokuskan pendengaran.

Bantu suburkan risalah Islam di Malaysia.
………………………………………………………………….

Antara Kejayaan PH di bawah Pentadbiran YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dalam Memperkasa Institusi Agama Islam di Malaysia Pasca PRU-14

☑️ Selamatkan Tabung Haji dari mengalami Defisit Kewangan berjumlah RM10 billion

☑️ Peruntukan mengurus dan pembangunan Islam di Malaysia ditambah dari RM1.1 billion pada 2018 kepada RM1.2 billion pada tahun 2019.

☑️ Peruntukan tambahan kepada Sekolah Tahfiz berjumlah RM50 juta dan Institusi Pondok berjumlah RM25 juta

☑️ Mengkaji dan menyediakan satu pelan untuk menyerap Guru KAFA yang mempunyai ijazah ke perjawatan tetap

☑️ Menjadikan Malaysia Model Halal Hub bertaraf Antarabangsa dengan penubuhan Sekretariat Majlis Halal Malaysia dengan kerjasama agensi di bawah OIC

☑️ Mengagaskan Gagasan Negara Rahmah dipersetujui Kabinet untuk dijadikan Rahmatan Lil Alamin sebagai dasar pentadbiran Islam negara.

☑️ Menubuhkan talian khas Isu Menangani Penghinaan Agama dan Nabi Muhammad SAW yang membawa kepada penahanan dan pendakwaan di Mahkamah beberapa individu seperti Yazid Kong Abdullah, Danny A’antonio Jr, Ayea Yea dan banyak lagi

☑️ Hukuman yang dikenakan Mahkamah ke atas mereka yang didapati salah dan sabit dengan hukuman penjara dan denda lebih berat berbanding sebelum PH ambil alih pentadbiran Kerajaan sebelum ini

☑️ Memperkenal dan melancarkan model Masjid Rahmah yang dijadikan model masjid yang mesra jamaah dan pengguna

☑️ Melancarkan Program Usahawan Asnaf dengan membantu mereka melalui Maiwp dan SMIDEC, dibimbing menjadi usahawan keluar dari kemiskinan dan membantu asnaf kembali selepas berjaya

☑️ Mempertahankan kewajaran subsidi Haji kepada Jamaah Haji Muassasah Kali Pertama berjumlah hampir RM400 juta meskipun Tabung Haji mengalami krisis kewangan yang sangat teruk dengan usaha keras mencari sumber yang boleh diguna menampung subsidi haji tersebut

☑️ Memperkenalkan Mahkamah Khas untuk memastikan kes Nafkah dan Hadhanah dapat didengar dan tindakan segera

☑️ Menubuhkan Mahkamah fast-track bagi mendengar kes perceraian biasa elak kelewatan dan birokrasi

☑️ Menghantar para hakim syarie ke Arab Saudi mendalami ilmu berkaitan Al-Qhuda’ di sana serta mendapatkan pengalaman tentang mahkamah dan perlaksanaan hukum syara’ di sana

☑️ Sidang Meja Bulat Maqasid Syariah berkaitan isu-isu Agama, Perundangan dan Tatacara bersama para ulama’, cendiakwan dan ilmuan Islam secara bulanan

☑️ Pertemuan dengan tokoh-tokoh Agama menerangkan dasar Rahmatan Lil Alamin seperti Dr Zakir Naik, Selebriti Agama, Tokoh Ulama’ tanahair dari masa ke semasa.

☑️ Townhall Maqasid penerangan tentang dasar Rahmatan Lil Alamin dan Negara Rahmah kepada kementerian, jabatan dan agensi kerajaan, Universiti Awam dan masyarakat

☑️ Sesi peneranga Dasar Rahmatan Lil Alamin ke setiap Kementerian bagi menjelaskan dasar yang telah diputuskan Kabinet untuk dijadikam Dasar Pentadbiran Kerajaan Persekutuan di bawah Pakatan Harapan

☑️ Kempen RAHMAH dalam kehidupan termasuk menjaga alam sekitar (Alami), Hormat menghormati satu sama lain, yang berterusn di bawah agensi Menteri di Jabatan Perdana Menteri

☑️ Kempen dan Solidariti Kedamaian sempena isu kemanusian seperti apa berlaku di Christchurch New Zealand.

☑️ Program Foodbank kepada Asnaf di Masjid bawah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan dan mesin Foodbank diletak di masjid tertentu bagi memudahkan Asnaf mendapatkan perkhidmatan tersebut

Malaysia Negara Rahmah

 

PM New Zealand Jacinda Ardern terima ugutan bunuh

New Zealand Berkabung: PM New Zealand Jacinda Ardern terima ugutan bunuh

Jacinda terima ugutan bunuh di sebuah akaun media sosial pelampau haluan kanan.

CHRISTCHURCH: Portal NEWSHUB New Zealand hari ini melaporkan Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern menerima ugutan bunuh di media sosial.

Ugutan itu disampaikan menerusi sebuah akaun Twitter dengan mesej “You are next” (kamu seterusnya) bersama dengan gambar senjata dan Ardern, sementara sebuah lagi mesej pula meletakkan gambar Ardern dan polis.

Posting tersebut dibuat dua hari lepas dan akaun itu sudahpun digantung Twitter sekitar jam 4 petang waktu tempatan pada hari Jumaat.

Pejabat Perdana Menteri menyatakan tindakan proaktif syarikat media sosial itu telah memadam kandungan itu kerana ia mengandungi unsur yang melanggar undang-undang.

Antara kandungannya adalah ucapan anti-Islam dan ucapan kebencian supremasi kulit putih.

http://www.astroawani.com/videos/embed-player/id/401793/pheight/386/pwidth/622/autoplay/0/category/embed/size/small

 

http://www.astroawani.com/berita-dunia/new-zealand-berkabung-pm-new-zealand-jacinda-ardern-terima-ugutan-bunuh-201874?utm_source=insider&utm_medium=web_push&utm_campaign=23-9-2019-new_zealand_berkabung%3A

Masyarakat NZ banjiri masjid kerana desakan ingin tahu tentang Islam pasca peristiwa berdrah

Subahanallah, Allah sebaik-baik Perancang! Tiada ada sesuatupun yang berlaku hatta kaki yang tertusuk duri sekalipun mempunyai hikmah tersendiri, seperti yang disebut dalam sebuah hadis Nabi ﷺ;

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: مَا مِنْ مُسْلِمٍ يُشَاكُ شَوْكَةً فَمَا فٌوْقَهَا إِلَّا كُتِبَتْ لَهُ بِهَا دَرَجَةً وَ مُحِيَتْ عَنْهُ بِهَا خَطِيْئَةً – مسلم

”Tidaklah dari seorang Muslim yang tertusuk duri hingga apa-apa yang lebih berat darinya, kecuali dicatat baginya derajat dan dihapus darinya dengan hal itu kesalahan (Riwayat Muslim).

Apa yang terjadi di NZ juga adalah di dalam ‘Ilmu’ Allah…

Sebuah portal berita terkenal telah menyiarkan sebuah video yang memaparkan tentang KEINGINAN yang memuncak di kalangan masyarakat non Muslim di NZ yangbegitu berminat ingin tahu tentang Islam.

Mereka membanjiri masjid untuk bertanyakan tentang Islam, bahkan ada ramai di antara mereka yang sudah berani masuk ke masjid untuk melihat sendiri bagaimana caranya orang Islam solat. Masya Allah..

[Video] Allahu Akbar, masyarakat NZ banjiri masjid kerana desakan ingin tahu tentang Islam pasca peristiwa berdrah