Bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Zahrah Abd Wahab Fenner dan anak lelakinya Abdulazeez Wan Ruslan diarah ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini untuk menghadapi sejumlah 37 pertuduhan rasuah melibatkan RM5.7 juta.
Zahrah dan Abdulazeez dilihat tenang ketika meminta dibicarakan di hadapan Hakim Azura Alwi.
Loading…
Zahrah menghadapi 33 pertuduhan melibatkan RM5,718,000 manakala anak lelakinya dikenakan empat pertuduhan yang melibatkan RM160,000, dengan semua tuduhan dibuat di bawah Akta SPRM dan Kanun Keseksaan.
Kesalahan tersebut didakwa dilakukan antara Disember 2015 hingga Januari tahun ini.
Azura membenarkan ikat jamin RM300,000 dengan dua penjamin untuk Zahrah dan RM70,000 dengan seorang penjamin untuk Abdulazeez.
loading…
Hakim menetapkan 26 Nov untuk sebutan kes.
Semalam, dilaporkan bahawa Zahrah akan dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini untuk menghadapi beberapa dakwaan rasuah.
Dalam satu kenyataan, SPRM berkata Zahrah akan dituduh bersama Abdulazeez.
“SPRM telah mendapatkan persetujuan daripada Peguam Negara untuk mendakwa kedua-dua mereka,” kata kenyataan itu sambil menambah bahawa Zahrah dan anaknya telah dipanggil ke ibu pejabat SPRM di Putrajaya pada pukul 2 petang semalam untuk melengkapkan siasatan. –Malaysiakini
https://web.facebook.com/photo.php?fbid=696564334187477&set=a.111931465984103&type=3&theater