

Sejarah “Takbir” dalam PAS
Oleh : Abd Malek Hussin
Bertakbir tidak menjadi budaya yang kini berakar umbi dalam PAS, sebelum era kepimpinan ulama yang diasaskan pada 1982.
Aku menyokong aktif PAS mulai 1978 dan menganggotainya pada 1981.
Aku mula membantu PAS, khasnya dalam pilihanraya umum Negeri Kelantan yang berlangsung pada 11 Mac 1978. Ini diikuti dengan tumpuan membantu Ustaz Fadzil Mohd Noor di Kedah semasa pilihanraya umum parlimen pada Julai 1978. Ketika itu, aku menganggotai ABIM dan menjadi pegawai di Ibupejabat ABIM Pusat di bawah kepimpinan Anwar Ibrahim.
Aku mengikuti ceramah-ceramah pimpinan PAS Pusat dan aku sendiri berceramah di depan khalayak penyokong PAS, namun tidak kedengaran sesiapa mengajak orang bertakbir pada masa era itu. Sebaliknya, mereka bertepuk tangan gembira apabila naik semangat menyetujui intipati pidato.
Aku dilantik sebagai Setiausaha PAS Kawasan Setapak, Wilayah Persekutuan oleh Yang Di-Pertua PAS Kawasan Setapak, Subky Latif pada tahun 1981. Badan Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan kemudian melantik aku sebagai wakil negeri bagi membahaskan Ucapan Dasar Yang Di-Pertua PAS dalam Muktamar Tahunan PAS di Dewan Bahasa dan Pustaka.
Dalam Muktamar 1981 itu, tiada sesiapa mengajak laungan “Takbir” terhadap ucapan sesiapa, malah amalan menghisap rokok di dalam Muktamar masih belum terhenti. Masih terdapat pimpinan PAS Pusat yang duduk di hadapan yang merokok — menjadi kegemaran mereka ketika itu ialah kretek Gudang Garam. Kretek itu apabila dihisap boleh menyemburkan serpihan bara api yang membakar berhalus pada baju atau jubah mereka hingga nampak berlubang kecil.
Pernah aku hadir sebagai pemerhati Muktamar Khas PAS pada 2 Mac 1980 di Dewan Bahasa dan Pustaka. Sungguh ramai dalam dewan itu merokok atau berkretek. Tidak pelik jika ramai dalam Muktamar Khas itu pedih mata akibat kepulan asap dalam dewan. Aku boleh sebutkan, pedihnya mata ketika itu bagaikan FRU menembak gas pemedih mata.
Muktamar Khas 1980 itu membincangkan isu demonstrasi para petani di Alor Setar, Kedah pada 19 Januari 1980 yang membantah Kerajaan berkaitan isu harga padi. Ekoran demonstrasi itu, pada 23 Januari 1980 seramai 14 ahli PAS ditahan di bawah ISA. Walaupun pembahas demi pembahas berucap berapi membidas Kerajaan , namun tiada ajakan dan laungan “Takbir” di dalam Muktamar Khas itu.
Maka, dari mana dan bila bermula perubahan bertakbir berlaku dalam PAS?
Pada Februari 1979, revolusi rakyat berjaya menumbangkan Shah Iran. Kejayaan revolusi di Iran itu menarik perhatian dunia, lebih-lebih lagi kepada berbagai gerakan Islam banyak negara. Mereka terpegun dengan kejayaan pembentukan Republik Islam Iran di bawah kepimpinan Ayatullah Rohullah Khomeini.
Ramai pimpinan dan aktivis gerakan-gerakan Islam berpusu ke Iran. Dari Malaysia, tidak terkecuali.
Anwar Ibrahim selaku Presiden ABIM adalah antara yang awal ke Iran selepas kejayaan revolusi. Beliau hadir menyertai delegasi WAMY berkunjung ke Iran pada awal Mac 1979 dan menemui Imam Khomeini.
PAS juga tidak ketinggalan. Ramai pemimpin PAS, terutama pimpinan Dewan Pemuda PAS berkunjung ke Iran dalam tahun 1981-1982. Malah Dewan Pemuda PAS Pusat menganjurkan secara bersiri lawatan ke Iran ketika itu dan mengikuti kursus-kursus politik di Teheran.
Aku juga turut menyertainya pada 1982 bersama beberapa pimpinan Pemuda PAS Pusat dan Negeri. Kami mengambil dan membawa pulang banyak iktibar dan pengalaman baru perjuangan dari Iran.
Dari kursus-kursus itu, kami menggarap gagasan perjuangan Islam yang bersifat alami, antaranya mengenai penentangan terhadap imperialisme kuasa-kuasa Barat dan Timur, penegasan perjuangan membebaskan Palestin dan penghayatan terhadap kepimpinan ulama dalam gerakan.
Seperkara yang aku amati di Iran ialah kekerapan berselawat dan bertakbir dalam majlis sebagai pernyataan roh perjuangan Islam di dalam majlis dan juga di khalayak awam.
Apabila diseru bertakbir, rakyat Iran dalam era tersebut akan melaungkannya dengan nada yang lembut tapi padu. Mereka yang menyambutnya akan laungkan “Allahu Akbar” tiga kali berturut-turut dan disusuli sejurus itu dengan laungan slogan “Mar barg Amriko! Mar barg Syurowi! Mar barg Israil!” Maksudnya, “Jahanam Amerika! Jahanam Russia! Jahanam Israel!”
Dari Iran, kami Pemuda PAS membawa pulang dan menerapkan amalan bertakbir di dalam parti, dan ia berkembang dengan begitu pesat hingga ke cawangan-cawangan bawahan dalam parti.
Berbeza dengan Iran yang rakyatnya bertakbir dengan nada lembut, di Malaysia menjadi lain. Orang-orang PAS mungkin lebih melaung dek berjiwa Melayu yang sifatnya mudah panas melenting akan bertakbir sekuat suara sehingga kekadang nampak tegang urat tengkok.
Pada waktu itu, PAS mengalami krisis dalaman. Kepimpinan Datuk Asri Muda selaku Yang Di-Pertua disanggahi hebat oleh berbagai peringkat organisasi dalam PAS, terutama sekali Pemuda PAS berikutan kekalahan teruk PAS dalam pilihanraya umum Dewan Undangan Negeri Kelantan pada Mac 1978 dan pilihanraya umum Parlimen pada April 1982.
Kemuncak perbezaan ini menjadi tersangat nyata dan tajam apabila buat pertama kalinya Dewan Pemuda PAS Pusat mengadakan Muktamar secara berasingan dari segi jadual dan lokasi dengan Muktamar Tahunan PAS Pusat.
Muktamar ke-23 Dewan Pemuda PAS Pusat diadakan pada 12 Jun 1982 di Madrasah al-Masriyyah, Bukit Mertajam. Sementara, Muktamar PAS ke-28 diadakan pada 23-24 Oktober 1982 di Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
Muktamar Dewan Pemuda PAS turut mengundang tetamu khas dari Iran untuk berucap, iaitu Dr Fakhruddin Hijazi seorang Ahli Majlis (Parlimen) dari Teheran. Ketika berlangsung ucapan Dr Fakhruddin, buat pertama kalinya laungan “Takbir” bergema dalam majlis rasmi PAS.
Gema laungan “Takbir” itu berkemuncak pada Muktamar Tahunan PAS Pusat 1982 di Dewan Bahasa dan Pustaka.
Sebagai pernyataan sanggahan terhadap kepimpinan Datuk Asri, anak-anak muda dalam dewan muktamar dengan sengaja bertakbir berulang kali bagi mengganggu Asri ketika beliau menyampaikan Ucapan Dasar pada 24 Oktober 1982. Terdapat juga sebahagian anak-anak muda PAS melaungkan “Mar barg Asri!” berkali-kali. Ungkapan Farsi itu bermaksud, “Jahanam Asri!”
Segelintir penyokong Asri amat marah kepada laungan “Takbir” itu. Aku masih ingat, beberapa orang ‘gedebei’ penyokong Datuk Asri jalan berkeliaran di celah-celah perwakilan dan pemerhati sambil memberi amaran, “Sesiapa yang bertakbir, kami tampar!”
Tidak tahan dengan gangguan “Takbir” dan jeritan slogan menentangnya, Datuk Asri segera menghabiskan ucapannya. Namun, Ucapan Dasarnya itu kemudian ditolak perwakilan. Tidak pernah berlaku dalam sejarah mana-mana parti politik di Malaysia, Ucapan Dasar Presiden parti ditolak, kecuali PAS. Ini membawa kepada peletakan jawatan Asri sebagai Yang Di-Pertua PAS Pusat secara mengejut di dalam Muktamar itu.
Kesimpulannya, budaya “Takbir” PAS itu bermula dari Muktamar Dewan Pemuda PAS di Bukit Mertajam pada 12 Jun 1982 dan
berkemuncak dalam Muktamar Tahunan PAS di Kuala Lumpur pada 24 Oktober 1982.
Laungan “Takbir” 1982 menjadi strategi yang berkesan untuk menumbangkan Datuk Asri Muda sebagai Yang Di-Pertua PAS Pusat yang ke-4, dan kini laungan itu berkembang menjadi laungan semangat penyokong-penyokong PAS.
“Takbir” dalam Muktamar PAS 1982 itu tidaklah berkaitan dengan memuji Allah, tetapi dilaungkan untuk menghalau Presiden yang digelar ‘thoghut’ dari partinya sendiri.
BILLIONAIRE ADA
BANTU MASA KITA
SUSAH SEKARANG?
KITA dalam keadaan susah. kerajaan juga sudah. Susah kesan COVID-19 putuskan semua kegiatan. Diam berkurung di rumah. Memang susah.
Peniaga penerbangan, hotel, pelancongan, petani, nelayan semuanya susah. Susah.
Rasanya jika semua susah malah ekonomi kita akan jatuh teruk dan ini bukan salah kerajaan sebalik takdir Allah. Allah mencuba kita.
Krisis semacam ini bukan semata di Malaysia, malah semua negara di dunia. Seluruh dunia.
Dalam kerajaan sekarang yang berkesempitan, mari kita perhatikan kekayaan billionaire di Malaysia sekarang ini.
Mari sama kita teliti kekayaan mereka seperti dinyatakan di bawah.
1. Robert Kuok RM50.54 billion
2. Quek Leng Chan RM42.63 billion
3. Ananda Krishnan RM25.93 billion
4. Chen Lip Keong RM23.29 billion
5. Teh Hong Piow RM21.31 billion
6. Lee Yeow Chor & Yeow Seng RM21.09 billion
7. Lim Kok Thay RM14.06 billion
8. Koon Poh Keong, Poh Ming & Poh Weng RM13.8 billion
9. Kuan Kam Hon RM12.3 billion
10. Lau Cho Kun RM10.11 billion
11. Francis Yeoh & siblings RM7.47 billion
12. Jeffrey Cheah RM6.37 billion
13. Syed Mokhtar AlBukhary RM6.15 billion
14. Lim Wee Chai RM5.93 billion
15. G. Gnanalingam RM4.39 billion
16. Surin Upatkoon RM4.31 billion
17. Tiong Hiew King RM4.29 billion
18. Ngau Boon Keat RM4.28 billion
19. Ninian Mogan Lourdenadin RM4.26 billion
20. David Kong RM3.96 billion
21. Lee Oi Hian & Hau Hian RM3.67 billion
22. Lim Kang Hoo RM3.36 billion
23. Vincent Tan RM3.3 billion
24. Lim Peng Cheong & Peng Jin RM3.01 billion
25. Syed Azman Syed Ibrahim RM2.97 billion
26. Danny Tan Chee Sing RM2.92 billion
27. Ahmayuddin bin Ahmad RM2.72 billion
28. Lim Han Weng RM2.68 billion
29. Goh Peng Ooi RM2.64 billion
30. Cheah Cheng Hye RM2.61 billion
31. Yaw Teck Seng & Yaw Chee Ming RM2.11 billion
32. Desmond Lim Siew Choon RM2.07 billion
33. Patrick Grove RM2.04 billion
34. Kong Chong Soon RM1.85 billion
35. Azman Hashim RM1.80 billion
36. Mohd Abdul Karim Abdullah RM1.78 billion
37. Ong Leong Huat RM1.60 billion
38. Abdul Kadier Sahib RM1.58 billion
39. Loh Kian Chong RM1.56 billion
40. Wong Thean Soon RM1.49 billion
41. Tony Fernandes RM1.47 billion
42. Wen Chiu Chi RM1.43 billion
43. Kamarudin Meranun RM1.38 billion
44. Wong Teek Son RM1.36 billion
45. Mokhzani Mahathir RM1.34 billion
46. Gooi Seong Lim RM1.27 billion
47. Chu Jenn Weng RM1.23 billion
48. Kong Pak Lim RM1.21 billion
49. Yong Pang Chaun RM1.61 billion
50. Oh Kuang Eng RM1.12 billion
Nah, bayangkan saja jika tiap orang kalangan mereka sudi menderma hanya bawah 1% dari sejumlah kekayaan.
Tentulah dapat bantu barisan depan terutama para doktor, jururawat, bersihkan kawasan? Rela, polis, tentera dan pelbagai yang tentu juga boleh berkhidmat dgn lebih selamat.
Tentu dimasa krisis seperti sekaranglah mereka perhatian mereka amat diperlukan untuk membantu negara tercinta tempat mereka beroleh kekayaan, tapi di mana mereka? C&P.
A Kadir Yasin
1. Warna bir Heineken keluaran Heineken Malaysia Berhad dekat nak sama dengan warna PAS.
2. Bir bukan barang larangan di Malaysia cuma penjualan dan mengambilannya dikawal.
3. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Alexander Nanta Linggi, dan Pengerusi Heineken, Idris Jala, adalah sama-sama orang Sarawak. Idris Jala bukan Islam. Dia Kristian.
4. Kerajaan Perikatan Nasional (PN) diuar-uarkan sebagai kerajaan Melayu-Islam. Tapi adalah dasar dan amalannya Islamik?
5. Yang pasti tentang kerajaan PN ini adalah ia “bukanlah yang dipilih oleh rakyat” seperti yang diakui sendiri oleh ketuanya, Muhyiddin Mohd Yassin, pada 27 Mac lalu.
6. Kata Duta Khas bertaraf Menteri, Abdul Hadi Awang, ini adalah kerajaan ikut celah atap atau korek bumbung.
7. Jadi keputusan membenarkan kilang arak beroperasi ketika pandemik Covid-19 ini bukan isu besar bagi kerajaan yang tidak dipilih ini.
8. Satu perkara lagi. Cukai arak ni tinggi. Dengan bilangan Menteri, Timbalan Menteri dan Duta Khas taraf Menteri yang ramai, kerajaan PN tentulah perlukan hasil cukai yang banyak.
9. Lagi pun sekarang harga petroleum jatuh kerudum. Petroleum adalah sumber utama hasil kerajaan. Jadi kenalah cari sumbar hasil lain sebagai ganti. Arak pun araklah.
Wallahuaklam.Terima kasih.
JUJURKAN hati anda.
1. Presiden parti manakah yang telah menyerahkan Singapura kepada Lee Kuan Yew ?
A. Presiden DAP
B. Presiden PAS
C. Presiden UMNO BN✔
2. Siapakah yang menyerahkan hak milik tanah Melayu di Genting Highland status hak milek kekal kepada Lim Goh Tong, dan menukar hutan hujan di situ kepada lubuk
judi ?
A. DAP
B. PAS
C. UMNO BN✔
3. Siapakah yang bertanggungjawab terhadap kehilangan 50 bilion saham bumiputera sejak merdeka ?
A. DAP
B. PAS
C. UMNO BN✔
4. Siapakah yang menyusutkan keluasan tanah rezab Melayu yang ditinggalkan British hampir 50% sejak merdeka ?
A. DAP
B. PAS
C. UMNO BN✔
5. Siapakah yang telah menyerahkan Pulau Batu Putih & Tanjung Pagar kpd Singapura ?
A. DAP
B. PAS
C. UMNO BN✔
6. Siapakah yang memberi arahan supaya membunuh orang-orang kampung di Memali, Kedah pada 19 Nov 1985 ?
A. DAP
B. PAS
C. UMNO BN✔
7. Negeri manakah peniaga / ekonomi Melayu lebih besar dari bangsa lain ?
A. Negeri UMNO
B. Negeri PAS (Kelantan)✔
8. Siapakah yg menghilangkan RM 28 bilion setahun dgn audit negara mencatat audit yg pening kepala ?
A. UMNO BN ✔
B. PAS
C. DAP
9. Siapakah yg me’lego’ telaga minyak pada Berunai berjumlah 300 billion ?
A. PAS
B. DAP
C. UMNO BN✔
10. Siapakah merampas Perak ala samseng dan mafia ?
A. PAS
B. DAP
C. UMNO BN✔
11. Siapakah yg memberi arah supaya menyumbat ke dalam ISA MP dan rakyat dalam operasi lalang dahulu… ?
A. Presiden PAS
B. Presiden DAP
C. Presiden UMNO BN✔
12. Siapakah yg selalu menaikan harga barang ?
A. PAS
B. DAP
C. UMNO BN✔
13. Siapakah yang menolak hukum islam selama ini.
A. PAS
B. DAP
C. UMNO BN✔
14. Siapakah yang memberikan subsidi insentif pada kroni IPP, RM 19 billion tetapi pada rakyat subsidi mahu di hapuskan terus ?
A. PAS
B. DAP
C. BN UMNO✔
15. Siapakah yang menghapuskan kekebalan dan kuasa Raja Raja melayu sehinggakan boleh dibicarakan Raja2 di Mahkamah?
A. PAS
B. DAP
C. BN UMNO ✔
16. Siapakah bela lembu dalam kondo
A. Anwar, PKR
B. Nik Aziz, PAS
C. Sharijat, BN UMNO✔
17. Siapakah yg merasmikan kilang Arak Guinness di sungai Way pda tahun 1968..
A. PAS
B. DAP C. BN UMNO✔
18. Siapakah yang menukar wang Royalti kepada wang Ehsan pada tahun 2000 apabila PAS berjaya merampas negeri Terengganu dari tangan BN dalam PRU 1999 ?
A. DAP
B. PAS
C. UMNO BN✔
19. Siapakah yang menghalang kerajaan kedua-dua negeri bermajoriti 95% Melayu (Kelantan dan Terengganu) menikmati hasil royalti Petronas, sedang negeri-negeri seperti Sabah dan Sarawak tidak dikenakan tindakan sama ?
A. DAP
B. PAS
C. UMNO BN✔
20. Siapakah yang menghalau peneroka bandar dikalangan orang Melayu di Kg Berembang (KL), Kg Plentong (JB), Kg Chubadak (KL), Kg Malaysia Tambahan (KL)
A. DAP
B. PAS
C. UMNO BN✔
21. Siapakah yang menghalau Melayu Pulau Pinang dengan helah pembangunan hingga mereka merempat ke Seberang Jaya dan Kedah Selatan ?
A. DAP
B. PAS
C. UMNO GERAKAN BN✔
22. Siapakah yang menggadai Tanah Rezab Melayu hampir 50% dari 3 juta hektar pada 1948 kepada 1.6 juta hektar pada 1997 ?
A. DAP
B. PAS
C. UMNO BN✔
23. Siapakah yang membunuh orang Melayu kerana perbezaan fahaman politik di Kg Memali, Lubuk Merbau dan Hutan Aji ?
A. DAP
B. PAS
C. UMNO BN✔
24. Siapakah yang membolot saham AP untuk menantu dan kroni, sedang ia adalah hak setiap rakyat dibawah dasar DEB ?
A. DAP
B. PAS
C. UMNO BN✔
25. Siapa yang melingkupkan dasar DEB hingga milikan ekuiti Melayu tersekat kepada 18% pada 2000. ?
A. DAP
B. PAS
C. UMNO BN✔
26. Siapakah yang telah memansuhkan DEB, dan diganti dengan dasar Liberisasi dan Model Ekonomi Baru yang mesra kapitalis dan anti subsidi?
A. DAP
B. PAS
C. UMNO BN✔
27. Siapa yang menyelewengkan dana untuk orang Melayu yang miskin dalam program PPRT ? Dari 54 billion yang diperuntukkan kepada orang Melayu hanya 2 billion sahaja yang sampai kepada orang Melayu, 52 billion lagi lesap di telan pentadbiran.
A. DAP
B. PAS
C. UMNO BN✔
28. Siapa yang mencipta krisis perlembagaan 1982 yang menyebabkan kuasa Yang DiPertuan Agung terhakis dan hanya sekadar menjadi rubber stamp Parlimen ?
A. DAP
B. PAS
C. UMNO BN✔
29. Siapa pula yang melucutkan kekebalan Raja-Raja Melayu pada awal 1990-an ?
A. DAP
B. PAS
C. UMNO BN✔
30. Siapa yang menggelarkan rajanya ‘NATANG’ bila namanya ditolak sebagai Menteri Besar Terengganu selepas PRU 12 yang telah lalu ?
A. DAP
B. PAS
C. UMNO BN✔
31. Siapakah yang telah mengubah sempadan kawasan undi majoroti Melayu bila Melayu sendiri menolak Umno dalam PRU 1999 dan tidak menambah kerusi Parlimen diKedah, Kelantan dan Terengganu pada persempadanan semula tahun 2002 ?
A. DAP
B. PAS
C. UMNO BN✔
32. Siapa yang melanggar peruntukan Perlembagaan mengenai hak-hak istimewa orang Melayu untuk mendapat bantuan biasiswa ?
A. DAP
B. PAS
C. UMNO BN✔
33. Siapa yang menukar biasiswa kepada pinjaman PTPTN dengan kadar 4% ?
A. DAP
B. PAS
C. UMNO BN✔
34. Siapa yang mencemar bahasa Melayu dengan istilah-istilah “infotainment”, “boulevard”, “presint”, “bajet” dan lain-lain ?
A. DAP
B. PAS
C. UMNO BN✔
35. Siapa yang menukar bahasa pengantar dari bahasa Melayu kpd bahasa Inggeris dalam pembelajaran Sains dan Matematik pada ketika jurang pendapatan
bandar danluar bandar semakin melebar ?
A. DAP
B. PAS
C. UMNO BN✔
36. Siapa yang mencadangkan syarat wajib lulus Bahasa Inggeris untuk SPM dan bahasa pengantar Inggeris diuniversiti universiti ?
A. DAP
B. PAS
C. UMNO BN✔
37. Siapa yang jual air kepada negara jiran dengan harga 3 sen 1000 liter, dan jual balik kepada rakyatnya sendiri dengan harga 80 sen 1000 liter ?
A. DAP
B. PAS
C. UMNO BN✔
38. Siapa yang serah blok minyak kepada negara Brunei tanpa persetujuan dari DUN, Parlimen atau YDPA ?
A. DAP
B. PAS
C. UMNO BN✔
39. Siapa yang cuai menjaga tanahair sendiri hingga Pulau Batu Putih dan Singapura terlepas ke negara orang ?
A. DAP
B. PAS
C. UMNO BN✔
40. Siapa yang menghapuskan tulisan jawi dari diajar di sekolah-sekolah dalam tahun 1960an dahulu ?
A. DAP
B. PAS
C. UMNO BN✔
41. Siapa yang kata Sekolah Agama Rakyat (SAR) tempat melahir militan dan ekstrimist Islam dan mengwar-warkan perkataan “Sindrom Qiamulail” kep ada anak-anak yang bersekolah ketika itu ?
A. DAP
B. PAS
C. UMNO BN✔
42. Atas alasan itu, siapa yang menghentikan geran perkapita kepada SAR hingga menyebabkan sebahagian institusi pendidikan agama hidup segan, mati tak mahu
atau setengahnya berkubur tanpa nesan ?
A. DAP
B. PAS
C. UMNO BN✔
43. Siapa yang mencadangkan pelan pembangunan Kg Baru Kuala Lumpur hingga membuka milikan kepada 40% bukan Melayu ?
A. DAP
B. PAS
C. UMNO BN✔
44. Siapa yang kekang akta-akta maklumat, Auku dan pandangan kedua orang Melayu supaya orang Melayu senang diperbodohkan ?
A. DAP
B. PAS
C. UMNO BN✔
45. Siapa yang naikkan harga petrol, diesel dan barangan asas ketika itu Melayu adalah golongan yang miskin dinegara ini ?
A. DAP
B. PAS
C. UMNO BN✔
46. Siapakah yg mencipta GST membebankan Rakyat Cukai barangan: ?
1.PAS
2.UMNO✔
3.DAP
47. Siapakah pula yg memperbodohkan dirinya konon mengaku Melayu sedang nama Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu ( PEKEMBAR ) dibuang dan diguna bahasa penjajah UNITED MALAYSIAN NATIONAL ORGANISATION ( UMNO BARU )
A. DAP
B. PAS
C. UMNO BN✔
Letakkan perkara benar DITEMPAT YG HAK.